| 1...kepada penyelesaian ekonomi makro dan mikro dalam menghadapi penularan virus Covid-19 yang...

8

Transcript of | 1...kepada penyelesaian ekonomi makro dan mikro dalam menghadapi penularan virus Covid-19 yang...

Page 1: | 1...kepada penyelesaian ekonomi makro dan mikro dalam menghadapi penularan virus Covid-19 yang semakin membimbangkan. Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan Malaysia …
Page 2: | 1...kepada penyelesaian ekonomi makro dan mikro dalam menghadapi penularan virus Covid-19 yang semakin membimbangkan. Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan Malaysia …
Page 3: | 1...kepada penyelesaian ekonomi makro dan mikro dalam menghadapi penularan virus Covid-19 yang semakin membimbangkan. Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan Malaysia …

Langkah Strategik Kerajaan Mendepani Krisis Covid-19 | 1

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pendahuluan

Penularan virus Covid-19 telah menjadi suatu topik global yang hangat ketika ini.

Data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan setakat 27 Mac

2020, jumlah pesakit Covid-19 seluruh dunia adalah 532,150 kes, 24,084 kematian

dan telah melanda 196 buah negara. Eropah dan Amerika Syarikat (AS) kini

merupakan epicenter kepada wabak tersebut.

AS paling terjejas teruk dengan peningkatan kes-kes baru melebihi kes yang

dicatatkan di China iaitu 85 ribu kes. Dalam masa yang sama, kes-kes positif di

China hampir tidak menunjukkan perubahan yang ketara jika dibandingkan kes-kes

di AS dan beberapa negara Eropah yang lain khususnya Itali, Sepanyol, Jerman,

dan Perancis.

Malaysia tidak terkecuali menghadapi peningkatan kes-kes positif yang ketara. Sejak

gelombang kedua penularan Covid-19 bermula pada 27 Februari 2020 sehingga hari

ini (26 Mac 2020), Malaysia mencatatkan 2,031 kes dengan kluster tabligh

mencatatkan 1,117 kes, kluster Persons Under Investigation (PUI) 364 kes, kontak

rapat 496 kes dan lain-lain 54 kes.

Kebanyakan negara menggunakan pendekatan pembendungan dan mitigasi bagi

meredakan peningkatan kes-kes baharu. Pendekatan yang diambil tidak hanya

melibatkan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan, bahkan juga memerlukan

kerjasama sepenuhnya daripada rakyat supaya rantaian penularan virus berkenaan

dapat diputuskan.

Strategi Kerajaan Menghadapi Covid-19

Kerajaan telah mengambil beberapa pendekatan drastik menghadapi peningkatan

kes Covid-19 khususnya ketika menghampiri pertengahan bulan Mac yang lalu, kira-

kira dua minggu selepas Kerajaan baharu di bawah Perikatan Nasional (PN)

mengambil alih.

Pada peringkat awal, Majlis Tindakan Ekonomi ditubuhkan bagi memberi fokus

kepada penyelesaian ekonomi makro dan mikro dalam menghadapi penularan virus

Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengambil

langkah proaktif bagi menghalang peningkatan kes dengan gelombang lebih besar

dan mula memperkenalkan slogan penjarakan sosial (social distancing) selain

Page 4: | 1...kepada penyelesaian ekonomi makro dan mikro dalam menghadapi penularan virus Covid-19 yang semakin membimbangkan. Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan Malaysia …

Langkah Strategik Kerajaan Mendepani Krisis Covid-19 | 2

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

memastikan kontak rapat kepada kluster PUI dan tabligh tampil melakukan saringan

jika mempunyai simptom yang berkaitan.

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 sehingga 31 Mac 2020 di

bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis

1967. Perintah Kawalan Pergerakan bagaimanapun dilanjutkan sehingga 14 April

2020.

Secara umumnya Kerajaan telah mengambil dua pendekatan strategik dalam

menghadapi gelombang kedua penularan virus Covid-19:

i. Langkah pembendungan (containment).

Pihak KKM telah membahagikan kepada tiga kluster besar yang perlu disaring.

Pertama adalah kluster Persons Under Investigation (PUI) iaitu mereka yang

mempunyai sejarah pernah ke luar negara dalam tempoh sebulan terakhir dan

mempunyai simptom berkaitan. Kedua adalah kluster daripada jemaah tabligh yang

menyertai himpunan di Masjid Sri Petaling. Ketiga adalah kluster kontak rapat

dengan kedua-dua kluster.

ii. Langkah mitigasi (mitigation).

Tindakan ini bertujuan memutuskan rantaian penularan kes-kes positif Covid-19

khususnya dalam kalangan masyarakat awam. Hal ini disebabkan peningkatan kes-

kes baharu yang drastik pada pertengahan Mac selain penambahan kluster jemaah

tabligh yang turut dijangkiti wabak berkenaan. Perintahan Kawalan Pergerakan

merupakan sebahagian daripada langkah mitigasi.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa, beberapa pendekatan

strategik pentadbiran telah diambil oleh Kerajaan sebagai mana berikut:

Pertama, KKM bergerak secara kekuatan penuh (full force) bagi memastikan

kesihatan awam dan mereka yang telah dijangkiti virus Covid-19 menerima

perkhidmatan kesihatan yang terbaik. KKM turut melaksanakan sidang media pada

setiap hari bagi menyalurkan maklumat terkini mengenai perkembangan virus Covid-

19 di Malaysia.

Kedua, Perintah Kawalan Pergerakan ditadbir di bawah seliaan Majlis Keselamatan

Negara (MKN). Ia diterajui oleh Perdana Menteri sendiri dengan dibantu

Kementerian-kementerian kanan. Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan Angkatan

Sukarelawan Malaysia (RELA) diberikan tanggungjawab menguatkuasa perintah

berkenaan kemudian dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan

Page 5: | 1...kepada penyelesaian ekonomi makro dan mikro dalam menghadapi penularan virus Covid-19 yang semakin membimbangkan. Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan Malaysia …

Langkah Strategik Kerajaan Mendepani Krisis Covid-19 | 3

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pertahanan Awam Malaysia (APM). Secara umumnya, pasukan RELA dan APM

lebih memfokuskan wilayah di luar bandar.

Ketiga, Kementerian dan agensi lain beroperasi secara minimal. Jabatan

Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan garis panduan mengenai panduan bekerja

dari rumah (BDR) serta hanya melibatkan operasi perkhidmatan penting (essential

services) sahaja. Fungsi Kementerian juga lebih menjurus ke arah membantu KKM

dalam menghadapi penularan virus Covid-19 selain memastikan rakyat mematuhi

Perintah Kawalan Pergerakan.

Keempat, penstrukturan Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan oleh

Perdana Menteri. Badan ini dianggotai oleh Menteri Kanan Perdagangan

Antarabangsa dan Industri, Menteri Kewangan, Gabenor Bank Negara Malaysia dan

beberapa tokoh yang lain. Setakat hari ini, Majlis Tindakan Ekonomi telah

mengumumkan 8 inisiatif utama termasuklah penangguhan pembayaran balik oleh

institusi perbankan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia. Penubuhan Majlis

Tindakan Ekonomi memastikan dasar fiskal dan monetari dapat digerakkan secara

bersepadu.

Efektif dan Efisyen Jadi Teras Dasar-Dasar Kerajaan

Kerajaan memerlukan dasar-dasar yang bukan sahaja efektif bahkan juga efisyen.

Hal ini demikian disebabkan penularan virus Covid-19 semakin meruncing dan

memerlukan perhatian yang serius dan komprehensif.

Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan terhadap

implementasi dasar-dasar Kerajaan dalam tempoh yang kritikal ini adalah:

i. Impak yang besar kepada golongan sasar khususnya golongan

barisan hadapan (frontliners), golongan pekerja yang terjejas,

golongan miskin relatif khususnya di bandar-bandar utama yang

berada dalam zon merah serta golongan luar bandar dan pendalaman

yang terjejas teruk.

ii. Efisyen dalam sistem penyampaian (delivery system) bantuan

Kerajaan supaya sampai ke golongan sasar. Perkara ini termasuklah

peruntukan RM120 juta di bawah Employee Retention Programme

(ERP), peruntukan RM130 juta kepada negeri-negeri serta sebahagian

besar bantuan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

(PRIHATIN) seperti yang diumumkan Perdana Menteri.

Page 6: | 1...kepada penyelesaian ekonomi makro dan mikro dalam menghadapi penularan virus Covid-19 yang semakin membimbangkan. Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan Malaysia …

Langkah Strategik Kerajaan Mendepani Krisis Covid-19 | 4

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

iii. Mengoptimumkan peranan agensi-agensi Kerajaan untuk membantu

secara terus atau melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat

(CSR) dalam menangani krisis yang berlaku. Jabatan Perdana Menteri

(Hal Ehwal Agama) telah mengambil langkah proaktif dengan

memperkenalkan #MusaadahCovid-19. Program ini telah menyelaras

kesemua agensi di bawah kementerian tersebut dan mengumpul

sejumlah RM29.01 juta untuk disumbangkan kepada golongan yang

layak.

iv. Memastikan penyaluran maklumat yang sahih kepada masyarakat

dengan pantas. Penularan berita tidak benar yang masih berleluasa

telah menimbulkan reaksi tidak senang dalam kalangan masayarakat

meskipun pelbagai tindakan tegas telah pun diambil. Penubuhan

Pasukan Respon Pantas di bawah Kementerian Komunikasi dan

Multimedia sedikit sebanyak membantu memberikan penegasan

terhadap berita palsu yang tersebar, namun ia memerlukan jaringan

capaian yang lebih luas supaya dapat menjawab segera berita-berita

palsu yang telah tersebar.

v. Mengoptimumkan peranan kajian dan inovasi bagi membantu Kerajaan

mencapai tujuan utama Perintah Kawalan Pergerakan. Ini antaranya

berkaitan dengan fasa tracing kluster-kluster yang terlibat serta

meningkatkan kapasiti ujian saringan sehingga 16 ribu sehari seperti

yang dihasratkan oleh KKM.

Kesimpulan

Kerajaan telah mengambil beberapa pendekatan strategik sama ada melalui operasi

pentadbiran yang lebih berkesan serta pengumuman pakej ransangan ekonomi yang

menjurus kepada golongan yang terjejas teruk disebabkan oleh Perintah Kawalan

Pergerakan. Malah, Perdana Menteri turut menjelaskan akan mengumumkan Pakej

Ransangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif pada 27 Mac

akan datang.

Namun, dasar-dasar serta pakej rangsangan yang dikemukakan perlu memberi

impak kepada golongan sasar, memastikan ia benar-benar sampai kepada penerima

yang sepatutnya, mengoptimumkan kesemua agensi di peringkat persekutuan dan

negeri dan tidak kurang juga memastikan penyaluran yang tepat dan sahih

disampaikan kepada masyarakat dalam berhadapan penyebaran berita palsu oleh

mereka yang tidak bertanggungjawab. Kesemua ini memerlukan perhatian yang

serius daripada pihak Kerajaan.

Page 7: | 1...kepada penyelesaian ekonomi makro dan mikro dalam menghadapi penularan virus Covid-19 yang semakin membimbangkan. Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan Malaysia …

Langkah Strategik Kerajaan Mendepani Krisis Covid-19 | 5

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

SENARAI RUJUKAN

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020).

World Health Organisation. (2020).

Pejabat Perdana Menteri. (2020, Mac 18). Kenyataan Media MKN: Perincian

Perintah Kawalan Pergerakan. Retrieved from Pejabat Perdana Menteri

(PMO).

Pejabat Perdana Menteri. (2020, Mac 23). Kenyataan Sidang Media YB Perdana

Menteri: Mesyuarat MTEN Melibatkan Covid-19. Retrieved from Pejabat

Perdana Menteri (PMO).

Pejabat Perdana Menteri. (2020, Mac 25). Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman

Bank dan Penyusunan Semula Baki Kad Kredit Serta Pinjaman Korporat.

Retrieved from Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Page 8: | 1...kepada penyelesaian ekonomi makro dan mikro dalam menghadapi penularan virus Covid-19 yang semakin membimbangkan. Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan Malaysia …