Post on 18-Jun-2015
KEMAHIRAN ASAS:
HANTARAN ARAS DADA, JARINGAN DAN TANGKAPAN BOLA
Ahli Kumpulan:
Suhaida Binti Mt Salleh LB110179Umi Najaa Binti Mohd Suhaimi LB110187Umi Sarah Binti Mohd Suhaimi LB110188
HANTARAN ARAS DADA
Suhaida Mt SallehLB 110179
HANTARAN ARAS DADA
DEFINISI
Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat dan untuk jarak yang tidak begitu jauh.
Hantaran ini sesuai untuk keadaan yang pantas dan memerlukan tindakan segera.
TEKNIK HANTARAN ARAS DADA
1. Jari tangan pemain dibuka untuk mencengkam bola.
2. Bola mestilah berdekatan dengan badan, iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan dan siku juga hendaklah dalam kedudukan seimbang
3. Badan pemain hendaklah dalam kedudukan seimbang dengan kaki kiri ke hadapan.
4. Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke arah lontaran.
5. Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak kehadapan serentak dengan kekuatan lontaran bola.
1. Kedudukan bola dan badan semasa posisi bersedia
2. Kedudukan badan selepas bola di lontarkan
3. Pandangan hadapan semasa bola dilepaskan (ikut kaki)
HANTARAN ARAS DADA
(A) Kemahiran asas
HANTARAN ARAS DADA
(B) Aktiviti Kemahiran
AKTIVITI GAMBAR RAJAH
Aktiviti 1a)Hantaran dada mengikut arah jam.b)Menerima bola, pivot dan menghantar bola kepada rakan c)Lakuan sehingga habis pusingan dan ulang mengikut arah lawan jam.
Aktiviti 2a)X membaling kepada X1, X1 menerima dan membaling semula kepada X.b)Pelakuan diteruskan sehingga X5.c)X akan bertukar tempat dengan X1 sebagai pembaling.d)Ulangan diteruskan sehingga X5 menjadi pembaling.
HANTARAN ARAS DADA
AKTIVITI GAMBAR RAJAH
Aktiviti 3a)Bola pada X dan X1.b)X baling bola pada X2, X1 baling bola pada X serentak.c)X baling bola pada X3, X2 baling bola pada X serentak.d)Pelakuan diteruskan sehingga X5.e)X akan bertukar tempat dengan X1 sebagai pembaling.f)Ulangan diteruskan sehingga X5 menjadi pembaling.
HANTARAN ARAS DADAAKTIVITI GAMBAR RAJAH
Aktiviti 4a)X baling pada X1, X1 baling semula kepada X, X1 lari ke belakang X, X akan membaling bola kepada X2, lakuan diteruskan sehingga ke X5.b)X5 akan mengambil tempat X, X akan mengantikan tempat X1.c)Pelakuan akan diulang sehingga X5 mengambil tempat X.
Aktiviti 5a)Pasangan pertama bergerak dengan membuat hantaran paras dada sehingga melepasi garisan.b)Setelah melepasi garisan, pemain perlu bergerak secara sisi dan berlari anak semula ke tempat permulaan.c)Perlakuan akan diteruskan oleh pasangan berikut sehingga setiap pasangan tamat tiga ulangan.
KEMAHIRAN MENJARING
Umi Najaa Binti Mohd SuhaimiLB 110187
MENJARING
Setiap pemain harus mempunyai kemahiran menjaring bola.Pemain yang dibenarkan untuk menjaring semasa permainan hanya GS (Goal Shutter) dan GA (Goal Attack) sahaja.Peranan GS adalah boleh menjaring dalam kawasan D (bulatan jaringan) manakala GA dibenarkan keluar dari kawasan D untuk mendapatkan bola.Percubaan menjaringkan gol boleh dilakukan di mana – mana tempat di dalam bulatan jaringan.Kemahiran membuat jaringan memerlukan ketepeatan pada sasaran dan pada gelang jaring.22
kawasan jaringan hanya boleh diduduki oleh pemain GA, GS, GK, dan GD.
GA dan GS berperanan untuk menjaring manakala GK dan GD bertindak sebagai penghalang pasukan lawan.
Jaringan dikira masuk apabila bola memasuki lilitan jaringan. Untuk menjadi penjaring yang baik, seseorang pemain mestilah
pantas, cekap dan berhati-hati. Penjaring haruslah pantas berlari dan melompat serta cekap
menangkap bola yang dihantar kepadanya.
MENJARING (Samb..)
TEKNIK MENJARING
Pemain mestilah berdiri dengan seimbang agar badan stabil dan tidak bergoyang sebelum menjaringkan bola.
Meluruskan tangan dan menghala ke arah jaringan dengan jari terbuka untuk memegang bola dengan betul.
Dari kedudukan ini, bengkokkan siku dan supaya bola berada pada aras muka dan serentak dengan itu, bengkokkan lutut.
Kemudian luruskan lutut dan tolak bola ke arah jaringan.
TEKNIK MENJARING
• Pemain memegang bola menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menjaring.
• Kaki hendaklah dibuka sedikit selebar bahu untuk memberi keseimbangan pada badan ketika menjaringkan bola.
• Meluruskan kedua-dua tangan menghala ke arah jaringan.• Menumpukan pada bulatan jaringan untuk menjaringkan gol.• Ketika hendak menjaring bola, bengkokkan sedikit lutut dan
luruskan lutut semula dan tolak bola ke arah jaringan.
TEKNIK SPLIT &
TEKNIK HANTARAN DINDING
Umi Sarah Binti Mohd SuhaimiLB 110188
TEKNIK SPLIT
Teknik ini menggunakan pergerakan kaki
Kedua belah kaki di buka seluas-luasnya apabila menerima
bola
Menerima bola melalui lop atau sisi (kiri dan kanan)
berhampiran tiang gol.
KEGUNAAN
Digalakkan menggunakan di dalam kawasan D (kawasan
untuk menjaring gol)
Sesuai dilakukan oleh GA atau GS yang akan menjaring gol
Kedudukan split ini mesti berhampiran dengan tiang gol
TEKNIK HANTARAN DINDING
Teknik ini dilakukan apabila bola di hantar ke
dinding, kemudian bola itu melantun dan akan
diterima oleh siapa yang menghantar bola ke
arah dinding.
Boleh dilakukan dengan hantaran laju dan
perlahan sambil bergerak ke hadapan
KEGUNAAN
Hanya boleh dilakukan di dalam padang yang bertutup sahaja.
Boleh digunakan dalam permainan untuk hantaran dalam
kawasan tengah sehingga ke kawasan menjaring