Post on 03-Apr-2018
7/29/2019 Real Lempar Cakera
1/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
1
1
PENGENALAN
Acara melempar cakera merupakan acara tertua dalam kalangan acara
balingan.Ia dipertandingkan di Sukan Olimpik di Greek Purba. Pada tahun 1896, cakera
kayu digunakan di Athens dengan beratnya kurang daripada 2kg dalam tahun 1908 di
Olimpik London barulah berat cakera ditetapkan sebagai 2kg. Sejak acara lempar
cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami banyak
perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera. Dari lemparan
cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan
teknik seperti "melangkah dan lempar", gaya melempar 90, gaya rotasi atau berpusingdan lempar dan pelbagai gaya lemparan lain telah diperkenalkan oleh jaguh-jaguh
dunia pada era yang tertentu.
7/29/2019 Real Lempar Cakera
2/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
2
2
1.0 SEJARAH
Lempar cakera merupakan acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara
sukan, Lempar cakera dimasukkan ke dalam sdukan olimpik kuno di Greek.Pada masa
itu, peralatan atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat
daripada cakera yang digunakan padsa masa kini. Cakera yang digunakan dalam
sukan olimpik moden pertama tahun 1896, adalah seakan-akan sama dengan cakera
yang digunakan sekarang. Cakera diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang
berbentuk bulat leper dan dibaluti besi sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam
pada bahagian tengah dengan beratnya nhampir 2kg, iaitu 1.923kg.
Untuk mengelakkan cakera dilempar ke merata arah, satu kawasan khas yang
berbentuk segi empat sama dengan 2.5m panjang dan lebar telah disediakan. Teknik
atau cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas, tetapi permulaannya adalah
mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa silam, yang menggunakan
pergerakan dan kedudukan tangan serta badan yang sedikit bongkoh, tangan
menghayunkan cakera dari sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini menyebabkan
pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh.
Pada sukan olimpik 1912 di Stockholm, acara lempar cakera dipertandingkan
menerusi penggunaan dua belah tangan. Caranya ialah dengan setiap peserta akan
membuat lemparan kali pertama menggunakan sebelah tangan, dan kali kedua
menggunakan tangan yang sebelah lagi. Cara lemparan ini bagaimanapun tidak
mendapat sambutan kerana tidak ada teknik tertentu yang digunakan dan jarak cakera
juga tidak jauh. Pertandingan cara ini hanya digunakan sehingga tahun 1920, dan
selepas itu teknik lemparan baharu diperkenalkan.
Kini lempar cakera merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam
kebanyakan sukan olahraga, termasuk di peringkat sekolah.Acara ini disertai oleh lelaki
dan juga wanita, tetapi cakera yang lebih kecil dan lebih ringan digunakan oleh
wanita.Begitu juga dengan penggunaan cakeradi peringkat sekolah.Jenis cakera ini
adalah ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh setiap penganjur sesuatu
kejohanan olahraga, walau di mana-mana kejohanan diadakan.
7/29/2019 Real Lempar Cakera
3/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
3
3
2.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN
Setiap acara padang memerlukan peralatan dan kawasan khusus untuk
membolehkan acara ini dijalankan. Peralatan ini direka dan dibentuk selari dengan
keperluan jenis acara serta peraturan yang disyaratkan oleh IAAF. Dengan adanya
peralatan kawasan khusus ini, dapat membezakan sesuatu acara lontaran atau
lompatan dengan yang lain. Kita bincangkan setiap peralatan yang diperlukan untuk
acara lempar cakera ini.
i. CAKERA
Cakera yang digunakan diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang
menyerupai kayu, dan dibaluti oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin.Cakera hendaklah berbentuk bulat tetapi leper.Pada tengah-tengahnya dilekatkan piring
bulat daripada besi dan dipasangkan pada kedua-dua belah cakera.Cakera juga boleh
diperbuat tanpa melekatkan piring besi pada bahagian tengah, asalkan bahagian
tengah ini berbentuk rata dan berat keseluruhan cakera adalah menepati berat yang
ditetapkan.
BAHAGIAN CAKERA
JENIS DAN BENTUK CAKERA
Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan
sejenis yang sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengan simpai atau "rim" logam
7/29/2019 Real Lempar Cakera
4/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
4
4
(besi atau tembaga) dan di tengah-tengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada
juga jenis cakera yang tiada piring bulat logam tersebut.Bagaimanapun, bahagian
tengah cakera itu hendaklah rata dan ukuran serta berat cakera hendaklah mengikut
spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa).
UKURAN DAN BERAT CAKERA
Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk. Saiz dan berat
cakera yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk wanita.Begitu
juga dengan cakera untuk sekolah. Ukuran dan berat cakera mengikut lelaki dan wanita
adalah seperti berikut:
Bil Perkara/bahagian Lelaki Wanita
1 Berat keseluruhan
untuk pertandingan
2.0kg(minimum) 1.0kg(minimum)
2 Ketebalan bahagian
tengah cakera
40-46mm 37-39mm
3 Diameter piring atau
kawasan rata pada
tengah cakera
50-57mm 50-57mm
7/29/2019 Real Lempar Cakera
5/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
5
5
4 Diameter keseluruhan
cakera
218-221mm 180-182mm
5 Ketebalan logam pada
sekeliling cakera
12.0mm 12.0mm
ii. BULATAN LEMPARAN
Bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas
untuk peserta lempar cakera membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang
membentuk bulatan hendaklah diperbuat daripada besi, logam lain dan kayu dengan
bahagian atasnya hendaklah sama aras dengan kawasan sekeliling.
Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada simen, atau bahan lain
yang tidak licin. Permukaan bulatan hendaklah rata dan ukuran pada saiz bulatan ini
ialah 2.5m pada diameternya. Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada 2 bahagian
yang sama besar. Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri
daripada garisan lebih kurang 5mm, manakala garisan bulatannya harus sekurang-
kurangnya 6mm tebal dan diwarnakan putih.Garisan lurus setebal 5cm lebar hendaklah
dilukiskan di luar bulatan sekurang-kurangnya 75cm pada kedua-dua belah bulatan.
Permukaan bulatan boleh juga diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang sesuai.
iii. KAWASAN LEMPARAN
Kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan separuh
bulatan dengan keluasan sudutnya 40 darjah.Panjang kawasan ini tidak terhad.Bagi
peringkat sekolah, kawasan ini hendaklah lebih kurang 60m panjang, manakala, bagi
peringkat antarabangsa, boleh dipanjangkan sehingga mencapai 100m.Panjang
kawasan hendaklah diukur dari tengah bulatan lemparan cakera.
7/29/2019 Real Lempar Cakera
6/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
6
6
Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan atau
penonton. Garisan melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan boleh di
adakan pada jarak tertentu, umpamanya 30m, 40m dan 50m untuk peringkat sekolah,
dan jarak yang lebih jauh seperti 50m, 60m, 70m dan 80m. Garisan yang menandakan
rekod atau pencapaian yang terbaik sesuatu kejohanan juga disediakan oleh
sesetengah penganmjur.Garisan ini adalah sebagai panduan kepada para peserta
untuk membuat lemparan, setidak-tidaknya untuk mereka mencipta rekod baru.
iv. KURUNGAN KESELAMATAN
Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlakusemasa acara lempar cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan hendaklah
diambil.Langkah yang paling penting ialah dengan memasang kurungan keselamatan
dikawasan membuat lemparan.Kurungan ini hendaklah direka dan dipasang dengan
kemas supaya dapat menahan lemparan cakera yang beratnya 2kg serta dilemparpada
kelajuan sehingga melebihi 25m sesaat.
Kurungan ini biasanya berbentuk U, terdiri daripada minimum 6 batang tiang
yang menyokong jaring.Permukaan kurungan hendaklah 6 meter, terletak 5mdihadapan bulatan lemparan.Setiap kepingan jaring besi ini hendaklah sekurang-
kurangnya 4m tinggi.Jaringnya harus daripada bahan sintetik atau wayar yang
seumpamanya.
Apabila cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang
disediakan, kemungkinan besar akan mengena jaring keselamatan ini. Dengan
demikian, cakera akan terjatuh di dalam kawasan yang dipagari ini dan bukan
melayang tidak menentu arah. Sudah tentu lemparan itu dikira batal kerana gagal
mengikut arah atau laluan yang disediakan.
7/29/2019 Real Lempar Cakera
7/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
7
7
Bagaimanapun, pada kejohanan olahraga peringkat sekolah atau kadang-
kadang negeri sekalipun, jaring keselamatan ini tidak disediakan.Ini mungkin kerana
teknik lemparan yang dilakukan oleh kebanyakan peserta adalah bukan teknik
memusingkan badan, yang tidak mudah menyebabkan cakera mengikut arah yang
tidak sepatutnya. Alasan lain mungkin kerana jarak lemparan yang dilakukan agak
dekat untuk dipasangkan kurungan keselamatan ini. Bagaimanapun, adalah lebih baik
jika pagar ini dipasang, biarpun pertandingan hanya pada peringkat sekolah.
Gambar menunujukkan arah pergerakan dan pendaratan cakera
Gambar menunujukkan kawasan lempar cakera serta kurungankeselamatannya
7/29/2019 Real Lempar Cakera
8/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
8
8
v. PITA PENGUKUR
Oleh sebab dalam acara lontaran termasuk lempar cakera, kejuaraan
ditentukkan oleh jarak lemparan yang dibuat,maka sudah tentu jarak ini perlu diukur.
Alat yang digunakan ialah pita pengukur.pegawai pertandingan akan mengukur setiap
jarak yang dicapai oleh peserta kecuali lemparannya dibatalkan.ukuran jarak ini dibuat
pada titik yang dicatatkan oleh cakera hingga ke bahagian dalam bulatan kawasan
lemparan,walaupun pita ditarik hingga titik tengah bulatan lemparan itu.Bagaimanapun
dalam kebanyakan perjumpaan olahraga peringkat antara-bangsa, alat pengukur
elektronik sudah digunakan untuk menggantikan pengunnaan pita pengukur. Dengan
demikian, setiap jarak yang dibuat dapat diukur dengan lebih cepat dan tepat.
7/29/2019 Real Lempar Cakera
9/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
9
9
3.0 PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA
Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa
jauh yang boleh dari bulatan lemparan.Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50
meter dan peserta dikehendak ibertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke
kawasan sektor yang bersudut 40 di hadapan bulatan. Selain daripada keperluan
fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang seharusnya dimiliki oleh
seorang pelempar cakera, faktor-faktor rmekanikal juga perlu diambi lperhatian untuk
keberkesanan tindakan melempar cakera. Empat faktor utama yang mempengaruhi
lemparan adalah:
- Pegangan cakera dan lakuan sedia
- Hayunan awal
- Pusingan
- Lemparan
- Pulihan
7/29/2019 Real Lempar Cakera
10/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
10
10
4.0 TEKNIK MELEMPAR CAKERA
4.1 Gaya Berdiri atau Gaya 90 / Berdiri Statik
Aturan berikut boleh dijadikan penduan dalam melakukan lempara gaya statik ini.
1. Pegangan cakera dengan kemas dan selesa.
2. Peserta hendaklah merendahkan pusat graviti badan dengan cara
membengkokkan sedikit lutut, terutama lutut kaki belakang. Dengan demikianpeserta berada pada kedudukan separuh cangkung.
3. Peserta hendaklah memusingkan badan ke kanan mengikut arah atau sisi
yang memegang cakera, sambil pandangan mata hendaklah ditumpukan ke
arah hayunan cakera.
4. Siku tangan peserta yang tidak memegang cakera hendaklah dibengkokkan
sehingga pada aras bahu untuk mengawal serta menimbangkan pusingan
badan.
5. Tangan peserta yang tidak memegang cakera akan menyangga tangan yang
memegang cakera ketika hayunan cakera kembali ke hadapan. Pergerakan
7/29/2019 Real Lempar Cakera
11/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
11
11
ini dilakukan beberapa kali bagi mendapatkan hayunan untuk lemparan yang
baik.
6. Selepasa peserta mendapatkan pergerakan hayunan tangan serta cakera
yang mencukupi, siku tangan yang tidak memegang cakera hendaklah
diluruskan sambil melonjakkan dada ke hadapan. Ketika yang sama, kedua-
dua belah peserta diluruskan bagi mendapatkan yang maksimum sambil
muka dan mata ditumpukan ke arah kawasan pendaratan cakera.
7. Ketika ini peserta hendaklah menghayunkan cakera hingga ke aras bahu dan
melemparkan ke hadapan dengan hayunan atau luncuran cakera secara
menaik.
8. Peserta hendaklah berada di kawasan lemparan sehingga cakera selamat
mendarat di kawasan pendaratan. Selepas itu peserta hendaklah
meninggalkan kawasan lemparan itu pada sebelah belakang melepas garisan
tengah bulatan.
4.2 Gaya Berpusing / Berdiri Pusing
7/29/2019 Real Lempar Cakera
12/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
12
12
Berikut adalah aturan yang boleh dijadikan panduan dalam melakukan
berpusing.Perlu diingat panduan ini adalah lebih sesuai untuk peserta lelaki,
walaupun mungkin dapat juga dijadikan panduan untuk peserta wanita.
1. Peserta hendaklah berdiri di kawasan permulaaan lemparan dengan badan
membelakangi arah kawasan lemparan. Kedudukan kaki peserta adalah
pada jarak bahunya dengan tapak kaki belakang diserongkan sedikit dengan
menghala ke arah sisi kanan badan, manakala tapak kaki kiri dalam
kedudukan selari dengan arah dada yang membelakangi kawasan lemparan.
Sementara itu berat badan peserta hendaklah diseimbangi pada kedua-dua
belah kaki.
2. Daripada kedudukan sedia ini, peserta boleh memulakan hayunan cakera
sebagai persediaan awal untuk pergerakan memusingkan badan. Ketika
melakukan hayunan, berat badan peserta akan berpindah dari kaki belakang
ke kaki hadapan mengikut arah tangan yang memegang cakera.
3. Peserta akan memusingkan badan yang bermula dengan hayunan
persediaan terakhir yang terus memindahkan berat badan ke kaki hadapan,
manakala kaki belakang kini berada pada kedudukan baru,mengikut
pergerakan pusingan badan peserta. Sebenarnya bergerakan ini berlaku
secara atomatik kesan hayunan tangan bersama cakera.Seterusnya hayunan
bertukar dalam pergerakan yang lancer lagi licin kepada pusingan
keseluruhan badan peserta.Peserta hendaklah memusingkan badan dengan
segera serta lurus ke hadapan bagi mendapatkan pengawalan yang rapi
terhadap pergerakan badan, peserta hendaklah berpusing dalam keadaan
graviti yang rendah.
4. Langkah seterusnya ialah peserta dengan cara lompat berpusing,
mengarahkan badan ke hadapan bulatan lemparan dalam kedudukan
7/29/2019 Real Lempar Cakera
13/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
13
13
melempar. Pusingan dari kedudukan berdiri bermula di belakang bulatan
hendaklah membolehkan peserta mendaratkan kakinya pada kedudukan
membuat lemparan dengan berkesan.
5. Selepas Berjaya melakukan lebih kurang antara satu hingga dua pusingan,
bermakna peserta kini bersedia untuk membuat lemparan terhadap cakera
dalam pegangannya. Teknik lemparan adalah hamper sama dengan teknik
dalam lemparan static. Caranya ialah ketika bahagian badan bergerak
menghadap ke kawasan lemparan, tangan kiri di lepaskan sambil lutut
didongak kea rah kawasan pendaratan.Kedua-dua kaki hendaklah diluruskan
selepas lonjakan akhir untuk pelepasan cakera. Cakera dilemparkan apabila
tangan yang memegang cakera menamatkan hayunan sampai ke arah bahu.
6. Pergerakan akhir peserta ialah lajakan badan. Lonjakan ini bergantung
kepada kelancaran lemparan yang dibuat. Sebagai panduan, berikut adalah
kedudukan untuk melakukan lajakan.
a. Peserta akan melonjakkan badan ke hadapan sehingga kedudukan
peserta berdiri di atas kaki kanan secara menjengket.
b. Peserta berada dalam kedudukan terkawal supaya dapat mengelakkan
kaki daripada terkena atau terpijak garisan bulatan atau terus terkeluar
dari bulatan itu.
c. Pandangan peserta hendaklah pada penerbangan cakera sehingga
cakera mendarat dengan selamat.
7. Peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan sebaik sahaja cakera
mendarat di kawasan penndaratan dengan menerusi bahagian separuh
belakang bulatan.
8. Peserta hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan
untuk lemparan teknik badan berpusing ini.
7/29/2019 Real Lempar Cakera
14/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
14
14
5.0 FASA PELAKSANAAN
Fasa pelaksanaan lempar cakera terdiri daripada empat iaitu:
Fasa Persediaan
Fasa Putaran
Fasa Lemparan
Fasa Ikut Lajak
7/29/2019 Real Lempar Cakera
15/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
15
15
7/29/2019 Real Lempar Cakera
16/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
16
16
6.0 LATIHAN ANSUR MAJU
6.1 Pegangan Cakera
6.2 Teknik Lemparan
1. Berdiri Hala Hadapan
7/29/2019 Real Lempar Cakera
17/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
17
17
2. Lempar Satu Pusingan
7/29/2019 Real Lempar Cakera
18/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
18
18
3. Lempar Berdiri Dari Posisi Kuasa
7/29/2019 Real Lempar Cakera
19/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
19
19
7.0 LATIHAN MELEMPAR CAKERA
7.1 Asas
Tuis kaki
7/29/2019 Real Lempar Cakera
20/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
20
20
7.2 Pertengahan
7/29/2019 Real Lempar Cakera
21/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
21
21
7.3 Mahir
Menghayunkan cakera Menghayunkan cakera
Kaki tunjang berada dalam
keadaan tetap
Menghayunkan cakera
dalam pusingan
Kedudukan kaki ketika
memusingkan badan
Memegang cakera
Dari posisi hadapan Dari posisi lateral Kedudukan pusingan
cakera
Posisi medial
7/29/2019 Real Lempar Cakera
22/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
22
22
8.0 SESI LATIHAN KEMAHIRAN DAN LATIHAN ANSUR MAJU SERTA
PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI
Latihan 1
Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika
melepaskannya.
Panduan Pelaksanaan Aktiviti
(a) Berdiri denagn kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki
sedikit.
(b) Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi badan. Ingat,
jangan menggenggam cakera. Pegangan seperti yang diterangkan sebelum
ini.
(c) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan,
lepaskan cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara
lurus ke depan. Di saat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakeradengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.
7/29/2019 Real Lempar Cakera
23/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
23
23
Latihan 2
Tujuan: Latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.
Panduan Pelaksanaan Aktiviti
(a) Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan.
Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.
(b) Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke
kanan. Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung
kedua kaki.
(c) Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan
kedua-dua belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan.
7/29/2019 Real Lempar Cakera
24/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
24
24
Latihan 3
Tujuan: Latihan berpusing selepas menghayun cakera.
Panduan Pelaksanaan Aktiviti
(a) Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan
sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.
(b) Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing ke arah
lawan jam (ke sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.
(c) Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri yang berpaksi.
(d) Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.
(e) Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan
memusingkan badan sebagia panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan
pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur laju.
***(nota): pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan
bulatan lemparan dan tanpa memegang cakera.***
7/29/2019 Real Lempar Cakera
25/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
25
25
Latihan 4
Tujuan: Simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk
melempar.
Panduan Pelaksanaan Aktiviti
(a) Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan
lemparan dan hayunakan cakera.
(b) Hayunan cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula
mengilaskan badan ke depan bulatan.
(c) Apabila cakera sampai kea rah bahu, ia dilempar ke depan. Pada ketika
lemparan, pastikan kaki kanan menolak kuat atas tanah.
7/29/2019 Real Lempar Cakera
26/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
26
26
RANCANGAN PENGAJARAN
ACARA OLAHRAGA
BAGI SATU SESI LATIHAN
(LEMPAR CAKERA)
7/29/2019 Real Lempar Cakera
27/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
27
27
RUMUSAN
Acara lempar cakera mempunyai urutan sejarah dan perkembangan yang
menarik. Setelah melalui pelbagai zaman dan kejohanan, acara ini telah diubah suai
dan banyak perubahan berlaku dari segi undang-undang,sehinggakan kini iamenjadi
acara sukan padang yang diminati dan dipertandingkan di seluruh dunia, termasuk di
negara kita.
Jika kita lihat sepintas lalu, acara ini kelihatan mudah dilakukan oleh sesiapa
sahaja.Bagaimanapun, sebenarnya sukan lempar cakera tidaklah semudah
dijangkakan. Mungkin ada antara merekayang baru menceburkan diri dalam acara ini
mampu melakukan lemparan yang agak jauh, tetapi dari segi teknikatau cara
melakukan lemparan mungkin tidak betul atau kurang tepat. Untuk mendapatkan teknik
lemparan yang betuk dan mampu menghasilkan jarak yang lebih jauh, seseorang itu
perlu mengikuti latihan dengan berpandukan tunjuk ajar dan bimbingan jurulatih atau
guru pengawas yang berpengalaman.
Tekniklemparan yang diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasa serta
bentuk latihan yang dijalankan menyebabkan jarak lemparan yang dicapai terus
meningkat sama ada diperingkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan ataupun
antarabangsa, sehinggakan tiada rekod yang dapat bertahan lama. Umpamanya di
peringkat dunia, jarak lemparan yang dilakukan telah melebihi 74 meter dan jarak ini
dipercayai tidak akan kekal lama, seperti yang terjadi pada acara-acara lontaran dan
lompatan yang lainnya.
Penggunaan teknik latihan yang menggunakan peralatan serba moden masa kini
seperti kaedah sains sukan, pemakanan yang teratur dan terkawal, jurulatih yang
berpengalaman, serta latihan yang diadakan di luar negeri, memungkinkan peserta-peserta lempar cakera kita mencapai jarak yang lebih baik dan mungkin akan muncul
peserta lempar cakera negara kita yang setanding dengan pencapaian peserta lain di
dunia, atau sekadar di peringkat Asia.
7/29/2019 Real Lempar Cakera
28/28
WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA
LEMPAR CAKERA
28
BIBLIOGRAFI
BUKU RUJ UKAN
Wee Eng Hoe.2002 .Panduan Pengajaran Olahraga,Shah Alam:Karisma Publication Sdn
Bhd.
LAMAN WEB
Lempar Cakera. (2001, April 29). Diakses pada Februari 24, 2013, dari Sport:
http://garnetcome.blogspot.com/2007/04/lempar-cakera-1.html
lempar cakera. (2012, Jun 6). Diakses padaFebruari 21, 2013, dariNota-Nota PISMP
Pendidikan Jasmani & Kesihatan: http://nota-
notapismppj.blogspot.com/2012/06/lempar-cakera.html
FAIRUS. (2011, Januari 7). Lempar Cakera 1. Diakses padaFebruari 23, 2013,
dariPendidikan Jasmani dan Kesihatan:
http://smksbpjpk.blogspot.com/2011/01/lempar-cakera-1.html
faozika. (2009, Oktober 11). lempar cakera. Diakses padaFebruari 21, 2013,dariSukan
Olahraga: http://olahraga2u.wordpress.com/2009/10/11/lempar-cakera/
Lempar Cakera. (n.d.). Diakses padaFebruari 21, 2013, daridocstoc:
http://www.docstoc.com/docs/78070376/Lempar-Cakera
Wikipedia. (n.d.). Lempar cakera. Diakses padaFebruari 21, 2013, dariWikipedia :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lempar_cakera