49948750-perkembangan-kanak-kanak(2)
-
Upload
varman-jaganadan -
Category
Documents
-
view
626 -
download
13
Transcript of 49948750-perkembangan-kanak-kanak(2)
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
1.0 PENGENALAN
Dalam cabang psikologi pendidikan, terdapatnya satu matapelajaran wajib iaitu
Perkembangan Kanak-kanak yang perlu dipelajari oleh setiap bakal guru. Ini adalah
bagi membantu kita bagi mengendalikan bilik darjah ataupun murid-murid dengan baik
dan berhemah. Bakal guru hendaklah memahirkan diri dengan menambahkan lagi ilmu
pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dari segala aspek.
Aspek-aspek ini termasuklah aspek fizikal, kognitif, emosi, individu, bahasa dan
sebagainya. Ini juga membantu guru-guru menyediakan rancangan mengajar harian
dan menggunakan kaedah-kaedah mengajar yang sesuai.
Setiap kanak-kanak normal akan mengalami perkembangan dari segi aspek
kognitif. Perkembangan kognitif memberi penekanan kepada pembinaan pemikiran
kanak-kanak termasuklah kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,
memahami, menaakul, menyelesaikan masalah, berimiginasi dan sebagainya. Secara
tidak langsung, melalui perkembangan kognitif kita dapat mengesan bakat, potensi dan
kebolehan kanak-kanak yang mungkin terpendam. Maka dengan itu, kemahiran kognitif
adalah penting untuk kelangsungan hidup individu.
Dalam tugasan kerja kursus pendek Perkembangan Kanak-Kanak ini, setiap
guru pelatih dikehendaki menjelaskan dengan terperinci konsep dan prinsip
perkembangan kanak-kanak serta faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak. Melalui kajian pemerhatian kognitif yang telah dilakukan, guru pelatih juga
hendaklah melaksanakan “ Piaget’s Conservation Tasks” ke atas dua orang kanak-
kanak yang berumur dalam lingkungan empat dan tujuh tahun dan bandingbezakan
reaksi mereka terhadap bahan ujikaji. Seterusnya, guru pelatih hendaklah
menghuraikan perkembangan kognitf kanak-kanak berdasarkan ujikaji yang telah
dilakukan. Akhir sekali, penjelasan tentang implikasi perkembangan kognitif kanak-
kanak ke atas proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dihuraikan di dalam
tugasan ini dalam bentuk esei akedemik.
1
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
2.0 KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, kanak-kanak (juga
digelarkan budak atau anak kecil) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih
belum mencapai baligh. Peringkat perkembangan manusia adalah sebagaimana
berikut: tua dewasa remaja kanak-kanak bayi. Istilah kanak-kanak adalah
berbeza dengan anak meskipun mempunyai kaitan yang sangat rapat. Manakala
perkembangan kanak-kanak merujuk kepada perubahan kualitatif biologi dan psikologi
yang berlaku kepada manusia antara kelahiran dan akhir masa remaja (zaman kanak-
kanak). Perubahan ini tidak boleh diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan
peringkat yang lebih awal. Contohnya, cara pertuturan dan kematangan.
Paul Eggan & Don Kauchak (1997) menyatakan, "...the concept of development,
the orderly, durable changes in a learner resulting from a combination of learning,
experience and maturation". Ini bermaksud konsep perkembangan dan peringkat-
peringkatnya atau perubahan yang berlaku ke atas seorang kanak-kanak atau digelar
sebagai “a learner” berlaku akbibat daripada pengalaman dirinya dan kematangan yang
diperoleh daripada pengalaman tersebut.
Pertamanya, marilah kita melihat kepada konsep perkembangan kanak-kanak.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 ), perkembangan bermaksud perihal
(proses dan sebagainya) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas,
dan sebagainya), pertumbuhan, kemajuan. Menurut Santrock ( 2008 ) perkembangan
dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi
individu yang bermula daripada peringkat percambahan hingga ke akhir hayat. Ini
bermaksud bahawa perkembangan ialah satu langkah kehadapan iaitu dari pelbagai
aspek yang melibatkan aktiviti mental yang boleh dilihat daripada lahirnya seorang bayi
hinggalah bayi itu membesar, menjadi dewasa sehingga akhir hayatnya. Ianya
merupakan satu proses yang berterusan dari lahir hingga kematangan dan akhir hayat
atau boleh dikatakan sebagai proses individu mencapai kematangan secara berterusan.
2
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
Menurut Crow & Crow (1980), perkembangan ialah perubahan secara kualitatif
serta cenderung ke arahyang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Namun menurut Karl G. Garisson (1975) pula perkembangan terhasil daripada tindakan
yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua
perkembangan ialah mengikut urutan semulajadi dan bersifat sejagat. Ianya merujuk
kepada perubahan semulajadi dan ditentukan oleh genetik.
Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara
kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang
lebih awal. Ianya bermaksud perkembangan ialah sesuatu perkara yang dapat diukur
dengan alat apa sekalipun kerana ia merupakan sesuatu yang bersifat kualitatif,
bukannya kuantitatif. Namun demikian, perubahan ini dapat dilihat dengan membuat
perbandingan sesuatu perubahan yang berlaku kepada seseorang individu dengan sifat
individu tersebut sebelumnya. Perubahan-perubahan ini boleh berlaku dalam aspek-
aspek fizikal, kognitif, sosial, emosi serta moral setiap individu.
Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah
tertentu. Misalnya, seseorang kanak-kanak akan mula mengenal objek, memberi nama
kepada objek, mengenal huruf, mengaitkan huruf dengan objek, mengenal perkataan
dan mengaitkan dengannya objek. Perkembangan berlaku secara cepat dan sukar
diramal, seperti contoh warna rambut berubah dari hitam kepada putih. Faktor yang
paling utama mempengaruhi perkembangan ialah perkembangan kanak-kanak dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek serta sosial. Kematangan dan pembelajaran adalah
antara perkara yang menyebabkan perkembangan atau perubahan yang berlaku ke
atas kanak-kanak. Ianya juga dianggap perubahan tingkah laku mental.
Susunan perkembangan kanak-kanak adalah mengikut turutan, serupa, ada
peraturannya yang tersendiri dan dapat diramal serta mengikut kadarnya yang tertentu.
Perkembangan ini juga berlaku secara berperingkat, iaitu dari peringakat yang
menyeleluruh ke peringkat tertentu. Ini bermaksud perkembangan atau perubahan itu
tidak berlaku secara mendadak-dadak, sebagai contoh, bayi yang baru lahir tidak
mungkin akan terus pandai berjalan. Begitu juga dengan kanak-kanak yang baru belajar
3
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
bertutur tidak mungkin akan terus pandai menulis. Perkembangan kanak-kanak itu
mestilah mengikut fitrah.
Seterusnya, kita pergi pula kepada prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak.
Terdapat lapan prinsip perkembangan iaitu pertamanya, perkembangan dan
pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan adalah berperaturan dan dapat
ditelah atau diramal samada pada peringkat sebelum lahir ataupun pada peringkat
sudah lahir.Terdapat dua arah perkembangan iaitu ;
a) Arah kepala ke kaki yang juga disebut sebagai sefalokandal yang mana
perubahan berlaku pada struktur dan fungsi pada bahagian kepala terlebih
dahulu kemudian diikuti bahagian belakang badan. Akhir sekali perkembangan
berlaku di bahagian kaki. Dalam fungsi pergerakan, apabila kanak-kanak
ditiarapkan, kanak-kanak itu berupaya mengangkat kepalanya terlebih dahulu
sebelum boleh mengangkat dadanya.
b) Arah tengah ke tepi yang juga disebut sebagai promiksodistal. Perkembangan
berlaku secara mendatar iaitu dari arah tengah badan menghala ke bahagian
luar badan dan ke bahagian hujung anggota. Dari segi fungsi, didapati kanak-
kanak menggunakan lengan terlebih dahulu sebelum menggunakan tangan dan
jari.
Prinsip perkembangan kanak-kanak yang kedua ialah, susunan perkembangan
adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis. Setiap kanak-kanak akan
mengikut atau mengalami corak perkembangan yang sama iaitu daripada satu
peringkat ke satu peringkat selanjutnya. Sebagai contoh, kanak-kanak perlu pandai
merangkak terlebih dahulu sebelum kanak-kanak itu dapat berdiri, dan dia perlu pandai
berdiri terlebih dahulu sebelum dia boleh berjalan.
Ketiganya, perkembangan berlaku daripada keadaan yang menyeluruh kepada
keadaan tertentu. Pada peringkat pertama iaitu selepas lahirnya seorang bayi, mereka
hanya dapat menghasilkan gerak balas dengan cara menyeluruh terhadap sesuatu
ransangan kerana setiap tulang ototnya belum matang. Sebagai contoh, apabila
4
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
seseorang bayi hendak mengambil sesuatu objek yang hampir dengannya, maka
seluruh badannya bergerak bersama-sama dengan lengan dan tangan,sedangkan jari-
jari kecilnya tidak dapat digunakannya. Ini menunjukkan bayi tersebut menghasilkan
gerak balas terhadap objek tersebut dengan cara menyeluruh. Apabila bayi itu
bertambah besar,maka ia akan dapat menggunakan jari sahaja untuk mengambil
sesuatu tanpa menggerakkan sebahagian besar anggota badannya yang lain.
Prinsip yang seterusnya pula ialah perkembangan kanak-kanak bersifat
berterusan iaitu semenjak percambahan hingga akhir hayat. Namun ia berlaku pada
tahap atau kecekapan yang berbeza-beza dan perkembangan pada peringat awal
mempengaruhi pringkat yang seterusnya. Sebagai contoh, ibu yang hamil atau
mengandungkan anaknya akan menjaga kesihatannya dan janin dengan pengambilan
makanan yang sesuai. Sebagai akibat, ini akan mempengaruhi dan menentukan sifat
bayi yang akan dilahirkan kelak.
Prinsip yang kelima pula ialah perkembangan berlaku mengikut kecepatan yang
berlainan. Perkembangan bahagian-bahagian organisma adalah tidak sama dari segi
kecepatan meskipun perkembangan organisma bersifat berterusan. Selain daripada itu,
perkembangan kecerdasan untuk sampai ke peringkat kematangan juga berbeza dari
segi umur antara seorang dengan seorang yang lain. Misalannya, sesetengah kanak-
kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan
pada umurnya 18 bulan. Ini adalah disebabkan daripada pelbagai faktor, yang akan
dibincangkan dalam bab yang seterusnya.
Selain daripada itu, antara prinsip perkembangan kanak-kanak juga ialah
perkembangan bahagian-bahagian anggota adalah saling berkaitan dan mempengaruhi
keseluruhan organisma. Ini adalah kerana perkembangan satu-satu organisma tidak
dapat dipisahkan atau mempunyai perkaitan yang amat penting dengan perkembangan
keseluruhan organisma kerana perkembangan satu-satu trait mempengaruhi satu
dengan yang lain.
Prinsip yang seterusnya pula ialah corak perkembangan berbeza antara satu
dengan yang lain. Setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangannya sendiri
5
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
walaupun susunannya serupa dengan orang lain. Oleh yang demikian, tidak semua
kanak-kanak sampai kepada titik perkembangan yang sama pada peringkat umur yang
sama. Ianya mungkin hanya melibatkan perbezaan umur yang tidak banyak. Gessel
(1949) berpendapat tidak terdapat persamaan perkembangan bagi bayi-bayi yang baru
lahir kerana sekurang-kurangnya sudah pasti sedikit perbezaan dalam proses
perkembangan mereka.
Prinsip perkembangan kanak-kanak yang terakhir ialah perkembangan berlaku
secara berperingkat-peringkat. Perkembangan hidup manusia adalah secara
berperingkat-peringkat. Tiap-tiap peringkat dapat dibezakan dengan peringkat yang lain
melalui sifat-sifat nyata bagi peringkat itu. Tetapi tidak terdapat garis pembahagian yang
nyata antara satu peringkat dengan peringkat yang lain. Secara amnya terdapat tujuh
peringkat perkembangan manusia iaitu ; sebelum lahir (Masa percambahan- +/- 280
hari) kepada peringkat bayi ( Lahir-14 lahir), seterusnya peringkat bayi ( 2 minggu – 2
tahun), peringkat kanak-kanak (2 tahun – baligh), kemudian peringkat remaja (baligh –
25 tahun) hinggalah peringkat dewasa dan akhirnya peringkat tua.
Namun menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel ( 2008 ), terdapat lima
prinsip asas perkembangan. Pertamanya ialah proses perkembangan adalah mengikut
aturan. Prinsip asas kedua ialah perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan
beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Prinsip asas yang ketiga
pula ialah pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara
berterusan. Seterusnya, prinsip keempat ialah corak dan aturan perkembangan adalah
hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu dan
aprinsip yang terakhir pula ialah perkembangan adalah hasil interaksi antara
kematangan dan pembelajaran.
6
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-
KANAK
Perkembangan kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor
tersebut ialah faktor baka atau genetik dan faktor persekitaran. Faktor-faktor inilah yang
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perkembangan kanak. Kedua-dua
faktor baka dan persekitaran adalah penting dalam menentukan perkembangan
seseorang kanak-kanak tetapi kajian-kajian menunjukkan bahawa nisbah pengaruh
baka ialah 51 peratus dan persekitaran 41 peratus. Seterusnya, marilah kita mengkaji
faktor-faktor tersebut.
3.1 Faktor Kebakaan ( Genetik )
Faktor yang pertama ialah faktor kebakaan atau genetik. Baka merujuk kepada
ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibubapa kepada anak-
anaknya. Kita mewarisi trait daripada ibubapa kita, dan trait inilah yang terkandung
dalam gen-gen ini. Menurut Norman L. Munn (1969), baka merupakan ciri-ciri yang
diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. Ernest R.
Hilgard (1983) pula mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diperturunkan
melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen.
Manakala, menurut W.E. Vinacke (1957) menyifatkan baka sebagai penentu
struktur-struktur organ, arah sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-
potensi seseoarang individu. Amram Schienfeld (1960) pula menyatakan bahawa baka
itu menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di
kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan,
minat dan kawalan emosi. Menurut J.A Thomson (2002), baka itu merujuk kepada
perhubungan genetik di antara generasi manusia.
Oleh yang demikian, menurut ahli-ahli psikologi tersebut di atas dapat
disimpulkan bahawa baka adalah ciri-ciri yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada
anak-anaknya melalui gen. Ini dapat dibuktikan dengan biasanya ahli-ahli keluarga
mempunyai sifat-sifat yang sama seperti warna mata dan kulit, warna rambut, bentuk
muka dan telinga, kecerdasan dan penyakit. Walau bagaimanapun, pernah juga
7
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
terdapat perbezaan sifat antara anak dengan ibu bapa. Sifat-sifat yang berbeza itu
mungkin berasal daripada nenek moyang. Ini adalah kerana gen yang menentukan
sifat-sifat yang berbeza itu mungkin telah lama terpendam. Gen ini pula akan muncul
semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen itu berpasangan dengan pasangannya, gen
itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan berkembangnya sifat yang berbeza itu.
Faktor baka atau nature lebih dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kedudukan nukleoprotein
terletak di atas lokus kromosom, yang berupa benang halus yang terdapat dalam
nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum (betina). Mengikut kajian ahli-ahli biologi,
kromosom mengadungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen
yang mengandungi sifat-sifat baka. Perkembangan manusia akan dikuasai oleh gen-
gen tersebut seterusnya memberi sifat unik kepada setiap manusia.
Pengaruh baka ke atas perkembangan adalah jelas dilihat daripada beberapa
ciri-ciri. Pertamanya ialah ciri-ciri fizikal. Gen-gen atau baka ini mempengaruhi bebrapa
ciri-ciri fizikal seseorang individu. Ibu, bapa, datuk atau nenek mewarisi warna kulit
sama ada hitam, putih atau coklat, warna dan bentuk mata, sama ada mata itu biru atau
hitam, berbentuk kecil, bulat atau sepet, serta warna rambut iaitu sama ada hitam,
perang atau lurus. Selain itu, gen menentukan jenis darah sama ada A positif, O, AB
atau B dan juga mempengaruhi saiz tubuh badan seseorang kanak-kanak. Kanak-
kanak daripada ibu bapa yang tinggi dan berbadan besar biasanya lebih berat dan
tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain.
Seterusnya ialah baka mempengaruhi perkembangan dari segi ciri fisiologi. Ibu
bapa yang sihat akan dapat melahirkan juga anak-anak yang sihat. Ini jelas
membuktikan sesetengah penyakit seperti diabetes, hemofilia dan kekerdilan adalah
disebabkan oleh pengaruh baka. Baka juga mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak dari segi perbezaan mental. Ahli-ahli psikologi seperti Galton (1865), Newmann
(1890) dan Sheldon (1962) telah menjalankan kajian dan membuktikan bahawa setiap
individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan
sebayanya. Perbezaan kecerdasan antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi
pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi juga memberi kesimpulan dan
8
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa
mereka. Biasanya, kanak-kanak yang pintar cerdas berasal daripada keluarga yang
bijak pandai. Manakala, pewarisan gen yang resesif daripada kedua-dua ibu dan bapa
yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat pula akan menyebabkan rencatan
mental.
Baka juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
pembentukan sahsiah dan juga emosi kanak-kanak. Contohnya, perangai dan sifat
introvert atau ekstrovert adalah dipengaruhi oleh faktor baka. Seseorang yang cepat
marah atau selalu berasa bimbang banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Misalnya, ibu
bapa yang mempunyai sifat emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan
melahirkan anak yang agresif dan autokratik.
3.1 Faktor Persekitaran
Menurut Amram Schienfeld (1960), persekitaran merujuk kepada luaran
seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan. Norman
L. Munn (1969) pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di
sekeliling unit-unit kebakaan. Manakala W. Edgar Vinacke (1952) menerangkan
bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi
tingkah laku seseorang individu.
Pengertian-pengertian di atas jelas menunjukkan bahawa persekitaran merujuk
kepada alam sekitar seseorang individu sama ada di peringkat pralahir atau selepas
lahir. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008), persekitaran merujuk kepada
semua pengalaman seseorang individu akan hadapi di rumah, bersama jiran, sekolah
atau masyarakat di mana dia berada. Ia juga termasuk pengalaman sebelum dan
selepas kelahiran. Pengalaman sebelum lahir temasuklah pemakanan dan kesihatan
ibu serta gaya hidup ibu. Sebagai contoh, seorang ibu yang merokok semasa anak
dalam kandungan, rawatan yang diterima ibu serta usia dan keadaan emosi ibu
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Manakala, pengalaman selepas kelahiran
pula termasuklah pemakanan, taraf sosioekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan
9
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
sebaya, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia juga
menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak.
Melalui faktor persekitaran ini, terdapat dua kategori yang dikenalpasti
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak iaitu faktor pralahir dan faktor selepas lahir.
Faktor pralahir bererti faktor yang melibatkan persekitaran semasa bayi di dalam
kandungan atau semasa janin di dalam kandungan ibunya. Antara faktor-faktor pralahir
yang penting adalah dari aspek pemakanan. Bagi menjamin pertumbuhan dan
perkembangan seseorang bayi yang sihat dan kuat, makanan yang seimbang adalah
perkara paling utama yang perlu diambil kira. Ini memberi kesan yang paling penting
kepada bayi kerana pemakanan yang baik menyebabkan bayi tidak mudah diserang
penyakit. Keduanya ialah aspek kesihatan Ibu. Ibu yang sihat akan melahirkan bayi
yang sihat. Sebaliknya, ibu yang menghidapi penyakit akan meyebabkan kecacatan
seseorang bayi seperti kecacatan mental, pekak, bisu, buta atau penyakit-penyakit
yang lain. Seterusnya ialah penyalahgunaan dadah. Seseorang ibu yang mengamalkan
penyalahgunaan dadah biasanya akan membahayakan perkembangan bayinya. Ini
kerana dadah amat berbahaya dan akan memberikan kesan sampingan kepada kedua-
dua ibu dan bayi.
Selain itu, faktor pralahir lain ialah kesan sinar-x yang dijalankan oleh ibu
semasa mengandung. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan
seseorang ibu kepada sinar-x yang berlebihan akan menyebabkan bayi yang
dilahirkannya cacat sama ada dari segi jasmani atau mental. Emosi Ibu juga menjadi
faktor semasa kandungan. Bayi yang kurang sihat adalah mempunyai kemungkinan
dilahirkan oleh ibu yang sentiasa ketakutan, bimbang, tertekan atau mempunyai emosi
yang tidak stabil. Seterusnya, umur ibu juga mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak. Menurut pelbagai kajian yang dijalankan, seseorang ibu yang sudah lanjut usia
berkemungkinan besar melahirkan bayi yang mengalami kecacatan mental atau
mempunyai darjah kecerdasan yang rendah.
Oleh yang demikian, seseorang ibu yang hamil hendaklah menjaga kesihatannya
dan persekitarannya. Ibu-ibu hendaklah menjaga pemakanan dengan mengamalkan
diet-diet yang sesuai dengan pengambilan makanan yang baik dan bermanfaat untuk
10
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
diri dan kandungannya sendiri. Seterusnya marilah kita mengkaji pula faktor
persekitaran selepas lahir. Antara faktor-faktor selepas lahir yang penting adalah
pertamanya dari aspek pemakanan. Pengambilan makanan bayi perlu dijaga sejak
peringkat awal lagi. Sebagai contoh, susu ibu amat baik dan berkhasiat bagi seseorang
bayi. Bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat, makanan yang
berzat dan seimbang adalah amat penting. Makanan yang baik dan berkhasiat bukan
sahaja membantu pertumbuhan dan pekembangan seseorang individu, malahan ia juga
dapat melindungi seseorang individu dari pelbagai penyakit. Sebaliknya, pengambilan
makanan yang tidak berkhasiat memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan bayi
atau kanak-kanak itu.
Selain daripada itu, aspek institut kekeluargaan dalam faktor selepas lahir juga
memainkan peranan yang penting kepada perkembangan kanak-kanak. Keluarga ialah
sanak-saudara atau kaum kerabat yang mempunyai hubungan yang rapat dengan
seseorang individu. Ibu bapa pula merupakan anggota keluarga yang bukan sahaja
terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu, tetapi ia juga mempunyai
pertalian sosial dan emosi. Ini kerana selepas seorang bayi dilahirkan, ia dilindungi,
diasuh dan dididik oleh kedua-dua ibu bapanya. Oleh sebab itu, pembentukan sahsiah
seorang kanak-kanak dipengaruhi oleh sesebuah keluarga. Seorang kanak-kanak
daripada keluarga kecil yang agak berada biasanya akan mendapat layanan dan
perhatian yang sempurna daripada ibu bapanya. Segala permintaan akan ditunaikan
dan seterusnya ini akan menyebabkan kanak-kanak itu menjadi manja, angkuh, tidak
mendengar kata dan terlalu bergantung kepada ibu bapa.
Di samping itu, sikap kepimpinan ibu bapa dalam mendidik anak-anak juga
mempengaruhi sikap kanak-kanak. Sikap ibu bapa yang autokratik atau terlalu
mengongkong menyebabkan anak-anak menjadi penakut, pasif dan menjadi kurang
yakin. Ini kerana ibu bapa mereka tidak membenarkan mereka memberikan pendapat
atau cadangan dan memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan sesuatu kepada
ibu bapa. Ini memberi implikasi yang buruk kerana kanak-kanak seperti ini akan
menjadi individu yang kerang berkeyakinan dan amat bergantung kepada orang lain
untuk membuat keputusan. Sebaliknya ibu bapa yang bersikap demokrasi akan
11
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
memberi peluang kepada kanak-kanak belajar untuk menerima dan memberi, bertolak
ansur, berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam membuat keputusan.
Seterusnya aspek rakan sebaya juga mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak. Rakan sebaya ialah sekumpulan individu yang berada dalam tingkat umur yang
sama atau lebih kurang sama dengan individu yang berkenaan. Rakan sebaya
lazimnya mempunyai cita-cita, minat dan tahap kecerdasan yang sama. Rakan sebaya
terbentuk daripada aktiviti sosial yang aktif yang berlaku dalam kehidupan kanak-kanak.
Pengaruh rakan sebaya juga amat penting dalam mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak dari segi afektif, sosial, kognitif serta psikomotor. Sebagai contoh, kanak-
kanak aktif bermain disebabkan kanak-kanak melihat rakan-rakannya yang seronok
bermain. Ini mewujudkan kanak-kanak yang ‘hyperactive’ dan kuat bermain.
Selain itu, aspek institut pendidikan atau sekolah juga memainkan peranan
penting dalam perkembangan kanak-kanak. Pertamanya, kedudukan sesebuah sekolah
sama ada di luar atau di dalam bandar mempengaruhi perkembangan mental,sosial
dan jasmani kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak dari aspek-aspek ini akan
terjejas dengan kekurangan kemudahan di sekolah. Saiz sesebuah sekolah juga akan
memberikan kesan yang berlainan. Saiz sesebuah sekolah yang besar akan
menyebabkan kemesraan serta hubungan antara pelajar-pelajar adalah kurang
berbanding dengan sesebuah sekolah yang kecil yang mana pelajar-pelajarnya dapat
berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih kerap. Pembelajaran pelajar-pelajar juga
dipengaruhi oleh sekolah yang mereka hadiri. Sekolah yang hanya menekankan hal-hal
akademik akan menghasilkan individu yang kurang berminat dalam permainan atau
sukan dan begitu jugalah sebaliknya.
Aspek tempat tinggal juga memberi implikasi kepada perkembangan kanak-
kanak. Ini dapat dilihat dari segi perkembangan sahsiah dan sosial kanak-kanak.
Contohnya, penduduk-penduduk di kawasa luar bandar adalah mesra dan mempunyai
hubungan yang baik antara satu sama lain berbanding dengan penduduk-penduduk
bandar. Nilai-nilai seperti tolong-menolong, bertimbang rasa, kemesraan dan
sebagainya dapat dilihat dengan ketara dalam kalangan penduduk di luar bandar. Oleh
itu, kanak-kanak akan terdidik dengan sikap yang demikian. Penduduk-penduduk di
12
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
bandar adalah bersifat lebih materialistik berbanding dengan penduduk-penduduk di
luar bandar. Dengan itu, kanak-kanak akan membesar menjadi individu-individu yang
juga selalu mengharapkan bayaran atau ganjaran bagi sesuatu tugasan.
Seterusnya, aspek sebaran am atau media juga menjadi salah satu medium
perkembangan kanak-kanak. Semua jenis media termasuklah radio, televisyen, akhbar,
majalah, buku, wayang gambar, internet dan sebagainya mempengaruhi
perkembangan mental, pandangan dan sikap seseorang terhadap isu-isu ekonomi,
sosial dan politik. Sebagai contoh, program TV Pendidikan seperti Along Bijak banyak
membantu kanak-kanak mempelajari konsep-konsep nombor, abjad, bahasa dan
matematik. Namun, media memberikan kedua-dua kesan baik dan buruk kepada
kanak-kanak. Ini kerana melalui saluran media yang menerbitkan dan menayangkan
rancangan atau program yang tidak berfaedah atau tidak sesuai dengan peringkat umur
kanak-kanak menyebabkan perkembangan sahsiah kanak-kanak terjejas.
Antara faktor persekitaran lain yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak
ialah dari aspek keagamaan dan juga persekitaran dunia. Kedua-dua aspek ini
mempengaruhi kanak-kanak dari segi kognitif dan sahsiah. Ini kerana agama
menyarankan umatnya sentiasa berkelakuan baik, melakukan perkara-perkara yang
dituntut dan menjauhkan larangan iaitu perkara yang tidak baik. Oleh yang demikian,
kanak-kanak yang dididik dan diasuh dengan pegangan agama yang teguh akan
mempengaruhi sahsiah kanak-kanak tersebut.
Urie Bronfenbrenner (1917) seorang ahli psikologi Amerika menjelaskan bahawa
perkembangan kanak-kanak merupakan hasil daripada interaksi antara alam
persekitaran iaitu keluarga mereka, rakan-rakan sebaya serta orang-orang dewasa
yang terdekat dengan kanak-kanak tersebut. Beliau mengetengahkan model ekologi
berbentuk lapisan bulatan (Sistem Ekologi Bronfenbrenner) yang masing-masing
mempunyai pengaruh dan tahap tertentu. Beliau membahagikan lima tahap dalam
perkembangan ini iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosisitem, makrosistem dan
kronosistem.
13
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
a) Mikrosistem bermaksud kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang
berbentuk pada apa yang ada di depan mata termasuklah pengaruh objek-objek
fizikal seperti patung dan teknologi, struktur persekitaran, serta peranan dan
persekitaran ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa dan adik beradik.
b) Mesosistem pula merangkumi hubungan kanak-kanak dengan persekitaran
yang lebih luas dan bagaimana persekitaran ini mempengaruhi kanak-kanak.
Contohnya, bagaimana kanak-kanak bergaul di sekolah lebih-lebih lagi apabila
mahu memulakan alam persekolahan dan pertama kalinya berpisah dengan
keluarga.
c) Eksosistem pula menghubungkaitkan kanak-kanak dengan persekitaran yang
mungkin kurang berkaitan dalam hidup mereka. Melihat bagaimana kanak-kanak
didedahkan dengan jiran tetangga, tempat kerja ibu bapa, rakan-rakan ibu bapa
dan institusi sosial lain.
d) Makrosistem adalah lapisan paling luar yang menyentuh pengaruh hubungan
kanak-kanak dengan persekitaran yang jauh lebih besar. Hubungan ini
termasuklah sistem nilai sosial, perubahan sejarah, polisi sosial dan media
massa.
e) Kronosistem pula memfokus pengaruh keadaan sosiohistorikal dan peristiwa-
peristiwa terhadap perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu zaman tertentu.
Ini melibatkan perkembangan sesuatu negara itu sebagai contoh zaman
komunikasi maklumat dan teknologi.
Menurut Bronfenbrenner lagi, teori yang dikemukakan oleh beliau bersandarkan
tanggapan bahawa faktor persekitaran tidak sepenuhnya memainkan peranan kepada
perkembangan kanak-kanak tetapi antara keduanya saling berkait rapat. Kanak-kanak
tidak lari daripada berhadapan dengan persekitaran sosial mereka setiap hari yang
mana ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi perkembangan mereka.
14
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
4.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Kognitif berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperoleh ilmu
secara taakulan atau pemikiran melalui deria atau proses mental utk mentafsir,
mempelajari, dan memahami sesuatu. Maka, kemahiran kognitif bermaksud kebolehan
individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara
yang berlaku di persekitaran masing-masing. Untuk memperincikan lagi tajuk
perkembangan kognitif kanak-kanak, saya menggunapakai Teori Kognitif Jean Piaget.
Teori ini memainkan peranan penting dalam membantu kita mamahami cara kanak-
kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak.
4.1 Teori Kognitif Jean Piaget
Teori kognitif ini dipelopori oleh Jean Piaget (1869-1980), seorang ahli psikologi
Switzerland yang telah banyak membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak.
Menurut beliau, bayi memerlukan masa yang agak panjang untuk mengenali serta
membezakan pelbagai rangsangan. Keadaan bayi tidak sama dengan orang dewasa,
kerana ia tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk
memberi tindak balas yang sesuai terhadapnya. Jean Piaget juga cuba menjelaskan
tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Beliau juga
menegaskan bahawa perkembangan kognitif ini adalah dipengaruhi dengan
perkembangan potensi dari aspek lain, misalnya fizikal, intelek, dan sosioemosi. Melalui
kajian pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak
adalah berbeza dan berubah mengikut perubahan umur mereka. Beliau
membahagikannya kepada peringkat sensori motor (0-2 tahun), peringkat pra-operasi
(2-7tahun), peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) dan peringkat operasi formal (selepas
12 tahun). Peringkat-peringkat juga merupakan faktor penting yang mempengaruhi
pembentukan konsep, sama ada konkrit atau abstrak.
Peringkat pertama perkembangan kognitif kanak-kanak ialah peringkat
sensorimotor iaitu dari sejak lahir hingga kanak-kanak berumur 2 tahun. Pada peringkat
15
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
selepas kelahiran iaitu semasa bayi, tiada persepsi yang berlaku pada diri kanak-kanak.
Bayi mengetahui persekitarannya melalui sebutan atau pendengaran daripada orang
lain. Pada awal peringkat ini juga bayi menggunakan deria dan pergerakkan fizikal
untuk mempelajari dan berinteraksi dengan persekitarannya. Pada peringkat ini juga
bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk
skema tingkah laku yang membolehkan mereka melakukan penerokaan tentang
persekitaran mereka. Semasa berusia antara 4 hingga 8 bulan, bayi sudah mempunyai
daya koordinasi antara penglihatan dan sentuhan. Pada akhir peringkat sensorimotor,
kanak-kanak sudah mula menggunakan imitasi, memori dan pemikiran dalam
kehidupan mereka sehari-harian. Mereka juga akan mencapai tahap pengekalan objek
iaitu kebolehan untuk membayangkan atau menggambarkan sesuatu objek dalam
memorinya. Pada akhir peringkat ini juga kanak-kanak sudah mampu untuk
menggunakan skema-skema mudah iaitu struktur-struktur kognitif yang digunakan
untuk mengadaptasikan persekitarannya bagi menyelesaikan masalah-masalah yang
dihadapi. Mereka juga sudah mula boleh belajar bahasa dan lambang-lambang yang
mudah.
Pada umur 2 tahun juga, kanak-kanak sudah memperolehi kepercayaan tentang
kekekalan objek, iaitu mereka percaya objek itu akan terus wujud walaupun objek itu
tidak dapat dilihat atau disentuh. Salah satu sifat lain ialah tindakan ulangan, iaitu
mengulangi sesuatu tingkah laku atau tabiat seperti menghisap ibu jari. Di samping itu,
mereka sudah mula meniru tindakan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Kanak-
kanak belajar daripada orang lain di sekelilingnya dan objek yang dapat dilihat atau
disentuh. Dari segi pendidikan, membekalkan objek maujud adalah penting untuk
proses pembelajaran kanak-kanak dan perkembangan ke peringkat kefahaman yang
abstrak.
Peringkat seterusnya ialah peringkat praoperasi iaitu pada peringkat kanak-
kanak berumur 2 hingga 7 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menonjolkan
sifat naluri dan pemikiran simbolik. Simbol yang digunakan ialah termasuklah bahasa,
isyarat, gambar dan sebagainya digunakan untuk menyatakan objek, orang atau
peristiwa. Salah satu aktiviti naluri dan pemikiran simbol ialah lakonan drama yang
16
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
pelbagai pengalaman hidup.Contohnya, main masak-masak, berlagak sebagai
pemandu kereta mahupun doktor. Pada peringkat ini juga, mereka semakin maju dalam
penguasaan dan penggunaan bahasa. Namun, kanak-kanak masih belum dapat
membezakan antara sifat-sifat benda hidup dengan benda bukan hidup dan masih
belum dapat membezakan pandangan diri sendiri dengan pandangan orang lain. Piaget
menamakan keadaan ini egosentrime atau egosentrik (memusatkan kepentingan diri
sendiri dan sukar menerima pendapat orang lain).
Pada tahap ini juga, kanak-kanak bersifat intuitif iaitu pemahaman kanak-kanak
mengenai objek bergantung kepada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata. Mereka
masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional. Ini kerana praoperasi
bermakna kanak-kanak sudah mula berfikir secara logik tetapi belum dapat menguasai
kebolehan memproseskan pemikiran mengikut peraturan-peraturan yang logik. Ciri ini
dikatakan sebagai ‘centered’ atau pemusatan. Oleh yang demikian, kanak-kanak
peringkat ini masih tidak dapat menguasai proses transformasi, keterbalikan dan
menaakul.
Peringkat yang seterusnya ialah peringkat operasi konkrit iaitu kanak-kanak dari
umur 7 tahun hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak telah mula berkemampuan
berfikir secara logik tetapi hanya dapat berjaya melakukan kebolehan ini dalam
keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud iaitu objek yang dapat dilihat sahaja.
Mereka meggunakan konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan
itu mengalami perubahan yang ketara. Mereka sudah pandai melakukan operasi konkrit
dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti ‘lebih berat’, ‘lebih tinggi’ dan
sebagainya. Mereka juga sudah memahami proses transformasi, keterbalikan dan
menaakul. Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah mula boleh
menguasai konsep pengekalan ( conservation ) yang mana mempunyai tiga prinsip
asas iaitu prinsip identiti yakni mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah
atau dikurangkan, bilangan atau kauntiti objek adalah sama walaupun bentuknya
berubah. Prinsip kedua pula ialah prinsip ganti rugi ( compensation ) iaitu mereka tahu
bahawa sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam sesuatu
aspek yang lain. Seterusnya prinsip yang ketiga ialah prinsip keterbalikan iaitu kanak-
17
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
kanak boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal
semula.
Pada peringkat ini juga, kanak-kanak sudah boleh menguasai proses
pengelasan. Dalam kemahiran ini, kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek ke
dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri contohnya ialah pengelasan
mengikut ciri, warna, saiz, isi padu, berat dan sebagainya. Daripada mempunyai
pemikiran yang egosentrik, kanak-kanak telah berfikiran secara decenterd atau objektif.
Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang
lain yang berlainan daripada persepsi mereka. Mereka sudah boleh mula bersosial dan
menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama.
Selain itu juga mereka juga boleh memberikan perhatian kepada beberapa perkara
serentak dan ingatan mereka semakin bertambah. Walaubagaimanapun,pada tahap ini
kanak-kanak masih belum boleh mentafsir perkara-perkara yang abstrak yang tidak
boleh dilihat umpamanya konsep ketuhanan,neraka dan syurga.
Peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak yang terakhir ialah peringkat
operasi formal iaitu dari umur 11 tahun dan ke atas. Pada peringkat ini, kanak-kanak
sebenarnya dapat berfikir secara logik, termasuk pemikiran abstrak, perkara berkaitan
dengan masa depan, membuat jangkaan atau andaian dan sanggup membuat
hipotesis. Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak meramalkan ”apa yang
mungkin berlaku” daipada ”apa yang bakal berlaku”. Oleh kerana pemikir operasi formal
sanggup membuat penaakulan terhadap sesuatu kemungkinan,ia telah sedia membuat
eksperimen menguji idea, kebenaran dan pemikiran saintifik. Pemikiran mereka tidak
lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit. Ia juga menguasai kebolehan untuk
menyelesaikan masalah dengan kombinasi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran.
Bahkan mereka sudah dapat menerima idea abstrak seperti tenaga graviti dan
demokrasi. Pendekatan pengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah lisan yang
lebih banyak. Pelajar pada peringkat sekolah menengah digalakkan sering mendengar,
membaca dan berbincang, kemudian melakukan latihan. Namun, egonsentrik remaja
jugamuncul dalam peringkat ini. Ianya berlainan dengan egonsentrik pada peringkat
praoperasi. Di sini remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri.
18
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
Mereka susah untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain dan mempunyai
perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling.
4.2 Kajian Pemerhatian Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Piaget’s Conservation Tasks.
Untuk membuktikan teori perkembangan kognitif Jean Piaget, saya telah
melaksanakan satu kajian pemerhatian terhadap dua orang kanak-kanak yang berumur
antara 6 hingga 12 tahun. Kajian ini bertujuan untuk membandingbezakan tahap
perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat-peringkat tertentu. Ini juga adalah
bertujuan untuk membuktikan teori kognitif yang dipertengahkan oleh Jean Piaget.
Golongan sasaran yang akan diuji ialah kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12
tahun. Saya telah memilih seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 6 tahun yang
bernama Syazana Fatini Insyirah bt Azmani dan kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun
bernama Haziq Zuhair b Ahmad Khir Muzamir ( rujuk latar belakang kanak-kanak ini di
bahagian lampiran ). Bahan ujikaji yang digunakan ialah 10 keping duit syiling 10 sen.
Duit syiling tersebut disusun menjadi dua baris dan ditunjukkan kepada kanak-kanak
seperti gambar di bawah :
Rajah 1 : Susunan duit syiling
Kemudian, kedua-dua kanak-kanak tersebut akan disoal adakah bilangan duit
syiling dalam kedua-dua baris tersebut adalah sama. Setelah mereka menjawab soalan
19
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
itu, susunan duit syiling diubah daripada sama panjang kepada salah satu baris
dipanjangkan lagi dan soalan yang sama ditanya kepada mereka. Gambar rajah adalah
seperti berikut :
Rajah 2 : Syazana Fatini menjawab soalan Rajah 3 : Haziq Zuhair menjawab soalan yang kedua soalan yang kedua
4.3 Dapatan Kajian
Aspek Syazana Fatini Insyirah ( 6 tahun
)
Haziq Zuhair ( 9 tahun )
Respon kepada
soalan yang
ditujukan
- Syazana menjawab soalan
pertama dengan betul iaitu
bilangan kedua-dua baris duit
syiling 10 sen adalah sama
banyak.
- Namun apabila disoal soalan
- Haziq juga menjawab soalan
pertama dengan betul, iaitu
bilangan kedua-dua baris duit
syiling 10 sen adalah sama
banyak.
- Dia juga menjawab soalan
20
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
yang kedua, dia menjawab
bilangan kedua-dua baris duit
syiling adalah tidak sama.
yang kedua dengan betul,
iaitu bilangan duit syiling di
kedua-dua baris adalah masih
lagi sama banyak walaupun
pada mulanya, dia agak ragu-
ragu dan malu.
Apabila ditanya
mengapa
jawapannya
sebegitu.
- Syazana menjawab duit syiling
di baris yang kedua menjadi
semakin sedikit.
- Haziq menjawab tiada
penambahan berlaku ke atas
duit syiling tersebut.
Penerangan - Syazana menumpukan kepada
keadaan fizikal ataupun konkrit
iaitu panjang baris bukannya
bilangannya iaitu konsep yang
lebih abstrak.
- Dia juga tidak dapat
melaksanakan transformasi
kerana dia melihat pemanjangan
baris sebagai baris sebagai baris
baru dan bukan pemanjangan
baris yang lama
- Haziq sudah boleh berfikir
secara logik walaupun
pemikiran mereka masih
terikat dengan situasi konkrit
iaitu baris duit syiling.
- Dia juga sudah menguasai
tiga prinsip asas dalam
peringkat operasi konkrit
mengikut teori Jean Piaget
iaitu prinsip identiti, prinsip
ganti rugi, dan prinsip
keterbalikan. Melalui ujikaji ini,
Haziq menggunakan prinsip
keterbalikan.
Faktor-faktor Proses pemikiran Syazana
belum mencapai tahap
kematangan biologi yang tinggi
lagi. Ini mungkin dipengaruhi
oleh faktor baka atau genetik.
Selain itu juga, dia juga belum
mencapai tahap keseimbagan
Baka atau genetik boleh
menjadi faktor yang
mempengaruhi pemikiran
Haziq. Ini kerana bapanya
bekerja sebagai seorang
pensyarah di sebuah institut
pendidikan. Namun begitu,
21
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
iaitu proses individu untuk
mengadaptasi sesuatu kerana
situasi ini adalah situasi yang
baru dialami olehnya.
boleh jadi juga faktor
persekitaran mempengaruhi
cara pemikiran Haziq.
Rajah 4 : Bandingbeza hasil pemerhatian kajian
Melalui kajian pemerhatian yang telah dijalankan, maka terbuktilah dengan
jelas bahawa teori perkembangan kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget boleh
digunapakai dan diterima umum. Ini termasuklah cadangannya yang mengatakan
bahawa kanak-kanak melalui perkembangan kognitif melalui empat peringkat iaitu
peringkat sensorimotor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal.
Melalui kajian yang dijalankan juga jelas terbukti bahawa pada peringkat
praoperasi, kanak-kanak bersifat intuitif iaitu pemahamannya mengenai objek
bergantung kepada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata. Mereka belum mampu berfikir
secara logik dan rasional. Berbeza dengan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit
yang mana mereka dapat menguasai proses transformasi, keterbalikan dan menaakul.
Kanak-kanak peringkat ini berupaya berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka
masih terikat dengan situasi yang konkrit.
5.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK KE ATAS
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) yang dijalankan oleh ibu bapa
atau guru hendaklah berpandukan kepada perkemabagan kognitif kanak-kanak pada
peringkat-peringkat yang telah dibincangkan sebelum ini. Susunan isi pembelajaran
hendaklah mengiktu peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada
konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia
ada kepada pengalaman yang baru, daripada kasar kepada halus dengan mengambil
22
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
kira juga perkembangan fizikal individu. Pendek kata, pendekatan haruslah daripada
konsep yang mudah kepada konsep yang luas dan kompleks.
Sebagai contoh, pada peringkat praoperasi, bahan bantu mengajar yang
konkrit seperi menggunakan bahan maujud seperti batu dan guli untuk mengajar
kemahiran menambah dan menolak. Arahan yang pendek dan disertai dengan contoh
juga haruslah digunakan untuk mengajar kanak pada peringkat ini dan penjelasan
tentang nilai atau nasihat harus diberikan dalam ayat yang mudah difahami kanak-
kanak dan harus dipertimbang daripada sudut pandangan kanak-kanak. Ini kerana
mereka susah untuk memahami sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain.
Selain daripada itu juga, kanak-kanak harus diberi peluang untuk melakukan aktivitinya
sendiri atau ‘hands-on’ terhadap satu-satu kemahiran dengan kawalan dan bimbingan.
Ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka meningkatkan keyakinan
diri dan memberi peluang mereka berdikari. Guru juga boleh menyediakan pengalaman
pembelajaran yang pelbagai seperti membawa mereka melawat tempat-tempat menarik
misalnya zoo,muzium dan sebagainya.
Pada peringkat seterusnya, iaitu pada peringkat operasi konkrit, penggunaan
bahan bantu mengajar yang konkrit yang menarik contohnya seperti bahan tiga dimensi
(3D) yang ada dipersekitarannya seperti daun, pokok dan mainan harus diteruskan
terutamanya untuk mempelajari kemahiran yang baru. Kanak-kanak juga harus diberi
peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Satu eksperimen
atau kajian boleh dijalankan melalui kaedah ini, contohnya eksperimen mengkaji
keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan dalam subjek sains.
Kanak-kanak peringkat ini juga haruslah diberi peluang untuk membuat pembentangan
dan pembacaan secara ringkas dan tersusun. Ini dapat meningkatkan keupayaan
berbahasa dan kanak-kanak juga diberi peluang untuk memberikan pendapat dan idea
mereka. Semasa pengajaran topik yang kompleks, penggunaan contoh-contoh
haruslah sesuai dan paling bagus, hendaklah berkaitan dengan pengalaman mereka
seperti pengalaman seharian di rumah dan sebagainya untuk mempertingkatkan
kefahaman mereka dalam sesuatu perkara. Selain itu, untuk meningkatkan daya
pemikiran yang logik dan analitik, guru boleh memberi soalan-soalan yang berbentuk
23
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
penyelesaian masalah dan tunjuklah jalan penyelesaian mengikut langkah-langkah
yang mudah dan sistematik.
Seterusnya, bagi peringkat terakhir perkembangan kognitif kanak-kanak, guru
masih boleh menggunakan bahan yang konkrit untuk mengilustrasikan konsep yang
lebih kompleks sebagai contoh penggunaan bahan bantu mengajar tiga dimensi (3D),
model, carta, graf, dan pengalaman pelajar sendiri. Bahan-bahan ini boleh digunakan
sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks. Guru juga hendaklah
memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka alternatif penyelesaian dan membuat
hipotesis. Bimbing pelajar untuk membuat penyelesaian dan meneroka jalan
penyelesaian dalam konteks yang lebih luas lagi berbanding pendedahan yang
diberikan dalam peringkat yang seterusnya. Ini menggalakkan mereka untuk berfikiran
kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah tersebut. Dalam pada itu, mereka
haruslah diberi peluang dan ruang untuk menyelesaikan sesuatu masalah serta
menyatakan sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan. Paling berkesan untuk
meningkatkan daya pemikiran mereka, minta mereka membentangkan idea-idea dan
kritik idea yang dikemukakan. Bagi menggalakkan pelajar mengkaji dan meneroka
sesuatu topik, guru harus mengemukakan konsep topik itu dengan lebih luas lagi dan
tidak terikat dengan fakta-fakta. Guru harus terima pendapat pelajar dan bimbing
mereka juga untuk menerima pendapat orang lain.
24
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
Sebagai guru, mendalami ilmu psikologi perkembangan kanak-kanak ini adalah
amat penting bagi membantu kita mengurus dan mengendalikan bilik darjah dengan
baik. Mendalami ilmu ini secara menyeluruh juga dapat membantu kita mengenali
setiap potensi murid-murid yang diajar serta mengembangkan lagi potensi tersebut
sehingga akhirnya suatu masa nanti murid-murid yang dihasilkan adalah murid-murid
berkualiti yang dikehendaki oleh negara. Ini adalah selari dengan tuntutan negara yang
ingin melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Menimba ilmu
pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak juga memberi pelbagai manfaat
yang berguna kepada guru. Setiap objektif pembelajaran akan tercapai sekiranya guru
mengaplikasikan kemahiran mengenal perkembangan kanak-kanak ini dari pelbagai
sudut.
Antara manfaatnya ialah ia dapat membantu dan membentuk pengajaran dan
pemebelaran di dalam dan luar bilik dengan penyediaan isi pengajaran yang sejajar
dengan keupayaan mental murid-murid. Strategi P&P juga haruslah sesuai dengan aras
dan mengikut tahap individu murid yang boleh membantu kepada perkembangan
kanak-kanak daripada pelbagai aspek temasuklah jasmani, emosi rohani, intelek dan
sosial. Untuk itu, isi kandungannya hendaklah dirangka dan dirancang terlebih dahulu
dan dikaji keberkesanannya agar mencapai matlamat P&P dapat dicapai dengan baik.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam kandungan P&P haruslah menarik minat
kanak-kanak. Ini adalah bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam setiap aktiviti
yang dirancang sama ada di dalam atau di luar kelas. Isi pelajaran juga haruslah
disusun dan dipertingkat agar mudah difahami dengan mengambil kira aras kefahaman
murid-murid kerana mereka mempunyai tahap masing-masing, sama ada di tahap
rendah, sederhana dan tinggi. Ini memberi kesan kepada murid-murid kerana murid-
murid dapat mempersiapkan diri dengan ilmu di dada dalam melangkah dan
menghadapi arus pembelajaran pada masa akan datang.
25
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
Selain daripada itu juga, penyediaan pelajaran haruslah bermula daripada yang
senang kepada yang susah, daripada konkrit kepada yang abstrak, daripada konsep
yang asas kepada konsep yang lebih luas dan daripada yang umum kepada yang lebih
khusus. Proses pembelajaran hendaklah dilakukan secara berperingkat-peringkat,
mengikut bab atau silibus subjek yang akan diajar kerana ini akan dapat membantu
meningkatkan kefahaman, penghayatan, penghafalan murid-murid dan memberi
peluang kepada mereka mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Oleh yang
demikian amatlah penting bagi guru membimbing murid melakukan pemindahan
pembelajaran hasil daripada pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam.
Bantuan daripada guru dalam tugasan yang diberikan amat membantu kefahaman
murid berkenaan tentang apa yang diajar.
Guru sebagai tunggak utama berperanan penting membantu pengajaran dan
pembelajaran murid-murid di sekolah. Peranan dan tugas ini amat berat dan mencabar
dalam mencapai perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid di dalam
bilik darjah. Setiap pendedahan pelajaran adalah untuk membantu kepada pengenalan
kendiri setiap murid berkenaan. Tuntasnya, peranan guru adalah amat penting dalam
pembentukan perkembangan murid-murid. Tugas guru bukan hanya mengajar mereka
isi pembelajaran, tetapi guru juga berperanan membimbing, memberi motivasi kepada
murid-murid dan membantu mereka mengenal potensi diri. Guru juga hendaklah
sentiasa mengingatkan mereka bahawa betapa pentingnya pelajaran kepada diri dan
kehidupan`mereka.
Secara keseluruhannya, dengan penulisan tugasan kerja kursus Perkembangan
Kanak-Kanak EDU3102 ini dapatlah saya menimba banyak ilmu pengetahuan dan
menambahkan kemahiran saya dalam mengenali perkembangan kognitif kanak-kanak.
Semoga dengan ilmu yang ditimba pada waktu ini, dapatlah saya menggunakannya
pada masa akan datang untuk diaplikasikan kepada kanak-kanak atau murid-murid
yang akan diajar.
26
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
BIBLIOGRAFI
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel. (2008), Perkembangan Kanak-Kanak untuk Program Ijazah Sarjan Muda Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
impreschoolteacha.blogspot.com/.../konsep-dan-prinsip-perkembangan-kanak.html diakses pada 2010, Mac 23.
Kamaruddin Hj. Husin.(1996), Sekolah dan Perkembangan Kanak-Kanak. Utusan Publications, Kuala Lumpur.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Mohd Sharani Ahmad. (2005), Psikologi Kanak-Kanak. PTS Publications, Pahang.
Mok Soon Sang. (2009), Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor.
Mok Soon Sang. (2006), Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor.
Kanak-kanak, [online] Diperolehi: ms.wikipedia.org/wiki/Kanak-kanak [2010, Februari 02]
Perkembangan Kanak-Kanak. [online]Diperolehi: ms.wikipedia.org/wiki/Perkembangan_kanak-kanak [ 2010 Februari 02]
perkembangan.blogspot.com/.../perkembangan-kanak-kanak-dari-aspek_23.html – [ 2010 Februari 10]
Rahil Mahyuddin dan Habibah Alias (2001), Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Karisma Publication, Shah Alam, Selangor.
Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2002), Psikologi Pendidikan : Pendekatan Kontemporari. Mc Graw Hill, Malaysia.
www.eco1.upm.edu.my/v4/.../mas_psikologiperkembangan_kanak2 diakses pada 2010 Februari 19.
27
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
LAMPIRAN
Lampiran 1- Latar belakang kanak-kanak yang diuji
Kanak-kanak pertama Kanak-kanak kedua
Nama : Syazana Fatini Insyirah bt Azmani
Umur : 6 tahun
Tempat tinggal : Ipoh, Perak
Pekerjaan Ayah : Polis
Pekerjaan Ibu : Suri Rumah
Adik-beradik : 6 orang ( anak terakhir )
Hobi : Melukis dan mewarna
Nama : Haziq Zuhair b Ahmad Khir
Muzamir
Umur : 9 tahun
Tempat tinggal : Ulu Kinta, Perak
Pekerjaan Ayah : Pensyarah
Pekerjaan Ibu : Suri Rumah
Adik Beradik : 4 orang ( anak pertama )
Hobi : Bermain badminton
28
EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak
Gambar-gambar semasa ujikaji
29