201409241309189. Austronesian
-
Upload
azidizainudin -
Category
Documents
-
view
253 -
download
0
description
Transcript of 201409241309189. Austronesian
Penutur Bahasa Austronesia
PengenalanHampir keseluruhan penduduk di kepulauan Indonesia dan
Malaysia merupakan penutur bahasa Austronesia.Melainkan beberapa kumpulan di pedalaman Malaysia yang
menuturkan bahasa Austoasia dan di timur Indonesia yang menuturkan bahasa Papua.
Bahasa ini telahpun terpecah dan berkembang menjadi 1,200 bahasa.
Lebih daripada separuh bahasa-bahasa ini dipertuturkan di kawasan Oceania (New Guinea dan ke timur)
Teori asal-usul Isu ini masih diperdebatkanKemukakan pendapat berdasarkan kepada hujah dan bukti
masing-masingJuga berdasarkan kepada sudut pandangan dan kepentingan
masing-masing.Ada beberapa orang tokoh yang memberikan pendapat berkaitan
dengan polemik ini.
Tokoh & Pendapat
F. Sarasin dan P.E. SarasinTeori migrasiAda dua (2) gelombang penghijrahan
orang Melayu ke Asia Tenggara
Pertama Melayu proto yg berkebudayaan
Neolitik dari wilayah Yunnan sekitar 3000-2500 SM dan 1500 SM
Kedua Melayu deutro yang bawa kebudayaan
logam sekitar 1500 – 300 SM dengan menyingkirkan golongan pertama ke kws pedalaman
Kelompok yang datang dari selatan China itu merupakan kacukan Monggoloid dan terbahagi kepada dua (2) golongan iaitu Melayu Proto dan Melayu Deutro
Masyarakat ini terdiri daripada kumpulan yang besar dan mungkin ada percampuran melalui perkahwinan dengan masyarakat yang berlainan budaya
Robert Von Heine Geldern
Teori berasaskan kepada artifak budaya – beliung batu berasah bersegi panjang
Beliau berpendapat – asal penutur bahasa austronesia ialah dari tiongkok sekitar 2000 SM kerana alat batu seperti itu juga terdapat di Honan dan Konsu
Mereka bergerak ke Asia Tenggara sekitar 2000 – 1500 SM
W.F. Sutterheim
Juga berasaskan kepada alat batu beliung berasah
Berasal dari China dan serumpun dengan bahasa Weda di Sailan (negrito Filipina)
Kelompok ini mempunyai kebudayaan membuat beliung yang hampir sama dengan yang ditemui di Jawa.
Paul Benedict
Bahasa ini berasal dari Taiwan dan menyokong gagasan bahawa ada hubungan antara bahasa Asutronesia dengan bahasa-bahasa di tanah besar
Orang Austronesia awal di China itu mempunyai hubungan budaya dengan masyarakat lain di tanah besar
Sedang Asia Tenggara masih dihuni oleh masyarakat pemburu dan pengumpul contoh orang Negrito di Filipina
Penutur ini sinonim dengan kegiatan pertanian
Di China aktiviti ini telahpun bermula seawal 6000 BC dan 3000 BC – pusat penanaman padi yang awal
Contoh, ditemui satu lapisan Neolitik yang mempunyai tinggalan kesan padi di selatan dan tengah China
Bahasa-bahasa seperti Austronesia, Thai-Kadai dan Austroasia mula muncul kerana proses penyebaran keluar dari China
Bahasa-bahasa Austronesia, Thai dan bahasa-bahasa terpencil di Hainan dan China boleh dirumpunkan sebagai Thai-Kadai, Austronesia dan Austro-Thai
Beliau juga menambah bahawa bahasa Hmong Mien tergolong dalam rumpun ini.
Beliau juga telah menyusun kembali sejumlah kosa kata Proto-Austro-Thai yang mencakup istilah untuk ladang, sawah, kebun, bajak, padi, tebu, pinang, sapi, kerbau, panah, kapak dan perahu.
Beberapa istilah ini terdapat dalam bahasa Austronesia (Proto) kecuali sapi dan kerbau. – mungkin haiwan ini tidak dibawa ketika penghijrahan yang awal.
Peter Bellwood
Sokong bahasa ini berasal dari Taiwan tapi tidak menganggap bahawa Taiwan sebagai tempat asal yang mutlak.
Taiwan sebagai tempat terbentuknya bahasa Austronesia yang awal serta tempat berlakunya pemisahan yang awal daripada cabang-cabang Proto-Austronesia
Beliau mencadangkan bahawa asal-usul penutur ini ialah dari selatan China
Semasa dalam zaman awal, bahasa-bahasa yang wujud di rantau ini ialah Austroasia, Thai-Kadai dan Austronesia
Bahasa-bahasa ini saling berhubungan dan mungkin ada percampuran dan dapat digolongkan dalam satu rumpun yang besar.
Ketiga-tiganya berasal dari tengah dan selatan China.
Ini berdasarkan kepada perkembangan kebudayaan Neolitik yang bermula di sini sedang ditempat lain masih lagi memburu dan mengumpul.
John Crawford
Penutur ini berasal dari kepulauan Melayu atau Nusantara
Berpendapat bahawa bahasa Jawa merupakan bahasa yang tertua dan bahasa Austronesia adalah cabangnya
Contoh, Orang Indonesia tidak berasal dari tempat lain tetapi dari kawasan ini (induk) dan menyebar ke Asia Tenggara
Contoh, Orang Melayu telah ada di Minangkabau dan dari situ bergerak ke Semenanjung dan Borneo.
Pendapat tersebut masih dipertikaikan oleh kebanyakan penyelidik lain.
Pendapat-pendapat lain
Schmidt 1906
Hipotesis Austrik – bahasa Austronesia dan Austrosia mempunyai hubungan yang rapat
Thurgood 1994
Tentang Austro-Thai
Kemiripan antara keduanya disebabkan oleh peminjaman hasil daripada interaksi dan bukan kerana hubungan genetik yang tegar.
Sagart 1994
Bahasa Austronesia mempunyai kaitan dengan bahasa Cina dan Jepun
Tidak mendapat sambutan meluas
Bukti-bukti linguistik
Perbendaharaan kata pada tahap Proto Melayu Polinesia yang dipertuturkan di kawasan-kawasan tertentu di Filipina mengandungi beberapa istilah ekonomi tropika yang tidak terdapat pada peringkat awal penyebaran (di bahagian utara kawasan Formosa dan Taiwan)
Menurut Blust – istilah seperti keladi, pisang, sagu dan kelapa menunjukkan bahawa penutur Austronesia yang menyebar ke kawasan selatan ini semakin menjauhi penanaman padi iaitu tanaman yang hanya sesuai ditanam di kawasan latitud sub-tropika seperti di Taiwan pada ketika itu.
Para penutur Austronesia menghadapi perubahan cuaca dan iklim apabila berhijrah dari Taiwan ke Filipina dan kawasan selatan lain yang beriklim khatulistiwa
Sebab itulah mereka tidak mempunyai tradisi penanaman bijirin dalam aktiviti ekonomi mereka khususnya di Melanesia Barat yang beriklim khatulistiwa
Tetapi penutur ini yang ke Jawa dan tenggara Indonesia yang hampir tropika – menjadikan mereka ada tradisi tanam padi.
Bellwood – sokong pandangan ini – penyebaran austronesia yang
masuk ke Asia Tenggara mungkin menggabungkan ekonomi pertanian, perikanan dan pengumpulan hasil hutan
Brosius – bila mana penutur ini masuk ke kawasan pedalaman Borneo
(hutan hujan) di sana mereka ada bekalan sagu yang banyak
Beberapa kelompok yang sudah terbiasa dengan ekonomi memburu dan kumpul – tergoda untuk beralih ke hulu.
Menyebabkan wujud istilah-istialh baru yang memperlihatkan mereka semakin jauh daripada kegiatan menanam padi yang diamalkan semasa di Taiwan dahulu
Tanaman ubi-ubian dan buah-buahan lebih sesuai di kawasan latitud khatulistiwa
Bermakna faktor persekitaran merupakan faktor penting membawa perubahan corak ekonomi - istilah
Bukti Arkeologi
Zaman Neolitik di Taiwan seawal 4000-3000 BC
Ciri-ciri Neolitiknya ada persamaan dengan yang ditemui di selatan China
Tsang 1992 – tinggalan arkeologi di Taiwan itu dibawa oleh satu kumpulan kecil yang mengamalkan aktiviti pertanian di selatan China dan menyebarangi selat Formosa dan Fujian ke Taiwan.
Ciri-ciri artifak tersebut ialah:
1) tembikar bercorak hias tanda tali
2) beliung batu bergilap
3) mata tombak batu.
Bukti-bukti lainBukti pollen / debunga menunjukkan bahawa penanaman padi
telah hadir seawal 3000 BC di Taiwan
Tembikar tanpa pola hias, bukti pemeliharaan babi juga ditemui di pinggir laut dan beberapa kawasan di Filipina, Sulawesi, Utara Borneo, Halmahera hingga ke Timur Timor berusia 2500-1500 BC
Kajian sejarah debunga di tanah tinggi barat Jawa menunjukkan bahawa ada pembersihan kawasan secara intensif untuk pertanian pada 2000 BC dan mungkin lebih awal. – Flenly 1988
Buah-buah tropika dan ubi-ubian lebih cenderung ditanam – banyak dalam kosa kata Melayu Polinesia
Pawley & Blust – kesepadanan bunyi menunjukkan dengan jelas bahawa tradisi budaya kebendaan seperti tembikar, alat pertanian, alat perikanan dan lain-lain terus berlanjutan serta tidak pernah hilang dari kelompok Austronesia yang tersebar.
Penyebaran penutur bahasa Austronesia
Blust – bermula dari Taiwan – Filipina – Borneo dan Sulawesi
Sekumpulan penutur berpindah ke selatan dan barat iaitu Jawa, Tanah Melayu dan Sumatera
Sekumpulan yang lain tersebar ke timur iaitu Oceania.
Blust – pembentukan kelompokBahasa Formosan – terdiri daripada 3 sub keluarga
utama atau lebih
Bahasa Melayu Polinesia – semua bahasa di luar Formosa terdiri daripada 2 sub keluarga besar;
a) Bahasa Melayu Polinesia Barat (BMPB)
b) Bahasa Melayu Polinesia Timur dan Tengah (BMPTT)
a) Terdiri daripada – Filipina, Vietnam, Madagaskar, Malaysia, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi, Bali, Lombok, Sumatera Barat dan 2 bahasa di Palawan, Palau dan Chamoro
a) 2 sub kelompok – timur dan tengah Timur – bahasa-bahasa Halmahera, kepulauan pasifik Tengah – Sunda kecil dari Sumbawa timur dan Maluku
kecuali Halmahera.
Teori penyebaran
1. Berasal dari Tanah Besar, Selatan China
2. Berasal dari Borneo – Iban dan Dayak
Teori yang popular ialah – dari China ke Taiwan – kepulauan.
Ada teori – tahap Pra-Austronesia dan Proto-Austronesia seharusnya berada di Taiwan
Huraiannya – sekelompok Melayu-Polinesia bergerak secara relatif terpisah dan mungkin benar-benar terpisah ke Filipina contohnya, Luzon dengan meninggalkan para penutur bahasa-bahasa Formosan yang di tempat asalnya
Mereka kemudiannya bergerak ke selatan Filipina – Borneo – Sulawesi – Jawa – Sumatera – Malaysia – Champa.
Sekumpulan drpd mereka bergerak ke timur dan selatan memasuki Maluku, Kepulauan Sunda Kecil dan kemudian mewujudkan kelompok Bahasa Melayu Polinesia Timur – Tengah
Gerakan selanjutnya menimbulkan pemisahan kedua-dua kelompok tersebut dengan cepat melalui Halmahera dan kepulauan Bismarck ke Oceania.
Pentarikhan Rumpun Bahasa Austronesia
Pentarikhan merupakan satu ciri yang penting dalam bidang prasejarah
Penarikhan dilakukan dengan andaian bahawa perubahan kosa kata pada abad-abad yang tertentu. Contohnya dengan mengambil kira tempoh 1000 tahun
Selalunya sekolompok manusia dari sati suku yang tinggal bersama-sama dan berinteraksi antara satu sama lain akan dapat mempertahankan satu-satu bahasa yang digunakan.
Proses pemisahan daripada keluarga induk dapat dianggap satu pilihan kepada usaha penarikhan rumpun bahasa Austronesia.
Selalunya dalam masyarakat kesukuan yang sistem politiknya longgar, pemisahan seperti itu seringkali berlaku berbanding masyarakat yang lebih maju
Pemisahan dalam satu bahasa atau dialek akan lebih cepat berlaku apabila penutur kedua-dua rumpun melakukan hubungan dengan penutur bahasa yang lain seterusnya menggunakan kedua-dua bahasa sekaligus (lama dan baru)
Proses pemisahan bahasa di kawasan terpencil selalunya lebih perlahan dan hampir tidak berlaku berbanding kawasan yang lebih terbuka
Contoh; kawasan kepulauan timur dan pasifik lebih kuat mempertahankan bahasa mereka berbanding di tanah besar
Pemisahan bahasa yang lambat juga lazimnya berlaku di kawasan daratan yang luas tetapi hanya dihuni oleh satu masyarakat yang menuturkan satu bahasa sahaja. Contoh; di Madagaskar.
Gejala dwi-bahasa sebenarnya tidak mengakibatkan penyeragaman bahasa atau tersebar luas sebaliknya melancarkan proses peragaman
Dalam situasi yang mengakibatkan komunikasi secara meluas – kadang-kadang akan terhalang oleh jarak tetapi tidak terputus.
Perbezaan pemisahan akan terjadi perlahan-lahan sehingga tidak terasa kecuali rantai perhubungan tersebut diputuskan oleh pengembangan kelompok-kelompok di dalamnya atau kelompok bahasa yang lain masuk ke dalam kelompok bahasa tersebut.
Cth. Unsur-unsur sanskrit masuk ke dalam bahasa Melayu.
Banyak kawasan di Asia Tenggara dan Pasifik, New Zealand masih dihuni oleh masyarakat berdasarkan kesukuan dan cenderung mempunyai rantai jalin seperti itu.
Terdapat juga rantaian perhubungan seperti itu yang tidak akan menghentikan perubahan bahasa tetapi hanya memperlahankan perubahan bahasa.
Hal ini kerana bahasa-bahasa tersebut cenderung untuk menjadi milik bersama secara luas dan bertumpang-tindih dalam penyebarannya
Dengan itu – kadar kelajuan perubahan bahasa yang diakibatkan oleh pemisahan kelompok bahasa bergantung kepada:
i) Kekerapan komunikasi antara kelompok terpisah dengan induknya.ii) keadaan sosiolingusitikiii) kewujudan kelompok2 penutur bahasa bukan kerabat.
Keragaman yang timbul ini tidak didokumen oleh masyarakat prasejarah – sulit dalam menentukan tarikh kronologi bagi bahasa Austronesia ini.
Sekian, terima kasih…