08 Penyakit Jiwa

6
08 Penyakit Jiwa Sat, 2007-10-20 12:56 — admin Orang memandang penyakit sosial itu berat. Orang memandang penyakit dadah khususnya lebih berat lagi dari penyakit sosial yang lain. Namun ada penyakit yang lebih  berat dari itu yang manusia tidak sedar dan tidak tahu. Apa yang manusia tidak sedar ialah penyakit dadah dan penyakit sosial adalah disebabkan oleh suatu penyakit yang lain. Penyakit inilah yang melahirkan penyakit sosial dan penyakit dadah. Ia penyakit yang melahirkan penyakit. Ini banyak orang tidak faham. Bahkan masyarakat, pakar-pakar dan negara sendiri pun tidak faham. Kalau ada orang terlibat dengan dadah, asalnya dia bukan hendak cari dadah tetapi hendak cari ubat. Dia hendak cari penawar bagi penyakit yang dihidapinya. Dadah disangkanya ubat. Dadah disangkanya penawar. Rupa-rupanya dia tersilap ubat. Dia termakan racun. Hakikat inilah yang orang tidak nampak. Ertinya, dadah itu penyakit kedua. Ia penyakit mendatang. Ia dilahirkan oleh penyakit yang pertama. Ramai penagih terlibat dengan dadah kerana hendak mencari ubat untuk  penyakit pertama yang dialaminya. Cari sana, cari sini, terjumpa dadah. Rupanya bukan terjumpa ubat tetapi terjumpa racun. Begitu jugalah orang yang terlibat dengan maksiat yang lain. Asalnya kerana hendak mencari ketenangan. Hendak mencari sesuatu untuk mengisi jiwa yang kosong. Oleh kerana tidak ada panduan dan didorong pula oleh nafsu, maka mereka melibatkan diri dengan maksiat. Mereka sangka maksiat itu boleh menenangkan hati mereka. Penyakit pertama ini ialah penyakit jiwa. Ia penyakit rohan i yang ramai orang tidak faham. Orang cerdik pandai pun tidak faham. Mereka tidak faham apa bentuk  penyakitnya, tidak faham puncanya dan tidak faham bagaimana cara hendak mengubatnya. Ia adalah pen yakit batin atau penyakit rohani atau p enyakit yang tersirat. Kalau dilihat secara lahir, penyakitnya tidak nampak. Ia penyakit yang terpendam di lubuk hati. GEJALA PENYAKIT JIWA Di antara gejala atau tanda penyakit jiwa ini ialah rasa risau semacam, rasa k osong, rimas dan runsing tidak menentu. Kadang-kadang yang mengidap penyakit ini ada duit, kaya, ada pangkat, ada nama dan glamour, ada ilmu dan sebagainya. Namun semua itu tidak dapat menghindar mereka dari dihinggapi penyakit ini. Fikiran menerawang tidak tentu hala. Hilang pedoman dan tidak ada tujuan dan matlamat hidup. Dia rasa keseorangan, tiada pembela dan tiada pelindung. Tidak ada tempat bergantung dan berpaut.

Transcript of 08 Penyakit Jiwa

8/8/2019 08 Penyakit Jiwa

http://slidepdf.com/reader/full/08-penyakit-jiwa 1/6

08 Penyakit Jiwa

Sat, 2007-10-20 12:56 — admin

Orang memandang penyakit sosial itu berat. Orang memandang penyakit dadah

khususnya lebih berat lagi dari penyakit sosial yang lain. Namun ada penyakit yang lebih berat dari itu yang manusia tidak sedar dan tidak tahu.

Apa yang manusia tidak sedar ialah penyakit dadah dan penyakit sosial adalah

disebabkan oleh suatu penyakit yang lain. Penyakit inilah yang melahirkan penyakitsosial dan penyakit dadah. Ia penyakit yang melahirkan penyakit. Ini banyak orang tidak 

faham. Bahkan masyarakat, pakar-pakar dan negara sendiri pun tidak faham.

Kalau ada orang terlibat dengan dadah, asalnya dia bukan hendak cari dadah tetapi

hendak cari ubat. Dia hendak cari penawar bagi penyakit yang dihidapinya. Dadahdisangkanya ubat. Dadah disangkanya penawar. Rupa-rupanya dia tersilap ubat. Dia

termakan racun. Hakikat inilah yang orang tidak nampak.

Ertinya, dadah itu penyakit kedua. Ia penyakit mendatang. Ia dilahirkan oleh penyakit

yang pertama. Ramai penagih terlibat dengan dadah kerana hendak mencari ubat untuk  penyakit pertama yang dialaminya. Cari sana, cari sini, terjumpa dadah. Rupanya bukan

terjumpa ubat tetapi terjumpa racun.

Begitu jugalah orang yang terlibat dengan maksiat yang lain. Asalnya kerana hendak 

mencari ketenangan. Hendak mencari sesuatu untuk mengisi jiwa yang kosong. Olehkerana tidak ada panduan dan didorong pula oleh nafsu, maka mereka melibatkan diri

dengan maksiat. Mereka sangka maksiat itu boleh menenangkan hati mereka.

Penyakit pertama ini ialah penyakit jiwa. Ia penyakit rohani yang ramai orang tidak 

faham. Orang cerdik pandai pun tidak faham. Mereka tidak faham apa bentuk  penyakitnya, tidak faham puncanya dan tidak faham bagaimana cara hendak 

mengubatnya. Ia adalah penyakit batin atau penyakit rohani atau penyakit yang tersirat.

Kalau dilihat secara lahir, penyakitnya tidak nampak. Ia penyakit yang terpendam dilubuk hati.

GEJALA PENYAKIT JIWA

Di antara gejala atau tanda penyakit jiwa ini ialah rasa risau semacam, rasa kosong, rimas

dan runsing tidak menentu. Kadang-kadang yang mengidap penyakit ini ada duit, kaya,ada pangkat, ada nama dan glamour, ada ilmu dan sebagainya. Namun semua itu tidak dapat menghindar mereka dari dihinggapi penyakit ini. Fikiran menerawang tidak tentu

hala. Hilang pedoman dan tidak ada tujuan dan matlamat hidup.

Dia rasa keseorangan, tiada pembela dan tiada pelindung. Tidak ada tempat bergantung

dan berpaut.

8/8/2019 08 Penyakit Jiwa

http://slidepdf.com/reader/full/08-penyakit-jiwa 2/6

Dia tidak ada tempat untuk mengadu dan bersandar. Tidak ada tempat untuk meluahkan

 perasaannya yang gundahgulana. Segala masalah terpaksa ditanggung sendiri.

Dia terapung-apung dan hanyut dalam kehidupan. Sentiasa takut dan curiga, tiadaharapan dan putus asa. Seolaholah dia sedang menuju suatu kemusnahan dan kehancuran

yang dia sendiri tidak tahu apa bentuk dan hakikatnya. Jiwanya tidak tenang. Dia tidak  bahagia. Dia ditekan oleh berbagai perasaan yang tidak menentu yang mencemaskan dan

menakutkan.

PENYEBAB PENYAKIT JIWA

Di antara yang menyebabkan penyakit ini ialah tekanan hidup. Hidup adalah pertarunganantara susah dan senang. Kehidupan bererti berhadapan dengan berbagai-bagai masalah

dan cabaran. Masalah datang silih berganti dan bertukar ganti. Ia datang dalam berbagai-

 bagai tempat dan situasi yang tidak dapat kita jangka atau fikirkan. Ia berlaku setiap hari,cuma bezanya, ada masalah yang kecil dan ada masalah yang besar dan sungguh

menekan perasaan.

Masalah juga datang dalam berbagai keadaan dan bentuk. Ia melibatkan berbagai rasa.

Suka dan duka, senang dan susah, gembira dan dukacita, jijik, benci, rasa lega, malu, jemu, sakit hati, kecewa, sakit dan sihat, miskin dan kaya, rasa lapang dan sempit, risau,

tertekan dan seribu satu macam lagi. Masalah datang tanpa kita mahu dan tanpa kita tahu.

Masalah berlaku tidak kira tempat dan masa. Ia datang ke rumah, ke tempat kerja, dalam

 bermusafir, di tengah ramai dan di waktu keseorangan.

Ada kalanya masalah yang menekan perasaan itu berlaku tidak tahu puncanya. Tiba-tiba

sahaja hati rasa risau, rasa kosong dan rasa runsing tidak menentu. Ini ditambah lagidengan kekusutan keluarga, masyarakat yang porak-peranda, hidup nafsi-nafsi, negara

dan pemerintahan yang tidak stabil, ekonomi yang tidak menentu, tidak pedulimempeduli dan tidak ada kasih sayang. Benarlah seperti sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Sesungguhnya dunia itu negara bala dan ujian.”

KESAN JANGKA PANJANG

Penyakit ini, kalau dibiarkan berlama-lama, jiwa akan menjadi semakin kosong. Semakin

lama semakin risau dan runsing. Hati gelisah dan tidak tenang. Kalau yang punya diri

tidak faham dan masyarakat pula tidak dapat membantunya, maka akan tercetuslah penyakit lahir atau penyakit kedua. Boleh jadi akan berlaku penagihan dadah,

vandalisme, gangsterisme, lepak, bohsia, bohjan dan bermacam-macam lagi penyakit

masyarakat yang lain.

Ini kerana tuan punya diri yang mengalami penyakit jiwa, yang jiwanya kosong, hampa,risau dan runsing itu akan berusaha mencari ubat. Dia akan berusaha mencari ketenangan.

Mula-mula mungkin dia akan jumpa doktor saikologi. Tetapi doktor saikologi pun

8/8/2019 08 Penyakit Jiwa

http://slidepdf.com/reader/full/08-penyakit-jiwa 3/6

ditimpa penyakit yang sama. Bila tidak sembuh, penyakit jiwa ini menjadi semakin

serius, kronik dan menjadi-jadi. Pesakit jiwa ini akan mula mencari ubat lain. Di sini

syaitan pun ambil peluang untuk mencelah dan menipu daya. Ada yang digoda mencubadadah dan terus terperangkap dengan dadah. Rosak kesihatan dan menjadi ketagih. Bila

tidak dapat dadah, badan sakit. Kenalah cari dadah dengan segera. Begitulah berlaku

setiap masa. Habis duit, habis harta, susah ibu bapa dibuatnya. Kadang-kadang mencuri,meragut dan pecah rumah untuk mendapat duit membeli dadah. Masyarakat meluat dan

 benci padanya. Masyarakat mencaci, menghina, mengeji, menyisih, memulau dan

menghalaunya.

Ada pula yang digoda membuat segala macam maksiat yang lain. Minum arak, berjudi, berzina, merogol dan sebagainya. Sudahlah pesakit ini sengsara di dalam kerana sakit

 jiwanya yang tidak sembuh, ditambah pula sengsara dari luar disebabkan tekanan dan

cemuhan oleh masyarakat. Tidak ada simpati, tidak ada belas kasihan dan tidak ada kasihsayang.

Oleh itu, penyakit jiwanya bertambah-tambah serius dan kronik. Kalau dahulu, tekanan jiwa dan sengsaranya selapis sahaja iaitu hanya tekanan dan sengsara dari dalam tetapi

kini dia terpaksa pula menanggung sengsara dari luar juga. Masalah dan penanggungannya bertambah-tambah berat sedangkan kekuatannya untuk menanggung

 beban itu bertambahtambah lemah. Dia makin tenggelam dan makin tenggelam di dalam

seksaan dan penderitaannya itu. Siapakah yang akan memberikan simpati? Siapakah yangakan belas kasihan? Siapakah yang akan memberi kasih sayang? Di ranting manakah dia

akan berpegang? Di dahan manakah dia akan berpaut? Atau akan kita biarkan dia hanyut

dan tenggelam dalam seksaan dan penderitaannya itu. Atau kita sisihkan akan dia seperti

anjing kurap di tepi jalan, untuk kita kutip “bangkainya” satu hari nanti supaya ditanam.

KEMBALI KEPADA TUHAN

Bagaimana penyakit jiwa ini boleh berlaku? Manusia rasa dia ada kuasa. Dia rasa diakuat dan boleh buat apa sahaja. Bila ada cabaran dan tekanan hidup, rupanya dia tidak 

ada kuasa. Dia rasa tertekan. Bagaimana hendak menangkisnya? Bila tidak dapat

ditangkis, maka jiwanya derita, dia rasa tension dan mengalami stress.

Oleh kerana manusia tidak ada kuasa untuk mengatasi cabaran dan kesusahan, makafitrahnya ingin agar ada orang yang membela dan menyelamatkan dia. Bila ada masalah,

dia ingin agar ada orang yang menolong. Tetapi siapakah yang boleh menolong? Adakah

manusia, sedangkan semua manusia mempunyai masalah yang sama. Apakah haiwan,

atau tanaman sedangkan mereka tidak berakal. Apakah harta benda atau mesin atau ilmu?Sedangkan semua itu adalah rekaan manusia sendiri yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Kalau begitu, manusia perlukan satu zat yang kemampuannya di luar itu semua. Manusia

 perlukan satu super power yang lebih dari segala-gala yang ada di alam ini.

Manusia perlukan Tuhan, Zat yang Maha Agung yang kuasa-Nya tiada mula dan tidak 

terbatas. Apabila Dia menghendaki sesuatu, hanya dengan berkata jadi maka jadilah. Dia

8/8/2019 08 Penyakit Jiwa

http://slidepdf.com/reader/full/08-penyakit-jiwa 4/6

Zat yang Maha Menyelesaikan segala masalah manusia. Dia doktor yang Maha Pakar dan

menyembuhkan penyakit jiwa manusia. Dia tidak bertempat dan tidak tertakluk kepada

ruang dan masa. Dia boleh dihubungi, boleh menghubungi dan boleh menyelesaikanmasalah seluruh manusia dan makhluk-Nya serentak dalam satu masa di mana sahaja.

Malangnya, ramai manusia tidak percaya Tuhan, tidak kenal Tuhan dan tidak faham peranan Tuhan. Lebih-lebih lagi tidak cinta dan tidak takut Tuhan. Inilah yang

menyebabkan jiwa jadi kosong. Inilah dia asas bagi penyakit jiwa. Kalau kita tidak tahu bahawa Tuhan ada peranan dalam kehidupan ertinya kita tidak ada pelindung, dan kita

tidak ada pembela.

Apabila ada masalah kita tidak ada tempat rujuk dan tempat mengadu. Kita tidak ada

tempat bergantung. Kalau kekosongan jiwa ini berlaku satu hari, tidak mengapa. Tetapikalau berlaku bertahun-tahun, ia jadi barah. Akhirnya barah ini pecah dan lahirlah

 penyakit jiwa. Manusia lemah dan tidak ada kuasa. Oleh itu manusia perlu bersandar 

kepada sesuatu kuasa yang gagah, perkasa dan mutlak iaitu Tuhan. Barulah hati manusia

akan menjadi teguh dan kuat.

Manusia perlu kepada Tuhan. Manusia perlu rasa bertuhan. Tuhan adalah segala-galanya.

Kekuatan jiwa manusia adalah setakat mana dia rasa bertuhan. Kurang rasa bertuhannya,

maka kuranglah kekuatan jiwanya. Kuat rasa bertuhannya maka kuatlah jiwanya. Kalauseseorang itu tidak langsung mempunyai hubungan dengan Tuhan, percaya pun tidak,

kenal pun tidak, maka jiwanya akan menjadi lemah dan rosak, dan akan dihinggapi

 penyakit. Akan timbullah rasa kosong, risau, rimas dan runsing. Akan hilang ketenangan jiwa. Allah ada berfirman:

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi

tenang.” (Ar-Ra’du: 28)

KEMBALI KEPADA FITRAH

Apabila manusia lahir ke dunia, dia dibekalkan dengan fitrah. Fitrah adalah keinginan

dan kecenderungan semulajadi. Keinginan fitrah yang paling besar dan utama ialah rasaingin bertuhan. Rasa perlu kepada Tuhan. Rasa mahu kepada Tuhan. Rasa ingin

membesar, mengagungkan, mengabdi diri dan bergantung dengan Tuhan.

Orang yang tidak percaya dan tidak kenal Tuhan itu adalah orang yang melawan fitrah

semulajadinya. Iaitu dia melawan kehendak hati dan jiwanya. Dia tidak memenuhi

keperluan dan tuntutan jiwanya. Dia hanya mengikut arahan nafsunya. Percaya, kenal danrasa bertuhan itu adalah makanan bagi hati dan jiwa. Orang yang tidak percaya, tidak 

kenal dan tidak rasa bertuhan itu ialah orang yang tidak memberi makan kepada hati dan jiwanya. Hatinya jadi gersang dan tandus, lemah dan longlai. Itu sebab timbul krisis jiwa.

Itu sebab jiwa dihinggapi penyakit.

KESAN PENYAKIT JIWA YANG LEBIH PARAH

8/8/2019 08 Penyakit Jiwa

http://slidepdf.com/reader/full/08-penyakit-jiwa 5/6

Orang yang mengidap penyakit jiwa ini terdedah kepada berbagai-bagai bahaya. Dalam

hendak mengubat jiwanya yang parah dan menderita itu bukan terhenti setakat menagih

dadah. Ini dianggap ringan. Di dalam kes-kes yang lebih berat, ada yang mengambil jalansingkat dengan membunuh diri. Ini penyakit yang maha besar. Dia akan ditimpa seksa

 Neraka yang amat dahsyat, kekal abadi selama-lamanya.

Ada pula pesakit jiwa yang mencari ketenangan dengan membunuh orang sesuka hati.

Dia rasa dengan membunuh orang, hati dia jadi tenang. Ada yang suka hirup darah binatang atau darah manusia. Ada yang mencari ketenangan dengan merogol. Ada yang

mencari ketenangan dengan merosakkan harta umum (vandalisme). Padahal, bagi orang

yang sihat jiwa, semua perbuatan ini dirasakan keji dan jijik dan mendatangkan rasa bersalah (guilty conscious). Bagi orang yang sakit jiwa, dia melakukan semua itu untuk 

mendapatkan ketenangan. Bagi mereka, itu disangkakan ubat.

Begitulah keadaan orang yang ditimpa penyakit jiwa. Dari sakit jiwa, berbagai-bagai

 perkara negatif dan berbahaya boleh berlaku sama ada kepada pesakit itu sendiri atau

kepada masyarakat.

Di Barat, oleh kerana mereka sudah terlalu maju dan terlalu jahat, gejala masyarakat

sudah jadi budaya. Mereka tidak fikir masalah dadah lagi. Mereka tidak menagih dadah

lagi kerana telah lali dengan dadah. Maka lahir pula penyakit lain yang lebih aneh dantidak logik. Kalau di Malaysia, orang membunuh kerana hasad dengki. Ertinya dia ada

sebab untuk membunuh. Kalau bunuh orang kerana hendak merompak, masih ada sebab.

Di Barat, kerana jiwa telah terlalu rosak, sudah ada orang membunuh hanya untuk memuaskan hati. Jumpa orang, dia tembak dan bunuh tanpa sebab. Kalau di Malaysia,

orang bunuh orang kerana ada sebab tetapi di Barat orang bunuh orang untuk mendapat

ketenangan. Bagi dia membunuh itu adalah ubat untuk mendapat ketenangan jiwa.

Sesetengah orang di Barat, dia mencuri bukan kerana hendakkan barang tetapi dia rasa bila mencuri, hatinya puas. Di Barat, orang mencuri untuk puaskan hati. Sudah dapat

 barang yang dicuri, dibuangnya. Ada juga orang, kerana penyakit jiwanya, kalau dia

 jumpa kucing, disiat-siatnya kucing itu. Kalau dia jumpa tikus, dihentaknya hinggalumat. Dia seronok dan merasa puas dengan kerja itu.

Mungkin ada orang yang merogol kerana tidak ada isteri untuk melepaskan nafsunya.

Tetapi di Barat, selain kerana nafsu, orang merasa puas hati kalau dapat merogol orang.

Merogol itu sebagai ubat bagi jiwanya yang kosong. Jadi segala penyakit yang lahir iniadalah kerana penyakit jiwa yang tersembunyi.

JALAN KELUAR 

Apakah yang perlu kita buat untuk mengubati penyakit jiwa yang tersembunyi ini supaya

 jangan timbul penyakit kedua atau penyakit lahir yang memberi kesan dan

mengharubirukan masyarakat. Ini termasuklah penagihan dadah, gejala sosial dan berbagai bentuk maksiat yang lain.

8/8/2019 08 Penyakit Jiwa

http://slidepdf.com/reader/full/08-penyakit-jiwa 6/6

Bagaimana kita mahu mengelak supaya hati-hati mudamudi dan remaja tidak menjadi

kosong, risau dan rimas tidak menentu. Supaya fikiran mereka jangan berpusing tidak 

tentu hala. Kita mesti cari jalan bagaimana hendak lahirkan satu generasi yang jiwanyatidak kosong, tidak gelisah dan mempunyai fikiran yang stabil. Kalau penyakit jiwa ini

dapat dirawat dan disembuhkan, mengubat penyakit kedua atau penyakit lahir sudah jadi

mudah.

Untuk mengubatinya, kita kena pulihkan semula jiwa bertuhan. Beri mereka ilmu tentangTuhan, ilmu yang boleh mendatangkan rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Fahamkan

mereka tentang peranan Tuhan dalam kehidupan. Yakinkan mereka bahawa Tuhan

adalah sangat diperlukan oleh setiap insan. Tuhan adalah segala-galanya. Setiap orangyang ber83 tanggungjawab untuk memulihkan penyakit jiwa ini kenalah faham apa yang

disebut di atas. Itulah ramuannya. Itulah penawarnya. Tidak ada yang lain.

Di samping itu, sebagai tambahan:

• Betulkan semula sistem rumah tangga• • Stabilkan semula sistem masyarakat

• • Hapuskan hidup nafsi-nafsi

• • Stabilkan semula pemerintahan dan politik 

• • Susun semula sistem ekonomi supaya agihan keperluan jadi merata.

Walaupun perkara ini bukan perkara asas atau pokok, namun ia adalah perkara tambahan

yang dapat membantu.

PENYAKIT JIWA MAZMUMAH

Kita baru selesai membincangkan penyakit jiwa yang biasa. Selain penyakit jiwa yang biasa ini, ada lagi bentuk penyakit jiwa yang kesannya adalah jauh lebih serius. Ia

dinamakan penyakit jiwa mazmumah. Kalau penyakit jiwa yang biasa itu gejalanya ialahrasa kekosongan, risau, runsing dan rimas, penyakit jiwa mazmumah ini pula ialah

disebabkan hati yang telah diserang dan dikotori oleh sifat-sifat yang keji seperti

sombong, tamak, bakhil dan lain-lain.

Penyakit jiwa mazmumah ini lebih bahaya. Penyakit inilah yang boleh memecah-

 belahkan rumah tangga, memecahbelahkan masyarakat, memusnahkan perpaduan dan

kasih sayang, menimbulkan perbalahan, krisis, jatuh menjatuh dan peperangan. Dunia

hari ini lebih banyak dirosakkan oleh penyakit jiwa mazmumah ini dari penyakit jiwa

 biasa atau penyakit-penyakit yang lain.