26_keracunan_makanan

13
KITABOLEH MENGELAKKANNYA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Diterbitkan oleh Bahagian Kawalan Mutu Makanan KKM Dengan Kerjasama JICA Diterbitkan oleh: Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Laman Web: http://fsq.gov.my • Tel: 603-8883 3558

description

poster tentang keracunan makanan

Transcript of 26_keracunan_makanan

  • KITABOLEHMENGELAKKANNYA

    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

    Diterbitkan oleh Bahagian Kawalan Mutu MakananKKM Dengan Kerjasama JICA

    Diterbitkan oleh:Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan,Kementerian Kesihatan Malaysia.Laman Web: http://fsq.gov.my Tel: 603-8883 3558

  • 1Keracunan Makanan-Kita Boleh Mengelakkannya

    Apakah itu keracunanmakanan?

    eracunan makanan adalah penyakit yang berlaku akibat memakan makanan yang tercemar. Makanan dikatakan tercemar jika ia

    mengandungi sesuatu benda atau bahan yang tidak seharusnya berada didalamnya.

    K

    Tiga jenis pencemaran makanan utama

    Biologikal - bakteria, fungsi(kulat dan yis) dan virus.

    Kimia - racunserangga, racunrumpai, bahanpencuci kimia,aditif makananseperti pengawetyang berlebihan.

    Fizikal - bendaatau bahan asingseperti rambut,cebisan kaca, pakudan lain-lain.

    12

    3

    Project2 12/18/12 9:37 AM Page 1

  • 2 Kementerian Kesihatan Malaysia

    Punca-punca keracunanmakanan

    Punca utama berlakunya keracunan makanan adalah dengan memakanmakanan atau meminum minuman yang :

    Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti sesetengah jenis kulat, cendawan, makanan laut (shellfish) dan sebagainya

    Tercemar oleh kuman yang berbahaya Tercemar oleh bahan-bahan kimia Tercemar oleh bahan-bahan/ bendasing

    Project2 12/18/12 9:37 AM Page 2

  • 3Keracunan Makanan-Kita Boleh Mengelakkannya

    Gejala yang dialami berbeza dari seorang ke seorang yang lain danbergantung kepada :

    Jenis racun atau jenis bakteria Jumlah racun atau bakteria yang termakan Umur seseorang Ketahanan seseorang

    Biasanya tanda-tanda dan gejala mulai timbul beberapa jam selepas memakanmakanan yang tercemar tau beberapa hari kemudiannya.

    Tanda-tanda dan gejala

    Tanda-tanda dan gejala keracunan

    Kadangkala demam dan dehidrasi

    Cirit birit

    Loya dan muntah Memulas dan sakit perut

    Project2 12/18/12 9:37 AM Page 3

  • 4 Kementerian Kesihatan Malaysia

    Pengendali Makanan

    Mengapa ia berlaku

    Tidak mengamalkan kebersihan diri ketika menyedia, menghidang dan menjual makanan.

    Mengamalkan kelakuan/ amalan buruk seperti merokok, berbual-bual, bersin ke arah makanan, meludah merata-rata semasa menyedia dan menjual makanan.

    Project2 12/18/12 9:37 AM Page 4

  • 5Keracunan Makanan-Kita Boleh Mengelakkannya

    Tidak mengendahkan kebersihan persekitaran luar dan dalam premis makanan.

    Membiarkan makanan terdedah kepada serangga/ haiwan lain dan pencemaran fizikal.

    Menggalakkan amalan pelanggan mengambil sendiri makanan tanpa kawalan atau layan diri oleh pelanggan.

    Project2 12/18/12 9:37 AM Page 5

  • 6 Kementerian Kesihatan Malaysia

    Bagaimana pengguna bolehmengelakkan keracunan makanan?

    Keracunan makanan dapat dielakkanapabila pengguna secara bijakmenuntut hak-hak mereka untuk :

    Memilih makanan yang dijual oleh pengendali makanan yang mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran.

    Project2 12/18/12 9:37 AM Page 6

  • 7Keracunan Makanan-Kita Boleh Mengelakkannya

    Tidak melanggani premis makanan yang kotor dan yang tidak mematuhi peraturan kebersihan.

    Melaporkan kepada Pejabat Kesihatan/ Pihak Berkuasa Tempatan tentang pengendali makanan yang tidak mematuhi peraturan kebersihan makanan.

    Tidak menggunakan atau memakan makanan dalm tin atau paket jika :- Tin kemek atau karat- Paket bocor- Gelembong- Rosak dalm apa jua bentuk- Tamat tempoh penggunaan

    Project2 12/18/12 9:37 AM Page 7

  • 8 Kementerian Kesihatan Malaysia

    Bagaimana mencegahkeracunan makanan?

    Cara yang paling baik dan berkesan untuk mencegah kejadian keracunanmakanan adalah dengan melindungi makanan dari tercemar dan mengawasipunca-punca pencemaran seperti berikut :

    Manusia (pengendali makanan)1

    Mengelakkan amalan buruk seperti merokok, mengorek hidung dan telinga serta menggaru kepala atau bahagian-bahagian lain pada badan/ semasa mengendalikan makanan.

    Sentiasa mengamalkan kebersihan dan kesihatan diri supaya tidak menjadi punca jangkitan kepada orang lain.

    Membasuh tangan secara teliti terutama selepas ke tandas, memegang bahan mentah, mengangkut sampah sarap atau sisa makanan.

    Menjaga kebersihan persekitaran di dalam dan luar premis. Memastikan peralatan yang rosak, sumbing atau retak tidak

    digunakan lagi. Sentiasa tudung makanan yang dihidang. Tidak menyediakan makanan terlalu awal.

    Project2 12/18/12 9:37 AM Page 8

  • 9Keracunan Makanan-Kita Boleh Mengelakkannya

    Bahan mentah2

    Bahan-bahan mentah, terutama daging atau hasilnya harus disimpan pada suhu yang rendah (

  • 10 Kementerian Kesihatan Malaysia

    Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong (chopping board) yang berasingan untuk mengelakkan pencemaran silang.

    Cuci bahan mentah dengan teliti untuk mengeluarkan kekotoran atau bendasing pada permukaannya.

    Basuh tangan secara teliti setelah memegang bahan mentah seperti daging mentah sebelum mengendali makanan yang sedia dimakan seperti kuih-muih dan salad.

    Project2 12/18/12 9:37 AM Page 10

  • 11Keracunan Makanan-Kita Boleh Mengelakkannya

    Serangga dan Haiwan3

    Makhluk perosak seperti lalat, lipas, tikus, burung dan binatang peliharaan adalah pembawa habuk, kekotoran dan bakteria.

    Kawalan serangga dan haiwan ini akan membantu mengurangkan pencemaran makanan secara berkesan.

    Bekalan air4

    Jika air yang digunakan tidak diperolehi secara langsung dari sumber utama (contohnya dari tangki yang terdedah atau menggunakan sambungan paip getah), pencemaran boleh berlaku melalui kebocoran ini.

    Project2 12/18/12 9:37 AM Page 11

  • 12 Kementerian Kesihatan Malaysia

    Sisa dan Bahan Buangan5

    Bahan buangan mengandungi makanan yang sedang mereput, sisa kulit kupasan dan bahan organik yang menjadi sumber bakteria hidup dan membiak dengan mudah.

    Bekas sisa dan sampah-sarap yang terdedah atau melimpah akan menarik haiwan dan serangga perosak seperti tikus, burung, lalat dan lipas.

    Project2 12/18/12 9:37 AM Page 12

    Layout 1