4 Mengambar 4 Mereka Corak

14
1) Teknik Lukisan Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.

description

psv

Transcript of 4 Mengambar 4 Mereka Corak

Page 1: 4 Mengambar 4 Mereka Corak

1) Teknik Lukisan

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan

berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna

yang paling sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan

aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan. Penggunaan alat dalam

sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna,

pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton

dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa,

bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai

teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu

permukaan dari aras mudah ke aras sukar.

Page 2: 4 Mengambar 4 Mereka Corak

2) Teknik Kolaj

Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan

ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di

atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto

atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi.

Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang

berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu

komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang

berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara

‘superimpose’ di antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen

supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

Page 3: 4 Mengambar 4 Mereka Corak

3) Teknik Resis

Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar

yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam

kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan

lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Ini

menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna

dan dalam keadaan warna asal. Resis juga boleh dijalankan dengan cara

menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna

terang ke peringkat warna gelap. Teknik ini membolehkan murid meneroka

dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.

Page 4: 4 Mengambar 4 Mereka Corak

4) Teknik Gosokan

Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada

permukaan yang berjalinan. Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula

menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan

adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan

pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan

di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat

dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang

diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalin. Satu representasi yang

mengandungi salinan dibuat supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam

penggunaan jalinan dan ton.

Page 5: 4 Mengambar 4 Mereka Corak

5) Teknik Gurisan

Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan

dengan menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris

keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas

boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon

yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku

atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya

menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan

memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

Page 6: 4 Mengambar 4 Mereka Corak

1) IKATAN DAN CELUPAN

Aktiviti corak tidak terancang.

PENGENALAN

Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya

jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil.

Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi.

Haji Che Su b. Ishak adalah antara tokoh batik yang terkenal di Malaysia.

Garam digunakan sebagai bahan penyerapan.

Jenis kain yang biasa digunakan ialah kain kapas, sutera dan organza.

DEFINISI

 Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan

jahitan yang menghasilkan corak yang menarik.

ALAT DAN BAHAN IKATAN DAN CELUPAN

Kain

Tisu

Dye

Tali

Manik, batu atau bahan lain yang boleh menimbulkan lebih kesan jalinan.

Page 7: 4 Mengambar 4 Mereka Corak

2) RENJISAN DAN PERCIKAN

Aktiviti corak tidak terancang.

DEFINISI

• Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan

corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau

tiupan.

• Bentuk kreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain kognitif,

psikomotor dan afektif.

• Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak

yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni

untuk menghasilkannya.

• Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang

berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

ALAT DAN BAHAN

• Warna air

• Warna poster

• Berus warna

Page 8: 4 Mengambar 4 Mereka Corak

3) TIUPAN STRAW

DEFINISI

Tiupan straw adalah salah satu teknik dalam bidang mencorak dan

membuat rekaan

Dengan munggunakan straw warna air yang terdapat pada permukaan

kertas ditiup sehingga mendapat kesan yang diingini.

ALAT DAN BAHAN

Warna air

Warna poster

Straw

Kertas

Page 9: 4 Mengambar 4 Mereka Corak

4) LIPATAN DAN GUNTINGAN

PENGENALAN

Aktiviti lipatan dan guntingan ialah aktiviti melipat kertas  dan menggunting

mengikut corak yang dikendaki.

Kertas boleh dilipat beberapa kali atau disusun secara bertindih dan dilipat

bagi mendapatkan corak atau imej yang berulang.

Bahan-bahan yang diperlukan

1. gunting

2. gam

3. pensil tulis

4. kertas lukisan

5. kertas 'sugar paper' (boleh juga digunakan kertas kolaj atau kertas warna yang

lain)

Page 10: 4 Mengambar 4 Mereka Corak

5) CETAKAN

PENGENALAN

• Seni cetak ialah proses penghasilan karya seni melalui teknik percetakan,

biasanya di atas kertas. Kecuali dalam kes monotaip, proses ini mampu

menghasilkan salinan karya yang sama dalam jumlah banyak, yang dikenali

cetakan atau gambar teraan.

Cetakan dalam mencorak dan membuat rekaan

• Lazimnya dalam mebuat karya cetakan dalam mencorak bahan yang

digunakan ialah papan lino atau alam semual jadi yang ditebuk dan diukir seperti

kentang

• Bahan diukir dengan corak yang diingini dan dicetak di atas permukaan

yang rata.

Page 11: 4 Mengambar 4 Mereka Corak

4) LUKISAN CORAK

CATAN

PENGENALAN

-Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu di

atas permukaan.

- Komponen alat dan media yang digunakan ialah seperti cat air, cat minyak, cat

akrilik, cat gouce, cat fresko, minyak linsip, turpentin, kertas, kanvas dan berus

-Di dalam bidang mencorak dan membuat rekaan catan digunakan bagi

menghasilkan corak yang terdiri daripada penggunaan warna air.