Corak Dan Rekaan

download Corak Dan Rekaan

of 26

  • date post

    13-Aug-2015
  • Category

    Documents

  • view

    292
  • download

    7

Embed Size (px)

Transcript of Corak Dan Rekaan

1.0

Pengenalan Sebagai seorang pendidik yang memegang tanggungjawab dalam perlaksanaan

kurikulum dan program pendidikan di sekolah perlulah memastikan aspirasi sekolah dan matlamat sekolah tercapai kerana ini secara tidak langsung Falsafah Pendidikan Negara juga dapat direalisasikan. Menurut Coopes(1998) menyatakan seorang guru terutamanya guru seni yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajarannya dapat menguasai pengetahuan, teori pembelajaran dan psikologi manusia. Di mana beliau dapat mengawal dan memastikan proses pengajaran dan pembelajarannya mencapai objektif melalui penyediaan bahan pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya. Contohnya penyediaan rancangan pengajaran yang berformatkan model ASSURE (Heinich dan rakan-rakannya pada tahun 1982) iaitu langkah-langkah penyediaan rancangan pengajaran berdasarkan analisis latar belakang pelajar bagi memudahkan guru untuk menyampaikan pengajarannya dalam sesuatu mata pelajaran Menurut Prehn,1980; Daya penarik, pengetahuan, daya inspirasi, jenaka, hubungan mesra dan pengalaman bukan merupakan pengganti kepada pengajaran yang berterusan dan berkesan namun ia boleh terus dilihat melalui penghasilan sesuatu karya seni yang dihasilkan. Contohnya melalui penghasilan corak dan rekaan yang pelbagai melalui bentuk yang pelbagai, warna yang pelbagai kaedah yang pelbagai yang dapat mencerminkan luahan rasa dan persepsi murid terhadap apa yang dilalui dan dialami dalam kehidupan hariannya. Selain itu guru seni yang berpengetahuan dan berkemahiran mempunyai sifat jujur yang dapat menggalakkan pelajar berinteraksi dalam mewujudkan interaksi positif dalam pelbagai hala semasa pembelajaran berlaku. Guru yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran juga sentiasa menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang membolehkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang betul dan memudahkan mereka memahami proses pembelajaran yang dipelajari. Guru juga akan sentiasa menerapkan nilai-nilai yang baik serta murni tanpa mengabaikan budaya sedia ada yang ada pada pelajar. Melalui tugasan ini kita akan melihat peranan guru dalam menilai perlakuan seni, persepsi seni dan pengetahuan budaya pada beberapa orang pelajar bagi mencapai matlamat sekolah dan aspirasi sekolah dalam bidang corak dan rekaan.

1

2.0

Perlakuan Seni, Persepsi Seni dan Pengetahuan budaya Murid Dalam Corak dan Rekaan

Corak dan rekaan merupakan salah satu bidang yang ada dalam aktiviti seni reka untuk menghasilkan sesuatu karya seni. Corak dan rekaan boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu corak terancang dan tidak terancang. Corak Terancang Corak Tidak Terancang

Dihasilkan dengan motif yang tersusun dengan teratur dan dengan susunan yang tertentu.

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ianya boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, mengolek dan sebagainya.

Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

Teknik corak tidak terancng. 1.Pualaman

Jenis-jenis susunan 1. susunan ulang sekata 2. susunan selang-seli 3. susunan batu-bata 4. susunan bertimbal 5. susunan bertindih 6. susunan beralun 7. susunan berpusat 8. susunan orgee 9. susunan cerminan 10. susunan turun separa 11. susunan sisik ikan

2.Tiupan 3.Titisan 4. Ikatan dan celupan 5. Renjisan dan Percikan 6. Lipatan dan guntingan

Dengan menggunakan teknik,bahan dan media yang betul dan sesuai, sesuatu karya seni corak dan rekaan yang menarik akan dapat dihasilkan. Seperti corak cetakan, tiupan, kolaj, catan, mozek, resis dan banyak lagi.

2

Tujuan penghasilan corak dan rekaan adalah untuk mewujudkan ciri-ciri dari segi: a) Perlakuan seni pelajar untuk menghasilkan karya seni. b) Persepsi seni pelajar dalam sesuatu hasil karya seni. c) Pengetahuan budaya yang baru mahupun sudah lama diperolehi dan dipelajari oleh pelajar dalam penghasilan karya mahupun menilai karya.

1. PERLAKUAN SENI i) Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. ii) iii) iv) Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas. Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan. Memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni. v) vi) vii) viii) ix) x) xi) xii) xiii) xiv) Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda. Memilih jenis bahan yamg diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni. Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan. Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran. Membezakan jenis corak tertentu. Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak. Mengatur corak. Mencipta sesuatu karya seni yang digemari. Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak. Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni. xv) Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci terhadap ciptaan tersebut. 2. PERSEPSI SENI i) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan , kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak. ii) iii) iv) v) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan. Memahami dan menyedari corak di alam sekitar. Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak. Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.

3

vi) vii) viii) ix) x) xi) xii)

Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak. Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik. Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan. Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak. Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak. Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea. Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam Susana seni dan menghasilkan dengan kehidupan mereka.

xiii)

Memberikan pertimbangan estika terhadap karya seni.

3. PENGETAHUAN BUDAYA i) Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah. ii) Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional. iii) Mengenal dan membuat corak0-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian. iv) v) Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional. Menhargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.

Bidang corak dan rekaan adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang individu. Bidang ini melihat kemampuan individu terhadap aspek serta kegiatan mereka dalam membuat corak dan rekaan dengan menggunakan pelbagai media dan teknik di mana secara tidak langsung perlakuan seni itu berlaku. Contohnya melalui

penghasilan corak dan rekaan pelajar menghasilkan corak yang diperbuat daripada batang daun pisang dan membuat bentuk ikan. Dalam proses menghasilkan corak ini, pelajar dapat memilih dan mendapatkan benda-benda yang boleh memebentuk sirip ikan, ekor ikan dan juga keseluruhan bentuk ikan. Pelajar juga kreatif dalam mempelbagaikan warna bentuk ikan ini supaya pemerhati karya dapat melihat perbezaan bentuk selain warna yang pelbagai untuk mengharmonikan karya seni yang dihasilkan. Pelajar dapat melukis dan menghasilkan sifat semulajadi ikan tersebut dengan baik. Kesemua proses penghasilan corak ikan menggunakan batang daun pisang inilah yang seorang guru dapat melihat perlakuan seni pelajarnya.

4

Bidang corak dan rekaan ini juga menekankan dan mewujudkan persepsi seni pelajar melalui perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri pelajar dalam membentuk sesuatu karya yang mempunyai maksud tersendiri. Contohnya corak kolaj berbentuk jam. Berdasarkan karya tersebut berlaku persepsi seni, di mana pelajar dapat mengaplikasi asas seni reka seperti imbangan, harmoni, kepelbagaian, penegasan, kesatuan dan kontra dalam penghasilan corak. Selain itu kaitan karya tersebut terhadap keadaan persekitaran dan kehidupan seharian diterapkan pada corak yang dihasilkan iaitu bentuk jam dan pelajar juga menyedari adanya corak tertentu pada karyanya iaitu angka-angka yang berlainan bentuk. Melalui karya seni yang dihasilkan, pelajar ini dapat menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian. Selain itu pelajar yang celik seni dan menghargai budaya warisan bangsa dapat menerapkan unsur budaya yang dipelajari dan dilihat dari nenek moyang mereka, sudara mara, rakan-rakan dan seterusnya menerapkannya dalam penghasilan karya . Kesedaran terhadap alam sekitar melalui pemerhatian pelajar dan juga pengalaman serta pengetahuan budaya tersebut juga menjadi fokus utama bidang corak dan rekaan ini. Contohnya corak batik yang berunsurkan suku kaum. Pelajar yang menghasilkan karya ini menerapkan lambang suku kaumnya dalam menghasilkan corak. Pelajar dapat mengolah dan mengubah unsur-unsur tradisional ini kepada corak batik. Penggunaan warna juga berunsurkan kebudayaan kebangsaan dengan warna merah,kuning, biru dan putih. Disini kita dapat melihat pelajar yang menghasilkan karya ini menghargai lambang kebudayaan bangsanya.

5

Berdasarkan lima karya seni corak dan rekaan yang dihasilkan oleh pelajar berikut, guru dapat melihat perlakuan seni, persepsi seni dan pengetahuan budaya seseorang pelajar.

Rajah 1: Karya seni cetakan yang dihasilkan oleh Mirzi Jubilin Tahun 6 Cemerlang

4. PERLAKUAN SENI 1. Murid ini memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu iaitu untuk memberi penegasan pada sirip ikan, ekor ikan, mata ikan dan juga sisik ikan. 2. Murid ini juga mengolah, mengubah suai dan menggunakan bahan yang sama untuk menimbulkan bentuk dimana pelapah pisang digubah untuk menghasilkan bentuk corak yang berlainan, perkara ini dapat dilihat dalam penghasilan bentuk sisik, mata, sirip dan ekor ikan di mana bahan yang sama iaitu p