04kecerdasan pelbagai

7
22 TEORI KECERDAS AN PELBAGAI OBJ EKTIF Pengenalan Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh How ard Gardner (1983). Dalam kajiannya How ard Gardner mendapati `seven ways of know ing, preceiving and understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimew a, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimew a (special population). Gardner juga mengatakan bahaw a kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid- murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional. Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya. Di akhir modul ini guru boleh:- i. memahami kepentingan TKP dalam meningkatkan potensi murid; dan ii. mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan TKP. TKP berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Linda Campbel, Bruce Campbell dan Dee Dickinson merumuskan definisi How ard Gardner sebagai:- (a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar; (b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan (c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. OTAK KIRI B AH AS A FORMULA MATEMATIK LOGIK NOMBOR URUTAN LINEAR ANALISIS OTAK KANAN BENTUK DAN CORAK RUANG IRAMA DAN APRESIASI MUZIK IMEJ/GAMBAR IMAGINASI BERKHAYAL DIMENSI Modul P en gajara n & Pe mbelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL

Transcript of 04kecerdasan pelbagai

Page 1: 04kecerdasan pelbagai

22

TEORI KECERDASAN PELBAGAI OBJEKTIF

Pengenalan Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh How ard Gardner (1983). Dalam kajiannya How ard Gardner mendapat i `seven ways of know ing, preceiving and understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimew a, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimew a (special populat ion). Gardner juga mengatakan bahaw a kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ t idak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional. Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya. Di akhir modul ini guru boleh:- i. memahami kepentingan TKP dalam meningkatkan potensi

murid; dan ii. mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan TKP. TKP berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendef inisi konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. L inda Campbell, Bruce Campbell dan Dee Dickinson merumuskan def inisi How ard Gardner sebagai:- (a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam

kehidupan sebenar; (b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan (c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan

yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

OTAK KIRI ∗ BAHASA ∗ FORMULA

MATEMATIK ∗ LOGIK ∗ NOMBOR ∗ URUTAN ∗ LINEAR ∗ ANALISIS

OTAK KANAN ∗ BENTUK DAN

CORAK ∗ RUANG ∗ IRAMA DAN

APRESIASI MUZIK

∗ IMEJ/GAMBAR ∗ IMAGINASI ∗ BERKHAYAL ∗ DIMENSI

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Page 2: 04kecerdasan pelbagai

23

CIRI-CIRI TEORI KECERDASAN PELBAGAI JENIS-JENIS TEORI KECERDASAN PELBAGAI

CIRI-CIRI

Boleh dipelajari, dididik dan ditingkatkan

Boleh dipindahkan – contoh kecerdasan interpersonal ke l inguistik

Tidak berkembang seiring

Individu mempunyai 8 kecerdasan

Boleh dirangsang

Satu atau dua kecerdasan berkembang sepenuhnya

Tidak boleh dinilai berasingan

Verbal-Linguistik

Logik-Matematik Naturalis

Visual-Ruang

Kinestetik

Muzi k

Interpersonal

Intrapersonal

Page 3: 04kecerdasan pelbagai

24

KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK KECERDASAN VISUAL-RUANG KECERDASAN KINESTETIK KECERDASAN MUZIK KECERDASAN INTRAPERSONAL KECERDASAN INTERPERSONAL

Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berf ikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka kepada makna yang kompleks. Mudah mengingat i maklumat dan boleh meyakini orang lain. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berf ikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, w arna dan corak dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berf ikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara graf ik. Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktivit i yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek f izikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan f izikal dengan mental. Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah. Individu dapat mengenali d iri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan dir i sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatan murung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan bew awasan. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang la in. Individu in i

Page 4: 04kecerdasan pelbagai

25

KECERDASAN NATURALIS KEPENTINGAN KECERDASAN TKP DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGAIMANA MELAKSANAKAN TKP DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain. Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasif ikasikan f lora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan f lora dan fauna. 1. Petunjuk kepada potensi murid. 2. Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang

pengajarannya. 3. Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan

kecerdasan. 4. Membangun bidang akademik dan ko-kurikulum pelajar. 5. Membangun bidang bakat dan kebolehan pelajar. 6. Mempelbagaikan cara penilaian. 7. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras

dengan FPK dan keper luan murid. 8. Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah 9. Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam

pengajaran dan pembelajaran. Terdapat lima model yang dicadangkan dan guru boleh memilih kesesuaian murid, bilik darjah, mata pelajaran dan topik yang diajar, iaitu: SISIPAN Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan

dan digunakan dalam pengajaran secara tidak langsung.

JARINGAN Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran matematik. JALINAN Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran. PERKONGSIAN Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata pelajaran. KESEPADUAN Beberapa kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi mata pelajaran yang berlainan.

Page 5: 04kecerdasan pelbagai

26

CONTOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

MODEL SISIPAN Tahun 1 Bidang : Mengenal kraf tradisional Tajuk : Membuat model tembikar Guru mengajar murid menghasilkan model tembikar menggunakan plastisin. Secara tidak langsung murid menggunakan kecerdasan kinestetik yang menekankan aspek koordinasi dan keseimbangan. Kecerdasan Visual-Ruang juga dipupuk melalui aktivit i in i. Tingkatan 1 Bidang : Penghasilan Seni Visual Tajuk : Garisan Guru membaw a murid-murid keluar bilik darjah untuk mengenali tumbuhan serta alam persekitarannya. Secara tidak langsung menggunakan kecerdasan naturalis murid-murid. Melalui aktivit i ini, murid dapat mengenali pelbagai jenis garisan yang w ujud dalam ciptaan Tuhan. Apabila berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya dalam sesi perbincangan murid-murid menggunakan kecerdasan verbal-linguistik serta interpersonal. Apabila idea tersebut digunakan untuk mengubah sesuatu, murid-murid menggunakan kecerdasan visual-ruang masing-masing. MODEL JARINGAN Tingkatan 4 dan 5 Bidang : Komunikasi Visual Tajuk : Mult imedia Dalam penghasilan cerita beranimasi yang bertemakan fauna, sekumpulan murid yang terdir i daripada lima orang harus menggunakan kesemua kecerdasan untuk menghasilkan cerita tersebut.

Page 6: 04kecerdasan pelbagai

27

Tahun 4 Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan Tajuk : Boneka Guru yang membimbing murid membuat boneka dapat mencungkil kecerdasan visual-ruang, verbal-linguistik ketika interaksi antara guru dan murid berlaku, kecerdasan logik-matematik diperlukan untuk mengukur boneka dengan tepat dan kecerdasan kinestetik digunakan secara tidak langsung ketika memanipulasi bahan. Semasa sesi apresiasi, iaitu bercerita atau persembaan drama, kecerdasan muzik, intrapersonal dan interpersonal digunakan untuk menghasilkan persembahan yang menarik. Kesedaran naturalis pula digunakan ketika penghasilan boneka yang berasaskan motif dari alam semulajadi. MODEL JALINAN Tingkatan : 1 Bidang : Prinsip Rekaan Tajuk : Gar isan Grid Guru menerangkan konsep garisan grid. Perbincangan dibuat tentang garisan grid yang terdapat pada pelbagai objek buatan manusia dan pada alam semulajadi. Murid menggunakan kecerdasan visual-ruang untuk melukis garisan grid dan corak. Murid boleh mengaplikasikan kecerdasan visual ruang ini dalam mata pelajaran lain seperti geograf i dan sains. MODEL PERKONGSIAN Tingkatan : 4 Bidang : Komunikasi Visual Tajuk : Risalah Tema : Alam Sekitar Guru berbincang dengan murid mengenai keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Mur id-murid diminta member i pendapat tentang akt ivit manusia yang memberi kesan negatif terhadap sistem ekologi alam semulajadi yang seterusnya turut menjejaskan keharmonian kehidupan manusia. Guru memperjelaskan bagaimana kefahaman tentang perkara ini boleh disampaikan dalam bentuk risalah yang boleh memberi kesedaran pada

Page 7: 04kecerdasan pelbagai

28

RUMUSAN

masyarakat. Murid akan menggunakan kecerdasan verbal-linguistik, visual-ruang dan naturalis. Murid mengaitkan pemahaman mereka dalam bidang sains dengan Pendidikan Seni Visual. MODEL KESEPADUAN Tingkatan : 4 Bidang : Rekabentuk persekitaran Tajuk : Lanskap Guru dan murid membincangkan penggunaan ruang lanskap dan fungsi tumbuh-tumbuhan pada lanskap. Guru mengajar perancangan ruang lanskap dengan menggabungkan elemen alam semulajadi dan objek buatan manusia. Murid-murid menggunakan kecerdasan naturalis dan visual-ruang dengan pemahaman berkaitan sains (fungsi tumbuhan) dan penggunaan ruang berkenaan. Perkembangan di atas menunjukkan bahaw a dimensi TKP sentiasa berkembang mengikut konteks penggunaannya yang merentas pelbagai disiplin pendidikan atau mata pelajaran sama ada kecerdasan ini dilihat sebagai cara atau gaya berkaitan. Kesemua lapan kecerdasan dimiliki oleh semua individu tetapi tahapnya adalah berbeza. Oleh sebab itu, guru boleh memupuk kecerdasan tersebut dalam dirinya sendiri dan juga dalam murid-muridnya.