PERINTAH AM BAB E

Post on 03-Feb-2016

1.425 views 108 download

description

PERINTAH AM BAB E. RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN. Rumah dan Bangunan Kerajaan. Rumah-rumah Kediaman. Tanggungjawab Pegawai yang mendiami rumah kerajaan. Kadar sewa,pembayaran dan lain-lain bayaran. Bagunan-bangunan pejabat. Pelbagai. Pegawai Yang Boleh Disediakan Rumah. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of PERINTAH AM BAB E

PERINTAH AM BAB E

RUMAH DAN BANGUNAN

PEJABAT KERAJAAN

Rumah dan Bangunan Kerajaan

1. Rumah-rumah Kediaman.2. Tanggungjawab Pegawai yang mendiami rumah

kerajaan.3. Kadar sewa,pembayaran dan lain-lain bayaran.4. Bagunan-bangunan pejabat.5. Pelbagai.

Pegawai Yang Boleh Disediakan Rumah

1. Rumah Khas Kerajaan - pegawai tingkatan utama termasuk KSN dan

pegawai lain yang disediakan rumah khas

kerana jawatan mereka.2. Rumah Khas Jabatan - pegawai yang

dikehendaki tinggal berhampiran tempat kerja mereka.

Rumah Kerajaan disediakan oleh UKM

Rumah Khas Jawatan :• Rumah Pengetua kolej kediaman.• Rumah Timbalan Pengetua kolej kediaman.Rumah Khas Jabatan :• Perumahan Bukit Puteri• Perumahan Bandar Baru Bangi• Perumahan di KTSN, KKL• Rumah yang disewa oleh universiti

Pegawai Yang Boleh Disediakan Rumah

3. Rumah Biasa Kerajaan - pegawai di kawasan terpencil dan rumah yang

sesuai tiada untuk disewa.4. Rumah Kediaman - pegawai di pejabat

Luar Negeri kerajaan Malaysia di luar negara. Kerajaan

boleh memberi sewa yang berpatutan sebagai ganti

menyediakan rumah.

Jawatan penting yang boleh dipertimbangkan rumah kerajaan di UKM

1. Naib Canselor2. Timbalan Naib Canselor3. Ketua Pegawai Keselamatan4. Penolong Pegawai Keselamatan5. Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangunan6. Pengetua kolej kediaman7. Doktor Pusat Kesihatan Pelajar8. Jurutera Letrik

Jawatan penting yang boleh ditimbangkan rumah kerajaan di UKM.

9. Pengawal Keselamatan10. Juruteknik Elektrik/Mekanikal11. Penjaga Jentera12. Tukang Paip13. Pendawai14. Jururawat/Pembantu Perubatan

Menyewa Rumah Kerajaan

• Sekiranyan ada kekosongan, pegawai yang bekerja di kawasan berkenaan layak memohon mengikut syarat kelayakan.

• Sewa perlu dijelaskan mengikut kadar yang ditetapkan melainkan diberi pengecualian mengikut syarat perkhidmatan.

RUMAH KERAJAANGRED/KATEGORI GAJI KELAS

RUMAH

UTAMA ‘B’/GRED ‘B’ DAN KE ATAS Semua dalam Utama ‘B’/A

Gred Khas ‘B’ dan keatas

UTAMA ‘C’/GRED KHAS ‘C’ Semua dalam Utama ‘C’/B

Gred Khas ‘C’

KATEGORI I RM 3654 dan keatas B

KATEGORI I RM 3653 dan ke bawah C

KATEGORI II Semua kategori II C

KATEGORI III RM 2546 dan ke atas C

KATEGORI IV RM 2494 dan ke atas C

KATEGORI III RM 2545 dan ke bawah D

GRED/KATEGORI GAJI KELAS RUMAH

KATEGORI IV RM 2493 dan ke bawah D

KATEGORI V RM 1909 dan ke atas D

KATEGORI VI RM 1973 dan ke atas D

KATEGORI V RM 1908 dan ke bawah E

KATEGORI VI RM 1972 dan ke bawah E

KATEGORI VII Semua dalam kategori VII E

KATEGORI VIII RM 1539 dan ke atas E

KATEGORI VIII RM 1538 dan ke bawah F

KATEGORI IX,X Semua dalam kategori IX,X G

KATEGORI XI Semua dalam kategori XI H,I,J

Kerajaan Berhak Menguntuk Rumah

• Kerajaan berhak menguntukkan rumah kepada mana-mana pegawai atau meminta mereka berkongsi jika difikirkan sesuai.

Arahan Mengosongkan Rumah

• Kerajaan boleh menghendaki seseorang pegawai mengosongkan rumah kerajaan untuk tujuan membaiki atau lain sebab yang munasabah dengan memberi tempoh satu bulan, tanpa memberi ganti.

Menarik Balik Rumah

• Rumah yang diuntukkan kepada seorang kakitangan boleh ditarik balik jika tidak diambil selepas tempoh yang ditetapkan (30 hari).

• Rumah ini akan ditawarkan kepada kakitangan lain.

Tanggung Jawab Pegawai Yang Mendiami Rumah Kerajaan

• Mematuhi semua peraturan dalam Bab E.• Dilarang meminda rumah tanpa kebenaran,

bertangungjawab terhadap kerosakan yang disebabkan penggunaan yang tidak munasabah.

• Dilarang menyewakan rumah, rumah kerajaan adalah untuk tujuan tempat kediaman kakitangan dan keluarganya, orang gaji dan tetamu sementara.

• Dilarang berternak binatang.• Bertanggung jawab membersih kawasan rumah.• Melaporkan kerosakan kepada JKR atau JPP. Kegagalan

melaporkan kerosakan boleh mewajibkan kakitangan membayar sebahagian atau keseluruhan kos membaiki kerosakan.

• Membayar kerosakan yang disebabkannya.• Melaporkan tarikh akan memasuki rumah dan

mengambil alih tanggung jawab.

• Melaporkan tarikh sebenar memasuki rumah kepada Pegawai Perumahan untuk urusan memotong sewa daripada gajinya.

• Melaporkan tarikh mengosongkan rumah 14 hari sebelum berpindah.

• Menyerahkan semua kunci dan menandatangani akuan keluar rumah.

• Menbenarkan pihak berkuasa memasuki rumah kerajaan untuk penyelengaraan atau pemeriksaaan.

• Menjelaskan bil air dan letrik.

Sewa dan Lain-lain Bayaran

• Pegawai yang mendiami rumah kerajaan atau rumah yang disewa kerajaan dikehendaki membayar sewa mengikut kadar bagi kelas rumah berkenaan melainkan dikecualikan oleh syarat perkhidmatan.

• Pegawai yang diuntukkan rumah khas jawatan dikenakan separuh daripada sewa yang ditetapkan bagi kelas rumah berkenaan.

• Pegawai yang ditempat di seberang laut dikehendaki membayar peratus tertentu daripada sewa yang dibayar kerajaan.

• Sewa rumah dan sewa perabot dikira dari hari pertama seorang pegawai memasuki rumah hingga hari akhir mengosongkan rumah dan dibayar secara bulanan.

• Sewa rumah dan perabot dibayar melalui potongan gaji oleh Ketua Jabatan setelah mendapat permintaan daripada Pegawai Perumahan.

• Sewa akhir perlu dikutip daripada pegawai berhenti,bersara, bertukar, bercuti dan sebagainya.

• Kakitangan perlu membayar bil air, letrik, membuang sampah dll termasuk cengkeramnya melainkan dikecualikan.

• Pegawai yang berubah kelayakan kelas rumah kerana perubahan gaji dikehendaki berpindah ke rumah baru jika ada kekosongan. Jika engkar beliau akan dikenakan sewa mengikut kadar kelayakan baru daripada tarikh notis pindah.

• Pegawai yang engkar berpindah rumah boleh dikenakan bayaran sewa dua kali ganda sewa yang sepatutnya.

• Seorang pegawai boleh dikenakan dua kali ganda sewa sekiranya rumah yang dibeli dengan pinjaman kerajaan telah siap kecuali mereka yang berhak mendapat perumahan percuma,dikehendaki mendiami rumah kerajaan atau rumah yang dibeli berada di luar kawasan ibu pejabat.

Sewa dan lain-lain Bayaran

• Pegawai yang dibenarkan menduduki rumah yang lebih tinggi daripada kelayakan boleh dikehendaki oleh KSN membayar sewa mengikut kelayakan kelasnya.

• Pegawai yang menduduki kelayakan rumah lebih rendah kerana tiada kekosongan boleh dikehendaki membayar mengikut kadar sewa pegawai bergaji maksima bagi kelas rumah berkenaan.

Bangunan-bangunan Pejabat

Tanggung Jawab JPM/universiti :

• Menentukan semua jabatan kerajaan ditempatkan di bangunan yang sesuai dan munasabah untuk melahirkan kecekapan dan suasana bekerja yang baik.

• Memberi kesenangan dan kemudahan kepada pelanggan yang datang.

Tanggung Jawab Ketua Jabatan

• Memastikan semua bahagian termasuk cawangan kecil di luar ibu pejabat mendapat bangunan yang mencukupi dan selesa.

• Mengadakan penyeliaan terhadap penyelenggaraan dan kebersihan.

• Memohon pengubahsuaian jika perlu.• Memohon peruntukan sekiranya melibatkan kos yang

tinggi.

Tanggung Jawab JKR/JPP

• Memeriksa bangunan setahun sekali dan membaiki kerosakan.

• Penghuni rumah/bangunan kerajaan perlu membenarkan kakitangan JKR/JPP, kontraktor yang dilantik masuk menjalankan tugas setelah memperkenalkan diri dengan memuaskan.

Penyelenggaraan Bangunan dan Premis Jabatan Kerajaan

• Surat KSN, bertarikh 27.1.2003• “penyelenggaraan premis kerajaan perlu diberi

perhatian supaya wujud suasana kerja yang selesa dan harmoni. Ini akan menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan dan meningkatkan imej kerajaan”

• Tanggungjawab ketua jabatan terhadap penyelenggaraan terkandung dalam beberapa arahan berikut : - Perintah Am Bab E- Surat Pekeliling Am Bil. 2/1995- Pekeliling Am Bil 1/2002

Jenis Kerja Penyelenggaraan

i. Penyelenggaraan Sivilii. Penyelenggaraan Mekanikaliii. Penyelenggaraan Elektrikaliv. Housekeepingv. Lanskap

Perintah Am (25.a.)

• “Ketua jabatan yang mendiami bangunan pejabat kerajaan (disewa, dibina) perlu mengadakan penyeliaan yang baik. Kerosakan atau kekurangan hendaklah dilaporkan kepada JKR dengan segera”

Jawatankuasa Penyelaras Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan

• Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2002• “Menetapkan garis panduan peranan

jawatankuasa penyelaras bangunan gunasama persekutuan bagi membantu Kementerian Kerja Raya, Pejabat Setiausaha Persekutuan (Sabah, Sarawak) mengawasi prestasi perkhidmatan syarikat konsesi dibangunan gunasama persekutuan berkaitan dengan pengurusan bangunan”

• Anggota mesyuarat terdiri daripada semua ketua jabatan yang menghuni bangunan berkenaan.

• Laporan mesyuarat dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya, Pejabat Setiausaha Persekutuan (Sabah, Sarawak) jika berkaitan.

Bidang Tugas Jawatankuasa

1. Penghubung antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan – menerima aduan daripada penghuni dan menyediakan laporan prestasi penyelenggaraan.

2. Memberi kerjasama kepada syarikat jika ada ubahsuaian atau kerja-kerja tambahan.

3. Mengawasi prestasi pengusaha kantin.

Bidang Tugas Jawatankuasa

4. Membantu Kementerian Kerja raya menjimatkan penggunaan elektrik dan air.

5. Mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kerja Raya berhubung dengan kerja-kerja pembaikan, pengubahsuaian, naik taraf dan tambahan.

6. Membantu menguruskan mesyuarat dan lawatan pasukan menguruskan mesyuarat dan lawatan pasukan pemeriksaan bangunan serta melaksanakan arahan pentadbiran.

Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan UKM

- Perancangan pembangunan.- Perancangan penyelenggaraan.- Penyeliaan/pemantauan.- Semua perkara yang bersangkutan dengan kerja-kerja

pembangunan dan penyelenggaraan.

- Mempertimbangkan cadangan penamaan bangunan UKM.

- Memperakukan cadangan nama-nama bangunan kepada Lembaga Pengarah Universiti.

Asas Penamaan Bangunan UKM

- Tokoh yang terlibat dengan pembangunan UKM.- Tokoh tanah air yang terkenal.- Sesuai dengan saiz bangunan/ruang.

Pelbagai

• Pegawai yang bersara hendaklah mengosongkan rumah pada hati terakhir berkhidmat, melainkan diberi pengecualian.

• Pegawai bercuti sebelum bersara boleh menduduki rumah kerajaan semasa tempoh cuti dan 30 hari selepas akhir cutinya.

• Pegawai yang menduduki rumah khas jawatan hendaklah mengosongkan rumah pada hari terakhir bekerja kecuali dengan persetujuan Ketua Jabatan jika belun ada pegawai yang akan menduduki rumah berkenaan (bagi tempoh tidak melebihi 30 hari).

• Pegawai Perumahan dan JKR/JPP perlu memeriksa rumah kerajaan setelah dimaklumkan pegawai yang akan bersara.

• Pegawai Perumahan perlu memaklumkan Ketua Jabatan supaya membuat potongan gaji bagi tempoh selepas bersara.

TAMATDisediakan Oleh :

Asmahan MusaBahagian Pentadbiran Am