Perkembangan fizikal kanak-kanak

Post on 18-Aug-2015

135 views 4 download

Transcript of Perkembangan fizikal kanak-kanak

PERINGKAT – PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK – KANAK & HUBUNG KAIT DENGAN TEORI – TEORI PERKEMBANGAN

TOPIK 2

Pembentang: • Nicholas Tan Zi Qian • Nur Aina Muslihah Binti Shansu Baharing

Kursus : PISMP B&K A Ambilan Jun 2015

Pensyarah : Encik Yeap Teik Wei

Perkembangan Fizikal

Woolfolk & Margetts,2007

• Perkembangan Fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.

• Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

Perkembangan Fizikal

Prinsip Perkembangan Fizikal

1. Perkambangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki.

2. Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar.

3. Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik4. Aspek berbeza berkembang pada tahap berbeza.

PERKEMBANGAN FIZIKAL

PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

PERINGKAT UMUR(TAHUN)

ASPEK PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR

BAYI 0-2 Mula memperolehi koordinasi dan kawalan otot. Tulang masih lembut.

Mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan.

Mula membezakan suara daripada keluarga dan orang lain.

Penglihatan dan pendengaran masih belum dikembangkan dengan sempurrna.

PERINGKAT UMUR(TAHUN)

ASPEK PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR

Awal Kanak-kanak

2-6 Tubuh badan menjadi lebih besar, lebih tegap dan lebih tinggi.

Mempunyai satu set gigi susu.

Semakin aktif dengan menggunakan kaki dan tangan.

Otak berkembang menjadi lebih besar dan lebih terkawal.

PERINGKAT UMUR(TAHUN)

ASPEK PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR

Kanak-kanak 6-12 Penyelarasan motor dan kawalan tubuh badan bertambah baik

Otot mata sudah matang untuk membaca

Pendengaran bertambah tajam dan boleh membezakan bunyi-bunyi yang berlainan.

Sel-sel otak telah mencapai 60% berat orang dewasa.

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PERINGKAT CIRI-CIRI PERKEMBANGAN

Pertama(0-1 tahun)

Kematangan emosi mula berlaku dulan melalui isyarat tangisan dan senyuman.

Kematangan fizikal mula berlaku pada umur 4 bulan melalui pergerakan mata.

Perkembangan mengikut mekanisme kawalan kendiri.

PERINGKAT CIRI-CIRI PERKEMBANGAN

Kedua(1-2 tahun)

Kematangan mental dan fizikal meningkat dan ditunjukan dengan kemahiran menggunakan perkataan mudah.

Kematangan fizikal berkembangan lebih cepat dengan mula berjalan diikuti dengan berlari.

PERINGKAT CIRI-CIRI PERKEMBANGAN

Ketiga(2-3 tahun)

Mula bentuk sikap berdikari semasa makan, minum dan lain-lain.

Mula menggunakan ayat yang mudah.

Keempat(3-4 tahun)

Kematangan fizikal berkembang dalam aktiviti permainan.

Keupayaan melaksanakan tugas harian.

PERINGKAT CIRI-CIRI PERKEMBANGAN

Kelima(4-5 tahun)

Kematangan emosi dan sosial ditunjukkan dalam interaksi dengan rakan sebaya.

Kematangan mental ditunjukkan melalui soalan-soalan dikemukakan.

Teori Kematangan Biologi : Arnold Gesell(1880-1961)

• Baka & kematangan faktor penting dalam menentukan perkembangan kanak-kanak

• Perkembangan kanak-kanak unik & berbeza antara satu sama lain

• Berlaku pada beberapa peringkat• Tempoh 5 tahun pertama merupakan perkembangan kanak-

kanak dalam aspek fizikal,mental,emosi & sosial

Peringkat Pertama (0- 1 tahun )• Umur 1 bulan: tangisan berlainan untuk menyatakan kehendak yang

berbeza seperti tangisan lapar berlainan dengan tangisan menarik perhatian.

• Umur 4 bulan : mata boleh bergerak mengikut gerakan objek.• Umur 6 bulan : dapat menggenggam objek.• Umur 7 bulan : boleh duduk dan merangkak.• Umur 12 bulan : boleh berdiri dan memegang objek tinggi.

Peringkat Kedua ( 1- 2 tahun )• Boleh bertatih, berjalan, berlari, bercakap dan sudah mula tahu makna

“ jangan”

Peringkat Ketiga ( 2- 3 tahun )• Boleh makan bersendirian dan mula bercakap dengan

menggunakan ayat mudah.

Peringkat Keempat ( 3-4 tahun )• Dapat naik basikal beroda tiga dan menerima arahan mudah

Peringkat Kelima ( 5 tahun )• Telah mula mengemukakan soalan dan bersedia masuk

prasekolah.

Teori Tugas-tugas perkembangan:Robert Havighurst (1953)

• Perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi keluarga amat mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Havighurst membahagikan tiga peringkat;

Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)• Kanak-kanak mula bercakap, mula berintraksi dengan orang lain, belajar bertolak

ansur dan bertimbang rasa, sedia mendengar pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan salah.

Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )• Menguasai beberapa kemahiran dalam permainan, kemahiran 3M,

mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral.

Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )• Bentuk badan mula berubah, minat bergaul dengan rakan berlainan

jantina, ingin kebebasan dan konsep baik dan buruk semankin mantap.

Implikasi Terhadap Pengajaran & Pembelajaran

Mengikut Piaget dalam buku Mok Soon Sang (2009)

“Pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah

menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi

pembelajaran yang dihadapinya”

Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

Mengikut Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif: konstruktivisme)

dalam buku Mok Soon Sang(2009)

Merancang sesuatu situasi pembelajaran yang

mencabar untuk pelajar.

Menimbulkan dan menggerakkan tindak balas

pelajar, dan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati tindak

balasnya.

Memberi kerja tugas yang berkaitan bagi pemindahan

pembelajaran supaya mereka dapat

mengaplikasikan apa yang diajar kedalam penyelesaian

masalah.

Membentuk kumpulan yang mengandungi pelajar

yang hampir sama peringkat perkembangan

kognitif mereka

Teknik mengikut implikasi pengajaran dan pembelajaran oleh Jean Piaget

Guru boleh menggunakan bahan

yang konkrit bagi mengilustrasikan konsep

yang lebih kompleks.

Melakukan ktiviti seperti memberi peluang kepada pelajar mencari alternatif

dalam menyelesaikan masalah dan membuat

hipotesis sendiri.

Selain itu, kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat kepada fakta-fakta

dengan cara membiarkan murid meneroka dan mengkaji konsep itu

sendiri.

Konklusi

Sekian, terima kasih

Perkembangan fizikal kanak-kanak sangat penting untuk difahami oleh setiap guru dan

bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan

mudah difahami