Post on 12-May-2019
1
TEKS UCAPAN PERASMIAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS PERASMIAN PADA
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
2
SEKOLAH KEBANGSAAN LUBUK KULIT
2019
24 FEBRUARI 2019 (AHAD)
8.30 PAGI
PADANG SK LUBUK KULIT, KUALA
LIPIS, PAHANG
4
YBhg. Puan Halimaton Hashim
Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Lubok Kulit
Kuala Lipis Pahang
Guru-guru dan seterusnya…
Para pelajar yang dikasihi sekalian.
5
1. Alhamdullillah, marilah kita
bersama-sama mengucapkan
kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan izin-Nya jua kita
dapat berhimpun pada pagi ini
dalam Majlis Perasmian Kejohanan
Sukan Tahunan Sekolah
6
Kebangsaan Lubok Kulit bagi tahun
2019.
2. Saya merakamkan sekalung
penghargaan dan terima kasih
kepada pihak sekolah yang
menjemput saya untuk bersama-
sama dalam temasya sukan ini.
7
Semestinya penganjuran
kejohanan ini menuntut komitmen
padu dan pengorbanan semua
pihak bagi memastikan kelancaran.
Tahniah dan syabas kepada
Pengetua dan pihak sekolah.
8
Hadirin dan anak-anak yang
dikasihi sekalian
3. Kejohanan ini merupakan
wadah untuk memupuk budaya
bersukan dalam kalangan murid-
murid. Pendedahan ini perlu
berterusan dan dilaksanakan
9
secara sistematik supaya impaknya
nanti dapat dikecapi seterusnya
melahirkan para atlet yang hebat
suatu hari nanti.
4. Analoginya, anak-anak yang
berada di hadapan saya pada hari
ini merupakan permata yang perlu
10
digilap sehingga menyinari persada
sukan negara dan antarabangsa.
Negara kita hari ini, ketandusan
atlet yang mampu membawa
nama negara ke pelosok dunia.
5. Selain itu, kejohanan ini juga
merupakan wahana dalam
11
mencari dan menggilap bakat
para atlet di samping mengeratkan
ukhuwah dalam kalangan guru-
guru dan murid-murid. Saya
percaya kejohanan ini mampu
melahirkan bakat-bakat besar
dalam bidang sukan suatu hari
nanti. Malah kegiatan sukan ini
12
sewajarnya menjadi budaya rakyat
Malaysia ke arah meningkatkan
kesihatan dan kualiti kehidupan.
6. Sesungguhnya, akal yang
sihat hadir daripada badan yang
cergas, kata-kata ini membuktikan
bahawa betapa pentingnya aturan
13
hidup ini disulami dengan aktiviti
sukan yang akhirnya akan
mengharmonikan setiap perjalanan
hidup kita.
7. Rebutlah peluang ini kerana
kejohanan sebegini dapat
memupuk nilai-nilai positif serta
14
meningkatkan kualiti hidup dan
kesejahteraan diri kita seterusnya
membentuk modal insan yang
berkualiti. Di samping itu, kejohanan
ini juga akan mempamerkan
semangat kesukanan dan daya
juang yang tinggi. Gunakan
kesempatan yang ada untuk
15
mengukur keupayaan diri masing-
masing. Percayalah anak-anak
semua mempunyai potensi yang
tersendiri selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
8. Kemenjadian anak-anak
semua bukan sahaja diukur
16
daripada segi akademik semata-
mata tetapi ia juga turut meliputi
semua aspek sahsiah diri.
Pengukuran yang holistik pastinya
melahirkan insan yang terdidik dan
mampu bersaing di persada global
kerana dunia hari ini menuntut
modal insan yang berjiwa kental
17
dalam menyusuri dunia tanpa
sempadan.
Hadirin dan anak-anak yang
dikasihi sekalian
9. Tidak dapat dinafikan,
kemenangan memanglah penting
18
dalam setiap pertandingan tetapi
yang lebih utama ialah mengambil
bahagian dan mengutamakan
semangat kesukanan. Kepada
yang menang, sekalung ucapan
tahniah dirakamkan dan kepada
yang kalah jangan cepat berputus
asa, tidak mengapa kerana
19
sesungguhnya jadikan kekalahan
hari ini sebagai satu titik permulaan
ke arah kejayaan yang lebih
gemilang pada masa hadapan.
10. Sebelum mengakhiri
ucapan, saya ingin mengambil
kesempatan sekali lagi
20
merakamkan setinggi-tinggi
ucapan syabas dan tahniah
kepada anak-anak sekalian. Setiap
murid di mata dan di hati seorang
guru ialah permata bersinar yang
mempunyai keistimewaan dan
kebolehan tersendiri. “Ketahuilah
bahawa pendidikan anak-anak
21
murid ini merupakan pelaburan
jangka panjang dalam konteks
pembangunan sesebuah negara.”
11. Akhir bicara, saya
mengucapkan terima kasih kepada
semua warga kerja SK Lubok Kulit
kerana telah berjaya mengelolakan
22
majlis ini dengan penuh tertib dan
tersusun. Marilah kita sama-sama
memanjatkan syukur dan doa
mudah-mudahan Allah SWT akan
terus melimpahkan rahmat
perlindungan dan peliharaan-Nya
kepada kita dan negara Malaysia
23
dengan naungan keselamatan,
keamanan, dan kemajuan.
12. Saya dengan ini
menyempurnakan Perasmian
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah
Kebangsaan Lubok Kulit Bagi Tahun
2019.