03_Pengenalan

16
BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN AMALI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH) PJM3102 - PERGERAKAN ASAS 1.0 PENGENALAN Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah satu program latihan di peringkat ijazah dalam pelbagai bidang khusus untuk pendidikan sekolah rendah. Pelajar yang mengikuti PISMP akan melengkapkan pengajian selama 4 tahun dalam 8 semester. Usaha bagi mengekalkan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan perlu dinilai dari semasa ke semasa secara sistematik. Pentaksiran amali adalah satu kaedah yang sesuai digunakan untuk menguji hasil pembelajaran yang berteraskan amali seperti yang terkandung dalam proforma kursus yang berkaitan. Sehubungan itu, satu buku panduan pelaksanaan pentaksiran amali disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada penilai yang terlibat dengan kursus berkenaan. Tujuan Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Amali ini adalah untuk menyelaras pelaksanaan pentaksiran dalam kursus-kursus yang berkaitan dan sekaligus dapat mempertingkatkan kesahan serta kebolehpercayaan pentaksiran tersebut 2.0 RASIONAL Proforma Kursus PISMP memberikan penekanan khusus kepada usaha untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berkeupayaan mempraktikkan kemahiran yang diperoleh. Justeru, pentaksiran amali adalah satu instrumen yang dapat memastikan pelajar mencapai tahap penguasaan kemahiran yang dikehendaki dan menggalakkan pelajar lebih bersungguh-sungguh semasa mengikuti program pengajian ini. 1

Transcript of 03_Pengenalan

BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN AMALI

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

(PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH)PJM3102 - PERGERAKAN ASAS

1.0PENGENALAN

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah satu program latihan di peringkat ijazah dalam pelbagai bidang khusus untuk pendidikan sekolah rendah. Pelajar yang mengikuti PISMP akan melengkapkan pengajian selama 4 tahun dalam 8 semester.

Usaha bagi mengekalkan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan perlu dinilai dari semasa ke semasa secara sistematik. Pentaksiran amali adalah satu kaedah yang sesuai digunakan untuk menguji hasil pembelajaran yang berteraskan amali seperti yang terkandung dalam proforma kursus yang berkaitan. Sehubungan itu, satu buku panduan pelaksanaan pentaksiran amali disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada penilai yang terlibat dengan kursus berkenaan.Tujuan Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Amali ini adalah untuk menyelaras pelaksanaan pentaksiran dalam kursus-kursus yang berkaitan dan sekaligus dapat mempertingkatkan kesahan serta kebolehpercayaan pentaksiran tersebut2.0RASIONAL

Proforma Kursus PISMP memberikan penekanan khusus kepada usaha untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berkeupayaan mempraktikkan kemahiran yang diperoleh. Justeru, pentaksiran amali adalah satu instrumen yang dapat memastikan pelajar mencapai tahap penguasaan kemahiran yang dikehendaki dan menggalakkan pelajar lebih bersungguh-sungguh semasa mengikuti program pengajian ini.3.0OBJEKTIF

3.1 Objektif Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Amali

Objektif Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Amali ialah: Menyeragamkan proses pentaksiran amali bagi kursus-kursus yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah).

Menyediakan instrumen pentaksiran amali Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah). Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran amali yang dilaksanakan.

Pentaksiran amali ini sebagai rujukan dan panduan kepada pihak pengurusan dan penilai.

3.2 Objektif Pentaksiran Amali Objektif Pentaksiran Amali Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ialah:

Menguji sejauh mana tahap pencapaian pelajar dapat menguasai kemahiran yang telah dipelajari selaras dengan hasil pembelajaran kursus. Menggalakkan pelajar berusaha untuk memperbaiki pencapaian dan memantapkan kemahiran dalam bidang yang berkaitan sebelum dan selepas melalui ujian ini. Menjadi kayu pengukur untuk menilai tahap pencapaian pelajar dalam bidang berkaitan.4.0 STRUKTUR PENTAKSIRAN

4.1Struktur Umum Pentaksiran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

(Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah)

Struktur umum pentaksiran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah seperti Jadual 1 BILKURSUSPEPERIKSAANKERJA KURSUS

PROJEKU.AMALIUAK

1Wajib (x+0)/(x+1)-60%-40%

2Wajib (0+x)-70%-30%

3Pengajian Profesional (x+0)50%50%--

4Pengajian Profesional (x+1)40%60%--

5Major/Elektif (x+0)50%50%--

6Major/Elektif (x+1)40%60%--

7Major/Elektif(x+1)40%-60%-

8Major/Elektif (0+x)-30%70%-

9Major/Elektif (x+2)30%-70%-

Jadual 1: Struktur Pentaksiran Umum PISMP

NOTA:

*`x` adalah nilai kredit mengikut kursus yang terkandung dalam PISMP4.2 Struktur Pentaksiran Amali Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian(Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah) Struktur pentaksiran kursus bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

(Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah) yang melibatkan amali adalah seperti Jadual 2 di bawahKursus

Kod

Kredit

Pep

Bentuk KK

ProjekAmali

1. Kaedah Latihan Kecergasan FizikalPJM31012 (1+1)40%-60%

2. Pergerakan AsasPJM31023 (1+2)30%-70%

3. Olahraga PJM31032 (0+2)-30%70%

4. RenangPJM31042 (0+2)-30%70%

5. GimnastikPJM31072 (0+2)-30%70%

6. Pendidikan LuarPJM31083 (1+2)30%-70%

7. Permainan Bola Sepak dan Bola JaringPJM31092 (0+2)-30%70%

8. Permainan Bola Tampar dan Bola BalingPJM31112 (0+2)--70%

9. Pengurusan dan Pentadbiran PJ dan SukanPJM31123 (2+1)40%-60%

10. Permainan Badminton dan HokiPJM31132 (0+2)-30%70%

11. Penyelidikan Tindakan ll : Pelaksanaan dan PelaporanPJM31193 (0+3)--100%

Jadual 2Kursus-kursus yang melibatkan pentaksiran amali

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah)5.0PROFORMA KURSUS Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah)

Nama KursusPergerakan Asas

(Basic Movements)

Kod KursusPJM3102

Kredit3 (1+2)

Jam Kontak75 jam

Bahasa

PengantarBahasa Melayu

PrasyaratTiada

SemesterPertama Tahun 1 (M)

Kedua Tahun 1 (E)

Hasil Pembelajaran1. Melakukan aktiviti pergerakan asas dan permainan kanak-kanak serta dapat mengaplikasikannya dalam kurikulum PJK di sekolah

2. Berupaya membezakan model dan kategori permainan kanak- kanak

3. Menginterpretasi bahan kurikulum yang relevan bagi aktiviti pergerakan asas untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

4. Penghayatan dan amalan nilai murni semasa menjalankan aktiviti permainan sesama ahli dalam kumpulan

5. Bekerjasama sesama rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan

SinopsisKursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang perlu untuk melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan asas; pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor; model permainan kanak-kanak; bantu pelajar memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dan dalam permainan; jenis-jenis permainan yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak dan diaplikasi pelbagai pergerakan dalam semua jenis permainan di peringkat yang lebih tinggi.

This course includes the knowledge and acquiring of basic skills in fundamental movements, locomotor and non-locomotor movements, models of children games and helping children in applying basic movements in their daily lives. This course also stress on types of games which are suitable to different age groups.

TajukKandunganJam

1

Teori

Konsep pergerakan asas

Pengertian

Jenis pergerakan asas

Pergerakan tanpa dan bersama peralatan

3

2Pengajaran dan pembelajaran kemahiran pergerakan asas

Strategi

Kaedah dan teknik

2

3Permainan kanak-kanak

Konsep, matlamat dan objektif

Kepentingan

1

4Model Bunker dan Thorpe 1982

Pengenalan dan konsep model

Kategori dan jenis-jenis permainan

4

5Pengurusan dan pengelolaan permainan

Pengurusan dan kawalan kelas

Keselamatan peralatan, kawasan, pelajar

Pengelolaan permainan

3

6Teknik penilaian

Penilaian permainan kanak-kanak

Jenis bateri ujian

2

Jumlah15

1Amali

Aktiviti pergerakan asas

Pergerakan bukan lokomotor

Pergerakan lokomotor8

2Aktiviti pergerakan asas dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan

Bulat / Leper / Panjang4

3Pengajaran dan pembelajaran kemahiran pergerakan asas

Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor tanpa alatan

Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan8

4Amali permainan kanak-kanak

Mempraktikan permainan kanak-kanak mengikut kategori berikut:

Permainan kategori Sasaran

Permainan kategori Pukulan

Permainan kategori Jaring/ Dinding

Permainan kategori Serangan/ Kawasan20

5Pengurusan dan pengelolaan permainan

Pengurusan dan kawalan kelas

Keselamatan peralatan, kawasan, pelajar

Pengelolaan permainan12

6Teknik Penilaian

Penilaian permainan kanak-kanak

Jenis bateri ujian

Amali ujian8

Jumlah60

Jumlah Keseluruhan75

Pentaksiran

Ujian Amali70%

Peperiksaan Akhir30%

Rujukan

AsasGriffin, L. & Butler, J.I., (2005). Teaching games for understanding: Theory, research and practice. Champaign, IL : Human Kinetics.

Colvin, A.V., Markos, N.J.E., & Walker, P.J. (2000) Teaching the nuts and bolts of physical Education: Building basic movement skills. Champaign, IL : Human Kinetics.

Orlick, T. (2006). Cooperative games and sports: Joyful activities for everyone (2nd ed.). Champaign, IL : Human Kinetics.

Rujukan TambahanNational Association for Sport and Physical (2001). SportPlay: A developmentally appropriate movement skill activities for 5-7 year olds. Champaign, IL : Human Kinetics.

Griffin, L. & Butler, J.I., (2005). Teaching games for understanding: Theory, research and practice. Champaign, IL : Human Kinetics.

Maude, P. (2001). Physical Children, Active Teaching Buckingham: Open University Press.

6.0KOMPONEN PENTAKSIRAN

6.1 Komponen Pentaksiran Amali Kursus PJM3102 - Pergerakan Asas

Komponen pentaksiran amali PJM3102 - Pergerakan Asas melibatkan wajaran markah berikut:

Bil.Komponen PentaksiranMarkah

IPergerakan Asas50%

Lokomotor

Bukan Lokomotor

Manipulasi Alatan

IIPermainan Kanak-Kanak50%

Pengurusan dan Pengelolaan Permainan Mengikut Kategori

Sasaran

Pukulan dan Pemadang

Jaring atau Dinding

Serangan dan Kawasan

Jumlah100%

Wajaran70%

Jadual 3Komponen pentaksiran amali PJM3102 - Pergerakan Asas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah)7.0KRITERIA PEMARKAHAN PENTAKSIRAN AMALI Pelajar dinilai menggunakan skala pemarkahan seperti ditetapkan dalam rubrik pemarkahan kursus yang berkenaan.

Sekurang-kurangnya dua orang pensyarah (Penilai) menilai pelajar (keseluruhan kumpulan) atau menurut kesesuaian sesi pentaksiran yang dilalui oleh calon.

Markah dari setiap kemahiran yang diuji hendaklah digabungkan dalam satu borang rumusan.

Pengiraan markah akhir dalam borang rumusan adalah berasaskan kiraan peratus.8.0PROSEDUR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN AMALI Menerima surat makluman daripada IPGK Penyelaras melalui Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian tentang Pentaksiran Amali bagi kursus-kursus yang terlibat.

Memastikan Spesifikasi Pentaksiran Amali kursus yang terkini digunapakai .

Menerima maklumat pentaksiran amali daripada IPGK Penyelaras mengikut keperluan.

Menyediakan kemudahan, bahan dan peralatan untuk pentaksiran amali.

Menyediakan Buku Pelaksanaan Pentaksiran Amali mengikut IPGK.

Taklimat kepada pensyarah/penilai, penilai luar dan pemantau yang terlibat di IPGK masing-masing.

Taklimat kepada semua calon yang berkenaan.

Pemantau dan Ketua Jabatan memantau perjalanan pentaksiran amali kursus yang berkenaan.

Mengumpulkan semua fail dan mengisi markah dalam borang pemarkahan.

Mengisi borang pemarkahan dan laporan pentaksiran amali dan menyerahkan kepada Penyelaras Pentaksiran Amali pada hari akhir ujian.

Mengisi markah ke dalam BKKP dan menyerahkan kepada Ketua Unit Peperiksaan dan Penilai institut. Memastikan semua peralatan yang digunakan disimpan di tempat asal. Mesyuarat `post mortem berkaitan pelaksanaan ujian amali di peringkat jabatan.9.0SYARAT LULUS PENTAKSIRAN AMALI BAGI CALON PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH) Kehadiran 100%

Calon wajib menduduki semua komponen pentaksiran amali

Mencapai markah keseluruhan sekurang-kurangnya 40% kecuali PISMP mulai Ambilan Januari 2011(50%) 9.1 Calon tidak melengkap dan menyempurnakan pentaksiran amali Calon dianggap gagal sekiranya

tidak menduduki kesemua komponen pentaksiran amali, atau tidak menduduki salah satu daripada komponen pentaksiran amali. Calon yang tidak dapat menduduki ujian amali pada tarikh yang ditetapkan dengan kebenaran akan melaksanakan tugasan khas mengikut kursus yang berkaitan.

9.2 Calon mengulang/tangguh Calon yang gagal pentaksiran amali dikehendaki mengulang komponen/kemahiran yang gagal sahaja.

Calon dikehendaki mengulang pentaksiran amali tersebut pada tarikh yang ditetapkan. Calon yang lulus pentaksiran amali ulangan hanya diberi gred lulus sahaja.

Calon yang mendapat kebenaran menangguh ujian amali akan menduduki ujian amali/tugasan khas yang ditentukan oleh IPGK. Penentuan markah adalah mengikut status asal.

10.0KAWALAN KESELAMATAN

10.1Kawalan Mutu Untuk memantapkan proses pentaksiran amali Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, taklimat penyelarasan dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu:

Peringkat IPGM

Peringkat IPGK (Jabatan/Unit)

Penyelarasan di peringkat IPGK hendaklah dijalankan setiap kali sebelum pentaksiran amali Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dijalankan.

Pentaksiran amali Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan hendaklah menggunakan instrumen yang telah disediakan dalam Manual Prosedur Pentaksiran Amali PISMP.

Pentaksiran amali Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan hendaklah dilaksanakan mengikut jadual pelaksanaan pentaksiran amali yang telah disediakan oleh IPGK Penyelaras.

Pemantauan akan dilakukan oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklum balas tentang pentaksiran amali bagi kursus-kursus yang berkaitan10.2Pengurusan Keselamatan Dokumen Maklumat dan data tentang seseorang pelajar adalah dokumen terhad. Instrumen pentaksiran amali Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang telah digunakan oleh pensyarah adalah dokumen terhad.

Instrumen, maklumat dan data hendaklah diuruskan oleh Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian IPGK.

PAGE 12