Refleksi Ub

Post on 07-Oct-2015

23 views 0 download

description

Refleksi Ub

Transcript of Refleksi Ub

REFLEKSISecara keseluruhannya, Program Perkhemahan Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet Malaysia 2014 telah diadakan di Teluk Bahang pada 30 September hingga 3 Oktober 2014. Aktiviti ini telah banyak meningkatkan kemahiran guru pelatih dari pelbagai aspek. Program ini dianjurkan dan diwajibkan kepada setiap guru pelatih di IPG seluruh Malaysia. Saya berasa gembira kerana dapat menyertai program perkhemahan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada AJK organisasi bagi kali ini atas mengeluarkan banyak masa dalam menguruskan program ini supaya dapat berjaya dilaksanakan.Pada hari tersebut, kami telah berkumpul di garaj pada pukul 8.00 pagi dan bertolak ke destinasi kami pada pukul 9.00 pagi. Apabila kami sampai ke sana, kami diberi tanggungjawab untuk membersihkan kawasan dapur. Semasa kami sedang membersihkan kawasan dapur, tiba-tiba ia berhujan dengan lebat. Namun begitu, ia tidak mengganggukan kami tetapi ia dapat mengeratkan hubungan kami. Kami bertukar kerja apabila kami berasa letih, semasa menjalankan tugasan ini, kami sambil berbual-bual dan membuat kerja dengan gembira. Selepas itu, semasa kami mendirikan khemah masing-masing. Dengan ini, saya ingin mengucapakan pensyarah-pensyarah yang memberi nasihat serta bantuan supaya khemah bagi kumpulan saya dapat diri dengan kukuh. Selepas mendirikan khemah, kami perlulah menghasilkan tiga jenis gajet yang berbeza iaitu rak kasut, ampaian dan tempat letak barang. Saya berasa bersyukur kerana kumpulan saya berjaya menghasilkan tiga jenis gajet yang berbeza. Pada hari kedua, kelas saya perlu menjalankan UAK Pendidikan Jasmani di dewan. Ia merupakan kali pertama saya menjalankan ujian di kem. Ia merupakan pengalaman yang baru dan unik bagi saya. Selepas itu, kami perlu menjalankan khimat masyarakat di WISMA. Pada pertama sekalinya, saya berasa gementar kerana ia merupakan kali pertama saya melawat di WISMA. Saya diberi tugas sebagai ketua gotong-royong. Dengan ini saya membahagikan kawan-kawan kepada 4 kumpulan supaya dapat menyiapkan kerja dengan cepat. Selepas membersihkan kawasan-kawasan tersebut, saya menjalankan aktiviti dengan anak-anak. Saya berasa gembira kerana dapat berinteraksi dengan mereka walaupun masanya tidak berapa cukup tetapi ia cukuplah bagi saya kerana mendapat peluang macam ini. Pada hari ketiga, kami perlu menjalankan aktiviti kembara dengan rakan-rakan saya. Saya berasa gembira kerana dapat bersenam dengan alam sekitar dan rakan-rakan yang cantik serta mesra. Semasa aktiviti kembara, saya bertolong encik dengan membawa rakan saya berjalan di depan. Semasa berjalan di depan, saya mendapati bahawa sebagai ketua di depan tidak boleh berjalan dengan cepat atau terlalu lambat. Hal ini kerana ia akan mengakibatkan kecederaan atau kemalangan yang luar jangkaan kita. Saya bersyukur kerana dapat menyertai aktiviti kembara ini. Selepas aktiviti kembara, saya diberi peluang untuk menjalankan aktiviti backwood cooking. Melalui aktiviti ini, saya dapat belajar cara untuk menghidupkan api dan memasak makanan dengan menggunakan bahan semula jadi. Walaupun prosesnya sukar tetapi banyak input yang telah saya dapati semasa aktiviti ini dijalankan. Saya juga diberi peluang untuk bermain di air terjun. Air sana amat sejuk dan seronok dimain. Bagi malam tersebut, ia merupakan malam kebudayaan, kumpulan saya menpersembahkan nyanyian dan mendapat tempat ke-2 dalam persembahan tersebut. Hasil ini merupakan hasil kerajinan kita yang berlatih dengan rajin.Sebelum pulang ke maktab, kami telah menjalankan aktiviti manitor. Saya berasa gembira kerana aktiviti amat seronok dijalankan. Lagu manitor amat sedap didengar dan liriknya cantik juga. Selepas itu, kami menurukan khemah dan gajet lalu membuang sampah . Pada masa itu, saya berasa sedih kerana perlu meninggalkan tempat itu. Saya memang menyukai tempat itu kerana alam sekitar di sana amat cantik. Disediakan oleh,THAM SIEW MEI