4. Cadangan Penambahbaikan Berdasarkan Model

13
5.0 Cadangan Penambahbaikan bagi Memantapkan Pengurusan Bilik Darjah Berdasarkan Model Pengurusan Kelompok Kounin Kita tidak dapat menafikan bahawa tugas pengurusan bilik darjah bukan sesuatu yang mudah dilaksanakan tanpa pengetahuan tentang model-model pengurusan bilik darjah yang baik. Sebagai seorang guru yang ingin mewujudkan pengurusan bilik darjah yang berkesan harus mendalami model-model pengurusan bilik darjah serta menguasai cara-cara pelaksanaannya dengan baik. Dalam konteks ini, saya akan memberi fokus kepada cadangan pengurusan disiplin bilik darjah menggunakan Model Pengurusan Kelompok Kounin. Hal ini demikian kerana saya mendapati bahawa kedua-dua kelas 4E dan kelas pemulihan yang telah saya bincangkan di atas mempunyai masalah tingkah laku yang ringan. Pada harapan saya, jika masalah-masalah ini boleh ditangani dengan mengaplikasikan Model Pengurusan Kelompok Kounin, murid-murid dari kedua-dua kelas ini akan lebih berdisiplin, membuat kerja dengan tertib dan bertingkah laku baik. 5.1 Model Pengurusan Kelompok Kounin Untuk makluman semua, Jacob Kounin, seorang pakar Psikologi Pendidikan merupakan pelopor Model Pengurusan Kelompok Kounin. Fokus kajian beliau ialah bagaimana cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan PdP boleh mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah. Dengan erti kata lain, beliau berpandangan bahawa keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti oleh guru dalam pengurusan bilik darjah (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2014). Terdapat 4 elemen penting yang ditekankan oleh Kounin dalam Model Pengurusan Kelompok iaitu: 25

description

NN

Transcript of 4. Cadangan Penambahbaikan Berdasarkan Model

Page 1: 4. Cadangan Penambahbaikan Berdasarkan Model

5.0 Cadangan Penambahbaikan bagi Memantapkan Pengurusan Bilik Darjah Berdasarkan Model Pengurusan Kelompok Kounin

Kita tidak dapat menafikan bahawa tugas pengurusan bilik darjah bukan

sesuatu yang mudah dilaksanakan tanpa pengetahuan tentang model-model

pengurusan bilik darjah yang baik. Sebagai seorang guru yang ingin mewujudkan

pengurusan bilik darjah yang berkesan harus mendalami model-model pengurusan

bilik darjah serta menguasai cara-cara pelaksanaannya dengan baik.

Dalam konteks ini, saya akan memberi fokus kepada cadangan pengurusan

disiplin bilik darjah menggunakan Model Pengurusan Kelompok Kounin. Hal ini

demikian kerana saya mendapati bahawa kedua-dua kelas 4E dan kelas pemulihan

yang telah saya bincangkan di atas mempunyai masalah tingkah laku yang ringan.

Pada harapan saya, jika masalah-masalah ini boleh ditangani dengan

mengaplikasikan Model Pengurusan Kelompok Kounin, murid-murid dari kedua-dua

kelas ini akan lebih berdisiplin, membuat kerja dengan tertib dan bertingkah laku

baik.

5.1 Model Pengurusan Kelompok Kounin

Untuk makluman semua, Jacob Kounin, seorang pakar Psikologi Pendidikan

merupakan pelopor Model Pengurusan Kelompok Kounin. Fokus kajian beliau ialah

bagaimana cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan PdP boleh mempengaruhi

tingkah laku murid di sekolah. Dengan erti kata lain, beliau berpandangan bahawa

keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan

penyeliaan yang teliti oleh guru dalam pengurusan bilik darjah (Haliza Hamzah dan

Joy Nesamalar Samuel, 2014). Terdapat 4 elemen penting yang ditekankan oleh

Kounin dalam Model Pengurusan Kelompok iaitu:

25

Model Pengurusan Kelompok

Kounin

Withitness

Overlapping(pertindihan)

Ripple effect(kesan gelombang)

Pengurusan pergerakan

Rajah 5: Empat elemen dalam Model Pengurusan Kelompok Kounin

Page 2: 4. Cadangan Penambahbaikan Berdasarkan Model

5.2 Cadangan Penambahbaikan Pengurusan Bilik Darjah untuk Kelas Arus Perdana dan Kelas Pemulihan

Situasi 1Dalam kelas 4E, terdapat seorang murid lelaki, Tan

yang bertingkah laku nakal di dalam kelas. Pada waktu

Pendidikan Seni, cikgu mereka Cik Ting menyuruh mereka

menggunakan benang bulu untuk membelitkan botol air.

Namun, Tan tidak membuat tugasan dengan betul,

sebaliknya, dia bersikap nakal dengan menarik benang bulu

sepanjang yang boleh. Namun, Cik Ting mengabaikan

perbuatannya begitu sahaja. Hal ini menyebabkan murid-

murid lain turut mengikut perbuatannya kerana sifat kanak-

kanak yang suka meniru dan suka bermain.

Cadangan Penambahbaikan: Kesan Gelombang

Saya mencadangkan Cik Ting supaya memberi teguran atau tindakan

terhadap Tan supaya turut memberi kesan kepada murid-murid lain di dalam bilik

darjah untuk membuat tugasan dengan betul. Hal ini demikian kerana jika Cik Ting

memberikan teguran dan tindakan disiplin kepada Tan seperti berdiri di hadapan

kelas, pada masa yang sama murid-murid lain juga mengambil iktibar daripada

tindakan tersebut. Maka, mereka tidak akan mencontohi perbuatan Tan kerana

tidak ingin dikenakan tindakan oleh guru mereka.

Selain itu, saya juga beranggapan bahawa Cik Ting harus memberitahu

Tan dengan jelas dan spesifik apakah tingkah lakunya yang perlu dibetulkan

olehnya. Contohnya, Cik Ting boleh menegur bahawa “Tan, jangan bermain

dengan benang bulu, duduk di kumpulan kamu dan membelitkan benang bulu pada

botol air dengan kemas. Jika kamu tidak membuat tugasan dengan betul, saya

akan suruh kamu berdiri di penjuru kelas, saya memang akan melakukannya”.

Dengan ini, Tan boleh mengetahui salah lakunya dengan jelas dan memahami

akibat kepada salah saku tersebut. Seandainya Cik Ting menegur Tan dengan

serius dan tegas, saya yakin bahawa teguran tersebut juga akan mendatangkan

kesan terhadap murid-murid lain dan masalah tingkah laku di dalam kelas dapat

26

Page 3: 4. Cadangan Penambahbaikan Berdasarkan Model

dikurangkan.

Situasi 2Dalam kelas 4D, apabila Puan Tiong

sedang menulis pada papan putih, seorang murid

perempuan, Chua telah bangun dan berlari ke

kerusi kosong yang lain. Namun, Puan Tiong tidak

perasan perkara itu kerana beliau berada dalam

posisi yang membelakangkan murid. Pergerakan

Chua telah mengganggu murid-murid lain yang

ingin menyalin maklumat penting pada papan putih.

Cadangan Penambahbaikan: Withitness

Dalam situasi ini, saya berpendapat bahawa perkara yang berlaku di dalam

bilik darjah ini harus ditangani sebelum menjadi masalah disiplin. Saya

mencadangkan Puan Tiong supaya melatih diri mempunyai kesedaran dan

kepekaan dalam mengawasi pergerakan di dalam bilik darjah pada setiap masa.

Dengan erti kata lain, Puan Tiong harus peka akan setiap tingkah laku murid di

dalam bilik darjah, seakan-akan ada mata di belakang beliau. Dengan ini, beliau

boleh mengawasi tingkah laku murid walaupun pada ketika itu beliau sedang

menulis pada papan putih dalam posisi yang membelakangkan murid. Dengan

kepekaan ini, beliau berupaya menjangka masalah yang akan timbul seperti Chua

akan mengganggu murid-murid lain dan beliau dapat menangani masalah tersebut

daripada menjadi lebih serius.

27

Page 4: 4. Cadangan Penambahbaikan Berdasarkan Model

Situasi 3 Puan Yong mengedarkan lembaran kerja

kepada murid-muridnya di kelas 5B. Beliau

menentukan peraturan bahawa murid-murid yang

telah menyiapkan lembaran kerja boleh duduk di

atas kerusi manakala murid-murid yang belum

menghabiskan soalan pada lembaran kerja harus

berdiri sehingga menyelesaikannya. Sementara

Puan Yong menunggu murid-murid yang masih

membuat lembaran kerja, beliau berdiri statik di

hadapan kelas, menyebabkan murid-murid yang

telah menyelesaikan soalan lembaran kerja mula

bersembang dengan kawan kerana berasa bosan.

28

Page 5: 4. Cadangan Penambahbaikan Berdasarkan Model

Cadangan Penambahbaikan: Pertindihan

Cadangan saya kepada Puan Yong untuk mengawal bilik darjahnya adalah

menggunakan kemahiran pertindihan iaitu menangani lebih daripada satu situasi

dengan serentak. Contohnya, semasa menunggu murid-murid lain menyelesaikan

tugasan, Puan Yong boleh berjalan ke depan, belakang, kiri dan kanan bilik darjah

untuk menyemak jawapan murid-murid yang telah menyiapkan lembaran kerja.

Pada masa yang sama, Puan Yong boleh memberi teguran kepada murid-murid

yang sedang bersembang, misalnya “Jane, semak jawapan kamu, nanti cikgu akan

menyemak lembaran kerja kamu. Lee, berhenti bercakap dengan Jane, habiskan

soalan yang cikgu edarkan itu”. Dengan ini, Puan Yong boleh mengawal dan

menguruskan bilik darjah dengan baik dan murid-murid tidak akan duduk di tempat

masing-masing berbual-bual dengan kawannya.

Situasi 4 Oleh sebab Cik Lim merupakan guru yang

baru mula mengajar, kadang-kala beliau tersekat-

sekat dalam penyampaian pengajaran dan arahan

yang diberikan oleh beliau pula kadang-kala kurang

difahami oleh murid. Oleh itu, murid-murid kelas 1E

kelihatan bosan dan tidak memberi perhatian

semasa Cik Lim sedang mengajar.

Terdapat murid-murid yang asyik

menengok ke sana sini, berlari ke tempat duduk

orang lain dan menguap di dalam bilik darjah.

Suasana di dalam bilik darjah kurang meriah dan

murid-murid kerap berkhayal serta tidak

menumpukan perhatian kepada pengajaran Cik Lim.

Cadangan Penambahbaikan: Pengurusan Pergerakan – Kelancaran

29

Page 6: 4. Cadangan Penambahbaikan Berdasarkan Model

Bagi saya, Cik Lim boleh memperbaiki keberkesanan pengajarannya dengan

meningkatkan kelancaran pengajaran untuk mengawal tingkah laku murid di dalam

bilik darjah. Hal ini demikian kerana aktiviti PdP yang tidak lancar dan tertangguh

telah menyumbang kepada keberangkalian untuk salah laku (tidak menumpukan

perhatian dalam PdP) berlaku dengan lebih kerap kerana murid tidak bermotivasi

untuk meneruskan pembelajaran. Maka alternatif mereka adalah dengan

melakukan pelbagai perkara di luar aktiviti yang ditetapkan oleh Cik Lim. Jika Cik

Lim mengurangkan penerangan yang meleret dan fragmentasi, murid-murid akan

lebih tertarik kepada pengajaran beliau sehingga tidak melakukan perkara-perkara

lain di dalam bilik darjah.

30

Page 7: 4. Cadangan Penambahbaikan Berdasarkan Model

Situasi 5 Dalam kelas pemulihan, Cik Tien

memulakan pengajaran dengan menayangkan video

bagi menarik perhatian murid. Oleh itu, mula-

mulanya, murid-murid tidak berasa bosan kerana Cik

Tien mengambil kira minat mereka dan video Upin

Epin yang ditayangkan amat menyeronokkan.

Namun, perancangan Cik Tien tentang isi

pembelajaran kurang mengikut tahap kebolehan

murid. Aktiviti yang dilaksanakan oleh beliau agak

mencabar minda murid-murid kelas pemulihan. Maka

berlakunya keadaan bahawa murid-murid tidak tahu

menjawab soalan yang dikemukakan oleh Cik Tien.

Oleh sebab itu, kelicinan pelaksanaan PdP dengan

perkembangan pengajaran yang lancar daripada

satu bahagian kepada bahagian yang lain

dipengaruhi.

Walaupun murid-murid kelas pemulihan

tidak menunjukkan salah laku yang serius, tetapi

mereka telah hilang fokus selepas 30 minit PdP.

Cadangan Penambahbaikan: Pengurusan Pergerakan – Momentum

Cik Tien telah membuat percubaan yang baik dengan menayangkan video

untuk menarik perhatian murid pada peringkat set induksi. Namun, pengajaran

beliau boleh dipertingkatkan lagi dengan merancang isi pembelajaran yang sesuai

dengan tahap kebolehan murid-murid. Memandangkan kelas ini merupakan kelas

pemulihan, sudah tentu murid-murid agak lemah dalam penguasaan bahasa

Melayu. Oleh itu, Cik Tien boleh menawarkan permainan seperti susun perkataan,

menunjukkan buku bergambar dan melukis pada papan putih kecil. Kepelbagaian

aktiviti seperti ini dapat mengelakkan pengajaran yang membosankan dan dapat

mengekalkan fokus murid terutamanya murid yang kurang berkeyakinan terhadap

diri sendiri kerana berprestasi kurang baik dalam bidang akademik.

31

Page 8: 4. Cadangan Penambahbaikan Berdasarkan Model

Situasi 6Sebelum meminta murid-murid kelas

pemulihan membuat latihan dalam buku kerja, Cik

Tien memberi arahan kepada murid untuk membuka

muka surat 36 (Unit 7) kemudian membuat

penerangan bahawa hanya latihan bahagian G

sahaja. Namun, semasa Cik Tien memberi

penerangan, bukan semua murid menumpukan

perhatian terhadap beliau. Oleh sebab itu, Lau

menyoal kepada Cik Tien apakah muka surat yang

perlu dibuka dan bahagian yang perlu dibuat. Cik

Tien terpaksa menerangkan sekali lagi kepada Lau

kerana dia tidak fokus kepada beliau apabila beliau

sedang membuat penerangan kepada murid-murid.

Cadangan Penambahbaikan: Pengurusan Pergerakan – Fokus Kumpulan dan Akauntabiliti

Untuk menjadi seorang guru yang berkesan, saya mencadangkan Cik Tien

supaya mendapatkan perhatian yang sepenuhnya daripada murid sebelum

memberikan arahan atau membuat penerangan. Tamsilnya, Cik Tien boleh

menggunakan wisel atau loceng sebagai tanda kepada murid untuk memberi fokus

kepada beliau kerana terdapat sesuatu maklumat penting yang ingin disampaikan.

Di samping itu, Cik Tien juga boleh selalu memanggil nama Lau untuk mengulang

pesanan beliau, menjawab soalan atau memberi penerangan kepada rakan-rakan

sekelas. Cara ini membolehkan Cik Tien mengekalkan perhatian murid dan

membuatkan murid sentiasa bersedia untuk membuat tugasan atau menjawab

soalan guru. Momentum pengajaran inilah yang membantu murid untuk bersedia

melibatkan diri dalam

aktiviti PdP.

32

Page 9: 4. Cadangan Penambahbaikan Berdasarkan Model

Menurut Robert, Jana dan Debra (2003), Jacon Kounin telah menganalisis

rakaman video 49 bilik darjah kelas pertama dan kedua untuk mengkaji tingkah laku

murid dan guru. Kesimpulan hasil kajian beliau adalah seperti berikut:

One of the primary differences between effective versus ineffective managers was not in how they handled the disruptive behaviour of students, but in the disposition of the teacher to quickly and accurately identify problem behaviour or potential problem behaviour and to act on it immediately.

Pandangan beliau ada kebenarannya kerana teguran jika dilengah-lengahkan

akan menjadi kurang berkesan. Seandainya waktu menegur ditunda-tunda, pesalah

laku akan merasa itu bukan kesalahan dan kemungkinan akan dicontoh oleh murid-

murid lain (dipetik daripada artikel Cara menegur dengan bijak, 2010).

Dengan adanya cadangan penambahbaikan pengurusan disiplin kelas arus

perdana dan kelas pemulihan SJKC Chung Hua No.2, diharapkan kawalan tingkah

laku murid kedua-dua kelas ini melalui pengaplikasian Model Pengurusan Kelompok

Kounin dapat memotivasikan murid untuk mengawal tingkah laku sendiri dengan

tujuan mengekalkan persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif.

33

Page 10: 4. Cadangan Penambahbaikan Berdasarkan Model

6.0 Rumusan

Kajian Baharin Abu dan Suzana Mamat @ Muhammad (n.d.) menyatakan

bahawa terdapat 4 aspek yang terkandung dalam Kod Etika Profesion Perguruan

yang harus dipatuhi oleh guru supaya dapat menjamin martabat profesion perguruan

dipandang mulia. 4 aspek tersebut adalah seperti berikut:

Dalam keempat-empat perkara di atas, tanggungjawab terhadap pelajar

harus menjadi fokus utama guru di dalam bilik darjah. Bagi memenuhi

tanggungjawab ini, guru mesti bersikap adil terhadap murid tanpa mengira faktor

latar belakang, bangsa dan agamanya. Kebajikan dan keselamatan murid harus

sentiasa menjadi keutamaan guru dan juga membimbing mereka di dalam bilik

darjah untuk menjadi seorang modal insan yang berdisiplin (Rossa Calla, 2015).

Seperti yang dikatakan oleh Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel

(2014), pengurusan disiplin bilik darjah yang berkesan perlu mempunyai asas

pengurusan disiplin yang kukuh. Oleh itu, guru harus mengambil langkah untuk

merancang satu bentuk pengurusan disiplin bilik darjah yang berkesan, sesuai

dengan persekitaran bilik darjah masing-masing.

Semoga semua guru boleh mendapat satu kesesuaian yang mencirikan

kepimpinan diri sendiri untuk merangka satu bentuk pengurusan yang sesuai dengan

situasi guru di dalam bilik darjah. Diharapkan guru-guru menjadi lilin yang menyala,

dan kemudian membakar dirinya, untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada

anak-anak murid demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang berilmu.

34

tanggungjaw ab kepadam urid

tanggungjaw ab kepada

ibu bapa m urid

tanggungjaw ab kepada m asyarakat

dan negara

tanggungjawab kepada rakan

sejaw at &profesion perguruan