Post on 20-Jan-2016
description
KEBAIKAN PEMANASAN & PENYEJUKAN BADAN
1.Mengelakkan Kecederaan Tujuan memanaskan badan adalah
untuk mengelakkan kecederaan. Bayangkan tubuh badan kita seperti sebuah kenderaan. Sesebuah kenderaan itu perlu dipanaskan enjinnya terlebih dahulu sebelum ia dapat bergerak dengan lancar tanpa merosakkan enjin.
1.Mengelakkan Kecederaan
Begitu juga dengan tubuh kita. Jika kita mengabaikan aktiviti memanaskan badan mungkin boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.
2. Meningkatkan Prestasi
Mengikut kajian yang dilakukan, seorang yang melakukan aktiviti memanaskan badan didapati lebih aktif dan berprestasi tinggi di dalam sukan berbanding mereka yang tidak memanaskan badan.
2. Meningkatkan Prestasi
Ini kerana apabila seseorang melakukan aktiviti memanaskan badan, darah akan mengalir lebih banyak kedalam otot menyebabkan pembahagian nutrient ke otot yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga berlaku dengan lebih pantas.
3. Mengelakkan Kekejangan Otot
Aktiviti memanaskan badan membuatkan darah mengalir ke otot dengan lebih baik. Darah itu bukan sahaja membawa nutrien malah oksigen dan elektrolit yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
3. Mengelakkan Kekejangan Otot
Kekurangan oksigen dan elektrolit ini dapat menyebabkan kekejangan otot dan cara untuk mengelakkannya adalah dengan memanaskan badan sebelum bersukan dan mendapatkan bekalan air yang mencukupi.
4. Menyesuaikan Kadar Denyutan Jantung Anda
Memanaskan badan adalah satu cara untuk memberitahu jantung bahawa anda akan melakukan aktiviti yang akan memerlukan kapasiti yang tinggi sebentar lagi. Ia dapat menyesuaikan jantung kita secara berperingkat agar ia tidak “terkejut” dengan tekanan yang datang secara tiba-tiba.
5. Mengurangkan Kesakitan Selepas Bersukan
Apabila kita melakukan sesuatu aktiviti yang memerlukan penggunaan kapisiti otot yang tinggi seperti bersukan dan bersenam, kita akan merasai kesannya apabila kita bangun dari tidur keesokan harinya. Ia merupakan kesan daripada aktiviti berat yang kita lakukan. Pemanasan badan dapat mengurangkan kesakitan selepas bersukan.
6. Membantu Anda Tahan lebih Lama
Apabila kita bersukan atau bersenam badan kita akan mengeluarkan asid laktik. Pengeluaran asid laktik yang terlalu banyak dalam badan kita akan membuatkan kita berasa letih dan dan tidak bermaya. Memanaskan badan dapat mengelakkan pengeluaran asid laktik yang berlebihan dan menyebabkan kita dapat bertahan lebih lama ketika bersukan atau bersenam.
7. Membantu Anda Relaks Dan Fokus
Secara psikologi perbuatan memanaskan badan dapat membantu anda bersedia. Kita dapat lihat pada peninju yang melakukan gaya memanaskan badan seperti menumbuk-numbuk angin dan sebagainya untuk membuatkan dirinya lebih fokus sebelum perlawanan bermula
7. Membantu Anda Relaks Dan Fokus
Pemanasan badan akan menjadikan anda lebih santai dan berada di dalam “zon” anda sendiri. Ini dapat membantu anda memberi tumpuan terhadap aktiviti yang akan anda lakukan.
1. Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.
Menjajar semula otot-otot. Mengurangkan kesakitan dan
kerengsaan selepas senaman.
Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.
Menenteram atau merelakskan anda.