19 tips belajar-upsr

7
1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.

Transcript of 19 tips belajar-upsr

Page 1: 19   tips belajar-upsr

1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar –

pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda

belajar, kenapa pula anda study. Bila semua

ini anda telah mampu jawab dengan jelas,

jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam

minda anda bahawa anda mesti belajar

untuk menggapai matlamat anda itu. Tak

ada orang malas yang boleh berjaya.

Matlamat yang benar-benar jelas akan

membawa seseorang itu ke suatu tahap

yang tidak pernah dijangka-jangka dan

mampu menewaskan apa pun halangan

yang ada di hadapannya. Mengantuk,

bosan dan sebagainya bukanlah masalah.

Page 2: 19   tips belajar-upsr

2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja

yang kita lakukan, mesti bersama minat.

Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini

dengan minat, mesti tak ngantuk punya.

Macamana nak minat? Mana ada orang

hobinya study? Ya, sebut aje study, semua

orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan

pada persekitaran anda supaya anda jadi

minat. Tulis kata-kata semangat di dinding.

Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-

point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan

anda jadi lebih semangat untuk belajar.

Page 3: 19   tips belajar-upsr

3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek

– Belajar dalam jangka waktu yang pendek.

Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti

sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat

pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-

apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-

komik, main game pun tak apa, asal anda

mendapat semula semangat study anda.

Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa

anda tak akan jemu untuk menelaah buku-

buku pelajaran anda. Percayalah!

Page 4: 19   tips belajar-upsr

4. Dapatkan tidur yang cukup – Perkara ni

nampak macam remeh. Tapi ramai yang

terlepas pandang. Tak guna study berjam-

jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka

yang study hanya sejam. Apa bezanya?

Belajar dengan berkualiti nilainya memang

tak sama dengan mereka yang belajar tapi

tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar,

pastikan bahawa anda benar-benar segar

dan cergas semasa belajar.

Page 5: 19   tips belajar-upsr

5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum

air masak ni sebagai amalan harian. Makan

buah selalu pun bagus. Tubuh yang

kekurangan air akan lebih mudah untuk

berasa letih. Letakkan sama air mineral di

sebelah meja study anda, air ni selalu jadi

penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia

suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda

berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan

harian.

Page 6: 19   tips belajar-upsr

6. Ingat emak ayah – Semua orang bila ingat

mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu

yang mengandung, ayah yang

membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada

seorang anak yang sanggup untuk

mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila

nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat

pengorbanan mereka masa kecil-kecil.

Percayalah, semangat anda tak akan luntur

bila jiwa mereka sentiasa bersama anda.

Page 7: 19   tips belajar-upsr