Pengenalan Eutanasia

Post on 30-Jun-2015

1.430 views 3 download

Transcript of Pengenalan Eutanasia

EUTANASIA DAN

BUNUH DIRI

EUTANASIA

Definisi Eutanasia

• Kamus Dewan - suatu perbuatan mematikan seseorang yang menanggung azab penyakit yang tidak dapat disembuhkan lagi atas dasar perikemanusiaan supaya pesakit tersebut tidak berpanjangan mengalami azab.

• Eutanasia difahami sebagai mercy killing, iaitu bunuh atas belas kasihan, untuk mengurangi penderitaan terhadap anak cacat, orang sakit jiwa atau pesakit yang tiada harapan untuk disembuhkan.

Jenis-jenis Eutanasia

• Eutanasia Aktif

• Eutanasia Pasif

• Eutanasia Secara Sukarela

• Eutanasia Bukan Sukarela

Eutanasia Aktif

Suntikan Dadah Pemberian pil aman

• Tindakan mempercepatkan kematian, biasanya dibantu oleh doktor

Eutanasia Pasif• Tidak secara langsung untuk mengakhiri

kehidupan seseorang pesakit.

• Memberhentikan pemberian rawatan yang dapat memanjangkan hayat hidup pesakit

• Contoh: kaedah penyekatan sokongan hidup, kaedah penyekatan prosedur perubatan, kaedah kebuluran dan penyahhidratan.

Eutanasia Secara Sukarela

• Atas permintaan pesakit

• Pesakit boleh menolak rawatan lanjutan, meminta untuk menanggalkan alat bantuan hidup atau memohon untuk mendapatkan suntikan mati.

Eutanasia Bukan Sukarela• Pesakit tidak mampu

menyampaikan keiginannya, contohnya orang yang mengalami koma.

• Keputusan diletakkan pada ahli keluarga pesakit

Terri Schiavo yang berada dalam keadaan vegetatif selama 15 tahun, menjalani eutanasia atas permintaan suaminya yang disetujui oleh pengadilan.

Punca-punca Melaksanakan Eutanasia

• Mengakhiri penderitaan pesakit dan ahli keluarganya

• Mengurangkan beban kewangan ahli keluarga

Mengakhiri penderitaan pesakit dan ahli keluarganya

• Tindakan eutanasia dikatakan sebagai suatu tanda kasih sayang terhadap pesakit yang menderita.

• Pesakit dapat terbebas daripada mengalami kesengsaraan untuk menahan rasa sakit yang amat kritikal

• Dari segi ahli keluarga, perasaan depresi, konflik keluarga, perasaan ditinggalkan, dan putus asa merupakan beban emosi pada mereka

• Penderitaan ditamatkan lebih awal mengikuti penamatan hayat pesakit.

Mengurangkan beban kewangan ahli keluarga

• Beban kewangan atas membiayai kos perubatan memang berat terutamanya kebanyakan individu cenderung mendapatkan rawatan daripada hospital swasta

• Melalui eutanasia terhadap pesakit yang tiada harapan untuk disembuhkan, beban kewangan ahli keluarga dapat diringankan.

Kesan-kesan Perlaksanaan Eutanasia

• Menimbulkan persoalan legalisasi eutanasia

• Menimbulkan rasa bersalah pada ahli keluarga

Menimbulkan persoalan legalisasi

• Menurut Wikipedia(2011), terdapat 15 negara yang membenarkan perlaksanaan eutanasia, termasuk Belanda, Belgium, US, dan Jepun.

• Eutanasia tidak dapat dilaksanakan di seluruh dunia kerana ini boleh membangkitkan persoalan moral, dan bertentangan dengan ajaran agama serta undang-undang yang sedia ada di negara masing-masing.

Timbul rasa bersalah pada ahli keluarga

• Dalam kes eutanasia bukan sukarela, ahli keluarga pesakit yang membuat keputusan samaada untuk menamatkan riwayat pesakit melalui eutanasia.

• Namun, mereka mungkin berasa menyesal dan timbulnya rasa bersalah atas si mati

• Ahli keluarganya digelar sebagai pembunuh dan tidak bertimbang rasa atas keadaan pesakit.

Langkah-langkah Mengatasi Eutanasia

• Perkembangan kecanggihan perubatan

• Mendapatkan bantuan kewangan

Perkembangan kecanggihan perubatan

• Teknologi perubatan telah membawa harapan kepada pesakit.

• Pesakit tidak harus melepaskan harapan untuk meneruskan hayat mereka.

• Dengan usaha para saintis yang berterusan, masalah penyakit tanpa penawar tentu dapat diselesaikan pada suatu hari nanti.

Mendapatkan bantuan kewangan

• Ahli keluarga pesakit boleh mengutip derma daripada orang ramai melalui pihak media.

• Pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital swasta boleh menukar ke hospital kerajaan yang juga berupaya untuk membekalkan perubatan yang rapi dan baik.

The Suicide Tourist