Post on 16-Sep-2015
SOALAN KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH1. Pihak kerajaan akan membentuk jawatankuasa bagi memantau harga barang dai masa ke semasa ekoran peningkatan harga minyak dunia secara mendadak.
Peningkatan = kenaikan
Masa ke semasa = masa ke masa
2. Hafizah sering terkenang pada peristiwa suka duka semasa mengaji di universiti.
Mengaji = menuntut
Pada = akan
3. Emak memotong daging panggang yang kenyal itu nipis-nipis sebelum dihidangkan untuk tetamu.
Memotong = menghiris
Untuk = kepada
4. Masyarakat diingatkan supaya berhati-hati akan golongan tertentu yang cuba merabuni mata orang ramai dengan janji-janji manis.
Merabuni = mengaburi
Akan = dengan
5. Berbagai intensif diberikan kepada para pelajar yang mencapai kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Intensif = insentif
Berbagai = pelbagai / berbagai-bagai
6. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memasukkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak dari sejak kecil lagi
Memasukkan = memupuk
Sejak dari kecil lagi = sejak kecil lagi
Dari puan nor azian