Post on 25-Dec-2015
description
Refleksi kendiri
Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya membuat perancangan yang sistematik
agar dapat menyiapkannya pada masa yang telah ditetapkan. Tuan Hj. Kudus selaku
pensyarah Kaunseling Individu telah menerangkan kepada saya dengan jelas mengenai
kehendak tugasan dan aspek yang dinilai untuk mendapatkan markah yang terbaik.
Hasilnya, saya mendapat gambaran dan garis panduan untuk melaksanakan tugasan ini.
Saya memberikan penekanan dari segi pengurusan masa, pembahagian tugasan
untuk menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu juga, saya mendapatkan beberapa sumber
rujukan di pusat sumber Institut Perguruan Kampus Temenggong Ibrahim sebagai maklumat
tambahan dalam penghasilan ilmiah ini. Banyak pengalaman yang diperolehi di samping
dapat menimba ilmu yang baharu. Selain itu, saya juga mempelajari langkah-langkah yng
perlu diambil sebelum menjalan sesuatu sesi kaunseling seperti mengumpul maklumat dan
menganalisis maklumat klien, menyediakan keadaan kondusif kepada klien dan banyak lagi.
Semasa mencari bahan untuk tugasan ini saya dapat mempelajari pelbagai ilmu
baharu yang akan berguna untuk diri saya semasa membuat tugasan lain. Ini kerana
semasa mencari idea untuk tugasan ini dari pelbagai media, saya dapat mempelajari untuk
bagaimana menggunakan sumber cetak dan elektronik untuk mendapatkan isi bagi sesuatu
tugasan. Selain itu, saya juga dapat mempelajari untuk membuat dan menulis rujukan
berpanduakan kepada APA sistem. Ini kerana saya menggunakan peralatan digital seperti
perakam video yang di pinjam dari Jabatan Teknologi Maklumat. Semasa sesi dijalankan
saya dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas kaunseling seperti kemahiran
mendenagar, kemahiran menyoal, kemahiran memahami, kemahiran berempati, refleksi
perasaan dan banyak kemahiran. Saya dapat mula memahami dan menjinak-jinakkan diri
saya untuk menggunakan semua kemahiran kaunseling. Kerjasama yang saya terima
semasa mengambil video sesi kuanseling dari rakan-rakan sekumpulan adalah amat tinggi.
Mereka banyak membantu saya dalam sesi kaunseling ini.
Selain itu, saya juga dapat mempelajari eleman kreativiti dan teknologi maklumat
melalui konteks yang sesuai untuk menjayakan tugasan ini. Selain itu, saya juga dapat
meningkatkan kemahiran saya dalam membuat rujukan dan mengakses maklumat daripada
pelbagai sumber, memilih maklumat yang relevan secara sistematik dan bermakna.
Selepas sesi kaunseling dijalankan saya memahami bahwa tindakan sususlan amat
memainkan peranan supaya kaunseloer dapat memantau perkembangan kliennya. Selain
itu, saya juga menilai sendiri sesi kaunseling yang saya lakukan tadi. Daripada situ saya
dapat menjana pelbagai idea. Maka saya boleh menggunakan idea tersebut pada sesi
kaunseling akan datang.saya juga telah merekod kelemahan dan juga kesalahan yang saya
lakukan pada sesi ini supaya saya tidak akan berulang kesalahan dan kesilapan yang sama
pada sesi bimbinagn dan kaunseling akan datang
Selain itu semasa saya mengalami sedikit tekanan kerana ini merupakan sesi
kaunseling yang akan dinilai oleh pensyarah kelak nanti. Walaubagaimanapun saya dapat
mengharungi cabaran ini kerana sebelum ini saya pernah berlatih di Makmal Kaunseling
Dan Psikoterapi bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas. Selain itu, saya juga telah
mengalami masalah teknikal semasa merakam sesi kaunseling dimana suara tidak jelas
semasa rakaman. Oleh kerana itu saya terpaksa mencari klien yang lain untuk menjalankan
sesi kaunseling dengannya. Pada masa itu saya telah mengambil langkah berjaga-jaga
supaya masalah teknikal tidak diulangi sekali lagi.
Secara keseluruhannyanya, tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai
seorang kaunselor dalam bidang bimbingan dan kaunseling, saya perlu mahir untuk
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas kaunseling supaya dapat menjalankan sesi
bimbingan dan kaunseling tanpa ada halangan,
Sekian terima kasih.