2.2 fokus utama

3
Fokus Utama Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah Setelah menghadiri taklimat tentang Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya turut membincang dan memperoleh pendapat daripada rakan-rakan saya. Saya juga mendapatkan nasihat daripada senior saya. Dia telah menjelaskan dengan lebih lanjut dan teliti mengenai aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Ini telah membolehkan saya lebih memahami dan mengetahui tentang Pengalaman Berasaskan Sekolah dan saya berkeputusan membuat fokus utama terhadap sukatan pelajaran, pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran, aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah, persekitaran sekolah, sumber pengajaran dan pembelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Dalam unsur pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran, saya akan mengkaji dari segi apa yang cikgu mengajar dalam kelas, teknik pengajaran yang digunakan dan lain- lain lagi. Selain itu, saya juga perlu memerhatikan sama ada murid- murid dapat menguasai pembelajaran (keberkesanan pengajaran), penumpuan dalam aktiviti pembelajaran (menarik minat) dan sebagainya. Seterusnya, fokus saya juga termasuk aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Aktiviti di dalam bilik darjah seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kelas jasmani teori, mesyuarat persatuan, perbincangan kumpulan, ceramah-ceramah dan lain-lain lagi. Manakala aktiviti di luar bilik darjah adalah Pendidikan Jasmani, aktiviti sukan, kokurikulum, gotong-royong, lawatan dan lain-lain aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah. Persekitaran sekolah akan saya mengkaji dari segi iklim, budaya, geografi, sejarah, keceriaan, kebersihan dan alam sekitarnya. Sesebuah sekolah yang menyediakan suasana belajar yang baik akan membantu murid-murid dalam pembelajaran dan membentuk individu yang mempunyai sahsiah murni. Tujuan fokus ini adalah memastikan sekolah sama ada mempunyai suasana belajar yang baik untuk murid-murid. Di samping itu, sumber pengajaran dan pembelajaran juga akan saya memfokuskan dari segi sumber maklumat pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Begitu juga, kemahiran mengajar/strategi pengajaran dan pembelajaran akan saya memerhatikan dan

Transcript of 2.2 fokus utama

Page 1: 2.2 fokus utama

Fokus Utama Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Setelah menghadiri taklimat tentang Pengalaman Berasaskan Sekolah,

saya turut membincang dan memperoleh pendapat daripada rakan-rakan

saya. Saya juga mendapatkan nasihat daripada senior saya. Dia telah

menjelaskan dengan lebih lanjut dan teliti mengenai aktiviti Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS). Ini telah membolehkan saya lebih memahami

dan mengetahui tentang Pengalaman Berasaskan Sekolah dan saya

berkeputusan membuat fokus utama terhadap sukatan pelajaran,

pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran, aktiviti di dalam dan di

luar bilik darjah, persekitaran sekolah, sumber pengajaran dan pembelajaran

dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

Dalam unsur pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran,

saya akan mengkaji dari segi apa yang cikgu mengajar dalam kelas, teknik

pengajaran yang digunakan dan lain-lain lagi. Selain itu, saya juga perlu

memerhatikan sama ada murid-murid dapat menguasai pembelajaran

(keberkesanan pengajaran), penumpuan dalam aktiviti pembelajaran

(menarik minat) dan sebagainya. Seterusnya, fokus saya juga termasuk

aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Aktiviti di dalam bilik darjah seperti

aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kelas jasmani teori, mesyuarat

persatuan, perbincangan kumpulan, ceramah-ceramah dan lain-lain lagi.

Manakala aktiviti di luar bilik darjah adalah Pendidikan Jasmani, aktiviti sukan,

kokurikulum, gotong-royong, lawatan dan lain-lain aktiviti yang dijalankan di

luar bilik darjah.

Persekitaran sekolah akan saya mengkaji dari segi iklim, budaya,

geografi, sejarah, keceriaan, kebersihan dan alam sekitarnya. Sesebuah

sekolah yang menyediakan suasana belajar yang baik akan membantu murid-

murid dalam pembelajaran dan membentuk individu yang mempunyai sahsiah

murni. Tujuan fokus ini adalah memastikan sekolah sama ada mempunyai

suasana belajar yang baik untuk murid-murid. Di samping itu, sumber

pengajaran dan pembelajaran juga akan saya memfokuskan dari segi sumber

maklumat pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar dan

Page 2: 2.2 fokus utama

sebagainya. Begitu juga, kemahiran mengajar/strategi pengajaran dan

pembelajaran akan saya memerhatikan dan mengkaji serta mempelajari

supaya saya dapat melengkapkan diri sebelum menjadi seorang cikgu.

Selain itu, saya juga perlu memberi fokus kepada tugasan PBS

berkaitan dengan Perkembangan Kanak-kanak yang telah diberi oleh

pensyarah saya. Saya perlu membuat penyelidikan terhadap murid-murid di

SRJK (c) Sey Wah tentang faktor baka dan persekitaran yang mempengaruhi

perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial-emosi dan kendiri kanak-kanak

di sekolah.

Fokus utama yang telah dirancangkan dan ditentukan mungkin akan

mengalami sedikit perubahan kerana sebab-sebab tertentu, tetapi saya akan

berusaha melaksanakannya dengan baik supaya matlamat saya dan tujuan

Pengalaman Berasaskan Sekolah dapat tercapai.

Tujuan Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Setiap tugasan/projek yang diberikan adalah mempunyai tujuan dan

ertinya tersendiri, begitu juga dengan tugasan Pengalaman Berasaskan

Sekolah yang diberikan mempunyai tujuan seperti berikut:

kemahiran dokumentasi dan pengetahuan melalui pengalaman dalam

Pengalaman Berasaskan Sekolah.

Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah dan mentor

untuk menilai.

Perkembangan profesionalisme pelajar.

Memberi ruang kepada pelajar membuat refleksi dan mendapat

pengetahuan dan pengalaman baru.

Membudayakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen secara

sistematik dan profesional.

Dengan cara pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi

dengan guru dan komuniti sekolah, guru pelatih dapat lebih memahami

tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk

Page 3: 2.2 fokus utama

menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran.

Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah, dapat kami memperoleh

pengetahuan dan pengalaman yang “bernilai”. Ini akan membantu kami

menjadi seorang guru yang lebih baik dari pelbagai segi dan dapat

melaksanakan serta mencapai prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.