Post on 12-Dec-2015
description
REFLEKSI SECARA INDIVIDU
NURZAIMAH BINTI ISMAILNO K/P : 840912-08-6604
Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dapat menyiapkan kerja kursus Unit
Beruniform Pandu Puteri ini. Terima kasih kepada Pn. Azibah Binti Baharom selaku
penyelaras kursus Unit Beruniform II (WAJ 3111) kerana telah memberi dorongan dan
tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam melengkapkan semua aktiviti dalam kursus
ini.Sepanjang mengikuti kursus Unit Beruniform ini, pelbagai ilmu dan pengalaman baru
yang saya perolehi sepanjang mengikuti kursus ini.
Pada 23 hingga 26 Februari 2015, saya telah menyertai aktiviti perkhemahan yang
telah dibuat di PDS Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pelbagai aktiviti yang telah
dijalankan dan ia telah banyak memberi pengalaman baru kepada saya. Perkhemahan ini
dibuat bertujuan memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada
dalam diri setiap ahli Pandu Puteri. Pelbagai aktiviti telah disusun agar sikap kepimpinan
semua ahli dapat ditonjolkan dan membentuk modal insan yang seimbang.
Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa program masakan rimba ini, saya dan
ahli kumpulan perlu menjalani aktiviti memasak yang menggunakan kaedah ikhtiar hidup.
Dalam aktiviti ini kami perlu mengandaikan bahawa kami perlu memasak makanan untuk
membolehkan kami berikhtiar sekadar mengalas perut ketika berada di hutan. Aktiviti ini
mengajar saya tentang kesederhanaan dalam kehidupan dan memahami nasib insan lain
yang tidak berkemampuan. Dalam aktiviti ini, pelbagai kaedah memasak yang telah saya
dan rakan-rakan lakukan. Kami telah memasak menggunakan kaedah merebus, membakar,
memanggang dan sebagainya. Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana sebelum ini saya
tidak pernah memasak menggunkan dapur kayu. Cabaran yang saya han rakan-rakan
hadapi ialah ketika menyalakan api untuk memasak. Sesungguhnya aktiviti ini sangat
meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya.
Dalam kursus pertolongan cemas pula, saya dapat menimba pelbagai pengalaman
baru yang sebelum ini tidak pernah saya lalui. Jika sebelum ini saya tidak mempunyai
pengetahuan dalam memberi bantuan kepada mangsa yang memerlukan bantuan segera
sebelum kehadiran pasukan penyelamat datang membantu. Saya juga berasa sangat
bertuah kerana dapat menyertai kursus ini kerana pelbagai ilmu yang telah ditimba dan
dapat diaplikasikan disekolah kelak sekiranya berlaku sebarang kecemasan ke atas rakan
sekerja dan anak didik. Pengalaman ini sangat berharga kerana tidak semua guru dan bakal
guru dapat melaluinya dengan baik.
Seterusnya, aktiviti Khidmat Komuniti Bina Insan Guru yang telah dijalankan di SMK
Pulau Tawar pada 15 dan 16 Januari 2015. Aktiviti Khidmat Komuniti ini bertujuan untuk
membantu mangsa banjir yang telah melanda negara kita pada akhir tahun lepas.
Sepanjang menyertai aktiviti ini banyak pengalaman baru yang telah saya lalui antaranya
semangat bekerjasama dalam kalangan saya dan rakan-rakan. Saya juga dapat merasai
keperitan hidup mangsa banjir yang perlu memulakan semula kehidupan selepas banjir.
Saya merasa sangat bersyukur kerana dilindungi daripada bencana banjir besar tersebut.
Secara keseluruhannya saya merasakan bahawa aktiviti yang telah dirancang dalam
Kursus Unit Beruniform Pandu Puteri ini sangat bemanfaat dan perlu diteruskan pada masa
akan datang agar ia menjadi bekalan kepada bakal guru sebelum ditempatkan di sekolah
kelak. Selain itu, saya berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan
datang untuk semua guru pelatih agar ia dapat dimanfaatkan dalam mendidik anak bangsa
demi untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sahsiah.