Assigment Bentuk Kata (Real)

40
1.0 Bentuk Kata Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011), bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan. Selain itu, definisi yang hampir sama turut dinyatakan oleh Sharifah Nor Syed Abd. Rahman, Nornajmah Najmuddin, serta Rosdah Omar (2006) yang telah mendefinisikan bentuk kata sebagai unit tatabahasa yang tunggal dan terhasil melalui proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Bentuk kata ini turut dinamakan sebagai kata tunggal atau kata dasar, kata terbitan , kata majmuk, dan kata ganda. Sebagai contoh, bentuk perkataan yang bersifat tunggal, ialah rumah, tinggal dan putih. Manakala perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Seterusnya, contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar – besar dan baju – baju. Manakala Mohd Ismail Bin Sulaiman (2010) pula menyatakan bahawa bentuk kata terdiri daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, morfem ialah unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan. Morfem juga didefinisikan sebagai unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. 2

Transcript of Assigment Bentuk Kata (Real)

Page 1: Assigment Bentuk Kata (Real)

1.0 Bentuk Kata

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011), bentuk kata ialah rupa unit

tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,

pemajmukan atau penggandaan.

Selain itu, definisi yang hampir sama turut dinyatakan oleh Sharifah Nor Syed

Abd. Rahman, Nornajmah Najmuddin, serta Rosdah Omar (2006) yang telah

mendefinisikan bentuk kata sebagai unit tatabahasa yang tunggal dan terhasil melalui

proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Bentuk kata ini turut dinamakan

sebagai kata tunggal atau kata dasar, kata terbitan , kata majmuk, dan kata ganda.

Sebagai contoh, bentuk perkataan yang bersifat tunggal, ialah rumah, tinggal

dan putih. Manakala perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan ialah

meninggal dan meninggalkan. Seterusnya, contoh perkataan yang dibentuk secara

pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang

dibentuk secara penggandaan ialah besar – besar dan baju – baju.

Manakala Mohd Ismail Bin Sulaiman (2010) pula menyatakan bahawa bentuk

kata terdiri daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem. Berdasarkan

Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, morfem ialah unit-unit tatabahasa yang menjadi

unsur perkataan. Morfem juga didefinisikan sebagai unit yang terkecil dalam bahasa

yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu.

Selain daripada morfem, perkataan juga merupakan bentuk bahasa yang

terkecil, namun demikian perkataan mengandungi makna yang lengkap dan dapat

berdiri sendiri dalam ayat. Sesuatu perkataan itu juga dibentuk daripada satu morfem

atau lebih. Perkataan basuh , misalnya terdiri daripada satu morfem tetapi perkataan

membasuh pula mengandungi dua morfem, iaitu mem- dan basuh.

Secara kesuluruhannya, bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa yang terdiri

daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem hasil daripada proses

pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.

2

Page 2: Assigment Bentuk Kata (Real)

Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan,

kata majmuk, dan kata ganda.

Rajah 1: Bentuk-Bentuk Kata

1.1 Kata Tunggal

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011), kata tunggal ialah bentuk kata

yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa

bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.

Selain itu, kata tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan,

pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri

hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. Contohnya :

Kata Tunggal Satu Suku Kata had, am, rak, cam, wang, bom,cas, das, cat

Kata Tunggal Dua Suku Kata dia, suka, akan, asal, bulat, meja, jauh

Kata Tunggal Tiga Suku Kata bahaya, cahaya, gembira, berita, almari

Kata Tunggal Empat Suku

Kata dan lebih

universiti, sayembara, mahasiswa

Jadual 1: Bentuk Kata Tunggal

3

Page 3: Assigment Bentuk Kata (Real)

Berasaskan analisis tatabahasa, kita dapat membahagikan kata tunggal kepada

dua jenis. Jenis pertama kata tunggal yang merupakan unit yang bebas dan dapat

berdiri sendiri sebagai satu ayat. Misalnya:

(i) Itu ?

(ii) Sudah.

(iii) Saya

Jenis kedua ialah kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi

memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas

nahunya. Sebagai contoh, bentuk condong dalam contoh-contoh yang berikut ialah kata

tugas:

(i) Di mana?

(ii) Untuk Siapa?

(iii) Ke Johor.

Kata akronim tergolong juga ke dalam kata tunggal. Kata akronim ialah

perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa

perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan dapat

terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu, seperti contoh yang berikut:

(i) ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

(ii) Bernama - Berita Nasional Malaysia

(iii) Kugiran - kumpulan gitar rancak

1.2 Kata Terbitan

Kata terbitan ialah kata yang terhasil daripada proses pengimbuhan iaitu proses

menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

Definisi lain berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011) ialah kata

terbitan merupakan bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami

proses pengimbuhan, iaitu mendapat atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan,

akhiran atau apitan.

4

Page 4: Assigment Bentuk Kata (Real)

Contoh bentuk imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan apitan;

1. awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berjalan dan di-

dalam diambil.

2. akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, misalnya –kan dalam jalankan dan -i

dalam ikuti.

3. apitan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan

hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam keindahan dan

di-.....-i dalam diikuti.

4. sisipan, yang hadir di celahan kata dasar, misalnya –el- dalam telunjuk dan -in-

dalam sinambung.

1.3 Kata Majmuk

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011) kata majmuk ialah bentuk kata

yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan

sintaksis yang membawa makna tertentu.

Kata Majmuk juga didefinisikan sebagai kata yang terbentuk dengan

merangkaikan kata dasar atau lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu). Kata

majmuk juga bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah.

Contohnya ;

Kata Majmuk Bebas bandar raya, lebuh raya, terima kasih,

tengah hari, kereta lembu, Ketua Menteri.

Kata Majmuk Istilah Khusus model linear, garis pusat, lut sinar.

Kata Majmuk Kiasan/Simpulan

Bahasa

anak emas, berat mulut, buah tangan,

kaki ayam, kaki bola.

Kata Majmuk yang Mantap antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan,

matahari, kerjasama, pesuruhjaya.

Kata Majmuk Jamak alat-alat tulis, guru-guru besar, kapal-

5

Page 5: Assigment Bentuk Kata (Real)

(Gandaan kata pertama) kapal terbang.

Kata Majmuk Jamak

(Penada Jamak - semua, banyak,

sekumpulan, persatuan, para,

pertubuhan, barisan, sebahagian)

semua Ketua Setiausaha, sekumpulan

guru penolong kanan, Persatuan Bekas

Perajurit.

Kata Majmuk Terbitan

(Awalan dan Akhiran)

dicampur aduk, mengambil alih, dikenal

pasti, daya serapan.

Kata Majmuk Terbitan

(Apitan)

mencampuradukkan, pengambilalihan,

pengenalpastian.

Jadu

al 2: Bentuk Kata Majmuk

1.4 Kata Ganda

Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata dasar. Pengulangan

kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar atau digandakan secara beritma.

Manakala definisi kata ganda berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu

(2011) ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata

dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-

bahagian tertentu, dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Misalnya;

Kata Ganda Penuh rama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok,

kalau-kalau, jangan-jangan, pulau-pulau

Kata Ganda Separa lelaki, lelayang, berlari-lari, tertanya-tanya,

tolong-menolong

Kata Ganda Berentak lauk-pauk, kusut-masai,lintang-pukang, simpang-

perenang, gunung-ganang

Jadual 3: Bentuk Kata Ganda

2.0 Proses Pembentukan Kata

6

Page 6: Assigment Bentuk Kata (Real)

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011) Bahasa Melayu merupakan salah

satu bahasa di dunia yang tergolong ke dalam bahasa jenis bahasa aglutinatif atau

bahasa yang bersifat derivatif. Jenis bahasa yang sedimikian membentuk kebanyakan

perkataannya melalui proses pengimbuhan, atau penggabungan morfem kata dasar

dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar, iaitu imbuhan digabungkan

serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mendahului (awalan), menyisipi

(sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.

Proses pengimbuhan, pemajmukan atau proses penggandaan tersebut lebih

dikenali sebagai proses pembentukan kata. Dalam istilah linguistik, pembentukan kata

ialah satu proses yang mana perkataan baru dibentuk.

Manakala berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011) pula, definisi

proses pembentukan ayat adalah seperti berikut;

“Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem

menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu.”

Disamping itu, Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru,

Bahasa Melayu 1 pula menerangkan proses pembentukan kata ialah penerangan

bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan

ujaran dalam sesuatu bahasa.

Secara konklusi, proses pembentukan kata ialah proses yang mana perkataan

baru dibentuk mengikut sistem morfologi bahasa itu sehingga dapat menghasilkan ayat

dan ujaran dalam sesuatu bahasa.

7

Page 7: Assigment Bentuk Kata (Real)

Menurut Sharifah Nor Syed Abd. Rahman, Nornajmah Najmuddin, serta Rosdah Omar

(2006), proses pembentukan kata melibatkan tiga bentuk kata iaitu kata terbitan, kata

majmuk, dan kata ganda. Manakala Kata tunggal tidak mengalami proses tersebut.

Proses-proses pembentukan dapat dilambangkan melalui rajah-rajah berikut.

Rajah 2: Proses Pembentukan Kata

(Sumber: Sharifah Nor Syed Abd. Rahman, Nornajmah Najmuddin, serta Rosdah Omar (2006))

Rajah 3: Proses Pembentukan Kata

(Sumber:http://www.tutor.com.my/stpm/Proses%20pembentukan%20kata/proses_pembentukan_kata.htm)

Rajah 4: Proses Pembentukan Kata

8

PROSES PEMBENTUKAN

KATAProses

pengimbuhanProses

penggandaanProses

Pemajmukan

Page 8: Assigment Bentuk Kata (Real)

(Sumber:Ain Nafila (2008); PMR Tatabahasa)

Berdasarkan ketiga-tiga rajah di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat tiga

proses pembentukan kata iaitu proses pengimbuhan, proses penggandaan serta proses

pemajmukan. Hasil daripada proses-proses tersebut akan menghasilkan perkataan

baru sama ada berbentuk kata terbitan, kata majmuk ataupun kata ganda. Manakala

kata tunggal pula tidak mengalami proses-proses tersebut.

9

PROSES PEMBENTUKAN

KATAProses

pengimbuhanProses

penggandaanProses

Pemajmukan

Kata Nama Kata Kerja

Kata Adjektif

Awalan

Akhiran

Apitan

Sisipan

Penggandaan Penuh

Penggandaan separa

Penggandaan serentak

Rangkai Kata bebas

Istilah Khusus

Kiasan / Simpulan Bahasa

Page 9: Assigment Bentuk Kata (Real)

2.1 Proses Pengimbuhan

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011) proses pengimbuhan ialah

proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Manakala berdasarkan laman

sesawang www.tutor.com.my, proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan

imbuhan kepada kata dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta

fungsi nahunya. Proses pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut

kata terbitan. Contohnya;

Kata dasar + Imbuhan = Kata Terbitan

jumpa Ber- Berjumpa

layan -i layani

besar Memper- Memperbesar

bijak Ke-…….-an kebijakan

Jadual 4: Proses Pengimbuhan

Seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 4 di atas, imbuhan ialah bentuk morfem

yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat, iaitu harus diimbuhkan pada bentuk

yang lain yang merupakan kata dasar. Menurut Haji Mohd Asraf bin Haji Abdul Wahab

(2012) imbuhan ialahi bentuk terikat yang ditambah pada sesuatu kata.

Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan.

Imbuhan-imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar akan membentuk kata

terbitan daripada pelbagai golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.

10

Page 10: Assigment Bentuk Kata (Real)

2.1.1 Imbuhan Awalan

Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan, iaitu awalan kata nama,

awalan kata kerja dan awalan kata adjektif.

a) Awalan Kata Nama

Awalan kata nama ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar,

membentuk kata nama, Contohnya :

Awalan Perkataan

peN- =

per-

pe-

ke-

juru-

maha-

tata-

pra-

sub-

supra-

eka-

dwi-

pe-

pem-

pen-

peng-

penge-

pelukis, pewangi, penyanyi

pembalut, pembeli, pemberi

pendatang, pencari, penjual

pengguna, pengayuh, pengukur

pengebom, pengetin, pengecat

perasap, perbara, pertapa

pesara, pekedai, peguam

ketua, kehendak, kelepek

jurubahasa, jurujual, juruterbang

mahasiswa, mahaguru, maharaja

tatabahasa, tatanegara, tatanama

prasejarah, prakata, prasangka

subbidang, subsistem, subkategori

suprakelas, suprasistem, suprakategori

ekabahasa, ekasuku, ekahala

dwibahasa, dwifungsi, dwibudaya

Jadual 5 : Awalan kata Nama

11

Page 11: Assigment Bentuk Kata (Real)

b) Awalan Kata Kerja

Awalan kata kerja ialah yang, apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk

kata kerja. Contohnya :

Awalan Perkataan

meN- =

memper-

ber-

ter-

di-

diper-

me-

mem-

men-

meng-

menge-

melukis, menari, merasa

membeli, memberi, membalut

mendaki, menduga, mentadbir

mengaji, mengasuh, menghasut

mengebom, mengetin, mengecat

memperisteri,memperbesar, memperoleh

berkata, bersetuju, berbangga

terkata, terasa, tersenyum

diatur, dibeli, disuruh

diperisteri, diperbesar, diperoleh

Jadual 6 : Awalan kata Kerja

c) Awalan Kata Adjektif

Awalan kata adjektif ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar,

membentuk kata adjektif . Terdapat dua awalan adjektif , iaitu :

Awalan Perkataan

ter -

se-

terpandai, termerah, terpanjang

seputih, sehalus, sejernih

Jadual 7 : Awalan kata Adjektif

12

Page 12: Assigment Bentuk Kata (Real)

2.1.2 Imbuhan Akhiran

Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran, iaitu akhiran kata

nama, dan akhiran kata kerja

a) Akhiran Kata Nama

Akhiran kata nama ialah akhiran yang, apabila bergabung dengan kata dasar,

membentuk kata nama. Contohnya :

Akhiran Perkataan

-an

-wan

-man

-wati

-isme

--in

-at

-ah

ajaran, silaan, bacaan

ilmuwan, budayawan, usahawan

budiman, seniman

seniwati, peragawati

nasionalisme, sosialisme, komunisme

hadirin, muslimin

hadirat, muslimat

ustazah, sultanah

Jadual 8 : Akhiran kata Nama

b) Akhiran Kata Kerja

Akhiran kata kerja ialah, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata kerja.

Terdapat hanya dua akhiran kata kerja, iaitu –kan dan –i . Contohnya :

Akhiran Perkataan

-kan

-i

lahirkan, ambilkan, hulurkan

ikuti, jalani, sertai

Jadual 9 : Akhiran kata Kerja

13

Page 13: Assigment Bentuk Kata (Real)

2.1.3 Imbuhan Apitan

Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan, iaitu apitan kata nama, apitan kata

kerja, apitan kata adjektif.

a) Apitan Kata Nama

Apitan kata nama ialah apitan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, akan

membentuk kata nama. Contohnya :

Apitan Perkataan

peN-.....-an:

pe-......-an

per-.....-an

ke-...-an

pe-....-an

pem-.....-an

pen-....-an

peng-.....-an

penge-.....-an

pelaksanaan, perusuhan, penyuluhan

pembukaan, pemburuan, pemfitnahan

pendakian, pencucian, pentauliahan

penguduran, penggandaan, pengkhayalan

pengesahan, pengeboman, pengekodan

pendalaman, pesisiran, petempatan

perjumpaan, persamaan, perlumbaan

kecantikan, kebijakan, kelurusan

Jadual 10 : Apitan Kata Nama

14

Page 14: Assigment Bentuk Kata (Real)

b) Apitan Kata Kerja

Apitan kata kerja ialah apitan yang, apabila bergabungan dengan kata dasar,

membentuk kata kerja. Contohnya

Apitan Perkataan

meN-......kan

ber-....-kan

ber-....-an

di-...-kan

meN-.....-i

diper-.....-kan

diper-....-i

memper-.....-

kan

memper-....-i

ke-....-an

me-.....-kan

mem-.....-kan

men-....-kan

meng-....-kan

menge-....kan

me-....-i

men-...-i

mem-...-i

meng-....-i

memajukan, melakukan, menanyakan

membezakan, memfatwakan, memberikan

mendirikan, mentakrifkan, mensyaratkan

menggulingkan, mengelakkan,

mengehadkan, mengesyorkan,

beralaskan, berbekalkan, berjudulkan

bertaburan, bergantungan, beratapan

ditaburkan, didorongkan, digulingkan

melalui, menyedari, mewarnai

mendahului, mencucuri, menjauhi

membanjiri, membelakangi, membasahi

menghendaki, mengawasi, mengkhianati

diperdengarkan, diperlihatkan,

diperingati

memperdengarkan, memperlihatkan,

mempersembahkan

memperingati

kehujanan, kepanasan, kecurian

Jadual 11 : Aapitan Kata Kerja

15

Page 15: Assigment Bentuk Kata (Real)

c) Apitan Kata Adjektif

Apitan kata adjektif ialah apitan yang, apabila digabungkan dengan kata dasar,

membentuk kata adjektif. Hanya terdapat satu apitan kata adjektif , iaitu ke-.....-an.

Contohnya :

Apitan Perkataan

ke-.....-an

ke-.....-an

ke-.....-an

kemelayuan

keinggerisan

kearaban

Jadual 12 : Apitan Kata Adjektif

2.1.4 Imbuhan sisipan

Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu sebagai satu cara membentuk

perkataan. Maksudnya, tidak ada perkataan baharu yang dibentuk dengan sisipan.

Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan dan tidak dapat hadir

dalam perkataan-perkataan lain, kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta.

Terdapat dua sisipan yang masih wujud, iaitu:

1. sisipan kata nama, dan

2. sisipan kata adjektif.

a) Sisipan Kata Nama

Sisipan kata nama ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar, membentuk

kata nama. Contohnya :

sisipan Perkataan

-el-

-er-

-em-

telunjuk, telapak, kelemumur

seruling, keruping

kemuning, kemuncup

Jadual 13 : Sisipan Kata Nama

b) Sisipan Kata Adjektif

16

Page 16: Assigment Bentuk Kata (Real)

Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang, apabial hadir di celahan kata dasar, membentuk

kata adjektif. Contohnya :

Sisipan Perkataan

-el-

-er-

-em-

-in-

selerak, gelembung

serabut, gerodak

gemilang, gemuruh, sementara

sinambung

Jadual 14 : Sisipan Kata Adjektif

2.2 Proses Penggandaan

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011), proses penggandaan dalam

bahasa Melayu adalah proses menggandakan kata dasar. Proses penggandaan juga

dikenali sebagai proses pengulangan seperti yang dinyatakan oleh Sharifah Nor Syed

Abd. Rahman, Nornajmah Najmuddin, serta Rosdah Omar (2006) iaitu proses

penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya

untuk membentuk kata ganda.

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011), Kata ganda ialah

perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar. Secara umumnya,

terdapat tiga jenis penggandaan dalam Bahasa Melayu iaitu penggandaan penuh,

penggandaan separa, dan penggandaan berentak..

Rajah 5: Jenis penggandaan

2.2.1 Penggandaan Penuh.

17

Proses penggandaan

Penggandaan Penuh

Penggandaan Separa

Penggandaan berentak

Page 17: Assigment Bentuk Kata (Real)

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011), penggandaan penuh ialah

proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu

mengandungi imbuhan ataupun tidak.

Manakala menurut Sharifah Nor Syed Abd. Rahman, Nornajmah Najmuddin,

serta Rosdah Omar (2006) pula, penggandaan penuh didefinisikan sebagai proses

menggandakan seluruh kata dasar atau kata terbitan. Contoh;

Penggandaan penuh Kata

Tunggal

Penggandaan Penuh Kata

Berimbuhan

rumah-rumah

buku-buku

masjid-masjid

a) dengan awalan:

pemimpin-pemimpin

b) dengan akhiran:

ajaran-ajaran

c) dengan apitan:

persatuan-persatuan

Jadual 15 : Penggandaan Penuh

2.2.2 Penggandaan Separa

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011), penggandaan separa ialah

proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan

kata tunggal atau kata terbitan.

Manakala menurut Nik Safiah Karim (2003), penggandaan separa ialah

pengulangan hanya sebahagian sahaja daripada perkataan yang terlibat. Menurutnya

lagi, dalam hal ini, terdapat dua jenis penggandaan separa iaitu;

1. Penggandaan separa pada kata tunggal dan

2. Penggandaak separa pada kata berimbuhan

a) Penggandaan separa pada kata tunggal

18

Page 18: Assigment Bentuk Kata (Real)

Proses penggandaan separa pada kata tunggal adalah dengan mengambil suku kata

pertama atau sebahagian daripada suku kata pertama dan mengulanginya. Kemudian,

vokal dalam suku kata yang diulang mengalami proses pelemahan, iaitu berubah

menjadi vokal e pepet.

Contohnya :

Laki-laki menjadi lalaki menjadi lelaki

Siku-siku menjadi sisiku menjadi sesiku

Jari-jari menjadi jajari menjadi jejari

Langit-langit menjadi lalangit menjadi lelangit

b) Penggandaan separa pada kata berimbuhan

Proses penggandaan separa pada kata berimbuhan berlaku hanya pada kata dasar

dan tidak melibatkan imbuhannya. Pengganda separa jenis ini berlaku hanya pada

golongan kata kerja dan kata adjektif. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata

dasar atau dibahagian hadapan.

Contohnya :

Di Bahagian Belakang Kata Dasar Di bahagian Hadapan Kata Dasar

berlari-lari

mencari-cari

sepandai-pandai

cinta-mencintai

bantu-membantu

kejar-mengejar

Jadual 16 : Penggandaan separa pada kata berimbuhan

2..2.3 Kata Ganda Berentak

19

Page 19: Assigment Bentuk Kata (Real)

Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami pengulangan kata dasar

mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar digandakan dan

bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.

Manakala menurut Nik Safiah Karim (2003), jenis penggandaan ini berbentuk

pengulangan kata dasar mengikut rentak tertentu, iaitu sama ada pengulangan vokal

yang sama, pengulangan konsonan yang sama, atau pengulangan yang tidak mengikut

pola bunyi tertentu, tetapi yang tetap berentak.

Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi tertentu, ahli bahasa

telah sepakat membahagikan kata ganda berentak kepada tiga jenis iaitu;

1. Penggandaan berentak berdasarkan bunyi vokal

2. Penggandaak berentak berdasarkan bunyi konsonan

3. Penggandaan berentak bebas

Jenis Penggandaan Contoh

Penggandaan berentak

berdasarkan bunyi vokal

Sayur-mayur, Calar-balar, Saki-baki

Penggandaan berentak

berdasarkan bunyi konsonan

mundar-mandir , tanah-tanih, kayu-

kayan

Penggandaan berentak bebas kusut-masai, ipar-duai, rempah-

ratus, lintang-pukang

Jadual 17 : Kata Ganda Berentak

2.3 Proses Pemajmukan

20

Page 20: Assigment Bentuk Kata (Real)

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011), proses pemajmukan ialah proses

yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa

makna.

Selain itu, Sharifah Nor Syed Abd. Rahman, Nornajmah Najmuddin, serta

Rosdah Omar (2006) juga memberikan definisi yang sama iaitu proses pemajmukan

ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih untuk menghasilkan satu bentuk

kata yang membawa maksud tertentu yang berbeza daripada maksud asal.

Sehubungan dengan itu, proses ini menghasilkan kata majmuk. Menurut Haji

Mohd Asraf bin Haji Abdul Wahab (2012), kata majmuk ialah dua atau lebih daripada

dua patah kata dasar digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau

sebati maknanya. Misalnya, air mata mempunya maknanya masing-masing. Makna air

mata ialah air yang meleleh dari mata ketika menangis.

Di samping itu, kata majmuk tidak boleh menerima sisipan dalam binaannya dan

mesti dieja terpisah. Contohnya dalam binaan kata majmuk kaki bangku, tidak boleh

disisipkan kata lain seperti kaki dan bangku. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat

digolongkan kepada tiga kategori, iaitu :

Kategori Kata Majmuk Contoh

Kata majmuk yang terdiri daripada

rangkaian kata bebas

Bandar hijau, bom tangan, kuning

langsat

Kata majmuk yang berbetuk istilah

khusus

Deria rasa, segi tiga, pita suara

Kata majmuk yang mendukung

maksud kiasan

Kaki ayam, panjang tangan, anak

emas, rabun ayam

Jadual 18 : Kategori Kata Majmuk

2.3.1 Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap

21

Page 21: Assigment Bentuk Kata (Real)

Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah, misalnya kertas kerja dan urus setia.

Namun, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap

mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata

mempunyai dua kata dasar. Perkataan-perkataan sedemikian (sebanyak 15) tetap dieja

sebagai satu perkataan, iaitu :

antarabangsa

sukarela

jawatankuasa

tanggungjawab

olahraga

setiausaha

bumiputera

tandatangan

kerjasama

pesuruhjaya

beritahu

suruhanjaya

kakitangan

warganegara

matahari

Selain itu, terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu perkataan

dan dieja secara bercantum walaupun kelihatan terdiri daripada gabungan perkataan.

Antaranya :

Bentuk kata Contoh

Kata Nama

Kata Adjektif

Kata Sendi Nama

Kata Hubung

Kata Tanya

Peribadi, hulubalang

Sukacita, dukalara

Daripada, kepada

Manakala, walhal, barangkali

Bagamana

Jadual 19 : Kata Majmuk yang telah Mantap

2.3.2 Penggandaan Kata Majmuk

22

Page 22: Assigment Bentuk Kata (Real)

Dalam penggandaan kata majmuk, pada kebiasaannya melibatkan penggandaan unsur

pertama kata sahaja.

Contohnya :

Alat-alat tulis gambar-gambar rajah Naib-naib Canselor

Namun, satu kekecualian berlaku iaitu penggandaan yang melibatkan bentuk

yang telah mantap dan melibatkan penggandaan keseluruhan unsur.

Contohnya :

Warganegara-warganegara, tandatangan-tandatangan,

2.3.3 Pengimbuhan Kata Majmuk

Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan. Terdapat

dua kata majmuk yang melibatkan pengimbuhan, iaitu :

a. Kata majmuk yang menerima imbuhan merupakan awalan dan akhiran sahaja dan

dieja terpisah. Contohnya :

campur aduk menjadi bercampur aduk

ambil alih menjadi mengambil alih

daya serap menjadi daya serapan

b. Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan dan ejaannya bercantum.

Contohnya :

campur aduk menjadi mencampuradukan

ambil alih menjadi pengambilalihan

3.0 Golongan Kata

23

Page 23: Assigment Bentuk Kata (Real)

Menurut Mohd. Ismail Bin Sulaiman (2010) penggolongan kata ialah proses

menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota

lain atau golongan yang sama.

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011), perkataan digolongkan

berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik seperti berikut;

Rajah 6: Golongan Kata

3.1 Golongan Kata Nama

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011), golongan kata nama

merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa

nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau benda.

Manakala Haji Mohd. Asraf Bin Haji Abdul Wahab pula mendefinisikan golongan

kata nama sebagai kata yang menyatakan makna orang, binatang, benda, tempat dan

sebagainya yang dapat disertai kata bilangan di depannya atau kata ganti tunjuk ini

atau itu dibelakangnya. Misalnya, kereta itu.

Kesimpulannya, golongan kata nama ialah sejumlah perkataan yang

menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Contohnya, pelajar, Kuala Lumpur,

rumah, dan kebahagiaan.

Menurut Nik Safiah Karim dalam bukunya Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 1 (2003).

golongan kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan berdasarkan ciri-ciri makna

24

Golongan Kata

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif

Page 24: Assigment Bentuk Kata (Real)

perkataan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti

nama. Rajah yang berikut merupakan penggolongan kata nama.

Rajah 7: Subgolongan Kata Nama

3.1.1 Kata Nama Am  

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum

sifatnya. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011), kata nama am boleh

dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak

seperti rajah berikut;

Rajah 8: Kata Nama Am

Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawa konsep

kebendaan. Misalnya, tangan, rumah, kambing dan kereta. Manakala kata nama am

abstrak pula ialah jenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau bukan

kebendaan. Misalnya, mimpi, roh, idaman, penyalahgunaan dan perpaduan.

3.1.2 Kata Nama Khas  

25

Kata Nama

Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama

Kata Nama am

konkrit

abstrak

Page 25: Assigment Bentuk Kata (Real)

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011), kata nama khas ialah kata nama

yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf

besar.

Manakala Nik Safiah Karim et al.(1996) pula menyatakan definisi kata nama

khas secara lebih mendalam iaitu kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada

sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa,

bahasa, pangkat, dan seumpamanya

Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu nama khas hidup dan

kata nama khas tidak hidup. Kata Nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi,

iaitu manusia dan bukan manusia.

Rajah 9: Kata Nama Khas

Kata Nama Khas Contoh

Kata Nama Khas Hidup

Kata Nama Khas tidak

Hidup

Manusia

Bukan manusia

Farah, Farhanah, Stephanie

Tompok, Si Celu, Comel

Kuala Lumpur, Keningau

Jadual 20 : Kata Nama Khas

3.1.3 Kata Ganti Nama  

26

Kata Nama Khas

Kata Nama Khas Hidup

manusia

bukan manusia

Kata Nama Khas Tidak Hidup

Page 26: Assigment Bentuk Kata (Real)

Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang  menjadi

pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada

dua subgolongan kecil, iaitu Kata ganti nama diri; dan kata ganti nama tunjuk.Kata ganti

nama tunjuk terbahagi kepada dua, iaitu kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti

nama tunjuk tempat.

Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri

orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang terdiri

daripada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga.

Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti berikut:

Rajah 9: Kata Ganti Nama

Contoh;

27

Kata Ganti Nama

Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri Tanya

Kata Ganti Nama Diri Orang

pertama

kedua

ketiga

Page 27: Assigment Bentuk Kata (Real)

Kata Ganti Nama Contoh

Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata Ganti Nama Diri

umum

tempat

tanya

orang (pertama)

orang (kedua)

orang (ketiga)

Ini, itu

Sini, situ

Siapa, apa

Saya, aku, beta

Kamu, kau, awak

Dia, mereka, beliau

Jadual 21 : Kata Ganti Nama

3.2 Golongan Kata Kerja

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011), kata kerja pula merangkumi

sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Manakala Haji

Mohd. Asraf Bin Haji Abdul Wahab pula mendefinisikan golongan kata kerja sebagai

kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan.

Kesimpulannya, golongan kata kerja ialah kata yang menyatakan makna

perbuatan atau perlakuan serta menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011), golongan kata kerja dapat

dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

Kata kerja transitif boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja

transitif pasif. Manakala kata kerja tak transitif pula boleh dibahagikan kepada dua

kumpulan iaitu berpelengkap atau tak berpelengkap.

Rajah 10: Penggolongan Kata Kerja

28

Page 28: Assigment Bentuk Kata (Real)

3.2.1 Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek selepas kata kerja. Kata

kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa

akhiran –i dan –kan. Objek boleh digugurkan jika kata kerja berfungsi sebagai kata

adjektif.

Contoh;

menanak nasi menjahit baju menggembirakan kami

Manakala kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang menerima awalan di- dengan

atau tanpa akhiran –i dan –kan.

Contohnya;

dimasak dijahit

3.2.2 Kata Kerja Tak Transitif

29

Page 29: Assigment Bentuk Kata (Real)

Kata kerja tak transitif pula ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau

penyambut serta tidak boleh dipasifkan. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah

kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan objek atau penyambut.

Contoh;

Dia ketawa Buah durian itu sudah gugur

Manakala kata kerja tak transitif dengan pelengkap pula ialah kata kerja yang

memerlukan pelengkap untuk melengkapkan maksudnya. Pelengkap berbeza dengan

objek dalam kata kerja transitif kerana kata kerja di hadapan pelengkap tidak boleh

dipasifkan.

Contoh;

kesihatannya beransur baik dia tinggal di Kota Belud.

3.3 Golongan Kata Adjektif

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011), golongan kata adjektif ialah

sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.

Manakala Haji Mohd. Asraf Bin Haji Abdul Wahab pula mendefinisikan kata

adjektif sebagai kata sifat iaitu kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu

benda atau kata nama.

Kesimpulannya, golongan kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifata atau

keadaan sesuatu benda dan boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011), kata adjektif tidak

mempunyai subgolongan yang ketara. Namun kata adjektif dapat dibahagikan kepada

sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataannya.

Kata Adjektif Contoh

Sifatan Baik, jahat, cerdik, pandai

30

Page 30: Assigment Bentuk Kata (Real)

Warna Hijau, putih, merah, biru

ukuran Panjang, pendek, tebal, nipis

bentuk Bulat, bujur, lonjong

pancaindera Sedap, manis, cantik,halus

waktu Cepat, spontan, lewat , awal

cara Cepat, laju, deras, lambat

perasaan Rindu, geram, asyik, cinta

jarak Jauh, dekat, hampir, nyaris

Jadual 22 : Kata Adjektif

Selain itu, menurut Sharifah Nor Syed Abd. Rahman, Nornajmfah Najmuddin,

serta Rosdah Omar (2006) , terdapat empat bentuk kata adjektif, iaitu;

Bentuk Contoh

Kata adjektif tunggal Segar, luas, tajam, malu

Kata adjektif terbitan Keluasan, kehandalan, seluas

Kata adjektif majmuk Merah hati, rabun ayam

Kata adjektif ganda Besar-besar, jauh-jauh

Jadual 23 : Bentuk Kata Adjektif

3.4 Golongan Kata Tugas

31

Page 31: Assigment Bentuk Kata (Real)

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2011), golongan kata tugas ialah

golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu yang terkandung

dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu sifat

yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik, iaitu frasa

nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.

Kata tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat, klausa atau frasa untuk

mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Sehubungan itu, fungsi kata tugas

dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar,

penguat, penegas, dan sebagainya. Berikut disenaraikan kelompok kata tugas dan

contoh-contoh perkataan yang berfungsi untuk mendukung sesuatu tugas dalam

sintaksis tertentu.

kata hubung : dan, atau, tetapi

kata seru : wah,amboi,cis

kata tanya : apa, berapa, siapa

kata perintah : sila, tolong, harap

kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan

kata bantu : akan, sudah, pernah

kata penguat : sangat, amat, paling

kata penegas : juga, lah, tah, kah, pun

kata nafi : tidak, bukan

kata pemeri : ialah, adalah

kata sendi nama : di, dari, dalam, daripada

kata pembenar : ya, betul, benar

kata bilangan : dua, segala, banyak

kata arah : atas, bawah, tepi

Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat

frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata tugas mempunyai tugas-tugas

32

Page 32: Assigment Bentuk Kata (Real)

tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat. Berdasarkan kriteria

kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat, kata tugas dapat dikelompokkan kepada :

kata penyambung ayat, kata praklausa, prafrasa dan kata pascakata

3.4.1 Kata Penyambung Ayat

Kata Penyambung ayat berfungsi untuk  menghubungkan kata dengan kata, frasa

dengan frasa, klausa dengan klausa dan ayat dengan ayat.

Kata Penyambung Ayat Contoh

Kata Hubung Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu,

malahan, sambil, kemudian.

Kata Hubung Pancangan Relatif yang

Kata Hubung Pancangan Komplemen bahawa, untuk

Jadual 24 : kata penyambung Ayat

3.4.2 Kata Praklausa

Kata Praklausa ialah perkataan yang berada di bahagian hadapan klausa dan

bertugas untuk menimbulkan seruan, pertanyaan atau penerang pangkal klausa.

Kata Praklausa Contoh

Kata Seru wah, amboi, aduh

Kata Tanya bagaimana, siapa, bila, berapa

Kata Perintah sila, jemput, tolong, jangan, usah, harap, semoga.

Kata Pembenar ya, benar, betul.

Kata Pangkal Ayat Maka, alkisah, hatta, syahadan

Jadual 25 : Kata Praklausa

Kata Prafrasa

33

Page 33: Assigment Bentuk Kata (Real)

Kata prafrasa ialah perkataan yang terletak di bahagian hadapan frasa seperti frasa

nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

Kata Prafrasa Contoh

Kata Bantu akan, pernah, sedang, mahu, masih, hendak, belum

Kata Penguat amat, sangat, paling

Kata Penegas juga, lah, kah, tah, pun

Kata Nafi tidak, bukan

Kata Pemeri ialah, adalah

Kata Sendi Nama di, dari, dalam, ke, pada

Kata Bilangan beberapa, banyak, ramai,dua, tiga, kelima

Kata Arah atas, situ, dalam

Jadual 26 : Kad Frasa

Kata Pascakata

Kata Pascakata ialah bentuk kata, iaitu –nya, dan yang yang hadir selepas perkataan

bagi menghasilkan penekanan

Kata Pascakata Contoh

Kata Pembenda yang, -nya

Kata Penekan -nya

Jadual 27 : Kata Pascakata

34