196959645-isu-PBS

12
PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS), ISU DAN CABARAN Hasiran Lemat, Issma Izzaili Zamri, Mohd Nazer Ayub, Nurul Najwa Mohd Yasin & Siti Sahara Mohd Sani Abstrak Kajian ini bertujuan membincangkan isu dan cabaran dalam pelaksanaan Petaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru-guru sekolah. Satu mini kajian dilaksanakan kepada 24 guru di sebuah sekolah menengah Ampang bagi mengukur reaksi para guru terhadap pengenalan PBS. Isu- isu dan cabaran beserta cara memperkasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah juga dihuraikan daripada kajian-kajian lalu dan bahan- bahan penulisan yang berkaitan. Diharapkan kajian-kajian lanjuntan berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat dilaksanankan demi memertabatkan pendidikan yang bermutu. Pengenalan Dapatan penyelidikan Profesor Madya Dr. Faizah binti Abdul Majid, dari Fakulti Pendidikan UiTM yang diterbitkan dalam Journal of US-China Education Review, Vol.8, No.10, 2011. ISSN1548-6613 memberikan perspektif asas tentang pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di Malaysia dan cabaran yang bakal dihadapi. Menurut beliau, PBS belum sampai ke tahap pelaksanaan penuh (full swing). Shanusi Ahmad (LPM) dalam kertas cadangan Ph.D beliau menegaskan bahawa PBS di Malaysia lebih berbentuk

description

jhkjkj

Transcript of 196959645-isu-PBS

Page 1: 196959645-isu-PBS

PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS), ISU DAN

CABARAN

Hasiran Lemat, Issma Izzaili Zamri, Mohd Nazer Ayub, Nurul Najwa Mohd Yasin & Siti Sahara

Mohd Sani

Abstrak

Kajian ini bertujuan membincangkan isu dan cabaran dalam pelaksanaan Petaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) dalam kalangan guru-guru sekolah. Satu mini kajian dilaksanakan kepada 24 guru

di sebuah sekolah menengah Ampang bagi mengukur reaksi para guru terhadap pengenalan PBS.

Isu- isu dan cabaran beserta cara memperkasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah juga dihuraikan

daripada kajian-kajian lalu dan bahan- bahan penulisan yang berkaitan. Diharapkan kajian-kajian

lanjuntan berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat dilaksanankan demi memertabatkan

pendidikan yang bermutu.

Pengenalan

Dapatan penyelidikan Profesor Madya Dr. Faizah binti Abdul Majid, dari Fakulti Pendidikan

UiTM yang diterbitkan dalam Journal of US-China Education Review, Vol.8, No.10, 2011.

ISSN1548-6613 memberikan perspektif asas tentang pelaksanaan pentaksiran berasaskan

sekolah (PBS) di Malaysia dan cabaran yang bakal dihadapi. Menurut beliau, PBS belum sampai

ke tahap pelaksanaan penuh (full swing). Shanusi Ahmad (LPM) dalam kertas cadangan Ph.D

beliau menegaskan bahawa PBS di Malaysia lebih berbentuk gabungan dengan sistem

peperiksaan berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan

Malaysia (MPM)

Dasar kenaikan automatik murid ke tingkatan empat dan persijilan terbuka mulai tahun 1992

telah membuka jalan kepada titik tolak pelaksanaan PBS menerusi ujian lisan bahasa Melayu dan

bahasa Inggeris oleh guru di sekolah masing-masing. Pengenalan kerja kursus dan folio kajian

tempatan sejak sekolah rendah lagi mengukuhkan pelaksanaan PBS. Penambahbaikan ujian

pencapaian sekolah rendah (UPSR) dan pemansuhan penilaian menengah rendah (PMR) mulai

tahun 2014 juga bakal menyaksikan pelaksanaan PBS yang lebih menyeluruh

Page 2: 196959645-isu-PBS

Isu-isu Pelaksanaan PBS

Secara teorinya, pelaksanaan PBS sangat memberi manfaat kepada guru, pelajar dan masyarakat.

Guru tidak lagi terbeban untuk mengejar A bagi setiap mata pelajaran dan pelajar juga lebih

bersemangat kerana penilaian dijalankan secara berterusan dan menyeluruh. Bertitik tolak

dengan kejayaan pelaksanaan PBS sedia ada seperti ULBS, PEKA, KAFA dan sebabagainya

yang telah diambil kira sebagai markah dalam peperiksaan awam , maka timbul idea daripada

KPM untuk memansuhkan UPSR menjelang tahun 2012 untuk digantikan dengan PBS

sepenuhnya.

Namun, dari segi pelaksanaannya, masih belum menunjukkan kejayaan yang sepenuhnya.

Pelbagai punca, kekangan dan masalah yang menjejaskan pelaksanaan PBS di sekolah antaranya

dari segi faktor amalan profesionalisme dan falsafah pegangan guru dan faktor budaya, tradisi,

kepimpinan dalam pendidikan termasuk kesesuaian acuan penilaian dan amalan birokrasi yang

perlu mengambil kira keperluan pelajar. Sebagai contoh, jika PBS dilaksanakan sepenuhnya

untuk menggantikan UPSR masalah timbul untuk menilai gred murid bagi kemasukan ke sekolah

elit seperti MRSM , SBP dan sebagainya. Selain itu, pelbagai isu lain juga timbul di mana ianya

dikatakan membebankan guru. Tugas-tugas guru yang sedia banyak akan dibebankan lagi

dengan pelbagai jenis folio dan dokumen berkaitan yang perlu disediakan dan dilaksanakan.

Bilangan pelajar yang ramai juga menyebabkan guru tidak cukup masa untuk melaksanakan PBS

dengan sistematik. Guru boleh juga dilabel sebagai "kerani" dengan bebanan tugas yang banyak

ini.

Pengurusan PBS secara atas talian merupakan satu alternatif yang terbaik bagi mengurangkan

beban tugas guru ini namun ianya juga mempunyai kelemahan yang tersendiri seperti jaringan

internet yang terhad, capaian internet yang sibuk dan tidak memuaskan dan sebagainya.

Hamzah dan Sinnasamy (2009) mendapati bahawa pelaksanaan ujian lisan berasaskan sekolah

(PLBS dan ULBS) tidak akur sepenuhnya dengan kehendak garis panduan LPM. Hal itu

berpunca daripada tahap kesedaran inovasi dan perubahan yang masih belum mencukupi.

Kepimpinan PBS yang diterajui oleh pengetua juga belum benar-benar mantap dari segi

kefahaman konseptual PBS dan peranan ikhtisas yang perlu dipatuhi.

Page 3: 196959645-isu-PBS

Kecairan maklumat akibat kaedah latihan teragih yang bermula daripada kementerian, jabatan

pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, sekolah, jawatankuasa kurikulum dan panitia mata

pelajaran mengakibatkan proses pendedahan kepada guru pelaksana PBS menjadi suntuk.

Jurulatih utama (JU) berkursus selama seminggu, tetapi apabila sampai kepada panitia, taklimat

hanya mengambil masa dua jam. Guru juga berhadapan dengan peruntukan aktiviti bilik darjah

untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan kemahiran insaniah yang lain.

Pemantauan oleh pakar dan pihak berkuasa pelajaran juga berhadapan dengan kekangan

kewangan dan tatacara pergerakan guru keluar daripada kawasan sekolah masing-masing. JU dan

pentaksir kawasan tidak boleh bertugas di luar kawasan sekolah melebihi 30 peratus daripada

waktu rasmi di sekolah. Maka, tanggungjawab pemantauan diserahkan pula kepada pengetua,

penolong kanan (pentadbiran dan kurikulum) dan guru-guru kanan mata pelajaran yang sudah

sedia sibuk dengan pelbagai jenis borang dan data.

Bagi memastikan bahawa pihak sekolah akur dengan konsep PBS, pengetua dikehendaki

menyediakan sistem data dan fail yang berfungsi sebagai bukti hitam putih hasil kerja setiap

orang murid. Bilangan fail mungkin mencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk

penyimpanan fail berkenaan. Sistem kod dan nombor fail mesti seragam supaya carian fail dapat

dilakukan secara serta-merta jika diminta oleh pegawai atasan yang memantau pelaksanaan PBS

secara mengejut.

Pengurusan PBS secara atas talian

Kemajuan teknologi maya dan jaringan ialah jawapan kepada isu timbunan fail dan pembaziran

kos cetakan dan penjilidan folio murid, kecuali untuk projek pendidikan seni visual atau kerja

pertukangan kemahiran hidup. Eza Shafinaz binti Mohamed Zaharin (2011) menerusi kertas

projek sarjana sains maklumat, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mencadangkan sistem e-

folio. Eza menyenaraikan manfaat e-folio yang dapat menangani masalah kehilangan bukti

dokumentasi bertulis, ciplak, ruang penyimpanan, kos cetak dan jilid, melengkapkan pelbagai

format borang, kecuaian manusia dan sebaran maklumat PBS kepada semua pihak yang

berkepentingan.

Penggunaan e-folio juga memberi kesempatan kepada murid untuk mempersembahkan hasil

kerja mereka secara multimedia. Folio kerja kursus tidak lagi terhad kepada bentuk kertas

Page 4: 196959645-isu-PBS

berjilid, sebaliknya boleh dinaik taraf kepada format audio visual, animasi dan grafik yang

canggih. Nilai tambah pelaksanaan PBS menerusi sistem e-folio sudah tentu lebih ketara.

Capaian e-folio boleh dilakukan di mana-mana lokasi yang mempunyai akses internet, serta

boleh dilindungi menerusi kata laluan, fail read-only dan had akses untuk orang awam. Capaian

penuh hanya dibenarkan untuk pemilik folio, pentaksir dan pihak berkuasa pendidikan tertinggi.

Pihak lain hanya boleh membaca bahagian abstrak atau sinopsis, serta perlu mendapat keizinan

pemilik folio menerusi e-mel yang tertera jika hendak memperoleh versi folio yang lengkap.

Sistem e-folio boleh diletakkan di bawah sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS) sedia ada

dan skor markah terus ke laman sesawang LPM atau MPM. Untuk keselamatan data, segala fail

hendaklah juga disimpan secara talian tempatan (off-line, LAN) dan peranti mudah alih lain

seperti cakera padat (CD), pemacu jari (thumb-drive) dan lain-lain. Selain itu, murid dan

pentaksir sekolah juga digalakkan mewujudkan sistem e-mel sebagai salinan fail tambahan untuk

pelan B kepada risiko ancaman serangan penggodam dan virus terhadap sistem induk e-folio.

Cabaran Pelaksanaan PBS

PBS ialah sebahagian proses perubahan konsep pentaksiran yang terlaksana di seluruh dunia.

Finland misalnya telah melaksanakan PBS tanpa peperiksaan secara berpusat dalam tempoh 9

tahun persekolahan awal kanak-kanak. Australia, Hong Kong dan New Zealand juga boleh

dianggap berjaya melaksanakan PBS secara sistematik. Kepesatan perubahan persekitaran

pendidikan, dinamika masyarakat dan industri bererti PBS ialah suatu keperluan yang kritikal

dan segera.

Proses perubahan sentiasa menggugat status quo dan kelompok zon selesa. Pembaharuan akan

mengakibatkan kehilangan kedudukan, kebiasaan dan kepakaran lama. Usaha menarik perhatian

ke arah melemahkan rintangan terhadap perubahan dan mengukuhkan daya pacu perubahan

perlu dikendalikan secara paling bijaksana, cermat dan hormat.

Kepercayaan terhadap pelaksanaan PBS sebagai ganti sistem pentaksiran berpusat LPM dan

MPM sepenuhnya perlu dipupuk dalam kalangan murid, guru dan masyarakat. Murid akan lebih

bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran kendiri, guru dengan tanggungjawab ikhtisas

dan masyarakat menerima PBS sebagai kayu ukur pencapaian pembelajaran murid. Pihak LPM

Page 5: 196959645-isu-PBS

dan MPM pula akan bertindak sebagai pemantau, penyelaras dan penjaga kesahan, serta

kebolehpercayaan PBS kepada semua pihak yang berkepentingan.

Langkah Memperkasa PBS

Guru akan sentiasa menjadi tulang belakang dan tumpuan pelaksanaan PBS. Maka, keperluan

latihan dalam perkhidmatan (Ladap, in-service training atau Inset) harus berorientasi praktikum

(hands-on). Ladap berbentuk ceramah, taklimat dan kursus aras komunikasi dua hala terhad perlu

kepada proses ubah suai. Gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid menerusi

pelaksanaan PBS mestilah sentiasa akur dan sejajar.

Memandangkan begitu banyak data dan fail yang hendak diuruskan, pelantikan pembantu guru

hendaklah dibuat dengan segera. Pembantu guru hanya dikhususkan untuk meningkatkan

kecekapan kemasukan data pembelajaran, bukan untuk membantu kerja-kerja pejabat seperti

urusan stok dan percetakan. Spesifikasi dan terma tugas pembantu guru hendaklah secara jelas

menegaskan hal berkenaan, terutama sistem pengurusan data dan fail PBS.

Kesimpulannya, kami berpendapat bahawa pelaksanaan PBS di sekolah adalah sangat tepat dan

bermanfaat namun ianya perlu dilaksanakan secara perlahan-lahan dan mengambilkira luahan

dalam kalangan guru sendiri tentang pelaksanaan PBS ini. Hanya guru yang mengetahui

kekangan yang dialami mereka dan mungkin mereka juga mempunyai cadangan sebagai jalan

penyelesaian dalam melaksanakan PBS. Saya sendiri sebagai guru tidak menafikan akan

kepentingan dan kebaikan pelaksanaan PBS di sekolah, malah ingin mencadangkan supaya KPM

menyediakan pembantu guru bagi merialisasikan hasrat untuk melaksanakan PBS sepenuhnya di

sekolah.

Page 6: 196959645-isu-PBS

Mini Kajian: Reaksi Guru Terhadap Pengenalan PBS

Tujuan: Kajian adalah untuk mengukur reaksi para guru terhadap pengenalan PBS bagi

mengimbangi sisitem pendidikan yang berorentasikan peperiksaan.

Persampelan: Sampel dipilih secara rawak yang melibatkan 24 guru di Sekolah Menengah

Bukit Indah, Ampang (Seminda).

Instrumen: Responden dikehendaki menjawab satu set soal jawab secara berasingan yang mana

perbincangan adalah tidak digalakkan.

Dapatan Kajian:

Soalan 1: Secara peribadi adakah anda bersetuju dengan sistem PBS yang diperkenalkan oleh

kementerian?

SetujuTidak SetujuTidak Pasti

Page 7: 196959645-isu-PBS

Soalan 2: Latihan dan penjelasan mengenai kemahiran mengaplikasikan sistem PBS telah

diberikan dengan sepenuhnya terhadap guru yang terlibat.

SetujuTidak SetujuTidak Mencukupi

Soalan 3: Adakah keputusan Kementerian memansuhkan pepepriksaan PMR wajar?

WajarTidak WajarTidak Pasti

Page 8: 196959645-isu-PBS

Soalan 4: Apakah cabaran yang paling utama dalam menjayakan sistem PBS buat masa ini?

sistem yang masih baru

sukar menilai murid secara sub-jektif

masalah akses dan capaian (internet)

bebanan tugas bertambah

masalah pelajar

Soalan 5: Secara peribadi adakah anda merasakan bahawa sistem PBS ini akan berjaya atau gagal?

Berjaya GagalKurang Pasti

Kesimpulan Kajian:

Page 9: 196959645-isu-PBS

Reaksi guru kebanyakkan bersetuju PBS mengarahkan sistem pendidikan Negara kini ke arah isstem yang lebih sistematik. Hal ini kerana sistem pentaksiran kini lebih menyeluruh dan standard. PBS secara keseluruhannya menilai pencapaian murid dengan mengubah penekanan dalam peperiksaan awam daripada terlalu berasaskan kandungan (content based) kepada yang lebih berasaskan kemahiran (skill based) atau daripada yang bersifat ujian pencapaian (achievement test) kepada yang bersifatkebolehan am (general ability test).