02 Soalan Tugasan Pjm3106 Mei2013

4
1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS TUGASAN PROJEK Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan anatomi dan fisiologi; 2. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan; 3. Melaksanakan amali anatomi dan fisiologi dengan berkesan; 4. Mengintegrasikan kemahiran yang dipelajari dengan kemahiran teknologi maklumat dan cara berkomunikasi berkesan untuk melaksanakan latihan yang sistematik, berkesan dan bermakna; 5. Bertanggungjawab terhadap pelajar dalam aspek keselamatan, bimbingan dan kebajikan tanpa mengira agama dan bangsa. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3, dan 4 Objektif Projek Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut; 1. Mengumpul maklumat dan menghasilkan penulisan tentang sistem-sistem tubuh badan yang terlibat dalam Ujian Segak (1.1, 1.3, 2.2, 2.3, 3.4, 4.2, 6.2, 6.3, 7.5) 2. Membuat analisis pergerakan yang melibatkan sistem rangka dan sistem otot rangka yang terlibat dalam Ujian SEGAK (2.2, 2.3, 6.2, 6.3) 3. Melaksana, menganalisis dan membuat laporan keputusan Ujian SEGAK (4.1, 4.2, 5.3, 5.4, 6.2, 6.3) 4. Menghasilkan satu penulisan refleksi secara individu berkaitan dengan tugasan. (4.2, 7.5) TAJUK KURSUS : PJM3106 - ANATOMI DAN FISIOLOGI TAJUK PROGRAM : PISMP TARIKH MULA : 25 FEBRUARI 2013 NAMA PELAJAR : TAHUN/SEMESTER : TAHUN 2 SEMESTER 1 TARIKH HANTAR : 12 APRIL 2013

Transcript of 02 Soalan Tugasan Pjm3106 Mei2013

Page 1: 02 Soalan Tugasan Pjm3106 Mei2013

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

TUGASAN PROJEK

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan anatomi dan fisiologi;

2. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan;

3. Melaksanakan amali anatomi dan fisiologi dengan berkesan;

4. Mengintegrasikan kemahiran yang dipelajari dengan kemahiran teknologi maklumat dan cara berkomunikasi berkesan untuk melaksanakan latihan yang sistematik, berkesan dan bermakna;

5. Bertanggungjawab terhadap pelajar dalam aspek keselamatan, bimbingan dan kebajikan tanpa mengira agama dan bangsa.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3, dan 4

Objektif Projek

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut;

1. Mengumpul maklumat dan menghasilkan penulisan tentang sistem-sistem tubuh badan yang terlibat dalam Ujian Segak (1.1, 1.3, 2.2, 2.3, 3.4, 4.2, 6.2, 6.3, 7.5)

2. Membuat analisis pergerakan yang melibatkan sistem rangka dan sistem otot rangka yang terlibat dalam Ujian SEGAK (2.2, 2.3, 6.2, 6.3)

3. Melaksana, menganalisis dan membuat laporan keputusan Ujian SEGAK (4.1, 4.2, 5.3, 5.4, 6.2, 6.3)

4. Menghasilkan satu penulisan refleksi secara individu berkaitan dengan tugasan. (4.2, 7.5)

TAJUK KURSUS : PJM3106 - ANATOMI

DAN FISIOLOGI

TAJUK PROGRAM : PISMP

TARIKH MULA : 25 FEBRUARI 2013

NAMA PELAJAR :

TAHUN/SEMESTER : TAHUN 2

SEMESTER 1

TARIKH HANTAR : 12 APRIL 2013

Page 2: 02 Soalan Tugasan Pjm3106 Mei2013

2

C. Tugasan Projek (100 %)

Pengetahuan dalam bidang anatomi dan fisiologi boleh membantu kita untuk memahami bahagian-bahagian tubuh badan dan fungsinya. Secara khususnya bidang anatomi menerangkan struktur tubuh badan, manakala bidang fisiologi mengkaji tentang fungsi struktur tubuh badan. Homeostasis pula merujuk kepada keadaan yang relatif konstan di dalam lingkungan tubuh serta dipertahankan oleh mekanisme adaptasi fisiologi. Keadaan ini menyebabkan tubuh badan seseorang individu yang berada pada tahap kesihatan yang optimum dan dapat melakukan tugasan fizikal dengan efektif dan efisien.

Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Bagi memastikan murid-murid di sekolah sentiasa berada pada tahap kecergasan optima, satu penilaian yang standard yang dikenali sebagai Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) telah dirangka dan dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2008. Semua murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 wajib menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang digariskan dalam buku panduan ‘Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia’ (SEGAK).

(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/2008 bertarikh 9 Julai 2008 dan Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia’ (SEGAK) Sekolah Rendah dan Menengah, 2007).

Sub Tugasan Bahagian A : Penulisan Akademik

Berdasarkan keperluan melengkapkan kompetensi sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani pelajar dikehendaki:

i. Memperincikan semua prosedur Ujian SEGAK dan membuat ringkasan sistem-sistem yang terlibat dalam setiap Ujian SEGAK dengan berbantukan gambarajah dan pengurusan grafik. (30%)

ii. Dalam kumpulan berdua, jelaskan dan huraikan sistem-sistem yang terlibat daripada satu Ujian SEGAK yang dipilih. Analisis pergerakan yang melibatkan sistem rangka dan sistem otot rangka yang terlibat dalam satu Ujian SEGAK yang dipilih. (30%)

Sub Tugasan Bahagian B : Amali

i. Dalam kumpulan berdua, analisis pencapaian Ujian SEGAK bagi sebuah kelas (30 orang murid) menggunakan perisisan MS EXCEL Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Versi 2 oleh Jabatan Pelajaran Selangor. Sediakan persembahan laporan analisis pergerakan dan laporan analisis Ujian SEGAK format powerpoint dan video. (30%).

Page 3: 02 Soalan Tugasan Pjm3106 Mei2013

3

Sub Tugasan Bahagian C: Penulisan Reflektif

i. Anda dikehendaki membuat refleksi yang menunjukkan pemikiran reflektif dan mencatat refleksi dengan kaedah penulisan refleksi yang mengaitkan pengalaman sendiri dengan ilmu baharu yang diperolehi daripada kursus ini. (10%).

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

1. Tugasan ini hendaklah disediakan secara kumpulan berdua. 2. Anda boleh mengamalkan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif dalam usaha untuk mengumpulkan maklumat dan data. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut;

3.1 Muka depan hendaklah mengikut format terkini 3.2 Font Arial 3.3 Saiz huruf ialah 11 3.4 Langkau satu setengah baris 3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) 3.6 Lampiran

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 5. Tugasan yang siap hendaklah dijilidkan (binding) dengan menggunakan pita pelekat (binding tape) berwarna hitam. 6. Bahan-bahan dan nota di sediakan dalam fail putih (folder) yang standard. 7. Tugasan ini perlu disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu dalam jangka masa 6 minggu (25 Februari 2013 hingga 12 April 2013). 8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Liputan isi kandungan dan pengolahan yang menyeluruh, terperinci, jelas dan koheran serta perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan bahan ilmiah 2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut: a. Memperincikan semua prosedur Ujian SEGAK dan membuat ringkasan sistem- sistem yang terlibat dalam setiap Ujian SEGAK dengan berbantukan gambarajah dan pengurusan grafik. b. Huraian mengenai sistem-sistem yang terlibat daripada satu Ujian SEGAK yang dipilih. Analisis pergerakan yang melibatkan sistem rangka dan sistem otot yang terlibat dalam satu Ujian SEGAK yang dipilih. c. Analisis pencapaian Ujian SEGAK bagi sebuah kelas (30 orang murid) menggunakan perisisan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Versi 2 oleh Jabatan Pelajaran Selangor. Sediakan persembahan laporan analisis dan hasil tugasan dalam format powerpoint atau animasi video. 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan ilmiah dari pelbagai sumber yang dapat menyokong hujah- hujah anda hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya sumber daripada 5 buah buku, 4 bahan dari internet dan 1 bahan bercetak yang lain. 4. Kandungan penulisan harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah dalam menterjemahkan maklumat secara analitikal.

Page 4: 02 Soalan Tugasan Pjm3106 Mei2013

4

5. Menghasilkan refleksi yang menunjukkan pemikiran reflektif dan mencatat refleksi dengan kaedah penulisan refleksi yang mengaitkan pengalaman sendiri dengan ilmu baharu yang diperolehi daripada kursus ini.

Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh:

Zulkifli bin Mat Som

Balkaran a/l Arumugam

Rozila bt Mohd Isa

Jabatan Sains Sukan

IPG Kampus Ilmu Khas

Disemak oleh:

( ROZILA BT MOHD ISA )

Pakar Bidang (SME)

Jabatan Sains Sukan

IPG Kampus Ilmu Khas

Disahkan oleh:

( MOKHTAR BIN AHMAD )

Ketua Jabatan

Jabatan Sains Sukan

IPG Kampus Ilmu Khas