Post on 30-Dec-2015
description
Teori Pembentukan Konsep Bruner
Jerome Bruner telah dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Insan yang lebih dikenali sebagai
J.Bruner ini merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Anak kepada Herman dan Rose (Glickmann) Bruner,
telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Bruner bersekolah
di sekolah umum, lulus dari sekolah tinggi pada tahun 1933, dan masuk Duke University di mana ia mengambil
jurusan psikologi, mendapat gelaran AB pada tahun 1937. Bruner kemudian mengejar kajian pascasarjana di
Harvard University, menerima MA pada 1939 dan Ph.D. pada tahun 1941. Semasa Perang Dunia II, beliau
berkhidmat di bawah Jeneral Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas Tertinggi Bersekutu Expeditionary Force
Eropah. Beliau memainkan peranan yang penting dalam perancangan Projek Medison, suatu kurikulum matematik
moden di Amerika Syarikat.
Antara pencapaian yang telah diperolehi oleh berliau adalah seperti, BA, Duke University, 1937, PhD,
Harvard, 1941 (psikologi), Profesor psikologi di Harvard (1952-1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA
Pingat Emas, 1974, untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk memahami
fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and Sciences.
Bruner berpendapat bahawa cara seseorang individu mengamalkan budayanya dan pergaulan sosialnya
akan menentukan cara bagaimana individu tersebut menerima pendidikan.Beliau terkenal untuk dua teori kognitifnya
iaitu Model Penemuan Inkuiri dan Teori Pembentukan Konsep.
Fokus utama teori Bruner adalah model penemuan inkuiri dalam pembelajaran yang mementingkan konsep
kategorisasi.Bruner lebih menegaskan faktor-faktor persekitaran dan pengalaman model penemuan
inkuirinya.Pembelajaran penemuan Bruner adalah lebih berdasarkan prinsip konstruktivisme iaitu,seorang murid
akan membina maklumat dan konsep baru berdasarkan perkaitan di antara maklumat-maklumat yang sedia
ada.Murid-murid akan mengolah maklumat melalui struktur kognitif yang sedia ada seperti skema dan model mental
untuk menambah kesedaran baru dalam ingatan.
Menurut model ini,murid-murid digalakkan belajar melalui perbuatan aktiviti dan pengalam sendiri.Dalam
keadaan ini,peranan guru adalah untuk mencungkil fikiran mereka serta memberangsangkan naluri ingin tahu murid-
murid dengan soalan-soalan yang mencabar.Guru-guru juga bertanggungjawab untuk memastikan aktivit-aktiviti
pengajaran bersesuaian dan murid-murid tidak gagal dalam aktiviti penemuan mereka.
Terdapat empat tema yang berkaitan dengan Model Penemuan Inkuiri yang harus diutamakan.Tema pertama
adalah pertengahkan konsep dan keutamaan struktur kognitif dalam proses pembelajaran.Pemindahan
pembelajaran daripada pengetahuan lama yang sedia ada kepada input dan konsep-konsep baru perlu
difokuskan.Guru-guru mesti selalu pertengahkan dan memfokuskan pada konsep-konsep yang baru kerana
penguasaan fakta-fakta atau sesuatu teknik tidak berkesan dalam jangka masa panjang.Tema seterusnya pula
kesediaan belajar murid-murid.Guru-guru mesti meneliti kesediaan pembelajaran murid-murid dan mengutamakan
kurikulum berpusar.Guru juga perlu sentiasa mengajar isi pelajaran dan kurikulum daripada senang kepada susah
dan yang sentiasa mengaitkan satu konsep dengan yang lain.Selain daripada itu,sesuatu topik mesti selalu diulang
oleh guru sehingga murid-murid memahaminya dengan sempurna.
Tema ketiga pula adalah penggunaan naluri intuitif atau gerak hati.Semasa guru-guru mengajar,mereka mesti
mengajar dengan memfokuskan kepada naluri intuitif atau gerak hati para murid.Pembelajaran harus produktif dan
perlu diutamakan sebagai pembelajaran yang bermakna untuk murid-murid.Pembelajaran perlu disokong dengan
pemikiran lain seperti pemikiran analitikal.Tema yang terakhir adalah motof untuk belajar.Guru-guru juga mesti
sentiasa mencungkil motivasi dalaman atau naluri ingin tahu murid-murid mengenai sesuatu fenomena.Ini
merupakan cara yang paling berkesan bagi seorang guru untuk menarik minat murid-muridnya.Guru-guru juga perlu
mengajar murid-murid yang mencapai markah yang tertinggi dalam peperiksaan atau mendapat tempat pertama
dalam pertandingan sekolah bukan tujuan utama untuk belajar sesuatu.Motif untuk belajar adalah lebih untuk
memenuhi keperluan kognitif minda serta untuk perkembangan intelek murid-murid.
Bruner juga telah mengutamakan teori pembentukan konsep yang terkenal.Beliau menekankan
perkembangan kognitif kanak-kanak melalui beberapa peringkat penaakulan.Peringkat pertama adalah peringkat
enaktif atau tidak aktif.Kanak-kanak yang berumur dari 0-2 tahun tergolong dalam peringkat ini.Pada peringkat
ini,kanak-kanak belajar melalui tindakan manipulatif kerana mereka belum menguasai bahasa untuk bertutur.Mereka
juga menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah.Beberapa aktiviti dilakukan berdasarkan
pergerakan anggota kanak-kanak.Maka,guru-guru perlu sdiakan bahan maujud untuk mengimbangkan minda murid-
murid dalam peringkat ini.Menuut Bruner,peringkat ikonik adalah peringkat penaakulan kedua.Kanak-kanak yang
berumur 2-4 tahun dapat membayangkan satu situasi dalam minda mereka pada peringkat ini.Mereka juga
menyimpan maklumat dan pengalaman dalam kerangka kognitif secara lebih tersusun.Guru-guru perlu merancang
pelajaran dengan menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar.Peingkat terakhir adalah peringkat
simbolik.Pada peringkat ini,kanak-kanak boleh menggunakan simbol seperti bahasa,perkataan,nombor dan simbol-
simbol matematik.Mereka juga dapat memindah pengalaman pembelajaran ke situasi serupa dengan membuat
penaakulan logik.Pada tahap ini,kanak-kanak dapat menyoal mengenai satu fenomena dan dapat memberi pendapat
mengenai sesuatu masalah atau situasi.Mereka juga menggunakan langkah-langlah penyelesaian masalah.Oleh
yang demikian,guru-guru harus merancang pengajaran secara teratur supaya murid-murid dapat mengembangkan
potensi mereka pada peringkat ini.Menurut Bruner,dalam mana-mana tempoh masa yang tertentu ,satu jenis
penaakulan akan lebih dominan daripada yang lain.Ini bererti kanak-kanak berkebolehan untuk berfikir pada tahap
yang lebih mantap melalui pendedahan kepada idea-idea kognitif mencabar dalam persekitaran mereka daripada
umur yang kecil lagi.
Dengan itu,Bruner (1996),di dalam bukunya Toward a Theory of Instruction ,menghuraikan empat prinsip
pengajaran-pembelajaran berlandaskan teori pembelajaran yang dikemukakannya.Di antaranya ialah prinsip
kecenderungan murid-murid,prinsip pengajaran berstruktur,prinsip rangkaian ataupun sekuen dan prinsip
peneguhan.Dalam prinsip kecenderungan murid-murid,murid-murid mesti mempunyai kecenderungan ingin tahu
perkara-perkara yang sedang berlaku di sekelilngnya.Mereka perlu sentiasa menyoal diri dengan soalan-soalan
sepert “ Mengapa?”,”Kenapa?” atau “ Bagaimanakah sesuatu berlaku?”Manakala pengajaran berstruktur pula
dikatakan sebagai organisasi isi pelajaran oleh Bruner.Mengikut beliau,aktivit pembelajaran dan pengajaran yang
berkesan dapat dicapai sekiranya organisasi isi pelajaran adalah sesuai dengan pembelajaran mental kanak-
kanak.Prinsip ini mengutamakan apa isi pelajaran sesuai dengan apa bentuk pengajaran,dan apa bentuk pengajaran
yang sesuai digunakan untuk apa murid yang berkenaan.Di bawah prinsip ini,Bruner mencadangkan penggunaan
prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak ,iaitu menggunakan bahan konkrit ,demonstrasi ataupun ilustrasi
untuk mengajar perwakilan nombor.
Sementara itu,prinsip rangkaian yang juga dikenali sebagai prinsip sekuen merupakan suatu prinsip
turutan. Mengikut Bruner, prinsip ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu prinsip sekuen yang pertama (prinsip
kesediaan). Di mana pada peringkat ini guru perlu menggunakan set induksi untuk menimbulkan motivasi yang
berterusan kepada murid agar aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Prinsip seterusnya
adalah prinsip sekuen yang kedua. Prinsip ini adalah penggunaan dan perlaksanaan kaedah dan teknik mengajar.
Kaedah dan teknik mengajar perlulah seimbang dengan perkembangan kognitif murid pada waktu itu. Secara tidak
langsung, ianya dapat mempertingkatkan daya keupayaan mental kanak-kanak. Prinsip sekuen ini dapat
menghubungkaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama serta keberkesanan pembelajaran dapat
ditingkatkan.Justeru itu,murid-murid harus diberi peluang untuk sentiasa mengaitkan pengetahuan baru dengan
pengetahuan yang sedia ada dan menguasai bahan-bahan pembelajaran dalam bentuk rangkaian.Dengan itu,prinsip
yang terakhir adalah prinsip peneguhan.Guru-guru mesti bijak membuat peneguhan yang bersesuaian tidak kira
positif ataupun negatif untuk memperkukuhkan sesuatu pembelajaran.Mengikut Bruner,selain daripada memberi
peneguhan,penetapan masa yang sesuai dalam pemberian peneguhan juga penting supaya gerak balas yang
ditunjukkan oleh murid-murid diulang secara bersiri dan konsisten.
Secara kesimpulanya,boleh dikatakan bahawa teori Bruner telah mempengaruhi pengajaran dengan impak
yang paling ketara.
Teori Pembelajaran Asimilasi Ausubel
David Paul Ausubel(1918-2008) merupakan salah seorang ahli psikologi Amerika. Beliau telah memberi
banyak sumbangan yang penting khususnya dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga
pembelajaran pendidikan sains. Ausubel Silahirkan pada 25 Oktober 1918 dan dibesarkan di Brooklyn, New York.
Beliau mendapat pendidikan di Universiti of Pennsylvania dan mendapat ijazah kehormat pada tahun 1939 dalam
bidang psikologi. Kemudian Ausubel menamatkan pelajarannya di sekolah perubatan di Universiti Middlesex. Beliau
juga telah berkhidmat dengan jabatan pertahanan US Public Health Service, dan telah memperolehi M.A dan Ph.D
dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti Columbia pada 1950. Pada tahun 1973, Ausubel membuat keputusan
untuk bersara dari bidang akademik dan menyertai latihan psikiatri. Sepanjang menjalani latihan psikaitri, Ausubel
telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang psikiatri dan jurnal psikologikal. Pada tahun 1976, beliau
telah menerima Anugerah Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika bagi sumbangan beliau yang
memberangsangkan dalam bidang psikologi dalam pendidikan. Pada umur 75 tahun, Ausubel bersara dari bidang
professional dan melibatkan diri sepenuhnya dalam penulisan dan telah menghasilkan empat buah buku yang
terkenal.
David Ausubel telah mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu
kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali
sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh beliau
menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dandijelaskan menurut
urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif
daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).
Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna iaitu ‘meaningful verbal learning’,
termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan
Awal. Bagaimanapun, hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.Dua proses yang dikemukakan untuk
membantu pembelajaran bermakna ialah pembelajaran resepsi dan penemuan.Ausubel lebih mementingkan
pembelajaran resepsi daripada pembelajaran penemuan dan hafazan.Resepsi bermaksud penerimaan maklumat
oleh murid-murid apabila guru mengemukakan isi kandungan pelajaran secara eksplisit ,langsung,lengkap dan
tersusun.Mengikut model ini,guru-guru harus menyampaikan pelajaran melalui kuliah atau ceramah,iaitu dalam
bentuk pengajaran memusatkan guru.Penemuan berlaku apabila murid-murid meneroka bahan-bahan pembelajaran
yang disediakan oleh guru-guru dan membentuk konsep melalui proses penyelesaian masalah.Murid-murid berusaha
untuk mencari makna sendiri dengan menggunakan kerangka kognitif yang telah dibina sebelum ini.
Untuk membantu pembelajaran,Ausubel juga telah memperkenalkan konsep penyusunan awal. Penyusunan
awal telah diperkenalkan oleh beliau untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya
pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan
pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara
konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut.Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan
kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan
awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan
penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentangapa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan
hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep
berkaitan yang telah dipelajari.
Mengikut Ausubel,peta konsep adalah sebuah struktur grafik yang boleh digunakan sebagai penyusunan
awal dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pemetaan peta konsep dapat membantu proses penyusunan
maklumat murid-murid secara jelas.Ia juga dapat mengukuhkan isi kandungan yang sedia ada dalam struktur kognitif
murid-murid dan mendemostrasikan kefahaman mereka mengenai sesuatu topik.Pembelajaran bermakna hanya
boleh berlaku sekiranya guru-guru menyusun bahab-bahan pembelajaran dalam bentuk yang lengkap dan
sempurna.Dalam erti kata lain,pembelajaran berkesan berlaku jika penyampaian pengajaran guru-guru tersusun dan
atur.Justeru itu,teori beliau juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Resepsi.
Pembentukan kerangka pengetahuan atau struktur mental/kognitif berkembang dengan
pembelajaran bermakna melalui 4 proses.Proses pertama adalah proses subsumsi.Proses subsumsi merujuk
kepada pengetahuan baru mengenai konsep-konsep yang lebih umum dan inklusif di dalam struktur kognitif
seseorang individu.Proses ini terdiri daripada subsumsi terbitan dan subsumsi korelatif.Subsumsi terbitan merujuk
kepada maklumat bary yang terbit daripada maklumat lama yang ada pada diri murid-murid.Maklumat baru ini akan
disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.Sementara subsumsi korelatif merujuk pada suatu keadaan
di mana murid-murid menukar dan mengubahsuai struktur kognitif yang sedia ada untuk mengakomodasikan
maklumat atau konsep baru.Proses subordianat dan superodinat merupakan proses kedua dalam pembentukan
kerangka pengetahuan.Proses subordinat adalah pengolahan maklumat untuk memahami konsep secara terperinci
dan khusus.Proses ini adalah spesifik dan bukan umum.Proses pembelajaran subordinat boleh dijalankan melalui
pengajaran induktif.Sebaliknya,proses superordinat adalah pengolahan maklumat secara am dan inklusif.Proses
pembelajaran ini boleh dijalankan melalui pengajaran deduktif.Proses ketida adalah perbezaan progresif.Dalam
pendekatan ini,guru-guru akan cuba memantapkan kefahaman sesuatu konsep secara progresif atau beransur-ansur
khasnya apabila konsep itu sangat sukar.Guru-guru akan mendedahkan murid-murid kepada proses pembelajaran
dimana mereka perlu mendedahkan prinsip-prinsip yang lebih am dalam konsep-konsep yang dan yang berkaitan di
antara satu sama lain.Kemudian,guru-guru akan membuat elaborasi ciri-ciri yang lebih terpencil yang wujud di dalam
konsep-konsep yang sukar ini.Mereka juga akan menekankan perbezaan dan persamaan yang wujud di antara
konsep-konsep yang saling berkaitan.Langkah ini akan membantu murid-murid meningkatkan kefahaman dan
memperolehi penguasaan pembelajaran terhadap konsep-konsep yang sukar.Proses penyelarasan integratif atau
pengubahsuaian bersepadu adalah proses terakhir.Dalam proses penyelarasan integratif ,guru-guru mesti
memainkan peranan untuk menhilangkan kekeliruan dan persoalan yang timbul dalam minda murid-murid akibat
daripada pendedahan kepada pelbagai jenis konsep dan rumus dalam sistem persekolahan.Mereka akan cuba
menyelaraskan tajuk-tajuk pembelajaran yang hampir sama supaya lebih mudah difahami oleh murid-murid.Justeru
itu,pengubahsuaian bersepadu juga merujuk kepada satu pendekatan dimana percanggahan makna di antara
konsep-konsep yang hampir sama atau berkaitan dengan lebih teliti oleh guru.
Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan
perhatian kepada dua perkara.Perkara pertama, Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran
resepsi(penerimaan)atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yanglengkap
dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah.Perkara kedua pula menggunakan penyusunan awal dalam
pengajaran untuk menggalakkan pelajarmengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan
konsepbaru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk
pelajaran.
Ausebel
Menurut Ausebel siswa akan belajar dengan baik jika apa yang disebut ”pengatur kemajuan (belajar)” (Advance
Organizers) didefinisikan dengan baik dan tepat bagi mahasiswa. Pengatur kemajuan belajar adalah konsep atau
informasi umum yang mewadahi (mencakup) semua isi pelajaran yang akan diajarkan kepada siswa.
Menurut ausebel ”advance organizers” dapat memberikan tiga macam manfaat yakni:
1. Dapat menyediakan suatu kerangka konseptual untuk materi pelajaran yang dapat dipelajari oleh siswa.
2. Dapat berfungsi sebagai jembatan yang menghubungkan antara apa yang sementara dipelajari siswa ”saat
ini” dengan apa yang ”akan” dieplajari sedemikian rupasehingga membantu siswa memahami bahan belajar
dengan lebih mudah.
Burner
Teorinya disebut free discovery learning.
Menurut teori ini proses belajar akan berjalan dengan baik dan kreatif jika guru memberi kesempatan kepada siswa
untuk menemukan suatu teori, konsep definisi dan sebagainya.
Dengan kata lain siswa dibimbing secara induktif untuk memahami suatu kebenaran umum.
Contoh: untuk siswa memahami konsep tentang ”kejujuran” siswa tidak semata-mata ”menghafal”, definisi kata
”kejujuran” tersebut, melainkan dengan memplajari contoh-contoh kongrit tentang kejujuran.
Lawan dari pendekatan ini disebut ”belajar ekspositiory” (belajar dengan cara menjelaskan). Dalma hal ini siswa
disodori sebuah informasi umum dan diminta untuk menjelaskan informasi tersebut melalui contoh-contoh khusus
yang kongkrit.
Contoh: untuk masalah di atas mahasiswa pertama-tama diberi definisi tentang ”kejujuran” dan dai definisi itulah
mahasiswa diminta untuk mencari contoh.
Jerom BrunerMenurut teori perkembangan kognitif oleh Bruner pula, berpendapat bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui tiga peringkat iaitu peringkat enaktif, peringkat ikonik dan peringkat simbolik. Pada peringkat awal, kanak-kanak kebiasaanya belajar
melalui peringkat enaktif. Peringkat ini adalah serupa dengan peringkat deria motor iaitu untuk memahami berinteraksi dengan persekitarannya. Banyak aktiviti yang dilakukan adalah berdasarkan pergerakan anggota kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak mudah mempelajari apa sahaja pada peringkat ini. Pada peringkat ini juga kanak-kanak haruslah diberi pengalaman yang kukuh tentang sesuatu pembelajaran supaya semua aktiviti yang dipelajarinya tersimpan dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, kanak-kanak belajar melalui alat muzik lebih pantas daripada orang dewasa (Richard, 2004)
Peringkat ikonik pula merupakan peringkat seterusnya dalam perkeambangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak belajar memikirkan sesuatu melalui imej atau gambarajah. Menurut Richard Overbaugh (2004), kanak-kanak dapat menyatakan bilangan objek yang ditunjukkan. Sebagai contoh, nombor 3 dikaitkan dengan objek yang mempunyai nilai 3. Manakala dalam peringkat simbolik pula kanak-kanak boleh memahami dan belajar melalui simbol dan konsep yang lebih meluas. Bruner (1966) berpendapat bahawa ketiga-tiga peringkat perkembangan kognitif itu tidak boleh terpisah antara satu sama lain, tetapi berkembang dalam kehidupan seseorang itu.
Ausubel Ausubel menyatakan pembelajaran secara resepsi yang bermakna. Pembelajaran secara resepsi bermaksud maklumat yang disusun secara teratur diberikan kepada pelajar. Maklumat yang diperolehi akan disimpan di dalam struktur kognitif. Manakala pembelajaran bermakna adalah satu proses belajar yang mempunyai kesedaran sendiri dan mempunyai tujuan atau objektif tertentu. Bertentangan dengan pembelajaran resepsi adalah pembelajaran penemuan, iaitu pembelajaran untuk mendapatkan maklumat dengan sendiri melalui pemikiran analisis, kritis, kreatif, cuba jaya dan celik akal. Menurut Ausubel lagi terdapat dua pra syarat bagi pembelajaran resepsi iaitu sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran perlu ada dalam diri pelajar. Pelajar perlu tahu bagaimana untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif dengan pelajaran baru.
Konsep utama teori pembelajaran resepsi yang bermakna ialah dihasilkan berasaskan pengalaman/ilmu sedia ada pelajar. Pengalaman yang sedia ada struktur kognitif, mengintegrasikan maklumat yang tersusun secara logical dalam bentuk terakhir dengan pengalaman /ilmu yang sedia ada melalui ekspositori.