3.Langkah 1 Borang Refleksi

5
Langkah 1 - Refleksi Maksud: Berfikir secara reflektif terhadap kemahiran dan pengetahuan serta matlamat sebagai seorang guru/pemimpin sekolah untuk peningkatan prestasi. Cadangan Persoalan Utama: 1. Sejauh manakah saya memahami tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang guru/pemimpin sekolah? Apakah peranan saya sebagai seorang guru/pemimpin sekolah? Adakah saya telah memenuhi tugas dan tanggungjawab saya dengan sebaiknya? Adakah saya rasa bertanggungjawab terhadap keberhasilan murid di kelas/sekolah saya? Apakah lagi yang perlu saya lakukan untuk memastikan tugas dan tanggungjawab saya memenuhi keperluan

description

Langkah 1 Borang Refleksi

Transcript of 3.Langkah 1 Borang Refleksi

3.Langkah 1 Borang Refleksi.docx

Langkah 1 - Refleksi

Maksud: Berfikir secara reflektif terhadap kemahiran dan pengetahuan serta matlamat sebagai seorang guru/pemimpin sekolah untuk peningkatan prestasi.

Cadangan Persoalan Utama:

1. Sejauh manakah saya memahami tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang guru/pemimpin sekolah? Apakah peranan saya sebagai seorang guru/pemimpin sekolah? Adakah saya telah memenuhi tugas dan tanggungjawab saya dengan sebaiknya? Adakah saya rasa bertanggungjawab terhadap keberhasilan murid di kelas/sekolah saya? Apakah lagi yang perlu saya lakukan untuk memastikan tugas dan tanggungjawab saya memenuhi keperluan pendidikan?

2. Sejauh manakah kemahiran dan pengetahuan sedia ada saya (sebagai guru/pemimpin sekolah) menyumbang kepada pembelajaran murid? Apakah falsafah saya berkaitan pembelajaran murid? Apakah teori praktikal/amalan pedagogi/kepimpinan intruksional saya yang telah membantu murid belajar? Adakah pengetahuan dan kemahiran saya berkaitan pedagogi/ kepimpinan instruksional mencukupi untuk memenuhi aspirasi murid?

3. Sejauh manakah sumbangan saya (sebagai guru/pemimpin sekolah dalam mewujudkan persekitaran sosioemosi dan fizikal yang kondusif untuk mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid? Adakah saya mengamalkan budaya penyayang di kelas/sekolah saya? Adakah saya memberi tumpuan terhadap murid saya yang mempunyai pelbagai kebolehan/keperluan secara adil? Adakah saya memberi penekanan terhadap pencapaian murid dalam pengurusan kelas/sekolah saya? Adakah saya sentiasa peka terhadap keperluan fizikal dan emosi murid saya?

4. Apakah kekuatan dan cabaran saya dalam pengajaran/kepimpinan saya? Apakah yang telah saya pelajari melalui pengalaman, kelayakan dan latihan yang telah diikuti? Apakah yang dapat saya manfaatkan? Aspek manakah yang perlu saya fokus secara khusus?

5. Apakah matlamat saya dalam melaksanakan tugas saya sebagai seorang guru/pemimpin sekolah? Apakah pencapaian saya sebagai guru/pemimpin sekolah? Apakah hala tuju saya? Apakah harapan saya? Apakah perubahan yang saya inginkan? Apakah prioriti saya? Adakah matlamat saya sebagai guru/pemimpin sekolah sesuai dengan matlamat sekolah dan aspirasi murid?

REFLEKSI Catatkan refleksi anda bagi persoalan yang dicadangkan

PERSOALANREFLEKSI

1. Tugas dan tanggungjawab saya

2. Pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya

3. Sumbangan saya

4. Kekuatan dan cabaran

5. Matlamat saya