1.o Sejarah Memanah

download 1.o Sejarah Memanah

of 9

Transcript of 1.o Sejarah Memanah

SEJARAH MEMANAH

1.0 Sejarah Sukan Memanah.

1.1 Di Malaysia

Pada masa ini sukan memanah amat popular berbanding dahulu kerana ia diketengahkan di dalam pelbagai temasya sukan. Pelbagai kemahiran dan teknik yang terdapat di dalam sukan memanah ini masih dikekalkan. Sukan ini adalah merupakan sukan yang dipertandingkan pada peringkat Sukan SEA, Sukan Asia mahupun Sukan Olimpik.

Sukan memanah adalah sukan yang berpotensi dan boleh dimajukan. Sukan ini mendapat tempat di Malaysia sejak tahun 60-an lagi. Tetapi, ketika mula-mula diperkenalkan di Malaysia, kemudahan dan kelengkapan adalah terhad. Sasaran yang digunakan adalah susunan kadboard sahaja. Selain itu, keadaan padang pada masa itu tidak berapa sesuai untuk memainkan sukan memanah ini.

Pelbagai usaha yang telah dilaksanakan untuk membangunkan sukan memanah di Malaysia. Antaranya ialah penubuhan kelab-kelab memanah di beberapa tempat di setiap negeri dan antara negeri-negeri yang terlibat ialah Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Taiping. Selain itu, pihak kerajaan yang terlibat juga telah mewujudkan Persatuan Memanah Kebangsaan (NAAM), di bawah naungan International Archery Federation (FITA).

SEJARAH MEMANAH

Logo Persatuan Memanah Kebangsaan (NAAM)

Logo International Archery Federation (FITA)

Rekod Pencapaian Sukan Memanah Malaysia Nama Cheng Chu Sian Jarak (m) 50 30 Mens 18 Arrow Rekod 342 354 167 Catatan 1st Asian Grand Prix 2006, Bangkok. 1st Asian Grand Prix 2006, Bangkok. SUKAN MALAYSIA 2004, N.SEMBILAN.

Pemain terbaik Malaysia.

Wan Mohd Khalmizan Wan Abd Aziz

70

341

Olimpik 2008, China.

Double 70

671

Olimpik 2008, China.

Mens Team 27 Arrow

244

Sea Games 2003, Vietnam.

SEJARAH MEMANAH

1.2 Di Dunia Mengikut sejarah, aktiviti memanah digunakan untuk memburu dan pertempuran kerana ianya mempunyai unsur ketepatan yang lebih tinggi. Di Afrika, lebih kurang 50,000 tahun sebelum Masihi, ibu panah dan anak panah dicipta daripada batu manakala menurut Graeve (2007), hasil kajian ahli arkeologi menunjukkan ibu panah dan anak panah wujud lebih kurang 20,000 tahun yang lalu. Ibu panah merupakan salah satu peralatan yang dibina oleh manusia yang mana ianya dapat memberi faedah kepada manusia. Prinsipnya adalah sama, di mana pemanah memindahkan tenaga otot kepada bebanan ibu panah dengan bantuan tarikan dan kemudiannya, tali dari ibu panah dipindahkan dalam bentuk kuasa kepada anak panah sekaligus memberikan kelajuan yang maksimum. Impak anak panah memberi kesan kepada sasaran dan musuh. Ibu panah (busur) merupakan salah satu senjata atau peralatan yang popular semasa peperangan pada beribu-ribu tahun yang lalu. Pada 5,000

SEJARAH MEMANAH sebelum Masihi, orang Egypt menggunakan ibu panah (busur) untuk melawan orang Parsi. Mengikut sejarah, kemahiran memanah adalah aset yang berharga untuk kerajaan dan menjadi contoh sewaktu pemerintahan James II, Raja England yang menyatakan kemahiran bola sepak dan sukan golf memerlukan masa yang lama berbanding dengan sukan memanah (Graeve, 2007). Sukan memanah mempunyai sejarah yang agak lama. Ia merupakan salah satu acara Sukan Olimpik pada tahun 1904, 1908 dan 1920. Federation International Archery (FITA) ditubuhkan pada tahun 1931 dan Kejohanan Dunia pertama juga dianjurkan pada tahun tersebut. Pada tahun 1940-an sukan memanah antarabangsa mula berkembang. Sasaran sukan itu bermula semula pada tahun 1972 sebagai salah satu acara Sukan Olimpik. Sukan ini boleh dilatih dalam pelbagai cara tetapi selain target archery, gaya yang sering digunakan ialah Field Archery dan 3-D Archery (Graeve, 2007). Sukan memanah merupakan salah satu sukan statik yang memerlukan kekuatan dan daya tahan otot pada bahagian atas badan (upper body) terutamanya pada bahagian otot bahu Ertan, et al. (2003). Selain itu juga ianya mempunyai prestasi yang tinggi dalam keupayaan memanah ke sasaran dengan tepat Ertan, et al. (2005). Terdapat 3 fasa dalam acara memanah iaitu pendirian (stance), membidik (aiming) dan pandangan (sighting).

SEJARAH MEMANAH

Sejarah Dunia Berkaitan Memanah :

Tassili rock fresco menceritakan Mesir Busur dan panah Orang pemanah di Mesir dariSebelum Masihi pada 2,300 lebih kurang 7,500 sebelum Masihi. 1,400 Sebelum Masihi.

SEJARAH MEMANAH

Terracotta Pemanah silang. Dia memakai perisai di setiap

Lukisan yang telah diwarnakan. Warna yang berdasarkan warna

peperangan.

asli.

Panah gangsa silang yang telah diubah Panah suai Segi tiga atas hujung panah. 200mm Badan 720mm panjang. panjang.mengandungi gangsa pelepas. Jarak dijangkakan ialah 800 meter.

SEJARAH MEMANAH

5,000 Sebelum Masihi Orang Mesir menggunakan busur untuk berperang.

Henry VII mempamerkan Kemahirannya menggunakan Longbow.

Lakaran crossbow perang oleh Leonardo Davinci.

Pertandingan memanah pertama. National Archery Association, berlangsung di Chicago, USA.

SEJARAH MEMANAH

Pertandingan memanah kategori perempuan 1908 Olympics dengan Longbow. .

Kecederaan dalam sukan memanah sememangnya tidak dapat dielakkan sekiranya tidak mengikuti peraturan dan aspek keselamatan dalam mengendalikan ibu panah (busur) ketika melakukan aktiviti tersebut. Antara kecederaan yang biasanya dihadapi oleh atlet memanah ialah kecederaan blister, tergeliat, patah, lebam, benjol, bengkak dan sebagainya. Kebiasaannya kecederaan ini dipengaruhi berat busur, keseimbangan postur badan, bilangan anak panah yang dilepaskan dan jarak semasa aktiviti memanah dilakukan. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap kesakitan di jari atlet memanah akibat geseran tali dan membuat perbandingan tahap kesakitan di antara lepasan anak panah yang dilakukan. Kecederaan blister atau bulla merupakan satu kecederaan yang mempengaruhi prestasi seseorang atlet. Apabila bahagian epidermis pada kulit memisahkan bahagian dermis, pengumpulan limfa dengan bendalir dalam badan terkumpul pada bahagian atas manakala lapisan kulit bawah mula tumbuh. Blister berlaku akibat kecederaan fizikal atau secara kimia. Sebagai contoh kecederaan secara kimia ialah reaksi alergi manakala

SEJARAH MEMANAH kecederaan yang secara fizikal adalah disebabkan oleh bahang, reput (fros) atau ibun (frostbite) ataupun berlakunya pergeseran. Kecederaan blister yang berlaku disebabkan oleh geseran dari tali, kasut dan pakaian. Kebiasaanya, kecederaan ini berlaku disebabkan oleh pergeseran yang berulangkali pada kulit. Kecederaan blister sering berlaku kepada ahli sukan, terutamanya atlet memanah. Ini disebabkan oleh pergeseran tali semasa fasa pelepasan anak panah yang mengenai jari atlet.