154627457-pentaksiran-psv

18
Bentuk Pentaksiran PSV Pemerhatia n Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari

description

mm

Transcript of 154627457-pentaksiran-psv

Page 1: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.

Page 2: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

Jenis-jenis pemerhatian

1) Pemerhatian Peserta

Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.

Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati di peringkat awal.

Page 3: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

2)Pemerhatian Bukan Peserta

Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video.

Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang pula

kepada keputusan yang lebih tepat.

Page 4: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

Kebaikan Kaedah Pemerhatian

• Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai.

• Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian.

• Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.

Page 5: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

Kelemahan Kaedah Pemerhatian

• Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti.

• Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati.

• Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka.

• Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

Page 6: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

Pemerhatian terbahagi kepada 6 :

Rekod Anekdot Temubual

Senarai semak

Borang Kemajuan

Diri

Soal Selidik

Rekod Profil Murid

Page 7: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

REKOD ANEKDOT

maklumat murid direkod secara berterusan mengikut tahap dan boleh disambung oleh guru lain.

melalui pemerhatian terus

mencatat tingkahlaku murid sama ada normal atau bermasalah

catatan pemerhatian diasingkan dengan tafsiran.

pemerhati hanya perlu memerhati dan mencatat tingkah laku murid yang wujud pada masa pemerhatian.

mencatat perubahan yang berlaku dalam tingkah laku murid

membantu guru memahami perkembanagn murid dari semasa ke semasa

Page 8: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis Rekod Anekdot :-

Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang.

Murid yang hendak diperhatikan tidak perlu ditentukan.

Mengenalpasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid

Tuliskan apa yang dilihat secara objektif

Perkara-perkara yang ditulis dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksisosial, kemahiran menyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan.

Page 9: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

An interview is a piece of social interaction with one person asking another a number of questions and the other person giving answers. (Therese L. Baker 1999, 220).

Temubual

Dapat berinteraksi secara langsung dengan responden.

Responden dapat memberikan jawapan secara langsung.

Perjelasan secara langsung.

Tujuan Temubual

Page 10: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

•Temubual Berstruktur –Kelemahan –Kelebihan •Temubual tidak Berstruktur –Kelemahan –Kelebihan diperolehi. - Jawapan bukan bersifat andaian/tafsiran

•Kenapa perlu temubual dlm research ini? •Melakukan brainstorming. •Persiapan:diri & responden •Penentuan Soalan: Berstruktur / Tidak berstruktur? •Penetapan Waktu & Lokasi. •Kemahiran Instrumen.

Bentuk Temubual

Persiapan Temubual

Page 11: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

Definisi :

senarai item yang disediakan untuk mengenalpasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. senarai item yang disediakan digunakan untuk menentukan sama ada :

sesuatu tingkah laku/ciri dapat diperhatikan sesuatu perlakuan telah dilakukan kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan

Senarai Semak

Page 12: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

Perkara yang perlu diperhatikan :

disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan

jelas. digunakan untuk melihat/ menilai tingkah laku mudah dalam

konteks semula jadi hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat

memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang ingin diperhatikan.

tidak menunjukkan darjah hasil pembelajaran dan tingkah laku murid.

pemerhatian dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat yang lebih tekal.

senarai semak boleh menilai murid secara individu, kumpulan atau kelas.

PROSEDUR

Page 13: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

Menunjukkan tahap pencapaian murid. Menjadi panduan guru untuk merancang tindakan susulan.

Borang Kemajuan Diri

Soal Selidik

Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik.

Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan.

Page 14: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian.

Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik:

Sesuai dengan kesediaan responden, Format instrumen yang sistematik, Arahan yang jelas, Surat dan dokumen disertakan bersama instrumen

kajian Ujian rintis dijalankan sebelum instrumen digunakan

(Chua, 2006).

Page 15: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

Panduan membentuk item-item soal selidik :

Penggunaan bahasa yang mudah, Selaras dengan responden, Elakkan soalan yang sukar, Soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden, Elakkan soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang, Elakkan soalan yang kabur, Elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat, Elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif

(Merican, 2006).

Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert, skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman(Gay & Airasian, 2000)

Page 16: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.

Jenis-jenis Rekod Murid

Rekod Kutipan Yuran Kad Himpunan Buku Kemajuan Murid Jadual Kedatangan Rekod Prestasi Rekod Profil

Rekod Profil Murid

Page 17: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

Apa Itu Portfolio?

Portfolio merupakan koleksi hasil kerja pelajar yang memberi gambaran tentang sejarah usaha pelajar dan pencapaiannya dalam bidang tertentu. Koleksi termasuk penglibatan pelajar dalam pemilihan bahan kandungan, garis panduan pemilihan, kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar.

(Arter & Paulson, 1990)

Portfolio

Page 18: 154627457-pentaksiran-psv

Bentuk Pentaksiran PSV

Konsep

Portfolio atau profil profesional merupakan satu koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kelayakan, matlamat dan pencapaian. Oleh itu portfolio bukan sekadar C.V atau rekod perkhidmatan.