Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang...

19
PENGENALAN Baca cerita berikut. Ahmad sangat teruja dengan tugasan perniagaannya yang pertama di Jordan. Dia ditugaskan untuk berunding tentang projek usaha sama dengan syarikat di Amman. Walau bagaimanapun, apabila tiba di lapangan terbang di Jordan, Ahmad kecewa kerana tiada sesiapa yang menjemputnya. Sebaliknya, dia terpaksa mengambil teksi ke hotel. Ahmad menjangkakan syarikat di Jordan itu menghantar seseorang seperti yang dilakukan oleh syarikat Malaysia yang biasanya menjemput rakan perniagaan mereka di lapangan terbang. T T o o p p i i k k 1 1 Arus Budaya Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mentakrifkan budaya; 2. Menerangkan semua elemen yang membentuk budaya; 3. Membincangkan bagaimana budaya boleh memberikan organisasi kelebihan berdaya saing; dan 4. Mengenal pasti dua mitos yang berkekalan yang berorientasikan budaya. HASIL PEMBELAJARAN

Transcript of Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang...

Page 1: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

� PENGENALAN

Baca cerita berikut.

Ahmad sangat teruja dengan tugasan perniagaannya yang pertama di Jordan. Dia ditugaskan untuk berunding tentang projek usaha sama dengan syarikat di Amman. Walau bagaimanapun, apabila tiba di lapangan terbang di Jordan, Ahmad kecewa kerana tiada sesiapa yang menjemputnya. Sebaliknya, dia terpaksa mengambil teksi ke hotel. Ahmad menjangkakan syarikat di Jordan itu menghantar seseorang seperti yang dilakukan oleh syarikat Malaysia yang biasanya menjemput rakan perniagaan mereka di lapangan terbang.

TTooppiikk

11� Arus Budaya

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mentakrifkan budaya;

2. Menerangkan semua elemen yang membentuk budaya;

3. Membincangkan bagaimana budaya boleh memberikan organisasi kelebihan berdaya saing; dan

4. Mengenal pasti dua mitos yang berkekalan yang berorientasikan budaya.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

� TOPIK 1 ARUS BUDAYA 2

Selepas membaca cerita di atas, jawab soalan berikut:

(a) Apakah yang dimaksudkan "budaya‰?

(b) Mengapakah penting untuk kita mengkaji budaya?

(c) Apakah yang boleh dilakukan oleh Ahmad sebelum pergi ke Jordan untuk mengelakkan sebarang kesilapan?

(d) Pada pendapat anda, adakah budaya penting dalam kehidupan seharian kita?

(e) Adakah budaya mencerminkan tamadun sesebuah negara atau masyarakat?

Apabila fikiran anda diisi dengan soalan di atas, topik ini akan memberikan gambaran tentang makna, elemen, arah dan mitos mengenai budaya, serta hubungan antara budaya dan perniagaan.

BUDAYA DAN PERNIAGAAN

Setiap masyarakat di dunia ini mempunyai budaya tersendiri yang terdiri daripada artifak, pakaian, bahasa, makanan, tempat kediaman, pemikiran, gaya hidup dan tingkah laku. Mari kita lihat Rajah 1.1 yang menunjukkan sambutan simbolik yang digunakan oleh orang Timur Tengah.

Kemudian, Ahmad menghadiri mesyuarat dengan wakil syarikat Jordan itu yang dijadualkan pada pukul 2.00 petang. Dia tiba pada jam 2.10 petang. Di Malaysia, rata-rata rakan niaga biasanya tiba 10 hingga 15 minit lewat dari masa yang dijadualkan. Apa yang mengejutkan Ahmad adalah apabila dia mendapati wakil syarikat berkenaan sudah menunggu di tempat mesyuarat sejak 1.55 petang. Ahmad berasa malu dan memohon maaf. Dia menghulurkan tangan untuk berjabat dengan rakan perniagaannya tetapi orang Jordan itu memeluk Ahmad dan cuba mencium kedua-dua pipi Ahmad. Ahmad berasa janggal untuk memeluk dan membiarkan pipinya dicium oleh lelaki lain, manakala orang Jordan berkenaan merasakan sambutan Ahmad dingin kerana dia cuba menjauhkan dirinya apabila dipeluk.

1.1

Page 3: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

TOPIK 1 ARUS BUDAYA � 3

Rajah 1.1: Dua individu berpelukan untuk meraikan perjumpaan mereka ala stail Timur

Tengah Sumber: www.zimbio.com

Pakaian melambangkan budaya. Orang Vietnam, contohnya, memakai pakaian tradisional mereka yang digelar ao dai dan orang Jepun terkenal dengan kimono mereka. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis pakaian tradisional yang dipakai oleh pelbagai kumpulan etnik seperti baju kurung, cheongsam dan sari. Pakaian ini mencerminkan kewujudan budaya yang berbeza di negara ini (rujuk Rajah 1.2).

Rajah 1.2: Pakaian yang berbeza mencerminkan budaya yang berbeza

Bagaimana kita menghubungkan antara budaya dan perniagaan? Bagaimana budaya memberi impak kepada organisasi perniagaan? Anda mungkin tertanya-tanya apabila anda membaca topik ini. Jadi, mari kita meneliti peranan budaya dalam perniagaan.

Page 4: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

� TOPIK 1 ARUS BUDAYA 4

Budaya memainkan peranan yang penting dalam pengurusan perniagaan. Ia membentuk identiti pekerja dan persepsi tentang persekitaran organisasi. Schneider dan Barsoux (2003) yang menulis tentang budaya dalam organisasi, menyatakan bahawa pengurusan silang budaya dalam organisasi adalah umpama pengurus yang melompat ke dalam lautan perniagaan. Menurut mereka, bukan sahaja pengurus perlu melawan ombak tetapi apa yang lebih penting adalah dia mesti menyelam hingga ke dasar laut. Oleh itu, langkah pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua aspek penting dalam perniagaan yang melibatkan budaya.

Dalam persekitaran perniagaan global hari ini, penting bagi kita, terutama sekali pengurus untuk menjadi celik silang budaya. Justeru, pengurus menjadi lebih peka tentang persamaan dan perbezaan budaya di negara yang berbeza dan menggunakan strategi perniagaan yang betul untuk disesuaikan dengan budaya tertentu.

DEFINISI BUDAYA

Apakah yang dimaksudkan dengan budaya? Tidak ada definisi unggul yang mentakrifkan budaya kerana budaya adalah sangat subjektif. Kroeber dan Kluckhohn (1952) menyatakan bahawa mereka menemui lebih daripada 160 definisi budaya yang berbeza dan beberapa definisi disenaraikan dalam Jadual 1.1 berikut.

Jadual 1.1: Definisi Budaya

Sumber Definisi

Edward (1871) Budaya adalah sesuatu yang kompleks, merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan apa-apa keupayaan, dan lain-lain tabiat yang dimiliki oleh manusia sebagai sebahagian daripada masyarakat

Ferraro (1998) Budaya adalah segala yang manusia miliki, fikir dan lakukan sebagai ahli masyarakat

Geert Hofstede (1991)

Penetapan minda kolektif yang membezakan ahli satu kumpulan atau kategori individu daripada yang lain

Terpstra dan David (1991)

Set simbol yang saling berhubung kait, menarik, boleh dikongsi dan dipelajari di mana set ini memberikan pelbagai orientasi kepada ahli masyarakat

1.2

Page 5: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

TOPIK 1 ARUS BUDAYA � 5

Salah satu definisi terbaru tentang budaya oleh Luthans dan Doh (2009) merujuk pada budaya sebagai pengetahuan yang diperoleh dan digunakan oleh individu untuk mentafsir pengalaman dan menjana tingkah laku sosial. Pengetahuan ini akan membentuk nilai, mewujudkan sikap dan mempengaruhi tingkah laku individu atau masyarakat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang budaya, mari kita lihat ciri-ciri budaya: (a) Dipelajari Budaya diperoleh melalui pembelajaran dan pengalaman, ia tidak diwarisi; (b) Dikongsi Individu sebagai ahli kumpulan, organisasi atau bahagian masyarakat

berkongsi budaya yang sama; (c) Merentasi generasi Budaya diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya; (d) Simbolik Budaya berdasarkan kapasiti manusia untuk melambangkan atau

menggunakan salah satu perkara yang perlu mewakili perkara satu lagi; (e) Corak Budaya mempunyai struktur dan ianya bersepadu; perubahan dalam satu

bahagian akan membawa perubahan dalam satu lagi; dan (f) Adaptif Budaya boleh ditukar atau disesuaikan mengikut budaya lain.

AKTIVITI 1.1

Mulakan carian dalam talian tentang definisi budaya oleh ahli pemikir yang lain. Seterusnya, tulis tafsiran budaya anda sendiri. Bentangkan kerja anda semasa sesi tutorial anda.

Page 6: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

� TOPIK 1 ARUS BUDAYA 6

ELEMEN BUDAYA

Apakah elemen yang membentuk budaya? Bila digabungkan, elemen yang membentuk asas budaya adalah:

(a) Nilai dan norma;

(b) Struktur sosial;

(c) Bahasa;

(d) Komunikasi; dan

(e) Agama. Mari kita lihat pada setiap elemen dalam bahagian berikut.

1.3.1 Nilai dan Norma

Sesetengah orang berpendapat bahawa nilai dan norma merujuk pada perkara yang sama. Walau bagaimanapun, setiap elemen mempunyai ciri-ciri sendiri. Mari kita melihatnya secara terperinci: (a) Nilai Nilai merujuk pada idea abstrak yang dianggap betul dan diterima pakai

oleh kumpulan seperti sikap terhadap keadilan, kebebasan individu, kebenaran, kejujuran, kesetiaan, tanggungjawab bersama, peranan wanita, cinta, seks dan perkahwinan (Hill, 2010). Satu contoh nilai adalah sikap masyarakat terhadap perkahwinan sama jantina (rujuk Rajah 1.3). Dalam sesetengah budaya, ia boleh diterima manakala dalam budaya yang lain, ia adalah perbuatan yang keji dan salah dari segi undang-undang.

1.3

Page 7: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

TOPIK 1 ARUS BUDAYA � 7

Rajah 1.3: Perkahwinan sama jantina

Sumber: http://ecohr.wordpress.com

(b) Norma

Norma adalah peraturan sosial dan garis panduan yang menetapkan tingkah laku yang sesuai dalam keadaan tertentu (Hill, 2010). Biasanya, pelanggaran norma dianggap kurang serius berbanding dengan nilai. Sebagai contoh, perbuatan seorang dari Barat memasuki rumah seorang Asia dengan kasut atau seorang Asia yang makan menggunakan tangan di negara Barat dianggap sebagai melanggar norma.

1.3.2 Struktur Sosial

Sekarang, kita beralih pada struktur sosial yang merupakan organisasi asas masyarakat. Ia terdiri daripada dua dimensi: (a) Orientasi Kumpulan atau Individu

(i) IIndividu Budaya individu menekankan aspek individualisme di mana tumpuan diberikan pada pencapaian peribadi dan kedudukan sosial individu. Kejayaan dalam budaya sebegini adalah ditentukan oleh prestasi dan pencapaian. Struktur sosial jenis ini biasanya dikaitkan dengan budaya Barat.

Page 8: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

� TOPIK 1 ARUS BUDAYA 8

Individu yang cemerlang dalam budaya ini adalah seperti Bill Gates (pengasas Microsoft), Steve Jobs (pengasas Apple), Jeff Bezos (pengasas Amazon.com) dan Larry Page (pengasas Google). Rajah 1.4 menunjukkan dua daripada individual yang terserlah itu.

Rajah 1.4: Gates (kiri) dan Page (kanan)

(ii) KKumpulan

Dalam sesetengah masyarakat, terutamanya di Timur, penekanan lebih cenderung pada orientasi kumpulan. Status sosial individu ditentukan oleh kumpulan asal beliau. Kumpulan ini berada dalam bentuk keluarga, kampung, pasukan atau organisasi di mana orang bekerja. Budaya jenis ini menggalakkan ahli untuk bekerja bersama-sama untuk kebaikan seluruh masyarakat. Di negara seperti Jepun, pekerja biasanya bekerja seumur hidup dalam syarikat yang sama kerana pertalian yang rapat dengan syarikat itu. Pengurus Jepun bangga untuk memperkenalkan dirinya bersama-sama dengan syarikat tempat dia bekerja seperti "Encik Saito dari Fuji‰ atau "Puan Chiyaki dari Sony‰ kerana semangat kekitaan yang erat dengan organisasi.

(b) Stratifikasi Sosial Manusia berbeza-beza dari segi latar belakang keluarga, pekerjaan dan

pendapatan. Sesetengah budaya sangat menekankan pada strata sosial dan kebanyakan mereka yang hidup dalam budaya ini mungkin enggan berkomunikasi dengan mereka yang berasal dari strata lain.

Page 9: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

TOPIK 1 ARUS BUDAYA � 9

Sistem kasta diamalkan di India adalah contoh sistem strata sosial. Ia berdasarkan status kelahiran seseorang dalam keluarga berkenaan. Kasta adalah sistem stratifikasi tertutup di mana individu itu tidak akan mempunyai peluang untuk mengubah kastanya. Sistem kelas adalah satu lagi jenis stratifikasi sosial. Ia adalah kurang tegar daripada sistem kasta kerana individu itu boleh menukar status kelasnya melalui pencapaiannya sendiri.

1.3.3 Bahasa

Apabila disebut tentang bahasa, apa yang terlintas di fikiran anda? Pada asasnya, bahasa terdiri daripada dua kategori: (a) Bahasa Lisan Bahasa lisan membolehkan orang ramai untuk berkomunikasi antara satu

sama lain. Pada masa yang sama, ia membantu untuk membezakan antara budaya yang berbeza. Negara yang mempunyai lebih daripada satu bahasa sering memiliki berbagai-bagai budaya. Contohnya, di Malaysia, terdapat banyak kumpulan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Bidayuh dan lain-lain. Kumpulan etnik yang berbeza ini mempunyai sistem bahasa dan budaya mereka sendiri.

(b) BBahasa Bukan Lisan Bahasa bukan lisan merujuk kepada isyarat bukan lisan atau bahasa badan.

Isyarat yang difahami di mana-mana tempat di dunia ini adalah seperti senyuman yang merupakan tanda kegembiraan dan kebahagiaan. Walau bagaimanapun, sesetengah isyarat bukan lisan mempunyai makna yang berbeza dalam budaya yang berbeza. Di Amerika (rujuk Rajah 1.5), Eropah dan Asia menunjukkan ibu jari ke atas bermaksud "baik‰ atau "segala-galanya berada dalam keadaan selamat‰. Walau bagaimanapun, di Greece dan Itali, isyarat yang sama mungkin dianggap sebagai lucah atau kurang ajar.

Page 10: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

� TOPIK 1 ARUS BUDAYA 10

Rajah 1.5: Seorang lelaki menunjukkan kedua-dua ibu jarinya ke atas

Sumber: http://swellguy.typepad.com

1.3.4 Komunikasi

Komunikasi adalah berbeza merentasi budaya kerana sesetengah masyarakat mempunyai aspek berikut: (a) Budaya Konteks Tinggi Dalam budaya konteks tinggi, konteks memainkan peranan penting dalam

komunikasi dan tingkah laku individu. Sebagai contoh, orang Asia biasanya lebih suka menjawab secara tidak langsung seperti "Itu mungkin sukar,‰ yang membawa maksud individu itu mengatakan „Tidak‰ bagi permintaan tertentu dengan sopan.

(b) Budaya Konteks Rendah Dalam budaya konteks rendah, komunikasi adalah mudah dan konteks

biasanya meninggalkan impak yang kurang berkesan terhadap bagaimana maklumat itu disampaikan dan ditafsirkan (Ahlstrom dan Bruton, 2010). Sebagai contoh, budaya di Amerika dan Britain umumnya mempunyai nilai komunikasi secara langsung dan jelas.

Page 11: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

TOPIK 1 ARUS BUDAYA � 11

1.3.5 Agama

Sekarang, mari kita melihat elemen terakhir dalam struktur budaya. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa agama menjadi salah satu elemen yang terlibat dalam pembentukan budaya. Mari kita selidik sebabnya. Agama adalah satu elemen budaya kerana ia membentuk nilai, etika dan tingkah laku seseorang dalam masyarakat. Terdapat empat agama utama di dunia: Kristian, Islam, Hindu dan Buddha. Jadi, bagaimana agama mempengaruhi budaya? Kristian menggalakkan penganutnya untuk bekerja keras dan mencipta kekayaan untuk mendapat kemuliaan dari Tuhan. Ia mewujudkan sistem nilai yang menekankan pada kapitalisme. Ia merancakkan aktiviti keusahawanan dan pertumbuhan ekonomi dalam masyarakat. Islam juga menggalakkan penganutnya untuk mencari kekayaan tetapi mengingatkan pengikutnya bahawa kekayaan adalah bersifat sementara. Objektif utama bagi umat Islam adalah untuk mendapatkan anugerah yang lebih besar iaitu masuk syurga. Dalam Islam, kekayaan adalah rahmat dari Allah dan harus dikongsi dengan mereka yang memerlukan dengan memberi derma dan zakat.

APAKAH HALA TUJU BUDAYA?

Selepas anda memahami apa yang dimaksudkan dengan budaya, mari kita menyelidiki kesan budaya. Budaya sentiasa berubah seiring dengan masa dan cita rasa setiap kaum yang berlainan atau kumpulan etnik. Perubahan budaya terbukti bukan sahaja dalam seni bina fesyen dan hiasan tetapi juga dari segi anjakan daripada kemiskinan kepada kemodenan dan kemewahan. Fenomena ini dapat dilihat di Malaysia.

1.4

1. Terangkan secara ringkas setiap elemen yang membentuk kebudayaan dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

2. Berikan satu contoh bagi setiap elemen.

AKTIVITI 1.2

Page 12: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

� TOPIK 1 ARUS BUDAYA 12

Sebelum ini, orang Melayu biasanya tinggal di kawasan luar bandar atau kampung. Namun, sekarang ramai berhijrah ke bandar besar seperti Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Ini juga dilihat ketara dalam masyarakat Cina dan India. Kaum Tionghua (kumpulan etnik Cina) yang sebelum ini dikenali lebih cenderung melibatkan diri dalam perniagaan, kini lebih memilih untuk bekerja dengan orang lain. Sebaliknya, sesetengah orang India yang sebelum ini menjalankan pekerjaan tradisi sebagai petani atau penoreh getah, menjadi ahli perniagaan yang berjaya hari ini. Menurut Schneider dan Barsoux (2003), terdapat dua mitos yang berkekalan dalam arah budaya (rujuk Rajah 1.6). Kita akan menumpukan pada salah satu daripada mitos ini dalam bahagian yang akan datang. Istilah "perkampungan global‰ akan dibincangkan dalam bahagian berikut.

Rajah 1.6: Dua mitos tentang hala tuju budaya

1.4.1 Dunia Semakin Kecil

Kita sering menganggap bahawa dunia semakin kecil. Adakah ini bermakna bumi ini mengecut dan mengalami perubahan akibat tsunami, gempa bumi dan lain-lain? Tidak semestinya. Dalam konteks budaya, dunia digambarkan sebagai "semakin mengecil‰ bukan kerana perubahan fizikal tetapi disebabkan pembangunan yang pesat dalam teknologi maklumat dan rangkaian komunikasi. Bagaimana anda dapat mengaitkan kenyataan bahawa dunia semakin kecil berbanding dengan

SEMAK KENDIRI 1.1

Apakah dua mitos yang dikaitkan dengan hala tuju budaya?

Page 13: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

TOPIK 1 ARUS BUDAYA � 13

rangkaian maklumat dan komunikasi? Apakah makna yang sebenar di sebalik mitos ini? Hari ini, dunia dikatakan berada di hujung jari kita. Hanya dengan satu klik atau panggilan telefon, seseorang itu boleh menghubungi orang lain dalam beberapa saat. Rangkaian komunikasi dan maklumat seperti telefon, radio, komputer, Internet, satelit dan sebagainya membolehkan anda menghantar dan menerima maklumat. Alat-alat komunikasi terkini, seperti dalam Rajah 1.7 membenarkan anda menghadiri mesyuarat tanpa perlu menghabiskan banyak masa dan wang.

Rajah 1.7: Gajet komunikasi seperti telefon bimbit

Sumber: http://www.slipperybrick.com

Mitos bahawa dunia semakin kecil digambarkan dalam Rajah 1.8.

Rajah 1.8: Mitos bahawa dunia semakin kecil

Page 14: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

� TOPIK 1 ARUS BUDAYA 14

Menurut McLuhan (1968), dunia hari ini seolah-olah seperti satu „perkampungan global‰. Sempadan antara negara kini semakin menghilang. Malah, cita rasa dan minat masyarakat berbilang budaya kini menjadi lebih kurang sama antara satu sama lain. Pandangan ini memberikan tanggapan bahawa segala-galanya seakan sama di seluruh dunia, seperti makan di restoran makanan segera McDonaldÊs, memakai pakaian sukan Adidas atau menggunakan komputer Acer. Ini bermakna budaya tidak lagi dipengaruhi oleh masyarakat. Walau bagaimanapun, semua ini hanyalah mitos kerana budaya masyarakat tertentu masih tetap dipelihara, tidak kira di mana tempat itu berada (contohnya, China Town). Ia hanya akan berubah mengikut cita rasa masa yang diberikan. Tambahan pula, masyarakat kini cenderung untuk mengamalkan budaya lain selagi mereka tidak bertentangan dengan nilai dan norma tempatan. Contohnya, Amerika yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dari seluruh dunia. Kumpulan etnik ini masih mengekalkan budaya mereka sendiri. Kewujudan China Town di bandar-bandar besar Amerika di mana majoriti penghuninya adalah bangsa Cina jelas mencerminkan mereka masih mengamalkan budaya mereka sendiri walaupun mereka telah tinggal di Amerika sejak berabad-abad lamanya. Mereka mengekalkan budaya dan bahasa mereka supaya mereka masih berdaya saing di tempat orang. Ini menunjukkan bahawa masih wujud beberapa lapisan halangan budaya yang menyekat asimilasi budaya lain dalam kehidupan seharian mereka.

1.4.2 Pengurusan adalah Pengurusan

Pakar pengurusan berpendapat bahawa pengurusan kekal sebagai pengurusan tidak kira di mana ia diamalkan. Pengurusan mengandungi teknik dan prinsip seperti "pengurusan dengan objektif‰ yang boleh digunakan di mana sahaja di dunia ini. Namun demikian, terdapat pandangan berbeza yang mengatakan bahawa pengurusan secara universal ini adalah mitos kerana perbezaan budaya yang begitu tinggi di Malaysia berbanding dengan Portugal atau negara Afrika. Malah, perbezaan budaya menjadi ketara kerana jurang ekonomi, teknologi dan pengurusan. Tidak semestinya pembangunan ekonomi, teknologi dan

AKTIVITI 1.3

Bincangkan istilah „perkampungan global‰ dengan rakan anda secara mendalam.

Page 15: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

TOPIK 1 ARUS BUDAYA � 15

pengurusan perlu mengikut amalan pengurusan Barat atau Asia kerana setiap masyarakat mempunyai identiti budaya pengurusan tersendiri. Jika kita bandingkan antara syarikat Jepun dan firma Amerika atau syarikat Perancis dengan firma British, kita akan mengetahui bahawa pelbagai sistem seperti perakaunan, pemasaran, amalan sumber manusia, dasar ekonomi dan pendekatan pengurusan yang diamalkan oleh setiap firma berbeza daripada satu sama lain. Rosabeth Moss Kanter, bekas editor Harvard Business Review berkata amalan pengurusan tidak boleh dianggap amalan yang benar-benar global. Dalam penyelidikan terbaru beliau, Rosabeth membuat kesimpulan bahawa "idea sebuah kampung korporat di mana satu budaya pengurusan menyatukan amalan perniagaan di seluruh dunia adalah lebih berupa impian berbanding realiti.‰

BUDAYA DAN PERNIAGAAN

Terdapat beberapa cara di mana budaya dan perniagaan berinteraksi antara satu sama lain. Pertama, interaksi ini boleh menyebabkan masalah dalam perniagaan, terutama apabila ia melibatkan mesyuarat atau rundingan antara orang dari budaya dan latar belakang yang berbeza. Pada masa kini, semakin banyak aktiviti perniagaan yang melibatkan perniagaan. Oleh itu, kesedaran tentang pentingnya memahami budaya masyarakat lain semakin meningkat berbanding dulu. Situasi yang dipaparkan dalam pengenalan topik ini (Ahmad dan wakil syarikat di Jordan) jelas menunjukkan betapa pentingnya pemahaman silang budaya kerana ia boleh mempengaruhi keputusan mesyuarat perniagaan atau rundingan. Kedua, pengaruh budaya ke atas perniagaan adalah ketara di tempat kerja itu sendiri. Firma profesional terbaik di seluruh dunia kini mengambil pekerja dari negara dan latar belakang budaya yang berbeza untuk bekerja di syarikat mereka. Oleh itu, fenomena ini mewujudkan kepelbagaian budaya di tempat kerja. Dunia pengurusan akan menghadapi cabaran dalam menguruskan tenaga kerja yang pelbagai ini untuk mewujudkan budaya organisasi harmoni yang menggalakkan kerjasama, kreativiti dan inovasi. Dalam subtopik yang berikut, kita akan melihat dengan mendalam dua elemen yang memainkan peranan dalam perniagaan:

(a) Kejutan budaya; dan

(b) Kelebihan daya saing.

1.5

Page 16: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

� TOPIK 1 ARUS BUDAYA 16

1.5.1 Kejutan Budaya

Apabila perniagaan berkembang hingga ke luar negara, terdapat kecenderungan untuk menghantar pekerja dari negara asal untuk menguruskan atau menyiapkan tugasan di negara asing. Pekerja ini juga dikenali sebagai eekspatriat. Keupayaan ekspatriat untuk menyelesaikan tugasan mereka lebih bergantung pada keupayaan mereka untuk menyesuaikan diri dengan budaya tempatan. Kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan situasi kejutan budaya di mana ekspatriat itu berasa kecewa, keliru dan menghadapi pergolakan emosi. Mereka yang mengalami kejutan budaya mungkin gagal untuk menyerap masuk dalam budaya yang berbeza dan kembali ke negara asal mereka tanpa menyelesaikan tugas yang diberikan kepada mereka.

1.5.2 Kelebihan Daya Saing

Sebelum kita maju ke hadapan, mari kita menyelidik takrif kelebihan daya saing seperti yang ditunjukkan di bawah:

Budaya boleh menjadi sumber kelebihan daya saing. Organisasi dikatakan mempunyai kelebihan daya saing berbanding pesaingnya, jika pesaingnya tidak dapat meniru kelebihan yang dinikmati olehnya. Michael Porter, pemikir terkemuka dalam strategi persaingan, menyebut bahawa pemacu atau kuasa yang terlibat dalam mencapai kelebihan daya saing dalam sesebuah negara ditentukan oleh beberapa faktor seperti:

(a) Bahan mentah untuk perlombongan;

(b) Saiz pasaran;

Kelebihan daya saing ditakrifkan sebagai kelebihan di mana firma berkenaan memiliki kelebihan berbanding dengan pesaingnya. Ini akan membolehkan firma itu menjana jualan atau margin keuntungan yang lebih besar dan mengekalkan lebih ramai pelanggan daripada pesaingnya. Terdapat banyak jenis kelebihan daya saing seperti struktur kos firma, tawaran produk, rangkaian pengedaran dan sokongan pelanggan. Kelebihan daya saing memberikan syarikat kelebihan berbanding pesaing-pesaingnya dan keupayaan untuk menjana nilai yang lebih besar bagi firma dan pemegang sahamnya. Kelebihan berdaya saing yang lebih mampan menyukarkan pesaing untuk berada setara dengan firma itu.

(SSumber: http://www.investopedia.com)

Page 17: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

TOPIK 1 ARUS BUDAYA � 17

(c) Campur tangan kerajaan; dan

(d) Rangkaian perniagaan strategik. Pengurusan Jepun merujuk pada budaya kerja orang Jepun yang berkesan. Gaya pengurusan ini terbukti menjadi kerana terdapat banyak firma Jepun antarabangsa yang berjaya seperti Sony, Honda, Mitsubishi dan Toyota. Orang Jepun mempunyai satu konsep yang dikenali sebagai Keiretsu. Ia melibatkan hubungan perniagaan yang kuat antara syarikat dan jaringan pembekalnya. Budaya perniagaan ini jarang ditemui dalam budaya yang lain kerana ia memerlukan nilai kepercayaan yang kukuh antara satu sama lain. Perhubungan tersebut mewujudkan kekuatan unik yang memberikan kelebihan daya saing bagi firma di Jepun, terutama sekali dengan persekitaran yang penuh dengan ketidaktentuan dan risiko yang tinggi kerana isu seperti keganasan, krisis ekonomi, globalisasi dan e-dagang. Malaysia mempunyai kelebihan berdaya saingnya sendiri melalui campur tangan kerajaan dalam melindungi firma tempatan. Ini adalah sangat penting kerana firma ini masih muda dan memerlukan bantuan kerajaan. Sebagai contoh, Proton, pengeluar kereta tempatan yang pertama, masih memerlukan bantuan kerajaan untuk mengukuhkan sistem operasi dan pengurusannya. Hubungan yang baik antara kedua-dua pihak adalah penting untuk mewujudkan kelebihan daya saing dalam pengeluaran kereta. Selepas melihat beberapa contoh impak budaya ke atas kelebihan daya saing sesetengah syarikat dan negara, jika anda menjadi pengurus pada masa depan, anda pasti dapat menilai bagaimana budaya tempatan boleh mempengaruhi pengurusan firma atau negara untuk mencapai kejayaan yang strategik.

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Terangkan maksud kelebihan daya saing. 2. Bagaimanakah budaya organisasi memberi kelebihan daya

saing? 3. Dari perspektif budaya, kelebihan daya saing menawarkan lebih

banyak kebaikan daripada keburukan. Senaraikan kelebihan daya saing.

Page 18: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

� TOPIK 1 ARUS BUDAYA 18

Soalan Pelbagai Pilihan 1. Siapa yang berpendapat bahawa budaya merujuk kepada segala

yang manusia miliki, fikir dan lakukan sebagai ahli masyarakat? A. Geert Hofstede B. Richard M. Hodgets dan Fred Luthans C. Gary Ferraro D. Edward Hall

2. Ada dua mitos utama yang berkaitan dengan arah budaya. Mitos

yang manakah menceritakan tentang perkampungan global? A. Dunia semakin besar B. Dunia semakin kecil C. Pengurusan adalah pengurusan D. Pengurusan adalah perniagaan

3. Organisasi Jepun terkenal dengan kejayaan mereka. Ada satu

istilah yang sering digunakan dalam organisasi Jepun yang merujuk pada hubungan erat antara pelanggan dan pembekal. Apakah istilah ini? A. Sogo sosha B. Chaebol C. Kumikawa D. Keiretsu

4. Antara berikut yang manakah bukan unsur budaya?

A. Nilai dan norma B. Struktur sosial C. Teknologi D. Bahasa

5. Ia terdiri daripada dua dimensi, sama ada budaya masyarakat itu

berorientasikan individu atau kumpulan dan tahap stratifikasi dalam masyarakat itu. Yang manakah antara berikut merujuk pada penjelasan yang diberikan? A. Agama B. Struktur sosial C. Teknologi D. Dunia tanpa sempadan

LATIHAN 1.1

Page 19: Toopik Arus Budaya 1oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBSB4103/55291... · pertama yang perlu diambil oleh pengurus dalam pengurusan silang budaya adalah mengenal pasti semua

TOPIK 1 ARUS BUDAYA � 19

� Budaya memainkan peranan yang penting dalam pengurusan perniagaan. � Budaya bukan sahaja boleh dipelajari dan dikongsi tetapi juga merentasi

generasi, simbolik, memiliki coraknya tersendiri dan adaptif. � Budaya terdiri daripada pelbagai elemen seperti nilai dan norma, struktur

sosial, agama, bahasa dan komunikasi. � Dua mitos yang berkekalan tentang hala tuju budaya adalah:

� Dunia semakin mengecil; dan

� Pengurusan adalah pengurusan. � Budaya memberikan kesan positif pada organisasi kerana ia mewujudkan

kelebihan daya saing dalam organisasi. � Budaya juga mewujudkan kelebihan daya saing yang boleh meningkatkan

keunikan satu-satu organisasi itu.

Budaya konteks

Keiretsu

Kelebihan daya saing

Nilai

Norma

Perkampungan global

Stratifikasi sosial