06. BBPW3103 Topik 2 -...

download 06. BBPW3103 Topik 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11242... · Penyata kewangan merupakan rumusan data ke atas aset, liabiliti dan ekuiti serta

If you can't read please download the document

Transcript of 06. BBPW3103 Topik 2 -...

  • PENGENALAN

    Penyata kewangan merupakan rumusan data ke atas aset, liabiliti dan ekuiti serta pendapatan dan perbelanjaan perniagaan untuk tempoh tertentu. Penyata kewangan digunakan oleh pengurus kewangan untuk menilai status syarikat dan merancang masa depan syarikat.

    Dalam topik ini, anda akan mempelajari tentang empat penyata kewangan utama iaitu penyata pendapatan, kunci kira-kira, penyata perolehan tertahan dan penyata aliran tunai. Pada peringkat permulaan, anda akan didedahkan kepada format asas penyata kewangan. Selepas itu, anda akan mempelajari bagaimana menyediakan setiap penyata kewangan tersebut. Pemahaman tentang penyata kewangan adalah penting kerana penyata kewangan akan membantu dalam menilai prestasi syarikat.

    TTooppiikk

    22 Analisis

    Penyata Kewangan

    HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan kepentingan penyata kewangan kepada kumpulanpengguna yang berbeza;

    2. Menyediakan penyata perolehan tertahan dan penyata aliran tunai;

    3. Mengira nisbah kecairan, pengurusan aset, leveraj kewangan,keberuntungan dan nilai pasaran;

    4. Menilai prestasi syarikat berdasarkan nisbah kewangan dananalisis DuPont; dan

    5. Menjelaskan kekurangan analisis nisbah kewangan.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 25

    Analisis kewangan merupakan penilaian pencapaian kewangan syarikat bagi tahun-tahun kebelakangan dan prospek pada masa hadapan. Kebiasaannya, penilaian akan melibatkan analisis penyata kewangan syarikat. Maklumat daripada penyata kewangan digunakan untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan syarikat berbanding dengan pesaing dan memberi petunjuk kepada bahagian yang perlu diselidik dan diperbaiki.

    Pengurus kewangan menggunakan analisis kewangan untuk perancangan masa depan syarikat. Contohnya, pemegang saham dan pelabur yang berpotensi berminat dalam pulangan pelaburan dan risiko syarikat. Pemiutang berminat dalam tahap kecairan jangka pendek dan keupayaan syarikat untuk menyelesaikan kadar faedah dan hutang. Mereka juga akan memberi penekanan kepada keuntungan syarikat agar memastikan prestasi syarikat dalam keadaan baik dan akan berjaya. Oleh itu, pengurus kewangan hendaklah mengetahui keseluruhan aspek analisis kewangan yang diberi perhatian oleh beberapa pihak yang mempunyai kepentingan sendiri dalam menilai syarikat.

    Selain pengurus kewangan, pengurusan juga menggunakan analisis kewangan untuk memantau pencapaian syarikat dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan di luar jangkaan akan dikaji untuk mengenal pasti masalah yang perlu ditangani bersama.

    LAPORAN TAHUNAN DAN PENGGUNA PENYATA KEWANGAN

    Syarikat dikehendaki melaporkan status kewangan perniagaan mereka pada akhir setiap tempoh perakaunan dalam laporan tahunan.

    Laporan tahunan biasanya mengandungi pesanan daripada pengerusi, penyata kewangan dan nota yang menerangkan amalan dan polisi yang diguna pakai dalam laporan akaun syarikat (lihat Rajah 2.1).

    2.1

    SEMAK KENDIRI 2.1

    Siapakah pengguna penyata kewangan? Apakah jenis maklumat yangdiperlukan oleh mereka?

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 26

    Rajah 2.1: Maklumat dalam laporan tahunan

    Ada dua jenis maklumat dalam laporan tahunan. Bahagian pertama adalah pesanan daripada pengerusi. Ia melaporkan prestasi syarikat sepanjang tahun dan perbincangan mengenai perkembangan terbaru yang akan memberi kesan kepada operasi masa depan syarikat. Bahagian kedua pula melaporkan tentang asas penyata kewangan seperti penyata pendapatan, kunci kira-kira, penyata perolehan tertahan dan penyata aliran tunai.

    Penyata kewangan menggambarkan operasi dan kedudukan kewangan syarikat. Data terperinci disediakan untuk dua atau tiga tahun yang lepas bersama dengan ringkasan statistik utama bagi lima atau sepuluh tahun yang lepas. Biasanya, penyata kewangan diikuti dengan nota yang menjelaskan perkara-perkara yang terdapat dalam penyata secara terperinci. Nota ini menyatakan polisi atau amalan perakaunan yang digunakan dalam menyediakan penyata kewangan. Contohnya, nota lanjutan ke atas inventori mungkin menjelaskan kaedah laporan inventori yang diguna pakai oleh syarikat.

    Beberapa kumpulan pengguna berminat dengan maklumat yang terkandung dalam penyata kewangan. Mereka mengkaji dan mentafsir maklumat berdasarkan kepentingan masing-masing secara terperinci. Objektif analisis adalah membuat penilaian ke atas aspek tertentu terhadap prestasi syarikat. Maklumat yang diperlukan oleh pengguna bergantung kepada jenis keputusan yang dikehendaki. Kita boleh membahagikan pengguna penyata kewangan kepada dua kumpulan (lihat Rajah 2.2).

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 27

    Rajah 2.2: Dua kumpulan pengguna penyata kewangan

    Sekarang, mari kita lihat setiap kumpulan satu persatu.

    (a) PPengguna dalaman termasuk pengurus dan pegawai lain yang mengendalikan perniagaan. Mereka bertanggungjawab dalam merancang strategi dan operasi syarikat. Oleh itu, mereka menggunakan penyata kewangan untuk mendapatkan maklumat mengenai prestasi syarikat secara keseluruhannya; dan

    (b) PPengguna luaran syarikat tidak terlibat secara langsung dalam operasi syarikat. Mereka terdiri daripada pengguna yang mempunyai kepentingan secara langsung dalam syarikat (seperti pemegang saham, pelabur dan pemiutang) dan pengguna yang mempunyai kepentingan tidak langsung dalam syarikat (seperti pelanggan, ejen cukai dan organisasi buruh).

    Pemegang saham dan pelabur yang berpotensi menggunakan penyata kewangan untuk membantu mereka mentafsir apa yang akan berlaku kepada syarikat pada masa hadapan. Pemiutang jangka pendek akan melihat kecairan syarikat, manakala pemiutang jangka panjang pula melihat keupayaan syarikat untuk menyelesaikan kepentingan dan pembayaran hutang prinsipal jangka panjang.

    Akta Syarikat 1965 menetapkan bahawa sekurang-kurangnya empat daripada penyata kewangan berikut hendaklah dimasukkan dalam laporan tahunan iaitu:

    (a) Penyata pendapatan;

    (b) Kunci kira-kira;

    (c) Penyata perolehan tertahan; dan

    (d) Penyata aliran tunai.

    Mari kita lihat penyata kewangan dan hubungan antara setiap penyata tersebut berdasarkan penyata kewangan Syarikat FAZ sebagai contoh.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 28

    PENYATA PENDAPATAN

    Penyata pendapatan mengukur prestasi operasi syarikat dalam tempoh tertentu, biasanya dalam tempoh berakhir satu tahun pada tarikh tertentu kebiasaannya 31 Disember.

    Penyata bulanan juga disediakan untuk kegunaan pihak pengurusan yang memerlukan maklumat yang kerap bagi membolehkan keputusan lebih bijak dibuat. Penyata suku tahunan juga disediakan untuk pemegang saham syarikat awam.

    Maklumat yang disediakan dalam penyata pendapatan adalah untuk menilai prestasi firma. Bagi mengukur prestasi firma, beberapa aspek penting dalam penyata pendapatan hendaklah diberi keutamaan:

    (a) Angka jualan boleh dibandingkan dengan jualan syarikat bagi tahun sebelumnya dan jualan jangkaan untuk masa depan. Maklumat ini boleh digunakan untuk perancangan masa depan firma;

    (b) Keuntungan kasar/rugi kasar boleh dibandingkan dengan angka jualan untuk menunjukkan keuntungan daripada produk/perkhidmatan yang dijual; dan

    (c) Perbelanjaan firma boleh dibandingkan dengan perbelanjaan firma tersebut bagi tahun sebelumnya untuk melihat polisi mana yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan kos.

    Jadual 2.1 merupakan penyata pendapatan Syarikat FAZ untuk tahun berakhir 31 Disember 2012. Penyata ini bermula dengan hhasil jualan yang nilai jualan dalam ringgit sepanjang tempoh perakaunan. KKos jualan barang ditolak daripada hasil jualan untuk mendapatkan kkeuntungan kasar sebanyak RM70,000. Jumlah ini merupakan hasil jualan yang diperoleh daripada jualan untuk menampung kos operasi kewangan dan cukai.

    2.2

    SEMAK KENDIRI 2.2

    Apakah kegunaan penyata pendapatan terhadap operasi kewangansyarikat?

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 29

    Jadual 2.1: Penyata Pendapatan

    Syarikat FAZ Penyata Pendapatan

    bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2012

    RM Jualan 170,000 Tolak: Kos jualan barang 100,000

    Keuntungan kasar 70,000 Tolak: Perbelanjaan operasi Perbelanjaan jualan 8,000 Perbelanjaan pentadbiran dan am 15,000 Perbelanjaan susut nilai 10,000

    Jumlah perbelanjaan operasi 33,000

    Keuntungan sebelum faedah dan cukai 37,000 Faedah 7,000

    Keuntungan sebelum cukai 30,000 Cukai (40%) 12,000

    Keuntungan selepas cukai 18,000 Tolak: Dividen saham keutamaan 1,000

    Keuntungan bersih (atau keuntungan disediakan untuk pemegang saham biasa)

    17,000

    Perolehan sesaham = Keuntungan bersih/Jumlah saham biasa 0.17

    Semua perbelanjaan operasi seperti perbelanjaan jualan, perbelanjaan am dan pentadbiran serta perbelanjaan susut nilai akan disenaraikan dan dijumlahkan semua untuk mendapatkan jumlah pperbelanjaan operasi. Jumlah ini akan ditolak daripada keuntungan kasar untuk mendapatkan kkeuntungan daripada operasi berjumlah RM37,000. Keuntungan daripada operasi adalah keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti pembuatan dan penjualan produk; ia tidak mengambil kira kos kewangan dan cukai. Keuntungan daripada operasi juga dikenali sebagai keuntungan sebelum faedah dan cukai.

    Kemudian, kos kewangan iaitu perbelanjaan faedah sebanyak RM7,000 akan ditolak daripada keuntungan operasi untuk mendapatkan keuntungan yang sebelum cukai berjumlah sebanyak RM30,000. Selepas ditolak cukai, kita akan mendapat keuntungan selepas cukai (atau keuntungan sebelum saham keutamaan) sebanyak RM18,000.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 30

    Sebarang dividen saham keutamaan hendaklah ditolak daripada keuntungan selepas cukai untuk mendapatkan keuntungan bersih. Jumlah ini juga dikenali sebagai keuntungan yang disediakan kepada pemegang saham biasa dan jumlah yang diperoleh oleh syarikat itu bagi pihak pemegang saham biasa sepanjang tempoh tertentu. Biasanya, laporan ke atas perolehan sesaham disediakan pada bahagian terakhir penyata pendapatan. Perolehan sesaham menunjukkan jumlah yang diperoleh oleh syarikat sepanjang tempoh tertentu untuk setiap saham biasa. Pada tahun 2012, Syarikat FAZ memperoleh RM17,000 untuk pemegang saham biasa atau RM0.17 setiap terbitan saham (jumlah saham biasa ialah 100,000). Perolehan sesaham sering dirujuk sebagai garis bawahuntuk menunjukkan perolehan sesaham adalah perkara yang paling penting dalam penyata pendapatan berbanding perkara lain (lihat Rajah 2.3).

    Rajah 2.3: Objektif syarikat untuk meningkatkan pendapatan dan memaksimumkan

    keuntungan

    SEMAK KENDIRI 2.3

    Jika anda salah seorang daripada pemegang saham keutamaandalam Syarikat FAZ, bagaimanakah maklumat yang terkandung dalampenyata kewangan syarikat itu berguna untuk anda?

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 31

    KUNCI KIRA-KIRA

    Kunci kira-kira merupakan penyata yang meringkaskan kedudukan syarikat pada satu masa tertentu. Kunci kira-kira menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti. Ia mengimbangi aset syarikat (apa yang dimiliki) dengan pembiayaan, sama ada hutang (disediakan oleh pemiutang) atau ekuiti (disediakan oleh pemilik). Kunci kira-kira Syarikat FAZ seperti pada 31 Disember 2011 dan 31 Disember 2012 yang ditunjukkan dalam Jadual 2.2.

    Table 2.2: Kunci Kira-kira

    Syarikat FAZ Kunci Kira-kira

    pada 31 Disember 2011 dan 2012

    331-12-2012 31-12-2011 RRM RM

    Aset Aset Semasa Tunai 40,000 30,000 Sekuriti boleh pasar 60,000 20,000 Akaun belum terima 40,000 50,000 Inventori 60,000 90,000 Jumlah aset semasa 200,000 190,000 Aset jangka panjang Tanah dan bangunan 120,000 105,000 Mesin dan peralatan 85,000 80,000 Lekapan dan kelengkapan 30,000 22,000 Kenderaan 10,000 8,000 Lain-lain (termasuk pajakan) 5,000 5,000 Jumlah aset tetap 250,000 220,000 Tolak: Susut nilai terkumpul 130,000 120,000 Aset tetap, bersih 120,000 100,000

    JUMLAH ASET 3320,000 2290,000

    2.3

    SEMAK KENDIRI 2.4

    Jelaskan perbezaan antara aset, liabiliti dan ekuiti secara terperinci.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 32

    Liabiliti dan Ekuiti

    Liabiliti semasa Akaun yang perlu dibayar 70,000 50,000 Nota belum bayar 60,000 70,000 Akruan cukai 10,000 20,000 Jumlah liabiliti semasa 140,000 140,000 Hutang jangka panjang 60,000 40,000 Jumlah liabiliti 200,000 180,000 Ekuiti Saham keutamaan 10,000 10,000 Saham biasa, RM10 nilai tara saham 4,500 12,000 12,000 Modal berbayar atas par 38,000 38,000 Perolehan tertahan 60,000 50,000 Jumlah ekuiti 120,000 110,000

    JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 3320,000 2290,000

    2.3.1 Aset Aset adalah sumber ekonomi berharga yang dimiliki oleh perniagaan. Ia boleh digunakan dalam beberapa aktiviti seperti pembuatan, kegunaan dan pertukaran. Aset mempunyai perkhidmatan yang berpotensi atau akan membawa faedah ekonomi pada masa akan datang. Aset mempunyai keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan atau menjana manfaat kepada entiti perniagaan yang dimiliki. Dalam perniagaan, perkhidmatan atau faedah ekonomi akan menjana aliran masuk tunai (menerima wang tunai) kepada perniagaan.

    Aset boleh dikategorikan kepada aset semasa dan aset jangka panjang. Aset disenaraikan dalam kunci kira-kira mengikut tahap kecairan daripada yang paling cair kepada yang kurang cair. Oleh itu, aaset semasa disusun dahulu, diikuti oleh aset tetap.

    (a) AAset Semasa Aset semasa adalah aset yang boleh ditukar kepada nilai dalam tempoh

    yang singkat iaitu dalam tempoh setahun atau kurang. Aset semasa untuk Syarikat FAZ terdiri daripada:

    (i) Tunai;

    (ii) Sekuriti boleh pasar;

    (iii) Akaun belum terima; dan

    (iv) Inventori.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 33

    Tunai adalah aset semasa yang paling cair. SSekuriti boleh pasar seperti bil kerajaan atau sijil deposit adalah pelaburan jangka pendek yang amat cair. Sekuriti boleh pasar kadang-kadang boleh dilihat dalam bentuk wang tunai kerana kecairan yang tinggi. AAkaun belum terima adalah hutang yang terhutang oleh pelanggan yang membeli barang secara kredit daripada syarikat. IInventori terdiri daripada bahan mentah, masih dalam proses dan barangan siap yang dipegang oleh syarikat.

    Aset semasa lain yang tidak berada dalam kunci kira-kira Syarikat FAZ adalah pperbelanjaan prabayar (prabayaran). Perbelanjaan prabayar merupakan perbelanjaan yang dibayar terlebih dahulu secara tunai tetapi faedah daripada perbelanjaan belum diterima. Contoh perbelanjaan prabayar adalah prabayar sewa, prabayar insurans dan bekalan pejabat.

    (b) Aset Jangka Panjang Aset jangka panjang adalah aset yang dipegang oleh syarikat itu untuk

    tempoh yang agak lama iaitu melebihi setahun. Aset jangka panjang dikategorikan sebagai aset tetap, lain-lain aset jangka panjang dan aset tidak ketara. Aset jangka panjang Syarikat FAZ hanya terdiri daripada aset tetap.

    Aset tetap adalah tanah dan bangunan, mesin dan peralatan, lekapan dan kelengkapan serta kenderaan. Biasanya, syarikat akan melaporkan jjumlah aset tetap di mana kos asal aset tetap dimiliki oleh syarikat tersebut. Berdasarkan jumlah tersebut, syarikat akan menolak susut nilai terkumpul aset tetap untuk mendapatkan aaset tetap bersih. Semua aset tetap hendaklah disusut nilaikan kecuali tanah. Ini kerana nilai tanah akan sentiasa meningkat, manakala nilai aset tetap yang lain seperti mesin dan peralatan, dan juga kenderaan akan menurun apabila jangka hayat aset meningkat.

    Aset jangka panjang lain terdiri daripada pelaburan jangka panjang (seperti bon dan saham), perbelanjaan prabayaran dan akaun belum terima yang melibatkan tempoh melebihi setahun.

    Selain aset semasa dan aset tetap, perniagaan mungkin menunjukkan aset tidak ketara dalam kunci kira-kira. Aset tidak ketara adalah aset jangka panjang yang tidak boleh dilihat secara fizikal dan biasanya memberi kelebihan daya saing kepada firma. Contoh aset tidak ketara adalah paten, lesen francais, lesen, tanda dagangan, hak cipta dan muhibah. Walaupun aset-aset ini tidak boleh dilihat secara fizikal, ia direkodkan menggunakan kaedah yang sama seperti aset-aset tetap yang lain. Ini bermakna asetkan direkodkan dengan kos asal dan kos ini akan dilunaskan sepanjang hayatnya. Antara aset tidak ketara adalah paten Polaroid, francais McDonalds dan tanda dagangan Kentucky Fried Chicken Kolonel Sander.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 34

    2.3.2 Liabiliti

    Kebanyakan perniagaan berada dalam keadaan di mana mereka perlu membuat pinjaman untuk membiayai aset perniagaan atau membeli aset seperti bahan mentah secara kredit. Dengan kata lain, liabiliti adalah hutang dan segala tanggungan syarikat. Liabiliti terdiri daripada liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang.

    Jika keadaan berlaku di mana syarikat tidak mampu membayar liabiliti perniagaan, pemiutang boleh memaksa syarikat untuk dibubarkan. Dalam keadaan ini, tuntutan pemiutang hendaklah diselesaikan sebelum syarikat itu boleh menyelesaikan tuntutan pemegang saham.

    (a) Liabiliti Semasa Liabiliti semasa adalah hutang jangka pendek atau hutang yang akan

    matang dalam tempoh satu tahun atau kurang. Liabiliti semasa Syarikat FAZ adalah:

    (i) Akaun belum bayar;

    (ii) Nota belum bayar; dan

    (iii) Akruan cukai.

    Akaun belum bayar ialah tanggungjawab syarikat terhadap pembekal apabila syarikat membeli bahan mentah dan barangan siap secara kredit. Nota belum bayar merupakan obligasi bertulis oleh Syarikat FAZ. Obligasi adalah dengan bank bagi membuat pinjaman membeli kenderaan untuk kegunaan syarikat. Syarikat juga mempunyai akruan cukai iaitu cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan tetapi masih tertunggak.

    Liabiliti semasa lain yang tidak ada dalam kunci kira-kira Syarikat FAZ adalah pendapatan tertangguh. Pendapatan tertangguh adalah wang tunai yang diterima daripada pelanggan tetapi perkhidmatan atau produk yang dibayar tidak disediakan. Contoh pendapatan tertunda adalah sewa tertunda dan deposit daripada pelanggan.

    AKTIVITI 2.1

    Jika anda menggunakan kenderaan persendirian untuk mengendalikanperniagaan syarikat, adakah kenderaan tersebut dianggap sebagai asetsyarikat? Bincangkan dengan tutor anda.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 35

    (b) Liabiliti Jangka Panjang Liabiliti jangka panjang adalah tanggungjawab atau tanggungan yang matang dalam tempoh melebihi satu tahun. Tuntutan ini mungkin dalam bentuk bon, nota belum bayar jangka panjang dan pajakan.

    Bon adalah sejenis sekuriti pendapatan tetap yang dikeluarkan oleh syarikat. Nota belum bayar adalah sejenis urus niaga kredit yang melibatkan perjanjian bertulis antara syarikat dan pemiutang. Pinjaman gadai janji jangka panjang yang digunakan (seperti tanah dan bangunan) sebagai gadai janji bagi pinjaman tersebut. Nota belum bayar boleh dicagarkan dengan aset lain sebagai cagaran pinjaman. Pajakan adalah perjanjian kontrak antara pemajak dan penerima pajak. Pemajak memberikan hak kepada penerima pajak untuk menggunakan aset bagi tempoh tertentu dan akan mengenakan caj bagi penggunaan aset.

    2.3.3 Ekuiti Pemilik atau Ekuiti Pemegang Saham

    Tuntutan pemilik atau pemegang saham ke atas aset dikenali sebagai ekuiti pemilik atau ekuiti pemegang saham. Dalam kunci kira-kira Syarikat FAZ, ekuiti pemilik terdiri daripada:

    Saham keutamaan;

    Saham biasa;

    Modal berbayar atas par; dan

    Perolehan tertahan.

    (a) SSaham keutamaan adalah sekuriti yang memberikan pulangan tetap dividen kepada pemegang tersebut. Pemegang saham keutamaan tidak mempunyai pemilikan dalam syarikat;

    (b) SSaham biasa adalah sekuriti yang mencerminkan pemilikan syarikat. Pemegang saham biasa adalah pemilik asal syarikat. Mereka akan menerima pulangan dalam bentuk dividen yang akan dibayar secara tunai atau saham (terbitan bonus);

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 36

    (c) Terdapat keadaan di mana nilai par (nilai dinyatakan) tidak sama dengan harga pasaran saham biasa pada masa terbitan. Perolehan tunai daripada terbitan saham mungkin sama, lebih atau kurang daripada nilai par. Apabila keadaan ini berlaku, syarikat akan mencatat terbitan saham pada nilai par dalam akaun Saham Biasa dan perbezaan antara nilai par dan harga jualan saham (pendapatan lebihan) akan direkodkan dalam akaun berasingan yang dikenali sebagai MModal Berbayar atas Par; dan

    (d) PPerolehan tertahan merupakan jumlah pendapatan terkumpul sejak penubuhannya yang tidak diagihkan kepada pemegang saham sebagai dividen tetapi saham yang telah dilaburkan dalam syarikat. Ia penting sebagai peringatan bahawa perolehan tertahan bukanlah wang tunai tetapi pendapatan yang telah digunakan untuk membiayai aset syarikat.

    2.3.4 Ringkasan Asas Perakaunan

    Andaikan bahawa perniagaan yang baru bermula dibiayai sendiri oleh pemilik perniagaan. Ini bermakna, semua aset syarikat adalah milik atau dituntut oleh pemilik syarikat.

    Hubungan ini boleh ditunjukkan oleh persamaan seperti berikut:

    Aset = Ekuiti Pemilik

    Walau bagaimanapun, perniagaan biasanya dibiayai oleh pemilik perniagaan dan pemiutang. Oleh itu, tuntutan ke atas aset adalah sama kepada tuntutan oleh pemiutang (liabiliti) ditambah dengan tuntutan oleh pemilik syarikat (ekuiti pemilik) terhadap aset. Hubungan ini boleh ditunjukkan oleh persamaan seperti berikut:

    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

    Persamaan di atas dikenali sebagai rringkasan asas perakaunan di mana jumlah aset hendaklah sama dengan jumlah liabiliti serta ekuiti pemilik. Ekuiti pemilik adalah sama dengan jumlah aset tolak jumlah liabiliti. Ini kerana aset perniagaan dibiayai oleh sama ada pemiutang atau pemilik. Bagi menentukan bahagian pemilik (ekuiti pemilik), kita perlu tolak bahagian pemiutang (liabiliti) daripada aset. Baki akan menjadi tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan. Apabila tuntutan pemiutang diberikan keutamaan ke atas tuntutan pemilik semasa pembubaran, tuntutan pemilik juga dikenali sebagai eekuiti baki.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 37

    AKTIVITI 2.2

    LATIHAN 2.1

    Dengan menggunakan ringkasan asas perakaunan, kaitkan hubunganantara tunai, akaun yang perlu dibayar, akaun belum terima, perolehantertahan, sekuriti boleh pasar dan saham biasa.

    Jawab setiap soalan berikut.

    1. Kunci kira-kira adalah penyata ke atas kedudukan kewangansyarikat bagi tempoh tertentu.

    (a) Betul (b) Salah

    2. Penyata pendapatan adalah penyata yang digunakan untukmengukur hasil daripada keputusan operasi syarikat pada satumasa tertentu.

    (a) Betul (b) Salah

    3. Aset tetap adalah perkara yang tidak boleh ditukarkan kepadawang tunai dalam tempoh satu tahun.

    (a) Betul (b) Salah

    4. Pelaburan dalam sekuriti kewangan adalah dianggap sebagai asettetap.

    (a) Betul (b) Salah

    5. Yang manakah SSALAH?

    A. Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

    B. Aset Liabiliti = Ekuiti Pemilik

    C. Aset + Liabiliti = Ekuiti Pemilik

    D. Aset Ekuiti Pemilik = Liabiliti

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 38

    6. Tandakan pada setiap akaun yang disenaraikan di bawah seperti berikut:

    (a) Dalam ruang (1), jelaskan kenyataan sesuai sama ada akaun tersebut adalah Penyata Pendapatan (IS) atau Kunci Kira-kira (BS); dan

    (b) Dalam ruang (2), jelaskan sama ada akaun tersebut aset semasa (CA), aset tetap (FA), liabiliti semasa (CL), liabiliti jangka panjang (LTL), ekuiti pemegang saham (SE), pendapatan (I) atau perbelanjaan (EX).

    Akaun (1) Penyata (2) Jenis Akaun Akaun yang perlu dibayar ____________ ___________________ Akaun belum terima ____________ ___________________ Akruan ____________ ___________________ Bangunan ____________ ___________________ Perbelanjaan am ____________ ___________________ Perbelanjaan faedah ____________ ___________________ Perbelanjaan jualan ____________ ___________________ Perbelanjaan operasi ____________ ___________________ Perbelanjaan pentadbiran ____________ ___________________ Cukai ____________ ___________________ Dividen saham keutamaan ____________ ___________________ Hasil jualan ____________ ___________________ Pinjaman jangka panjang ____________ ___________________ Inventori ____________ ___________________ Kos jualan barangan ____________ ___________________ Modal berbayar atas par ____________ ___________________ Nota belum bayar ____________ ___________________ Perolehan tertahan ____________ ___________________ Peralatan ____________ ___________________ Saham biasa ____________ ___________________ Saham keutamaan ____________ ___________________ Sekuriti boleh pasar ____________ ___________________ Susut nilai ____________ ___________________ Susut nilai terkumpul ____________ ___________________ Tanah ____________ ___________________ Wang tunai ____________ ___________________

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 39

    7. Gunakan item sesuai yang tersenarai di bawah untuk menyediakan penyata pendapatan untuk Syarikat PC bagi tempoh berakhir 31 Disember 2011.

    Perkara Nilai pada 31 Disember 2011 (RM 000) Akaun belum terima 3,500 Susut nilai terkumpul 2,050 Kos jualan barangan 2,850 Perbelanjaan susut nilai 550 Perbelanjaan am dan pentadbiran 600 Perbelanjaan faedah 250 Dividen saham keutamaan 100 Hasil jualan 5,250 Perbelanjaan jualan 350 Ekuiti pemegang saham 2,650 Kadar cukai = 30%

    8. Gunakan perkara-perkara yang relevan di bawah untuk menyediakan kunci kira-kira untuk Syarikat ODC pada 31 Disember 2011.

    Perkara Akaun perlu dibayar Akaun belum terima Akruan Bangunan Perbelanjaan am Perbelanjaan susut nilai Hasil jualan Pinjaman jangka panjang Inventori Peralatan Kos jualan barangan Mesin Modal berbayar atas par Nota belum bayar Perolehan tertahan Saham biasa (atas par) Saham keutamaan Sekuriti boleh pasar Susut nilai terkumpul Tanah Wang Tunai

    Nilai pada 31 Disember 2011 (RM 000)

    2,200 4,500

    550 2,250 3,200

    450 3,600 4,200 3,750 2,350

    25,000 4,200 3,600 4,750 2,100

    900 1,000

    750 2,650 2,000 2,150

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 40

    PENYATA PEROLEHAN TERTAHAN

    Penyata perolehan tertahan menunjukkan bagaimana perolehan tertahan dalam kunci kira-kira diselaraskan antara kedua-dua tarikh kunci kira-kira. Penyata perolehan tertahan akan menjana keuntungan bersih sepanjang tempoh dan mana-mana dividen yang dibayar dengan perubahan dalam perolehan tertahan pada awal dan akhir tahun. Jadual 2.3 menunjukkan penyata perolehan tertahan untuk Syarikat FAZ bagi tahun berakhir 31 Disember 2012.

    Kenyataan menunjukkan bahawa syarikat tersebut bermula dengan perolehan tertahan sebanyak RM50,000 pada 31 Disember 2011 atau 1 Januari 2012 dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM18,000 (data diperoleh daripada penyata pendapatan). Berdasarkan jumlah ini, syarikat telah membayar dividen sebanyak RM1,000 untuk saham keutamaan dan dividen sebanyak RM7,000 untuk saham biasa. Oleh itu, perolehan tertahan telah meningkat sebanyak RM10,000 daripada RM50,000 pada 1 Januari 2012 kepada RM60,000 pada 31 Disember 2012.

    Jadual 2.3: Penyata Perolehan Tertahan

    Syarikat FAZ Penyata Perolehan Tertahan

    bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2012

    Perolehan tertahan, 1 Januari 2012 RM50,000 + Keuntungan bersih (sepanjang tahun 2012) 18,000

    Bayaran dividen (sepanjang tahun 2012)

    Saham keutamaan RM1,000

    Saham biasa 7,000 8,000

    Perolehan tertahan, 31 Disember 2012 RM60,000

    2.4

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 41

    PENYATA ALIRAN TUNAI

    Penyata aliran tunai menunjukkan bagaimana aktiviti syarikat seperti operasi, pelaburan dan aktiviti kewangan boleh mempengaruhi kedudukan tunai dan sekuriti boleh pasar. Penyata aliran tunai adalah penyata ringkasan aliran tunai sepanjang tempoh tertentu, biasanya bagi tahun semasa berakhir. Data daripada kunci kira-kira dan penyata pendapatan digunakan untuk menyediakan penyata aliran tunai.

    Penyata aliran tunai boleh membantu pengurus kewangan untuk:

    Menilai keupayaan syarikat untuk menjana aliran tunai yang positif pada masa akan datang; dan

    Menilai keupayaan syarikat untuk menyelesaikan hutang, membayar dividen dan memberi pinjaman.

    (a) Aktiviti Operasi Aktiviti operasi merujuk kepada aktiviti secara langsung yang berkaitan

    dengan produk, jualan dan perkhidmatan syarikat seperti jualan dan pembelian barangan/perkhidmatan, pendapatan sewa, pendapatan yuran, upah dan gaji pekerja, perbelanjaan utiliti dan perbelanjaan sewa.

    (b) Aktiviti Pelaburan Aktiviti pelaburan merujuk kepada aktiviti yang berkaitan dengan

    pembelian dan jualan aset jangka panjang seperti jual dan beli aset tetap, jualan pelaburan, pembelian saham dan bon (pelaburan) dan pinjaman entiti lain.

    (c) AAktiviti Kewangan Aktiviti kewangan merujuk kepada aktiviti yang berkaitan dengan liabiliti

    semasa dan liabiliti jangka panjang serta pemilikan ekuiti seperti pembayaran balik pinjaman, pinjaman jangka pendek dan jangka panjang serta pembelian balik saham.

    2.5

    AKTIVITI 2.3

    Apakah yang akan menjejaskan kedudukan tunai dan sekuritibolehpasar syarikat? Bincangkan dengan tutor anda.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 42

    2.5.1 Penyediaan Penyata Aliran Tunai

    Data diperoleh daripada kunci kira-kira beserta dengan keuntungan bersih, susut nilai dan dividen yang diperoleh daripada penyata pendapatan boleh digunakan untuk menyediakan penyata aliran tunai. Anda boleh melakukan ini dengan menggunakan tiga langkah berikut:

    Langkah 1: Mengklasifikasikan data ke dalam salah satu daripada tiga komponen:

    (a) Aliran tunai daripada aktiviti operasi;

    (b) Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan; dan

    (c) Aliran tunai daripada aktiviti kewangan.

    Langkah 2: Senaraikan data mengikut susunan dalam Jadual 2.4. Semua sumber dan keuntungan bersih termasuk susut nilai aliran tunai yang positif merupakan aliran tunai masuk, manakala semua kegunaan, sebarang kerugian dan dividen yang perlu dibayar adalah aliran tunai negatif yang merupakan aliran tunai keluar. Jumlah diperoleh bagi perkara-perkara dalam setiap komponen tersebut.

    Langkah 3: Tambah jumlah daripada setiap komponen untuk mendapatkan peningkatan (atau penurunan) tunai bersih dan sekuriti boleh pasar. Bagi menyemak sama ada anda telah menyediakan penyata dengan betul, pastikan nilai adalah sama dengan perubahan dalam tunai dan sekuriti boleh pasar bagi tahun berkenaan dengan melihat pembukaan dan penutupan baki tunai dan sekuriti boleh pasar dalam kunci kira-kira.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 43

    Jadual 2.4: Komponen dan Sumber Data yang Mesti Dimasukkan dalam Penyata Aliran Tunai

    RM

    Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi Keuntungan bersih (Kerugian bersih) IS Susut nilai dan lain-lain caj bukan tunai IS Perubahan dalam semua aset semasa BS (kecuali tunai dan sekuriti boleh pasar) Perubahan dalam semua liabiliti semasa BS (kecuali nota belum bayar)

    Aliran tunai daripada aktiviti operasi xx Aliran Tunai daripada Aktiviti Pelaburan

    Perubahan dalam jumlah aset tetap BS Perubahan dalam faedah syarikat BS

    Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan xx Aliran Tunai daripada Aktiviti Kewangan

    Perubahan dalam nota belum bayar BS Perubahan dalam pinjaman jangka panjang BS Perubahan dalam pemegang saham ekuiti BS (selain daripada perolehan tertahan)

    Aliran tunai daripada aktiviti kewangan xx Meningkat (atau menurun) dalam tunai dan sekuriti boleh pasar

    XX

    Sumber data BS = Kunci Kira-kira IS = Penyata Pendapatan

    Contoh Penyata Aliran Tunai: Syarikat FAZ Penyata aliran tunai Syarikat FAZ bagi tahun berakhir 31 Disember 2012 ditunjukkan dalam Jadual 2.5. Berdasarkan penyata aliran tunai ini, syarikat telah menikmati peningkatan sebanyak RM50,000 dalam bentuk tunai dan sekuriti boleh pasar bagi tahun 2012 (rujuk Jadual 2.5). Tunai syarikat meningkat sebanyak RM10,000, manakala sekuriti boleh pasar meningkat sebanyak RM40,000 antara kedua-dua tarikh.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 44

    Jadual 2.5: Penyata Aliran Tunai Syarikat FAZ

    Syarikat FAZ Penyata Aliran Tunai

    pada 31 Disember 2012

    RRM RRM Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi

    Keuntungan bersih 18,000 Susut nilai 10,000 Menurun dalam akaun belum terima 10,000 Menurun dalam inventori 30,000 Meningkat dalam akaun perlu dibayar 20,000 Menurun dalam akruan cukai (10,000) Aliran tunai daripada perkhidmatan operasi 78,000

    Aliran tunai daripada Aktiviti Pelaburan

    Meningkat dalam jumlah aset tetap (30,000) Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan (30,000)

    Aliran Tunai daripada Aktiviti Kewangan

    Menurun dalam nota belum bayar jangka pendek (10,000) Meningkat dalam pinjaman jangka panjang 20,000 Perubahan dalam ekuiti pemegang saham Bayaran dividen (8,000) Aliran tunai daripada aktiviti kewangan 2,000

    Peningkatan bersih dalam tunai dan sekuriti boleh pasar 50,000

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 45

    Mari kita bincangkan Langkah 1 dengan lebih terperinci.

    (a) AAliran Tunai daripada Aktiviti Operasi Aktiviti operasi dalam penyata aliran tunai menunjukkan keuntungan

    selepas cukai bagi Syarikat FAZ sebanyak RM18,000 untuk tahun 2012. Perbelanjaan susut nilai sebanyak RM10,000 ditolak daripada penyata pendapatan setelah ditambah dalam penyata aliran tunai kerana ia bukan aliran tunai keluar.

    Akaun belum terima telah berkurangan sebanyak RM10,000 di mana syarikat telah mengumpul akaun kredit daripada pelanggan. Inventori juga telah menurun daripada RM90,000 dalam tahun 2011 kepada RM60,000 dalam tahun 2012, mewakili sumber tunai sebanyak RM30,000 kepada syarikat. Dalam bahagian liabiliti, notis bahawa akaun yang perlu dibayar telah meningkat sebanyak RM20,000. Ini bermakna, syarikat telah meningkatkan hutang daripada pembekal dan ini membawa aliran masuk tunai. Akruan cukai telah berkurangan sebanyak RM10,000 yang menunjukkan bahawa syarikat telah menggunakan sebanyak RM10,000 untuk membayar cukai.

    (b) AAliran Tunai daripada Aktiviti Pelaburan Aset tetap Syarikat FAZ telah meningkat sebanyak RM30,000 antara

    31 Disember 2011 dan 31 Disember 2012. Peningkatan ini menggambarkan bahawa aliran keluar tunai digunakan untuk membeli aset tambahan.

    (c) AAktiviti Tunai daripada Aktiviti Pembiayaan Nota belum bayar bagi Syarikat FAZ telah menurun sebanyak RM10,000

    yang menunjukkan aliran tunai keluar apabila syarikat membayar pinjaman jangka pendek. Liabiliti jangka panjang meningkat sebanyak RM20,000 yang menunjukkan aliran masuk tunai. Syarikat mendapat pinjaman untuk memperoleh wang tunai tambahan.

    2.5.2 Perbezaan Sumber Tunai dan Penggunaannya

    Sebelum kita menyediakan aliran tunai, kita perlu mengklasifikasikan aliran tunai daripada operasi, pelaburan dan aktiviti kewangan dalam sumber tunai atau kegunaan. Jadual 2.6 menyenaraikan sumber tunai asas dan penggunaannya.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 46

    Beberapa isu boleh membantu anda untuk mengklasifikasikan antara sumber tunai dan penggunaannya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.6.

    Jadual 2.6:Sumber Tunai dan Penggunaan

    Sumber Tunai Penggunaan Wang Tunai

    Pengurangan dalam aset Peningkatan dalam liabiliti Keuntungan bersih Susut nilai Penjualan saham

    Peningkatan dalam aset Pengurangan dalam liabiliti Kerugian bersih Bayaran dividen Pembelian balik saham

    (a) PPengurangan dalam akaun aset ialah ssumber aliran masuk tunai manakala peningkatan dalam akaun aset ialah ppenggunaan wang tunai atau aliran tunai keluar.

    Syarikat membeli aset dengan wang tunai. Oleh itu, sebarang peningkatan dalam item aset antara kedua-dua tarikh kunci kira-kira akan menunjukkan aliran tunai keluar telah berlaku. Sebarang pengurangan dalam item aset akan menunjukkan aliran tunai masuk kerana syarikat telah menjual aset untuk mendapatkan wang tunai;

    (b) PPeningkatan dalam akaun liabiliti dan ekuiti pemilik adalah ssumber aliran masuk tunai dan ppengurangan dalam akaun liabiliti adalah ppenggunaan wang tunai.

    Syarikat mungkin menggunakan wang tunai untuk menyelesaikan liabiliti dan tuntutan ke atas aset. Oleh itu, sebarang pengurangan dalam item liabiliti, saham keutamaan dan saham biasa antara kedua-dua tarikh kunci kira-kira menunjukkan aliran keluar tunai. Bagi mendapatkan wang tunai tambahan, syarikat tersebut boleh membuat pinjaman. Oleh itu, sebarang peningkatan dalam item liabiliti, saham keutamaan atau saham biasa menunjukkan aliran tunai masuk;

    (c) Susut nilai ialah sumber aliran tunai kerana ia bukan perbelanjaan tunai (caj bukan tunai). Perbelanjaan bukan tunai adalah semua perbelanjaan yang ditolak daripada jualan dalam penyata pendapatan tetapi sebenarnya tidak boleh melibatkan sebarang aliran keluar tunai sepanjang tempoh tersebut. Susut nilai dan pelunasan adalah contoh bagi perbelanjaan bukan tunai; dan

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 47

    (d) Perubahan langsung dalam perolehan tertahan tidak termasuk dalam penyata aliran tunai kerana butiran ini menjejaskan perolehan tertahan dan ditunjukkan sebagai keuntungan selepas cukai (atau kerugian selepas cukai) dan dividen tunai.

    Jadual 2.7 menunjukkan perubahan dalam butiran kunci kira-kira Syarikat FAZ antara 31 Disember 2011 dan 31 Disember 2012.

    Jadual 2.7: Perubahan dalam Butiran Kunci Kira-kira

    Syarikat FAZ Perubahan dalam Butiran Kunci Kira-kira antara 31 Disember 2011

    dan 31 Disember 2012

    KKlasifikasi 331-12-11 31-12-12 Perubahan Sumber Penggunaan

    Aset RRM RRM RM RM RRM Tunai 30,000 40,000 +10,000 10,000 Sekuriti boleh pasar 20,000 60,000 +40,000 40,000 Akaun belum terima

    50,000 40,000 10,000 10,000

    Inventori 90,000 60,000 30,000 30,000 Jumlah aset tetap 220,000 250,000 +30,000 30,000 Tolak: Susut nilai terkumpul

    (120,000) (130,000) 10,000 10,000

    Liabiliti Akaun yang perlu dibayar

    50,000 70,000 +20,000 20,000

    Nota belum bayar 70,000 60,000 10,000 10,000 Akruan cukai 20,000 10,000 10,000 10,000 Pinjaman jangka panjang

    40,000 60,000 +20,000 20,000

    Ekuiti Saham keutamaan 10,000 10,000 0 Saham asal atas par 12,000 12,000 0 Modal berbayar 38,000 38,000 0 Perolehan tertahan 50,000 60,000 +10,000 10,000 JUMLAH 100,000 100,000

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 48

    Merujuk pada Jadual 2.7, kita mendapati bahawa:

    (a) Akaun belum terima menurun sebanyak RM10,000 dan ini dianggap sebagai sumber tunai apabila hutang yang dikumpulkan, syarikat memperoleh tunai;

    (b) Inventori menurun sebanyak RM30,000 dan ini dianggap sebagai sumber tunai kerana syarikat memperoleh tunai daripada jualan produk;

    (c) Jumlah aset tetap meningkat sebanyak RM30,000 dan ini dianggap sebagai penggunaan wang tunai kerana syarikat menggunakan wang tunai untuk membeli aset tetap;

    (d) Peningkatan dalam akaun perlu dibayar dan pinjaman jangka panjang sebanyak RM20,000 dianggap sumber tunai dimana syarikat meningkatkan hutang dengan pembekal; dan

    (e) Nota belum bayar dan akruan cukai menurun sebanyak RM10,000 dan ini dianggap sebagai penggunaan wang tunai digunakan untuk menyelesaikan hutang kepada pemiutang dan cukai kepada kerajaan.

    Jenis klasifikasi ini (berdasarkan Jadual 2.6) dibuat pada setiap butiran dalam kunci kira-kira. Keputusan klasifikasi ini akan dijumlahkan untuk mendapatkan jumlah sumber tunai dan jumlah penggunaan wang tunai. Jika klasifikasi ini dilakukan dengan betul, jumlah sumber tunai akan sama dengan penggunaan wang tunai.

    AKTIVITI 2.4

    Pelbagai jenis bantuan sokongan dan pinjaman telah disediakan olehkerajaan melalui organisasi seperti Perbadanan Usahawan NasionalBerhad (PUNB) untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalambidang keusahawanan. Ramai yang meraih peluang ini untukmelibatkan diri dalam perniagaan sendiri yang meliputi pelbagaisektor ekonomi tetapi tidak semua yang berjaya. Apakah pendapatanda tentang perkara ini?

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 49

    LATIHAN 2.2

    1. Dalam penyata aliran tunai, anda akan lihat kedua-duaperbelanjaan faedah dan dividen yang dibayar dalam bahagianaktiviti kewangan.

    (a) Betul (b) Salah

    2. Belanja susut nilai adalah salah satu perkara yang akan ditolakdaripada keuntungan bersih untuk menentukan aliran tunaidaripada aktiviti operasi.

    (a) Betul (b) Salah

    3. Keuntungan daripada jualan aset tetap akan ditolak daripadakeuntungan bersih untuk memastikan aliran tunai daripadaaktiviti operasi.

    (a) Betul (b) Salah

    4. Bayaran kepada pembekal bagi pembelian bahan akandimasukkan dalam penyata aliran tunai pada bahagian tunaidaripada aktiviti kewangan.

    (a) Betul (b) Salah

    5. Maklumat yang dimasukkan dalam penyata aliran tunai adalahdaripada _______________.

    A. Penyata pendapatan

    B. Kunci kira-kira

    C. Kunci kira-kira dan penyata pendapatan

    6. Perbelanjaan faedah dianggap sebagai _________________ dalampenyata pendapatan dan ___________ dalam penyata aliran tunai.

    A. Perbelanjaan operasi; butiran daripada aktiviti operasi

    B. Perbelanjaan kewangan; butiran daripada aktiviti kewangan

    C. Perbelanjaan operasi; butiran daripada aktiviti kewangan

    D. Perbelanjaan kewangan; butiran daripada aktiviti operasi

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 50

    7. Hugo Enterprise bermula tahun 2010 dengan perolehan tertahan sebanyak RM92,800. Sepanjang tahun 2010, syarikat telah mendapat keuntungan sebanyak RM37,700 selepas cukai. Berdasarkan jumlah ini, pemegang saham keutamaan telah membayar dividen sebanyak RM4,700. Pada akhir tahun 2010, perolehan tertahan syarikat berjumlah RM104,800. 14,000 unit saham biasa telah diterbitkan sepanjang tahun 2010.

    (a) Sediakan penyata perolehan tertahan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 (pastikan anda kira dan masukkan jumlah dividen saham biasa yang dibayar dalam tahun 2010);

    (b) Kira pendapatan sesaham bagi tahun 2010; dan

    (c) Berapakah dividen sesaham yang telah dibayar oleh syarikat kepada pemegang saham biasa bagi tahun 2010?

    8. Keuntungan selepas cukai tahun 2011 untuk Syarikat Ceria ialah sebanyak RM186,000. Baki tertutup bagi perolehan tertahan tahun 2011 dan 2010 sewajarnya adalah masing-masing sebanyak RM812,000 dan RM736,000. Berapakah dividen yang syarikat telah bayar pada tahun 2010?

    9. Klasifikasikan setiap perkara di bawah sebagai sumber dana (R), penggunaan (U) atau tidak berkenaan (N).

    Perkara Perubahan (RM) Aliran Tunai

    Tunai +1,000 ________________ Akaun perlu dibayar 10,000 ________________ Nota belum bayar +5,000 ________________ Pinjaman jangka panjang 20,000 ________________ Inventori +2,000 ________________ Aset tetap +4,000 ________________ Akaun belum terima 7,000 ________________ Keuntungan bersih +6,000 ________________ Susut nilai +1,000 ________________ Pembelian balik saham +6,000 ________________ Dividen tunai +8,000 ________________ Penjualan saham +10,000 ________________

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 51

    10. Gunakan data daripada kunci kira-kira dan beberapa itemdaripada penyata pendapatan Suresh Corporation untukmenyediakan penyata aliran tunai bagi tahun berakhir31 Disember 2011.

    Suresh Corporation Kunci Kira-kira

    pada 31 Disember 2011

    Aset RM RM Tunai 15,000 10,000 Sekuriti boleh pasar 18,000 12,000 Akaun perlu dibayar 20,000 18,000 Inventori 29,000 28,000 Jumlah aset semasa 82,000 68,000 Jumlah aset tetap 295,000 281,000 Tolak: susut nilai terkumpul 147,000 131,000 Aset tetap bersih 148,000 150,000 Jumlah Aset 230,000 218,000

    Liabiliti Liabiliti semasa Akaun perlu dibayar 16,000 15,000 Notes belum bayar 28,000 22,000 Gaji akruan 2,000 3,000 Jumlah liabiliti semasa 46,000 40,000 Pinjaman jangka panjang 50,000 50,000

    Ekuiti Pemilik Saham biasa 100,000 100,000 Perolehan tertahan 34,000 28,000 Jumlah ekuiti pemegang saham 134,000 128,000 Jumlah liabiliti dan ekuiti pemegang saham 230,000 218,000

    Data daripada Penyata Pendapatan (2011)

    Perbelanjaan susut nilai RM16,000 Keuntungan bersih RM14,000

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 52

    ANALISIS NISBAH KEWANGAN

    Analisis nisbah kewangan melibatkan pengiraan beberapa nisbah yang membolehkan pengurus menilai prestasi dan kedudukan kewangan dalam syarikat dengan membandingkan nisbah kewangan dengan nisbah kewangan syarikat lain. Nisbah ini dibahagikan kepada lima kumpulan atau kategori iaitu:

    (a) NNisbah Kecairan Nisbah kecairan merujuk pada keupayaan syarikat untuk memenuhi

    tuntutan kematangan jangka pendek atau obligasi.

    (b) NNisbah Pengurusan Aset Nisbah pengurusan aset merujuk pada kecekapan syarikat untuk

    menggunakan aset dan berapa cepat akaun tertentu boleh ditukarkan kepada jualan atau tunai.

    (c) NNisbah Leveraj Nisbah leveraj merujuk pada tahap penggunaan hutang atau keupayaan

    syarikat untuk memenuhi tuntutan kewangan seperti tuntutan faedah.

    (d) NNisbah Keberuntungan Nisbah keberuntungan merujuk kepada keberkesanan syarikat dalam

    menjana pulangan daripada pelaburan dan jualan. Contohnya, margin keuntungan kasar, margin keuntungan bersih, margin keuntungan operasi, pulangan daripada aset dan pulangan daripada ekuiti.

    (e) NNisbah Nilai Pasaran Nisbah nilai pasaran merujuk kepada kebolehan syarikat untuk

    mewujudkan nilai pasaran melebihi kos pelaburan. Kecairan, pengurusan aset dan nisbah leveraj mengukur risiko syarikat tersebut, manakala nisbah keberuntungan mengukur pulangan syarikat.

    2.6

    SEMAK KENDIRI 2.5

    Apakah kaitan dalam pengiraan nisbah kewangan untuk operasi jangkapendek dan jangka panjang? Perlukah nilai tersebut mengikut prestasipurata industri? Jelaskan.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 53

    Dalam tempoh jangka pendek, kecairan, pengurusan aset dan nisbah keberuntungan adalah penting dalam pengurusan syarikat kerana nisbah ini menyediakan maklumat kritikal bagi operasi jangka pendek syarikat. Jika perniagaan tidak dapat bertahan dalam tempoh jangka pendek, maka adalah sia-sia untuk membincangkan prospek jangka panjang.

    Sebelum menyediakan analisis nisbah, pengurus kewangan harus mengambil kira isu seperti berikut:

    (a) Satu nisbah tidak dapat memberikan maklumat lengkap tentang kedudukan kewangan. Ini bermakna, beberapa kategori nisbah hendaklah dilihat secara serentak sebelum sebarang keputusan dibuat;

    (b) Perbandingan antara nisbah kewangan bagi satu syarikat dengan syarikat lain dalam industri hendaklah dibuat pada masa yang sama. Purata pencapaian syarikat dalam industri bukanlah angka yang perlu dibanggakan. Terdapat banyak syarikat yang telah diuruskan dengan cekap tetapi prestasi nisbah kewangan mereka adalah lebih tinggi atau lebih rendah berbanding dengan prestasi purata industri. Perbezaan yang ketara antara nisbah kewangan syarikat dan purata industri adalah petunjuk kepada penganalisis untuk menyemak nisbah lebih lanjut;

    (c) Gunakan penyata kewangan yang telah diaudit. Ini akan menunjukkan kedudukan sebenar syarikat tersebut; dan

    (d) Gunakan kaedah yang sama untuk menilai item dalam penyata kewangan yang akan dibandingkan. Sebagai contoh, untuk merekod inventori, syarikat mungkin akan menggunakan kaedah perakaunan yang berbeza seperti kaedah masuk dulu keluar dulu, masuk dulu keluar kemudian dan purata bergerak. Hanya pilih salah satu kaedah untuk tujuan perbandingan. Kaedah perbandingan akan memberikan nilai nisbah yang berbeza. Oleh itu, penilaian sebenar tidak dapat dilakukan.

    Penyata kewangan syarikat adalah input utama bagi pengurus yang berhasrat untuk menyediakan analisis nisbah syarikat. Setiap contoh bagi nisbah yang akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya akan merujuk kepada maklumat kewangan yang diambil daripada penyata pendapatan dan kunci kira-kira Syarikat ABC (rujuk Jadual 2.8 dan Jadual 2.9).

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 54

    Jadual 2.8:Penyata Pendapatan Syarikat ABC

    Syarikat ABC Penyata Pendapatan

    bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 dan 2010

    2011 2010 RM RM Jualan 307,400 256,700 Tolak: Kos jualan barang 208,800 171,000 Keuntungan kasar 98,600 85,700 Tolak: Perbelanjaan operasi Perbelanjaan jualan 10,000 10,800 Perbelanjaan pentadbiran dan am 19,400 18,700 Perbelanjaan pajakan 3,500 3,500 Perbelanjaan susut nilai 23,900 22,300 Jumlah perbelanjaan operasi 56,800 55,300 Keuntungan sebelum faedah dan cukai (keuntungan operasi) 41,800 30,400 Tolak: Perbelanjaan faedah 9,300 9,100 Keuntungan sebelum cukai 32,500 21,300 Tolak: Cukai (29%) 9,425 6,177 Keuntungan selepas cukai 23,075 15,123 Tolak: Dividen saham keutamaan 1,000 1,000 Keuntungan pemegang saham biasa 22,075 14,123 Perolehan sesaham 0.29 0.18

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 55

    Jadual 2.9: Kunci Kira-kira

    Syarikat ABC Kunci Kira-kira

    pada 31 Disember 2011 dan 31 Disember 2010

    22011 22010 RRM RRM

    Aset Aset Semasa

    Tunai 36,300 28,800 Sekuriti boleh pasar 6,800 5,100 Akaun belum terima 50,300 36,500 Inventori 28,900 30,000

    Jumlah aset semasa 122,300 100,400 Aset Tetap Bersih 237,400 226,600 Jumlah Aset 3359,700 3327,000 Liabiliti dan Ekuiti Liabiliti semasa Akaun perlu dibayar 38,200 27,000

    Nota belum bayar 7,900 9,900 Akruan 15,900 11,400

    Jumlah liabiliti semasa 48,300 62,000 Pinjaman jangka panjang 102,300 96,700 Jumlah liabiliti 164,300 145,000 Ekuiti Saham keutamaan 20,000 20,000 Saham biasa, RM2.50 par nilai, 19,100 19,000 100,000 terbitan saham 2011: 76,262; 2010: 76,244 Modal berbayar atas par 42,800 41,800 Perolehan tertahan 113,500 101,200 Jumlah ekuiti 195,400 182,000 Jumlah liabiliti dan ekuiti pemegang saham 3359,700 3327,000

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 56

    2.6.1 Penyata Pendapatan

    Penyata pendapatan untuk Syarikat ABC bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 dan 31 Disember 2011 ditunjukkan dalam Jadual 2.8. Penyata pendapatan menunjukkan prestasi syarikat bagi tempoh tertentu.

    2.6.2 Kunci Kira-kira

    Kunci kira-kira menunjukkan nilai keseluruhan pelbagai aset dan tuntutan ke atas aset bagi tempoh masa tertentu. Bagi Syarikat ABC, kunci kira-kira menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti pada 31 Disember 2011 dan 31 Disember 2010 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.9.

    NISBAH KECAIRAN

    Kecairan merujuk kepada keupayaan aset yang hendak ditukar dengan mudah dalam bentuk tunai tanpa menjejaskan nilai aset. Nisbah kecairan merujuk kepada keupayaan syarikat untuk menunaikan tuntutan atau obligasi jangka pendek secara tunai dan aset yang boleh ditukar dalam bentuk tunai untuk tempoh yang singkat. Kecairan adalah penting dalam mengendalikan aktiviti perniagaan. Kedudukan kecairan yang teruk adalah petunjuk awal bahawa syarikat menghadapi masalah asas. Nisbah kecairan ditunjukkan dalam Rajah 2.4.

    Rajah 2.4: Nisbah kecairan

    2.7.1 Modal Kerja Bersih

    Modal kerja bersih adalah perbezaan antara jumlah aset semasa dengan jumlah liabiliti semasa. Ia mengukur dana (tunai dan butiran yang mudah ditukarkan kepada tunai) yang boleh dimiliki oleh syarikat dalam menguruskan aktiviti operasi harian syarikat. Semakin tinggi nilai modal kerja adalah lebih baik kerana ini menunjukkan syarikat mampu menyelesaikan hutang jangka pendek yang mempunyai lebihan dana untuk aktiviti operasi harian syarikat.

    2.7

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 57

    Modal kerja bersih Syarikat ABC bagi tahun 2011 dikira seperti berikut:

    Modal kerja bersih Aset semasa Liabiliti semasa

    RM122,300 RM62,000

    RM60,300

    Purata industri RM42,700

    (2.1)

    Berdasarkan pengiraan di atas, modal kerja bersih Syarikat ABC adalah lebih tinggi berbanding dengan purata industri. Ini menunjukkan bahawa Syarikat ABC mampu menyelesaikan hutang jangka pendek dan mempunyai dana lebihan yang lebih tinggi daripada syarikat lain dalam industri untuk menguruskan operasi harian.

    2.7.2 Nisbah Semasa

    Nisbah semasa mengukur kebolehan syarikat untuk memenuhi pinjaman jangka pendek dengan menggunakan aset semasa. Semakin tinggi nilai nisbah tersebut, semakin baik kedudukan kecairan syarikat. Ini menunjukkan bahawa syarikat tersebut mampu untuk menyelesaikan hutang jangka pendek dengan menggunakan aset semasa.

    Nisbah semasa boleh diperoleh dengan membahagikan aset semasa dengan liabiliti semasa. Nisbah semasa Syarikat ABC (tahun 2011) adalah seperti berikut:

    Aset semasaNisbah Semasa

    Liabiliti Semasa

    RM122,300RM62,000

    1.97

    Purata Industri 2.05

    (2.2)

    Nisbah semasa Syarikat ABC adalah 1.97 iaitu lebih rendah berbanding dengan purata industri sebanyak 2.05. Ini menunjukkan bahawa setiap ringgit liabiliti semasa, syarikat hanya mempunyai RM1.97 aset semasa untuk pembayaran berbanding dengan syarikat lain dalam industri yang mempunyai RM2.05 untuk menyelesaikan liabiliti semasa mereka. Walau bagaimanapun, nisbah semasa syarikat tidak terlalu rendah untuk diberi perhatian.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 58

    Nisbah semasa sebanyak 2.0 kali boleh diterima. Namun, penerimaan ini bergantung kepada jenis industri. Sebagai contoh, nisbah semasa sebanyak 1.0 memuaskan bagi industri seperti utiliti yang mempunyai perniagaan yang agak stabil tetapi ia tidak memuaskan bagi industri seperti sektor perkilangan disebabkan oleh turun naik perniagaan mereka.

    Nisbah semasa boleh dikaitkan dengan modal kerja bersih jika:

    (a) Nisbah semasa adalah sama dengan 1.0, modal kerja bersih adalah sifar;

    (b) Nisbah semasa adalah kurang daripada1.0, modal kerja bersih adalah negatif; dan

    (c) Nisbah semasa adalah melebihi daripada 1.0, modal kerja bersih adalah positif.

    2.7.3 Nisbah Cepat

    Nisbah cepat mengukur keupayaan syarikat untuk membayar pinjaman jangka pendek dengan pantas. Nisbah cepat adalah ujian kecairan yang lebih ketat berbanding dengan modal kerja bersih dan nisbah semasa. Ini kerana nisbah cepat hanya mengambil kira tunai dan aset yang boleh ditukar dengan mudah dalam bentuk tunai. Inventori tidak termasuk dalam aset cair yang lain kerana tempoh yang lama bagi inventori yang hendak ditukarkan kepada tunai. Perbelanjaan prabayar juga tidak termasuk kerana ia tidak boleh ditukar kepada tunai. Oleh itu, ia tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan liabiliti semasa.

    Nisbah cepat diperoleh apabila aset cair semasa (tunai, sekuriti boleh pasar dan akaun perlu dibayar) dibahagikan dengan liabiliti semasa. Jika nisbah aset cepat lebih tinggi berbanding dengan liabiliti semasa, lebih baik tahap kecairan syarikat untuk menyelesaikan pinjaman jangka pendek dibuat dengan cepat.

    Pengiraan nisbah cepat untuk Syarikat ABC (tahun 2011) adalah seperti berikut:

    Aset semasa (Inventori + Prabayaran)Nisbah cepat

    Liabiliti semasa

    RM122,300 RM28,900RM62,000

    1.51 kali

    Purata industri 1.43 kali

    (2.3)

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 59

    Nisbah cepat Syarikat ABC ialah 1.51 kali di mana nilai nisbah ini lebih tinggi berbanding dengan purata industri sebanyak 1.43 kali. Ini bermakna, tahap kecairan syarikat adalah lebih baik berbanding dengan syarikat lain dalam industri. Bagi setiap ringgit liabiliti semasa, syarikat mempunyai RM1.51 dalam bentuk tunai dan aset yang mudah ditukarkan kepada tunai untuk membayar hutang jangka pendek dengan segera. Ini adalah lebih baik berbanding dengan syarikat lain dalam industri yang hanya mempunyai sebanyak RM1.43 untuk membayar hutang jangka pendek dengan segera.

    LATIHAN 2.3

    1. Data berikut diambil daripada penyata kewangan Syarikat Fazrul: 2009 2008

    Jualan RM640,000 RM560,000 Kos jualan barang 380,000 360,000 Tunai 30,000 26,000 Sekuriti boleh pasar 40,000 52,000 Akaun belum terima 70,000 62,000 Inventori 150,000 140,000 Item pendahuluan 10,000 10,000 Aset tetap bersih 300,000 260,000 Liabiliti semasa 120,000 140,000

    Berdasarkan data di atas, kira nisbah kecairan berikut untuk tahun 2008dan 2009:

    (a) Modal kerja bersih;

    (b) Nisbah semasa; dan

    (c) Nisbah cepat.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 60

    NISBAH PENGURUSAN ASET

    Nisbah pengurusan aset mengukur kecekapan pengurusan dalam menggunakan aset dan akaun tertentu untuk menjana jualan atau tunai.

    Nisbah yang boleh digunakan untuk mengukur kecekapan dalam pengurusan aset ditunjukkan dalam Rajah 2.5.

    Rajah 2.5: Nisbah pengurusan aset

    2.8.1 Pusing Ganti Akaun Belum Terima

    Pusing ganti akaun belum terima mengukur kebolehan syarikat untuk mengutip hutang daripada pelanggan. Ia menyediakan jumlah akaun belum terima yang dikutip sepanjang tahun. Semakin tinggi nisbah, ia menunjukkan kemampuan syarikat yang semakin baik kerana:

    (a) Syarikat boleh mengutip hutang daripada pelanggan dengan cepat;

    (b) Syarikat mempunyai hutang lapuk yang rendah; dan

    (c) Syarikat boleh menggunakan dana untuk pelaburan masa depan.

    Pusing ganti akaun belum terima adalah hasil jualan kredit bersih (jika tiada, gunakan jumlah jualan) dibahagikan dengan akaun belum terima (atau purata akaun belum terima).

    2.8

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 61

    Kredit jualanPusing ganti akaun belum terima

    Akaun belum terima

    RM307,400RM50,300

    6.11 kali

    Purata industri 8.24 kali

    (2.4)

    Pusing ganti akaun belum terima untuk syarikat tidak memuaskan berbanding dengan purata industri. Ini mungkin menunjukkan ketidak cekapan bahagian kredit dalam kutipan kredit.

    2.8.2 Purata Tempoh Kutipan

    Purata tempoh kutipan menunjukkan purata bilangan hari yang diambil oleh syarikat untuk mengutip akaun belum terima. Andaikan ada 360 hari diambil dalam setahun. Perbandingan antara tempoh purata dengan terma kredit syarikat boleh mengukur kecekapan syarikat dalam mengutip hutang daripada pelanggan.

    Purata tempoh kutipan Syarikat ABC adalah seperti berikut:

    360Pusing ganti akaun belum terima

    3606.11

    58.92 hari

    Purata industri 44.3 hari

    (2.5)

    Purata tempoh kutipan Syarikat ABC selama 58.92 hari tidak memuaskan berbanding dengan prestasi purata industri sebanyak 44.3 hari. Secara purata, Syarikat ABC mengambil 58.92 hari untuk mengutip akaun belum terima manakala syarikat lain dalam industri hanya mengambil purata sebanyak 44.3 hari untuk mengutip hutang daripada pelanggan.

    Jika tempoh kredit bagi Syarikat ABC ialah 30 hari, purata tempoh kutipan sebanyak 58.2 hari tidak memuaskan. Ini bermakna, secara purata, pelanggan tidak menjelaskan bayaran mereka dalam tempoh tertentu. Ini juga dapat menunjukkan bahawa pengurusan kredit atau bahagian kredit adalah tidak cekap atau kedua-duanya. Jika tempoh kutipan berlanjutan untuk beberapa tahun tanpa perubahan kepada dasar kredit, syarikat harus mengambil tindakan

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 62

    untuk mempercepatkan pengumpulan kutipan akaun belum terima. Walau bagaimanapun, jika tempoh kredit syarikat adalah 60 hari dan tempoh kutipan adalah 58.92 hari, ini menunjukkan bahawa purata tempoh kutipan adalah kritikal.

    Purata tempoh kutipan juga boleh dikira menggunakan formula 2.6.

    Akaun belum terimaTempoh purata kutipan

    Jualan tahunan/360

    RM50,300RM307,400/360

    58.92 hari

    (2.6)

    2.8.3 Pusing Ganti Inventori

    Pusing ganti inventori mengukur kecekapan pengurusan inventori. Ia menunjukkan berapa kali inventori boleh dijual dalam satu tahun. Semakin tinggi pusing ganti inventori, ia adalah lebih baik kerana ia menunjukkan bahawa syarikat mampu menjual inventori dengan pantas dan mengurangkan peluang inventori usang.

    Pusing ganti inventori diperoleh dengan membahagikan kos jualan dengan inventori. Pengiraan pusing ganti inventori untuk Syarikat ABC adalah seperti berikut:

    Kos jualan baranganPusing ganti inventori

    Inventori

    RM208,800RM28,900

    7.22 kali

    Purata industri 6.6 kali

    (2.7)

    Pusing ganti inventori untuk Syarikat ABC adalah sebanyak 7.22 kali lebih baik jika ia dibandingkan dengan purata industri sebanyak 6.6 kali. Ini bermakna, syarikat boleh menjual inventori sebanyak 7.22 kali dalam setahun berbanding dengan syarikat lain dalam industri yang hanya boleh menjual inventori mereka sebanyak 6.6 kali dalam satu tahun. Ini mungkin kerana syarikat tidak menyimpan inventori lebihan. Inventori lebihan adalah tidak produktif dan merupakan pelaburan yang tidak memberikan sebarang pulangan.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 63

    Jika syarikat memegang inventori yang tinggi, dana yang boleh dilaburkan di tempat lain akan dipegang oleh inventori. Tambahan pula, pengangkutan dan kos pegangan inventori akan menjadi tinggi dan syarikat menanggung risiko bagi barang yang akan rosak atau usang. Walau bagaimanapun, syarikat mungkin akan kehilangan jualan jika tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan disebabkan oleh penyimpanan inventori yang rendah. Oleh itu, pengurus hendaklah cekap dalam menguruskan inventori.

    Beberapa isu yang perlu diambil kira dalam pengiraan pusing ganti inventori:

    (a) Notis bahawa kos jualan barangan dan tidak dijual (seperti yang mungkin dilakukan oleh beberapa syarikat) digunakan sebagai angka yang direkodkan dalam inventori sebagai kos;

    (b) Penggunaan jualan sebagai angka pembahagi adalah tidak sesuai kerana ia akan meningkatkan nilai pada pusing ganti inventori;

    (c) Ingat bahawa untuk perbandingan, syarikat hendaklah memastikan kaedah merekod inventori hendaklah sama antara syarikat dan industri; dan

    (d) Pusing ganti inventori boleh diubah beberapa hari apabila dibahagikan kepada 360 hari (purata bilangan hari satu tahun). Nilai ini dikenali sebagai purata tempoh jualan inventori yang dibincangkan dalam bahagian seterusnya.

    2.8.4 Purata Tempoh Jualan Inventori

    Purata tempoh jualan inventori menunjukkan bilangan hari yang diambil untuk membuat satu pusingan jualan inventori. Purata tempoh jualan inventori yang tinggi adalah kurang memuaskan sepertimana yang dinyatakan bahawa syarikat mengambil masa yang lama untuk menjual inventori.

    Bagi Syarikat ABC, purata tempoh jualan inventori sebanyak 50 hari seperti yang dikira di bawah:

    360 Pusing ganti inventori

    3607.22

    49.86 hari

    Purata industri 55.30 hari

    (2.8)

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 64

    Purata tempoh jualan inventori bagi Syarikat ABC sebanyak 49.86 hari adalah baik berbanding dengan prestasi industri sebanyak 55.3 hari. Ini menunjukkan bahawa syarikat mengambil masa yang singkat untuk menjual inventori berbanding dengan syarikat-syarikat dalam industri.

    Nisbah juga boleh dikira menggunakan formula seperti di bawah:

    InventoriKos jualan barangan/360

    RM28,900RM208,800/360

    49.83 hari

    Purata industri 55.30 hari

    (2.9)

    2.8.5 Pusing Ganti Aset Tetap

    Pusing ganti aset tetap menunjukkan bahawa kecekapan syarikat dalam menggunakan aset tetap untuk menjana jualan. Nisbah yang semakin tinggi adalah lebih baik kerana ia menunjukkan kecekapan pengurusan aset.

    Nisbah ini diperoleh apabila jualan dibahagikan dengan aset tetap bersih. Pengiraan pusing ganti aset tetap bagi Syarikat ABC adalah seperti berikut:

    JualanPusing ganti aset tetap

    Keuntungan aset tetap

    RM307,400RM237,400

    1.29 kali

    Purata industri 1.35 kali

    (2.10)

    Nisbah pusing ganti aset tetap untuk Syarikat ABC adalah lebih rendah berbanding dengan syarikat lain dalam industri. Ini menunjukkan pengurusan aset syarikat dalam menjana jualan adalah kurang cekap berbanding dengan syarikat lain. Situasi ini terjadi kerana syarikat mempunyai banyak aset tetap atau jualan tidak memuaskan.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 65

    2.8.6 Pusing Ganti Jumlah Aset

    Jumlah pusing ganti aset menunjukkan kecekapan syarikat dalam menggunakan semua aset untuk menjana jualan. Biasanya, semakin tinggi nisbah, semakin cekap penggunaan aset. Nisbah ini mungkin nisbah yang lebih kerap dirujuk oleh pihak pengurusan kerana ia boleh menunjukkan kecekapan operasi syarikat secara keseluruhannya.

    Jumlah pusing ganti aset Syarikat ABC adalah seperti berikut:

    Jualan Jumlah aset

    RM307,400RM359,700

    0.85 kali

    Purata industri 0.75 kali

    (2.11)

    Prestasi ini lebih memuaskan berbanding dengan purata industri. Walau bagaimanapun, penganalisis hendaklah berhati-hati dalam menggunakan pusing ganti aset tetap dan jumlah nisbah pusing ganti aset kerana pengiraan nisbah menggunakan kos sejarah aset.

    Beberapa syarikat mungkin mempunyai aset lama atau aset baru. Oleh itu, ia mungkin tidak sesuai dibandingkan dengan nisbah aset tetap. Syarikat yang memiliki aset tetap baru biasanya akan menunjukkan pusing ganti aset yang lebih rendah. Oleh itu, perbezaan prestasi pusing ganti aset mungkin disebabkan oleh kos aset dan bukan kecekapan pengurusan operasi.

    AKTIVITI 2.5

    Taraf ekonomi dan teknologi akan mempengaruhi operasi perniagaan.Bagi memastikan syarikat kekal berdaya saing dan berkembang,apakah tindakan efektif yang boleh diambil?

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 66

    LATIHAN 2.4

    Data berikut diambil daripada penyata kewangan Syarikat Fazrul. Berdasarkan data di bawah, kira nisbah pengurusan aset bagi tahun 2008 dan 2009. Andaikan terdapat 365 hari dalam setahun.

    Jualan Kos jualan barang Tunai Sekuriti boleh pasar Akaun belum terima Inventori Item prabayaran Aset tetap bersih Liabiliti semasa

    2009RM640,000

    380,00030,00040,00070,000

    150,00010,000

    300,000120,000

    2008 RM560,000

    360,000 26,000 52,000 62,000

    140,000 10,000

    260,000 140,000

    (a) Pusing ganti akaun belum terima;

    (b) Purata tempoh kutipan;

    (c) Purata inventori;

    (d) Purata tempoh jualan inventori;

    (e) Pusing ganti aset tetap; dan

    (f) Jumlah pusing ganti aset.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 67

    NISBAH LEVERAJ

    Nisbah leveraj mengukur tahap pembiayaan hutang syarikat dan keupayaan syarikat untuk memenuhi kehendak kewangan seperti tuntutan faedah. Nisbah leveraj ditunjukkan dalam Rajah 2.6.

    Rajah 2.6: Nisbah Leveraj

    Leveraj berlaku apabila syarikat dibiayai oleh hutang. Hutang termasuk semua liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang. Hutang juga adalah salah satu sumber utama pembiayaan. Ia memberikan kebaikan sebagai faedah bagi item cukai yang boleh ditolak. Kos urus niaga hutang juga lebih rendah iaitu hutang itu mudah diperoleh berbanding dengan terbitan saham. Biasanya, lebih banyak hutang dalam hubungan atas jumlah aset, semakin tinggi leveraj kewangan syarikat.

    Nisbah leveraj boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:

    (a) Nisbah untuk menilai tahap hutang yang digunakan oleh syarikat seperti nisbah hutang, nisbah hutang atas ekuiti dan penggandaan ekuiti; dan

    (b) Nisbah untuk melihat kebolehan syarikat dalam memenuhi tuntutan atau obligasi kepada pemiutang seperti nisbah liputan faedah.

    Biasanya, penganalisis akan menumpukan perhatian mereka ke atas pinjaman jangka panjang syarikat yang terikat dengan bayaran faedah untuk tempoh yang lama dan pada akhir tempoh tersebut, syarikat perlu membayar balik jumlah pinjaman prinsipal. Oleh kerana tuntutan pemiutang perlulah diselesaikan dahulu sebelum perolehan boleh diagihkan kepada pemegang saham, pemegang saham berpotensi akan melihat tahap hutang dan kebolehan syarikat untuk membayar balik hutang syarikat.

    Pemiutang juga akan memberi perhatian pada nisbah leveraj kerana merupakan tahap hutang yang tinggi, semakin tinggi kebarangkalian syarikat tidak mampu

    2.9

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 68

    menyelesaikan kesemua hutang kepada pemiutang. Oleh itu, pihak pengurusan syarikat harus mengutamakan nisbah leveraj kerana ia menarik perhatian beberapa pihak yang prihatin akan tahap hutang syarikat.

    2.9.1 Nisbah Hutang

    Nisbah hutang mengukur peratusan jumlah aset yang dibiayai oleh hutang. Pemiutang memilih nisbah hutang yang lebih rendah kerana lagi rendah nisbah hutang, semakin tinggi perlindungan syarikat, maka kerugian dapat dikurangkan apabila dibubarkan. Tidak seperti keutamaan pemiutang bagi nisbah hutang yang lebih rendah, pihak pengurusan boleh memilih leveraj yang lebih tinggi untuk meningkatkan pendapatan. Ini kerana mereka tidak suka mengeluarkan ekuiti baru memandangkan mereka tahu tahap kawalan dalam syarikat akan berkurangan. Semakin tinggi nisbah hutang, semakin tinggi juga peratusan aset yang dibiayai oleh hutang.

    Nisbah hutang Syarikat ABC adalah:

    Jumlah liabilitiPurata hutang 100

    Jumlah aset

    RM164,300100

    RM359,700

    45.7%

    Purata industri 40.0%

    Nisbah hutang syarikat sebanyak 45.7% dan ini adalah lebih tinggi daripada purata industri sebanyak 40%. Pemiutang yang berpotensi mungkin keberatan untuk memberikan pinjaman tambahan kepada syarikat kerana bimbang syarikat tidak mampu menyelesaikan faedah dan bayaran utama memandangkan nisbah hutang yang agak tinggi.

    2.9.2 Nisbah Hutang atas Ekuiti

    Nisbah hutang atas ekuiti mengukur jumlah hutang jangka panjang setiap ringgit atas ekuiti. Semakin rendah nisbah, semakin baik kerana ia menunjukkan jumlah ekuiti yang dimiliki oleh syarikat melebihi hutang jangka panjang.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 69

    Nisbah hutang atas ekuiti Syarikat ABC ialah:

    Liabiliti jangkaNisbah hutang ekuiti

    Ekuiti pemegang saham

    RM102,300100

    RM195,400

    52.4%

    Purata industri 50%

    (2.13)

    Nisbah hutang atas ekuiti syarikat adalah lebih tinggi berbanding dengan purata industri. Ini menunjukkan bahawa peratusan hutang jangka panjang relatif terhadap jumlah ekuiti syarikat adalah lebih tinggi berbanding dengan purata industri. Semakin tinggi nisbah menunjukkan bahawa syarikat bergantung pada dana jangka panjang yang diberikan kepada pemiutang berbanding dana yang diberikan oleh pemilik.

    2.9.3 Penggandaan Ekuiti

    Penggandaan ekuiti menunjukkan bahawa pemilikan aset bagi setiap ringgit ekuiti. Nisbah hutang dan penggandaan ekuiti memerlukan maklumat yang sama tetapi pendekatan yang berbeza. Nisbah hutang sebanyak 40% bermaksud syarikat dibiayai sebanyak 40% hutang. Berdasarkan identiti kunci kira-kira:

    Aset = Liabiliti + Ekuiti

    Berdasarkan maklumat ini, kita tahu bahawa syarikat dibiayai sebanyak 60% ekuiti. Penggandaan ekuiti sebanyak 100/60 = 1.67 kali. Oleh itu, apabila nisbah hutang Syarikat ABC adalah 45.7%, maka penggandaan ekuiti adalah sebanyak 100/54.3 = 1.84 kali.

    Secara amnya,

    1Penggandaan ekuiti

    1-nisbah hutang

    Jumlah asetJumlah ekuiti

    RM359,700RM195,400

    Purata industri 1.67 kali

    (2.14)

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 70

    Penggandaan ekuiti syarikat lebih tinggi berbanding dengan purata industri. Ini menunjukkan bahawa pembiayaan aset syarikat melalui ekuiti adalah lebih tinggi berbanding dengan syarikat lain dalam industri.

    2.9.4 Nisbah Liputan Faedah

    Pemiutang dan pihak lain seharusnya tahu akan keupayaan syarikat untuk membuat bayaran faedah secara berkala menggunakan pendapatan operasi semasa. Nisbah liputan faedah digunakan untuk menentukan bilangan jumlah yang boleh dibayar balik oleh syarikat bagi semua perbelanjaan faedah dengan pendapatan semasa. Nisbah ini boleh diperoleh dengan membahagikan keuntungan operasi dan perbelanjaan faedah.

    Nisbah liputan faedah Syarikat ABC adalah:

    Keuntungan sebelum faedah dan cukai Pembelanjaan faedah

    RM41,800RM9,300

    4.49 kali

    Purata industri 4.3 kali

    (2.15)

    Nisbah liputan faedah sebanyak 4.49 kali lebih memuaskan berbanding dengan purata prestasi industri sebanyak 4.3 kali. Ini menunjukkan margin perbelanjaan faedah dengan pendapatan semasa.

    Nisbah liputan faedah juga boleh dikira menggunakan formula seperti berikut:

    Keuntungan bersih Perbelanjaan faedah Perbelanjaan cukaiNisbah liputan faedah

    Perbelanjaan faedah

    RM22,100 RM9,300 RM9,400RM9,300

    4.39 kali

    (2.16)

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 71

    LATIHAN 2.5

    Ringkasan kunci kira-kira dan penyata pendapatan Adiy Corporationseperti ditunjukkan di bawah:

    Adiy Corporation

    Kunci kira-kira Penyata Pendapatan Aset: Jualan (semua kredit) RM6,000,000 Tunai RM150,000 Kos jualan barang 3,000,000 Akaun belum terima 450,000 Perbelanjaan operasi 750,000 Inventori 600,000 Perbelanjaan faedah 750,000 Aset tetap bersih 1,800,000 Cukai 420,000 Keuntungan bersih 1,080,000

    Liabiliti dan Ekuiti: Akaun belum bayar 150,000 Nota belum bayar 150,000 Liabiliti jangka panjang 1,200,000 Ekuiti 1,500,000

    Kira nisbah kewangan bagi Adiy Corporation berdasarkan maklumatyang diberikan di atas. Andaikan terdapat 365 hari dalam setahun.

    (a) Nisbah hutang;

    (b) Nisbah liputan faedah;

    (c) Pulangan aset;

    (d) Purata tempoh kutipan; dan

    (e) Jumlah pusing ganti aset.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 72

    NISBAH KEBERUNTUNGAN

    Nisbah keberuntungan mengukur keberkesanan syarikat dalam menjana pulangan daripada pelaburan dan jualan. Ia digunakan sebagai tanda menentukan kecekapan perniagaan dan keberkesanan dalam mencapai objektif keuntungan. Nisbah keberuntungan ditunjukkan dalam Rajah 2.7.

    Rajah 2.7: Nisbah keberuntungan

    2.10.1 Margin Keuntungan Kasar

    Margin keuntungan kasar mengukur keuntungan setiap ringgit jualan yang boleh digunakan untuk membayar jualan dan perbelanjaan pentadbiran. Semakin tinggi margin keuntungan kasar, semakin baik kedudukan syarikat kerana ia menunjukkan perbelanjaan yang lebih rendah atau kos yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti jualan.

    Margin keuntungan kasar boleh diperoleh dengan membahagikan keuntungan kasar dan jualan. Ini menunjukkan bahawa peratusan baki untuk setiap ringgit jualan selepas syarikat membayar semua kos barang.

    Keuntungan kasarMargin keuntungan kasar 100

    Jualan

    RM98,600100

    RM307,400

    32.1%

    Purata industri 30%

    (2.17)

    2.10

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 73

    Margin keuntungan kasar sebanyak 32.1% lebih tinggi berbanding dengan purata industri sebanyak 30%. Ini menunjukkan bahawa pengurusan pembelian dan kos syarikat adalah lebih baik berbanding dengan purata industri. Syarikat menjana 32.1sen keuntungan kasar selepas ditolak semua kos jualan bagi setiap ringgit jualan.

    2.10.2 Margin Keuntungan Bersih

    Margin keuntungan bersih mengukur kebolehan syarikat menjana keuntungan bersih daripada setiap ringgit jualan selepas ditolak semua perbelanjaan termasuk kos jualan barang, perbelanjaan jualan, perbelanjaan pentadbiran dan am, perbelanjaan susut nilai, perbelanjaan faedah dan cukai. Lebih tinggi margin keuntungan bersih, lebih baik kedudukan syarikat kerana ia menunjukkan pengurusan pembelian yang cekap dengan kos pembelian yang rendah.

    Margin keuntungan bersih dikira dengan membahagikan keuntungan selepas cukai dengan jualan. Oleh itu, margin keuntungan bersih Syarikat ABC adalah seperti berikut:

    Keuntungan selepas cukaiMargin keuntungan bersih 100

    Jualan

    RM23,100100

    RM307,400

    7.5%

    Purata industri 6.4%

    (2.18)

    Margin keuntungan bersih syarikat sebanyak 7.5% lebih tinggi berbanding dengan prestasi industri sebanyak 6.4%. Ini menunjukkan bahawa pengurusan pembelian dan kos pembelian yang berkaitan adalah lebih baik berbanding dengan purata industri. Syarikat telah berjaya menjana 7.5 sen keuntungan bersih untuk setiap ringgit jualan berbanding dengan purata industri yang hanya berjaya menjana 6.4 sen untuk setiap ringgit jualan.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 74

    2.10.3 Margin Keuntungan Operasi

    Margin keuntungan operasi mengukur kecekapan syarikat dalam mengurangkan kos dan meningkatkan pulangan sebelum faedah dan cukai. Margin keuntungan operasi yang tinggi adalah lebih baik kerana ia menunjukkan bahawa syarikat mampu beroperasi dengan cekap. Margin keuntungan operasi Syarikat ABC adalah:

    Keuntungan OperasiMargin Keuntungan Operasi 100

    Jualan

    RM41,800100

    RM307,400

    13.6%

    Purata industri 10%

    (2.19)

    Margin keuntungan operasi Syarikat ABC lebih baik berbanding dengan purata industri. Ini menunjukkan bahawa syarikat lebih cekap dalam operasi dan kawalan bagi perbelanjaan operasi dalam menjana pendapatan yang lebih tinggi sebelum faedah dan cukai.

    2.10.4 Pulangan Aset

    Pulangan aset atau pulangan atas pelaburan mengukur keberkesanan syarikat dalam menggunakan aset untuk menjana pelaburan. Semakin tinggi nisbah, semakin baik kedudukan syarikat kerana ia menunjukkan bahawa kecekapan pengurusan dalam menggunakan aset untuk menjana keuntungan.

    Keuntungan selepas cukaiPulangan aset 100

    Jumlah aset

    RM23,100100

    RM359,700

    6.42%

    Purata industri 4.8%

    (2.20)

    Pulangan aset syarikat adalah lebih baik berbanding dengan purata industri yang hanya menyumbang sebanyak 4.8%. Ini menunjukkan syarikat lebih baik dalam menguruskan aset untuk menjana keuntungan berbanding dengan syarikat lain dalam industri.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 75

    2.10.5 Pulangan Ekuiti

    Pulangan ekuiti mengukur kecekapan syarikat dalam menjana keuntungan bagi pemegang saham biasa. Semakin tinggi nisbah adalah lebih baik kerana syarikat mampu menjana keuntungan yang tinggi untuk pemiliknya.

    Keuntungan selepas cukaiPulangan ekuiti 100

    Ekuiti pemegang saham

    RM23,100100

    RM195,400

    11.8%

    Purata industri 8%

    (2.21)

    Pulangan ekuiti syarikat adalah 11.8% dan ini lebih memuaskan berbanding dengan 8% bagi purata industri. Ini menunjukkan bahawa pengurusan syarikat lebih cekap berbanding dengan purata industri. Pengiraan pulangan ekuiti akan dibincangkan lebih lanjut apabila kita membincangkan analisis DuPont.

    2.10.6 Perolehan Sesaham

    Perolehan sesaham mengira keuntungan bersih yang dihasilkan daripada setiap saham biasa. Maklumat ini sering diberikan keutamaan oleh pihak pengurusan dan pelabur kerana ia dianggap sebagai petunjuk penting bagi kejayaan syarikat. Oleh itu, semakin besar nilai nisbah, maka lebih baik kedudukan pemegang saham.

    Perolehan sesaham diperoleh daripada pembahagian keuntungan bersih dengan bilangan terbitan saham.

    Keuntungan tersedia bagi pemegang saham biasaPendapatan sesaham

    Bilangan saham biasa yang diterbitkan

    RM22,10076,262

    RM0.29

    Purata industri RM0.26

    (2.22)

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 76

    Syarikat memperoleh sebanyak RM0.29 untuk setiap unit terbitan saham berbanding dengan purata industri hanya sebanyak RM0.26. Nilai perbezaan ini adalah kecil dan menjadi amalan biasa, nilai ini mewakili jumlah sebenar yang akan diagihkan oleh pemegang saham.

    NISBAH NILAI PASARAN

    Nisbah nilai pasaran mengukur kebolehan syarikat untuk menjana nilai pasaran melebihi kos pelaburan. Aspek ini sangat penting kerana nisbah nilai pasaran secara langsung berkaitan dengan objektif syarikat iaitu memaksimumkan kekayaan pemegang saham dan nilai syarikat. Oleh itu, ia boleh dinyatakan bahawa nilai bagi nisbah nilai pasaran mempengaruhi tindak balas pasaran dan keyakinan pelabur terhadap keupayaan pengurusan syarikat dalam menjana keuntungan yang cekap dan berkesan.

    Nisbah nilai pasaran ditunjukkan dalam Rajah 2.8.

    Rajah 2.8: Nisbah nilai pasaran

    2.11.1 Nisbah Harga Perolehan

    Nisbah harga perolehan menunjukkan jumlah ringgit yang pelabur sanggup bayar bagi setiap ringgit keuntungan yang dilaporkan oleh syarikat. Tahap nisbah harga perolehan menunjukkan tahap keyakinan pelabur terhadap prestasi masa depan syarikat. Semakin tinggi nisbah harga perolehan, semakin tinggi keyakinan pelabur terhadap masa depan syarikat.

    2.11

    SEMAK KENDIRI 2.6

    Berikan perbezaan antara nisbah perolehan harga dan nisbah hasildividen.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 77

    Nisbah harga perolehan boleh didapati apabila harga pasaran sesaham dibahagikan dengan perolehan sesaham. Bagi mengira harga perolehan Syarikat ABC, kami andaikan bahawa harga pasaran saham syarikat adalah sebanyak RM3.23.

    Harga pasaran sesahamNisbah harga perolehan

    Pendapatan sesaham

    RM3.23RM0.29

    11.1

    Purata industri 1.25

    (2.23)

    Nisbah menunjukkan tahap keyakinan pelabur terhadap syarikat adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan purata industri kerana pelabur bersedia membayar 11.1 kali lebih untuk setiap saham syarikat berbanding dengan 1.25 untuk setiap saham dalam purata industri.

    Anda boleh lihat nisbah harga perolehan pada bahagian harga saham dalam akhbar. Walau bagaimanapun, akhbar menyediakan nisbah harga semasa dan bukannya keuntungan terkini. Pelabur memberi keutamaan lebih kepada harga relatif untuk perolehan masa depan.

    2.11.2 Nisbah Hasil Dividen

    Sesetengah pelabur akan membeli saham biasa untuk menerima dividen, manakala yang lain lebih berminat dalam perkembangan nilai pasaran saham mereka. Nisbah hasil dividen mengukur kadar pulangan dalam bentuk dividen yang diterima daripada pelaburan saham. Andaikan Syarikat ABC mengamalkan polisi dividen yang stabil dan membayar dividen sebanyak RM0.15 sesaham. Ini bermakna, pelabur akan menerima pulangan daripada dividen sebanyak 4.6%.

    Kebanyakan syarikat cuba mengekalkan untuk membayar dividen yang stabil dan jika boleh, mereka akan cuba untuk meningkatkan dividen supaya pelabur akan menerima lebih banyak pulangan daripada pegangan saham mereka. Sesetengah syarikat membayar dividen sedikit manakala ada yang tidak membayar sebarang dividen langsung kepada pemegang saham. Ini kerana mereka telah berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaan dengan mengekalkan dan melabur semula keuntungan yang diperoleh.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 78

    Dividen sesahamHasil dividen

    Harga pasaran sesaham

    RM0.15100

    RM3.23

    4.6%

    (2.24)

    LATIHAN 2.6

    1. _________ adalah keupayaan syarikat memenuhi obligasi liabilitisemasa dengan menggunakan aset semasa.

    2. Nisbah semasa adalah sama seperti _________ dibahagikandengan ___________.

    3. _________ termasuk dalam pengiraan nisbah semasa tetapi tidaktermasuk pengkiraan nisbah cepat.

    4. Pusing ganti inventori diperoleh dengan membahagikan_________ dengan _________.

    5. Nisbah jumlah liabiliti kepada ____________ digunakan untukmemastikan tahap hutang dalam struktur modal.

    6. Pulangan ekuiti didapati apabila _________ dibahagikan dengan_________.

    7. Nisbah harga perolehan adalah sama dengan _________ sesahamdibahagikan dengan _________ sesaham.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 79

    EXERCISE 2.6 8. X-Cell dan N-Hance adalah dua syarikat yang beroperasi dalam

    industri yang sama. Maklumat kewangan untuk kedua-dua syarikat pada 31 Disember 2010 adalah seperti berikut:

    Jumlah aset Jumlah liabiliti Jumlah ekuiti Jualan bersih Perbelanjaan faedah Perbelanjaan cukai Keuntungan bersih Perolehan sesaham Harga pasaran sesaham bagi saham biasa Dividen sesaham bagi saham biasa

    X-CellRM3,000,000

    1,800,0001,200,0003,700,000

    90,000240,000380,000

    5.6035.002.40

    N-Hance RM1,600,000

    960,000 640,000

    1,880,000 38,000

    100,000 180,000

    2.10 26.50 0.50

    Kira nisbah bagi setiap syarikat berikut:

    XX-Cell N-Hance

    (a) Pulangan aset _______________ _______________

    (b) Pulangan ekuiti _______________ _______________

    (c) Margin keuntungan bersih _______________ _______________

    (d) Jumlah pusing ganti aset _______________ _______________

    (e) Nisbah hutang _______________ _______________

    (f) Penggandaan ekuiti _______________ _______________

    (g) Nisbah liputan faedah _______________ _______________

    (h) Nisbah harga perolehan _______________ _______________

    (i) Nisbah hasil dividen _______________ _______________

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 80

    PENGENDALIAN NISBAH ANALISIS LENGKAP

    Seperti yang dinyatakan di atas, satu nisbah tidak mencukupi untuk menilai semua aspek kedudukan kewangan syarikat. Oleh itu, pengurus hendaklah menjalankan analisis nisbah lengkap untuk meliputi semua aspek kecairan, pengurusan aset, leveraj, keberuntungan dan nisbah nilai pasaran.

    Dua pendekatan yang boleh dijalankan adalah:

    (a) Analisis DuPont lihat pada bahagian utama yang menyumbang kepada prestasi kewangan syarikat; dan

    (b) Ringkasan analisis nisbah kewangan lihat pada semua aspek kewangan syarikat untuk mengenal pasti bahagian yang memerlukan siasatan lanjutan atau penambahbaikan.

    2.12.1 Analisis DuPont

    Analisis DuPont digunakan oleh pengurus kewangan untuk menilai kedudukan kewangan syarikat. Analisis DuPont menggabungkan penyata pendapatan dan kunci kira-kira untuk menjadi dua ukuran keberuntungan.

    (a) Pulangan aset; dan

    (b) Pulangan ekuiti.

    Langkah pertama dalam analisis DuPont adalah untuk menunjukkan formula DuPont:

    Pulangan aset Margin keuntungan bersih Jumlah pusing ganti asetKeuntungan selepas cukai Jualan

    Jualan Jumlah aset

    7.5% 0.85 kali

    6.4%

    2.12

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 81

    Dalam formula DuPont, margin keuntungan bersih mengukur keberuntungan jualan, manakala jumlah pusing ganti aset menunjukkan kecekapan pengurusan dalam menggunakan aset untuk menjana jualan.

    Nilai pulangan aset dikira menggunakan formula DuPont iaitu sama dengan nilai pulangan aset dikira secara berasingan seperti Topik 2.10.4. Walau bagaimanapun, formula DuPont membenarkan syarikat menilai pulangan aset secara berasingan dalam dua komponen yang berbeza iaitu keuntungan atas jualan dan kecekapan pengurusan aset.

    Langkah kedua dalam analisis DuPont adalah dengan mengaitkan pulangan aset dengan pulangan ekuiti. Hubungan ini ditunjukkan di bawah:

    Pulangan ekuiti Pulangan aset Penggandaan ekuitiKeuntungan selepas cukai Jumlah aset

    Jumlah aset Jumlah ekuiti

    6.4% 1.84 kali

    11.8%

    Apabila nilai pulangan aset dan penggandaan ekuiti digantikan dengan formula di atas, keputusan adalah 11.8%, sama seperti yang dikira secara langsung dalam subtopik 2.10.5. Walau bagaimanapun, analisis DuPont mempunyai kelebihan untuk membenarkan pengurus menilai pulangan ekuiti dengan melihat tiga komponen berasingan iaitu:

    (a) Keuntungan atas jualan;

    (b) Kecekapan pengurusan aset; dan

    (c) Kesan menggunakan hutang dalam pembiayaan aset.

  • TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 82

    Sekiranya analisis DuPont dilanjutkan, pulangan kepada pemilik boleh dinilai dengan melihat setiap dimensi penting seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.9.

    Rajah 2.9:Analisis DuPont yang dilanjutkan

    Berdasarkan Rajah 2.9, kita dapati bahawa pulangan ekuiti bagi Syarikat ABC (11.8%) lebih tinggi berbanding dengan purata industri (8%). Semakin tinggi pulangan ekuiti dipengaruhi oleh pulangan aset syarikat yang lebih tinggi berbanding dengan industri dan kurang dipengaruhi oleh corak pembiayaan seperti yang ditunjukkan dalam penggandaan ekuiti (pulangan aset syarikat sebanyak 6.41%, manakala pulangan aset industri hanya sebanyak 4.8%. Perbezaan dalam penggandaan eku