Post on 03-Feb-2018
1
2
3
PERATURAN MESYUARAT AGUNG KHAS
PENCALONAN PEGAWAI DAN JAWATANKUASA SURAU
NEGERI SELANGOR SESI 2013-2016
1. PENDAHULUAN
1.1 Pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan
Jawatankuasa Surau Negeri Selangor adalah bertujuan untuk menyenaraikan
senarai calon Pegawai dan Jawatankuasa Surau seperti yang terkandung
dalam Kaedah 27(1) Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa
Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001.
1.2 Ahli Kariah yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh menghadiri mesyuarat
tersebut sebagai pencadang atau menyokong calon Pegawai dan
Jawatankuasa Surau.
1.3 Bagi melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut adalah diharapkan
kerjasama dari semua pihak supaya mematuhi peraturan mesyuarat dan
berjalan dengan aman, lancar dan penuh dengan semangat ukhwah
Islamiah.
2. PELAKSANAAN PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT
Ahli Mesyuarat hendaklah mematuhi dan melaksanakan perkara seperti
berikut:
2.1 Sentiasa memberi kerjasama kepada arahan dan peraturan mesyuarat yang
ditetapkan.
2.2 Sentiasa mengutamakan kepentingan agama Islam dalam membuat
keputusan.
2.3 Sentiasa berlapang dada dan menghormati pandangan ahli lain.
4
2.4 Sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia dengan menjaga tuturkata dan
perbuatan dari perkara yang tidak diingini.
2.5 Menjadikan mesyuarat sebagai tempat memutuskan urusan agama dan
menghasilkan keputusan yang terbaik.
2.6 Sentiasa berbaik sangka dan tidak memasukkan fahaman kepartian yang
boleh mengeruhkan suasana mesyuarat.
2.7 Tiada unsur-unsur kempen dan melobi semasa mesyuarat dijalankan.
2.8 Tidak membawa sebarang lambang pertubuhan atau parti di sepanjang
mesyuarat dijalankan.
3. PENUTUP
Diharapkan peraturan-peraturan tersebut dapat dipatuhi dan dilaksanakan dengan
baik demi memelihara perpaduan dan keharmonian serta mendapat keredaan dari
Allah S.W.T.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Selangor
5
TATACARA PENCALONAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU
NEGERI SELANGOR SESI JUN 2013 HINGGA MEI 2016
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) Masjid-Masjid Allah itu
ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan
sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah,
(dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi
dari golongan yang mendapat petunjuk. (At-Taubah:18)
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subkaedah 6 (4) Kaedah-Kaedah
Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001, Majlis
dengan ini membuat arahan berbentuk Tatacara yang berikut.
1. TUJUAN
Tatacara ini diedarkan bagi melaksanakan Pencalonan Pegawai dan Ahli
Jawatankuasa Surau dan Semakan Pendaftaran Ahli Kariah Surau
berdasarkan kepada Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa
Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001.
2. PEMAKAIAN
Tatacara ini hendaklah terpakai hanya kepada semua Surau yang berdaftar di
bawah Jabatan Agama Islam Selangor.
3. PELAKSANAAN PENCALONAN
3.1 Mesyuarat Agung Khas
Setiap Surau hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Khas
Pencalonan bagi mencalonkan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau
pada masa yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
6
3.2 Hebahan
3.2.1 Setiausaha Surau hendaklah mengeluarkan dan
menandatangani notis memanggil mesyuarat kepada ahli kariah
Surau dan sesalinan notis tersebut hendaklah disalinkan kepada
Nazir Masjid dan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah sekurang-
kurangnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Khas
Pencalonan diadakan.
3.2.2 Setiausaha Surau hendaklah menjemput Nazir Masjid, Ketua
Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan
untuk hadir dalam mesyuarat agung khas tersebut.
3.2.3 Notis memanggil mesyuarat hendaklah disifatkan telah
diserahkan dengan sempurna kepada ahli kariah Surau apabila
notis tersebut telah ditampal di papan kenyataan Surau atau kain
rentang berkenaan mesyuarat agung telah digantung di dalam
atau kawasan surau.
3.2.4 Untuk memastikan kehadiran ahli kariah ke Mesyuarat Agung
Khas Pencalonan ini, pihak Surau bolehlah membuat hebahan
sepertimenggantung kain rentang di kawasan-kawasan yang
menjadi tumpuan ahli kariah dan membuat pengumuman pada
bila-bila masa yang difikirkan sesuai.
3.3 Pengendalian Mesyuarat
3.3.1 Mesyuarat Agung Khas Pencalonan ini hendaklah dipengerusikan
oleh Pengerusi Surau atau wakilnya di kalangan anggota
Jawatankuasa surau yang berkenaan. Manakala Nazir Masjid
atau wakilnya atau Ketua Kampung akan mengendalikan proses
pencalonan.
7
3.3.2 Walau apa pun peruntukan Tatacara 3.3.1, Pengarah JAIS boleh
mengarahkan mana-mana Pegawai Jabatan Agama Islam
Selangor untuk mengendalikan Mesyuarat Agung Khas
Pencalonan tersebut.
3.3.3 Setiausaha Surau hendaklah menjadi pencatat dan menyediakan
minit Mesyuarat Agung Khas Pencalonan.
3.3.4 Ahli kariah yang berdaftar sahaja boleh mencalonkan,
mencadang atau dicalonkan sebagai Pegawai atau Anggota
Jawatankuasa Surau manakala ahli kariah yang tidak berdaftar
boleh menjadi pemerhati semasa mesyuarat tersebut dijalankan.
3.3.5 Ahli kariah hendaklah mencalonkan 15 orang calon atau lebih
termasuk sekurang-kurangnya seorang calon Pengerusi dan
seorang calon Imam.
3.3.6 Setiap calon hendaklah mendapat sokongan 5 orang penyokong
( termasuk pencadang ) daripada ahli kariah yang berdaftar dan
disahkan oleh Nazir Masjid atau wakilnya dan salah seorang yang
hadir daripada yang berikut :
a) Ketua Kampung lantikan kerajaan negeri ; atau
b) Pengerusi Jawatankuasa Penduduk ; atau
c) Pengerusi Surau atau wakilnya.
3.3.7 Pencalonan hendaklah menggunakan Borang A dan B yang telah
ditetapkan oleh MAIS atau JAIS. Borang tersebut hendaklah
diserahkan kepada Nazir Masjid atau wakilnya untuk
dikemukakan kepada Pejabat Agama Islam Daerah tidak lebih
tiga hari daripada tarikh mesyuarat.
8
3.3.8 Mana-mana ahli kariah yang berdaftar tetapi tidak hadir semasa
mesyuarat dijalankan boleh dicalonkan sebagai Pegawai atau
anggota Jawatankuasa Surau dengan syarat mengemukakan
surat persetujuan pencalonan sebelum mesyuarat dilaksanakan.
3.3.9 Mana-mana ahli kariah yang berdaftar tidak boleh mewakilkan
kepada mana-mana orang untuk hadir, mencadang dan
menyokong bagi pihaknya.
3.3.10 Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau adalah
berdasarkan kepada cadangan dan sokongan pencalonan
daripada ahli kariah dan tiada proses pengundian boleh
dilaksanakan dalam mesyuarat agung khas pencalonan tersebut.
3.3.11 Agenda Mesyuarat Agung Khas Pencalonan adalah seperti
berikut:
a. Bacaan Al-Fatihah dan doa;
b. Ucapan Pengerusi Surau;
c. Pemakluman Peraturan Mesyuarat dan Tatacara
Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau.
d. Sesi pencalonan (dikendalikan oleh Nazir Masjid atau
wakilnya); dan
e. Penangguhan mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kaffarah
dan Surah Al-Asr.
9
3.4 Senarai Pencalonan
3.4.1 Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau hendaklah
mengambilkira kepada jawatan-jawatan berikut :-
a) Pengerusi;
b) Imam;
c) Bilal;
d) Siak;
e) Setiausaha;
f) Bendahari;
g) Wakil Pemuda;
h) Wakil Wanita;
i) Bilal Jenazah Wanita;
j) 2 orang Pemeriksa Kira-Kira;
k) 4 orang Ahli Jawatankuasa Surau.
3.4.2 Setiausaha Surau hendaklah menghantar minit mesyuarat ke
Pejabat Agama Islam Daerah selewat-lewatnya 7 hari selepas
Mesyuarat Agung Khas Pencalonan diadakan.
3.5 Kelayakan calon Pegawai dan Jawatankuasa Surau
Kelayakan calon Pegawai dan Anggota Jawatankuasa Surau adalah
seperti berikut :-
3.5.1 Warganegara Malaysia;
3.5.2 Berumur tidak kurang daripada 21 tahun tetapi tidak melebihi
65 tahun;
3.5.3 Tinggal bermastautin, bermukim dan berdaftar sebagai ahli kariah
Surau itu;
3.5.4 Boleh membaca, menulis dan mengira;
10
3.5.5 Mempunyai pengetahuan agama Islam yang tinggi dan
berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mazhab
yang diiktiraf oleh hukum syarak;
3.5.6 Mempunyai akhlak yang mulia dan amanah;
3.5.7 Selalu membuat amal kebajikan;
3.5.8 Sihat tubuh badan dan mental;
3.5.9 Mempunyai daya kepimpinan;
3.5.10 Sentiasa menjalin hubungan baik dengan ahli kariah dan
menunjukkan ciri-ciri kreatif serta sering membawa idea-idea baru
untuk meningkatkan kemajuan Surau;
3.5.11 Tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah sivil atau syariah di
mana–mana mahkamah yang melibatkan hukuman penjara
melebihi 1 tahun.
3.5.12 Bukan seorang bankrap/muflis yang belum dilepaskan.
3.6 Keutamaan calon
3.6.1 Bagi jawatan Pengerusi, keutamaan akademik minima ialah
mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil
Pelajaran Agama (SPA) dan keutamaan diberi kepada calon yang
mempunyai Diploma;
3.6.2 Bagi jawatan Pengerusi, keutamaan hendaklah diberi kepada
calon yang mampu mengetuai halaqah-halaqah ringan yang
melibatkan Jawatankuasa dan jemaah di samping mampu
mengimamkan sembahyang dan mengetuai majlis tahlil;
3.6.3 Bagi jawatan Imam dan Bilal, keutamaan hendaklah diberi
kepada calon yang mampu membaca Al-Quran dengan baik;
11
3.6.4 Bagi jawatan Setiausaha, keutamaan hendaklah diberi kepada
calon yang memiliki pengalaman dalam bidang kesetiausahaan
dan pentadbiran;
3.6.5 Bagi jawatan Bendahari, keutamaan hendaklah diberi kepada
calon yang memiliki ilmu dan berkemahiran dalam pengurusan
kewangan; dan;
3.6.6 Ahli-ahli lain hendaklah terdiri dari mereka yang
berlatarbelakangkan pelbagai bidang kemahiran.
4. SEMAKAN, PENGESAHAN DAN PELANTIKAN
4.1 Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah hendaklah mewujudkan satu panel
khas bagi menilai dan mengesahkan kelayakan calon Imam dan Bilal
yang akan dilantik.
4.2 Keputusan mesyuarat agung khas pencalonan ini akan dibentang di
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pegawai dan Ahli
Jawatankusa Surau Peringkat Daerah (JKPD) bagi proses semakan,
tapisan dan sokongan pelantikan.
4.3 Keputusan mesyuarat JKPD akan dibentang semula dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Kariah MAIS bagi kelulusan pelantikan dan disahkan
dalam Mesyuarat MAIS sebelum tauliah pelantikan dikeluarkan.
5. BANTAHAN
Mana-mana ahli kariah yang tidak berpuashati dengan mana-mana perjalanan
mesyuarat agung khas di bawah tatacara ini, boleh mengemukakan bantahan
atau rayuannya kepada Setiausaha MAIS dalam tempoh 14 hari dari tarikh
mesyuarat agung khas dijalankan.
12
6. KUATKUASA
Arahan ini hendaklah berkuatkuasa bagi proses pencalonan Pegawai dan Ahli
Jawatankuasa Surau sesi 01 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016.
Disediakan oleh :
(MOHD ATHRAS BIN ABDUL BASIR)
Penolong Pengarah Kariah
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Selangor
Tarikh : 15 Januari 2012
Disahkan oleh :
(DATO HAJI MARZUKI BIN HUSSIN)
D.S.I.S, S.M.S., A.M.N., P.J.K.,
Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor
Tarikh : 16 Januri 2013
13
JADUAL PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN
PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU NEGERI SELANGOR SESI
2013-2016
BIL TARIKH PERKARA CATATAN
1. Mulai
1 Februari 2013
Kemaskini Pendaftaran Ahli Kariah
- Senarai ahli kariah yang telah berdaftar
di tampal di papan kenyataan surau.
- Edaran borang pendaftaran ahli kariah
dan membuat pendaftaran baru bagi
ahli-ahli kariah yang belum berdaftar.
- Pendaftaran ahli kariah dibuka selewat-
lewatnya sebelum mesyuarat
dilaksanakan.
-
2.
Mulai
8 Februari 2013
hingga
17 Mac 2013
Hebahan dan Edaran Notis Pelaksanaan
Mesyuarat Agung Khas Pencalonan
Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau
- Edaran Surat Notis Mesyuarat
- Pemasangan Kain Rentang
- Tatacara Pencalonan di tampal di
papan kenyataan Masjid/Surau
- Pemakluman tarikh mesyuarat kepada
Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
dan Nazir Masjid.
Hebahan
dilaksanakan
selewat-lewatnya
2 Minggu
sebelum tarikh
mesyuarat
dilaksanakan.
Pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas
Pencalonan Pegawai dan Ahli
Jawatankuasa Surau
- Pemakluman dalam mesyuarat
berkaitan Peraturan Mesyuarat dan
Tatacara Pencalonan.
- Minit mesyuarat pencalonan dihantar ke
PAID selewat-lewatnya 7 hari selepas
mesyuarat diadakan.
-
14
3.
18 Mac 2013
hingga
17 April 2013
Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan
Pegawai dan Jawatankuasa Surau Peringkat
Daerah
1 Bulan
4.
18 April 2013
hingga
31 Mei 2013
Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS dan
Mesyuarat MAIS 1 ½ Bulan
5. 1 Jun 2013 Pelantikan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa
Surau Sesi 01 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016
15
CARTA ALIR
PROSES PENCALONAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU
SESI JUN 2013 HINGGA MEI 2016
Mula
Semakan dan Pendaftaran Ahli Kariah
Hebahan Pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan - Tatacara Pencalonan ditampal di papan kenyataan surau
Pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Sesi 1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 - Keputusan mesyuarat ditampal di papan kenyataan surau
Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Peringkat Daerah (JKPD) – Semakan, Tapisan dan Pemilihan Pencalonan j
Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS – Kelulusan Pelantikan
Mesyuarat MAIS – Pengesahan Pelantikan
Pelantikan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau
Selesai
Mesyuarat Penentuan Jawatan Jawatankuasa Surau
16
NOTIS
MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA
SURAU ……………………………..
SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA, SURAU ……………………………… AKAN MELAKSANAKAN
MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU BAGI
SESI 1 JUN 2013 HINGGA 31 MEI 2016 PADA :
TARIKH : ………………………………
MASA : ………………………………..
TEMPAT : ………………………………………………………..
AHLI-AHLI KARIAH YANG BELUM BERDAFTAR HENDAKLAH MENGISI BORANG PENDAFTARAN AHLI KARIAH
MELALUI SETIAUSAHA SURAU
NAMA SETIAUSAHA : ………………………………..
NO TEL : ………………………………..
SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR
TARIKH NOTIS : …………………….
17
MINIT MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN
PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU …………………………….
SESI 1 JUN 2013 – 31 MEI 2016
Tarikh :
Masa :
Tempat :
KEHADIRAN
- SEPERTI DI LAMPIRAN
1. UCAPAN PENGERUSI SURAU
1.1 Pengerusi mengucapkan salam kepada semua ahli mesyuarat
dan mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana dapat
melaksanakan mesyuarat agung khas pencalonan ini dan
memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi menyatakan bahawa peranan mesyuarat ini penting
bagi memastikan institusi surau dapat berperanan besar untuk
kemajuan umat Islam. Keputusan-keputusan yang dari mesyuarat
ini diharapkan menyumbang kepada pengukuhan pentadbiran
dan perpaduan umat Islam.
1.3 Pengerusi Surau menjemput Imamuntuk membacakan doa.
1.4 Pengerusi surau menjemput Nazir Masjid / wakilnya / Ketua
Kampung iaitu............................................................................................
mengendalikan mesyuarat agung khas pencalonan.
1.5 Nazir Masjid / Wakilnya / Ketua Kampung membacakan adab-
adab bermesyuarat dalam Islam seterusnya membacakan
Tatacara Pencalonan Pegawai Dan Ahli Jawatankuasa Surau sesi
1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 yang telah ditetapkan oleh MAIS.
18
2. SESI PENCALONAN PEGAWAI DAN JAWATANKUASA SURAU BAGI SESI 1 JUN
2013 HINGGA 31 MEI 2016
2.1 Calon Pegawai dan Jawatankuasa Surau ( Lampiran Borang A )
2.2 Nazir Masjid / Wakil / Ketua Kampung mengucapkan tahniah
kepada semua ahli kariah kerana berjaya mencalonkan senarai
calon-calon yang terbaik bagi mentadbir surau bagi sesi akan
datang dan menyerahkan semula mesyuarat kepada pengerusi
surau.
3. PENUTUP
Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang
diberikan oleh ahli mesyuarat. Dengan harapan semoga usaha murni ini
akan mendapat kejayaan dan diberkati Allah S.W.T.
Disediakan oleh :
t.t
Nama
Setiausaha Surau
Tarikh : ................................
Disahkan oleh :
t.t
Nama
Nazir Masjid / Wakil / Ketua Kampung
Tarikh : .................................
19
CALON PEGAWAI DAN JAWATANKUASA SURAU NEGERI SELANGOR SESI 01 JUN 2013 HINGGA 31 MEI 2016
NAMA SURAU : KARIAH MASJID :
DAERAH : TARIKH MESYUARAT :
BIL JAWATAN NAMA PENCADANG PENYOKONG PENYOKONG PENYOKONG PENYOKONG
1. PENGERUSI
2. PENGERUSI
3. PENGERUSI
4. IMAM
5. IMAM
6. IMAM
7. BILAL
8. BILAL
9. BILAL
10. CALON 1
11. CALON 2
BORANG A
20
12. CALON 3
13. CALON 4
14. CALON 5
15. CALON 6
16. CALON 7
17. CALON 8
18. CALON 9
19. CALON 10
20. CALON 11
21. CALON 12
Disediakan oleh : Disahkan oleh : Disahkan oleh : -------------------------------------------- ------------------------------------------- ------------------------------------------------ (Setiausaha Mesyuarat ) (Nazir Masjid / Wakil ) (Ketua kampung / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk /
Pengerusi Surau ) Tarikh : Tarikh : Tarikh :
21
CALON PEGAWAI DAN JAWATANKUASA SURAU NEGERI SELANGOR SESI 01 JUN 2013 HINGGA 31 MEI 2016 YANG DIPUTUSKAN
DALAM MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN PERINGKAT SURAU
NAMA SURAU : KARIAH MASJID :
DAERAH : TARIKH MESYUARAT :
BIL JAWATAN NAMA & NO K/P ALAMAT NO TEL KELAYAKAN JAWATAN
1. CALON PENGERUSI
2. CALON PENGERUSI
3. CALON PENGERUSI
4. CALON IMAM
5. CALON IMAM
6. CALON IMAM
7. CALON BILAL
8. CALON BILAL
9. CALON BILAL
10. CALON 1
11. CALON 2
BORANG B
22
12. CALON 3
13. CALON 4
14. CALON 5
15. CALON 6
16. CALON 7
17. CALON 8
18. CALON 9
19. CALON 10
20. CALON 11
21. CALON 12
Pencalonan ini hendaklah disertakan bersama Minit Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Surau dan senarai kehadiran ahli mesyuarat. Disediakan oleh : Disahkan oleh : Disahkan oleh : -------------------------------------------- ------------------------------------------- ------------------------------------------ (Setiausaha Mesyuarat ) (Nazir / Wakil ) ( Setiausaha JKPD ) Tarikh : Tarikh : Tarikh :
23
PENCALONAN PEGAWAI DAN JAWATANKUASA SURAU NEGERI SELANGOR SESI JUN 2013 HINGGA MEI 2016
YANG DIPUTUSKAN DALAM MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN PERINGKAT SURAU
NAMA SURAU : KARIAH MASJID : DAERAH : TARIKH MESYUARAT :
A. CALON PEGAWAI DAN JAWATANKUASA SURAU
BIL JAWATAN NAMA PENUH
DAN KAD PENGENALAN UMUR ALAMAT DAN TEL KELAYAKAN
01 PENGERUSI
02
IMAM
03
BILAL
04
SIAK
05
SETIAUSAHA
06 BENDAHARI
07 WAKIL PEMUDA
08 WAKIL
WANITA
09
PENGURUS JENAZAH WANITA
10
AJK
BORANG C
24
BIL
JAWATAN
NAMA PENUH DAN KAD PENGENALAN UMUR ALAMAT DAN TEL KELAYAKAN
11 AJK
12
AJK
13
AJK
14 PEMERIKSA KIRA-KIRA I
15 PEMERIKSA KIRA-KIRA II
Disediakan oleh : Disahkan oleh : _________________________ __________________________ (Setiusaha JKPD) (Pengerusi JKPD) Tarikh : Tarikh :