5A-CORAK PERBELANJAAN

download 5A-CORAK PERBELANJAAN

of 5

Transcript of 5A-CORAK PERBELANJAAN

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

CORAK PERBELANJAAN MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PULAU PINANG Fairus Muhamad Darus1, Nur Hayati Abdul Rahman1, Ahmad Zia Ul-Saufie Mohamad Japeri1, Melinda @ Siti Asmah Yunos1*1

Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang *[email protected]

Abstrak Kehadiran mahasiswa di sesebuah institusi pengajian tinggi telah membawa bersama sejumlah wang untuk dibelanjakan sama ada atas tujuan pendidikan atau keperluan peribadi. Corak perbelanjaan ditentukan oleh keperluan serta gaya hidup mahasiswa ketika menuntut di institut pengajian tinggi. Satu kajian telah dijalankan ke atas siswa-siswi Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP) bagi mengenalpasti corak perbelanjaan mereka bagi tahun 2007. Seramai 220 orang dipilih sebagai responden dari sejumlah 5397 orang yang berdaftar sebagai mahasiswa sehingga Julai 2007. Hasil penemuan menunjukkan purata pendapatan seorang mahasiswa adalah sebanyak RM 530.30 sebulan dan dalam jangka masa setahun sesi pengajian jumlah pendapatan seorang mahasiswa adalah sebanyak RM RM 4,772.70 yang diperolehi dari pelbagai sumber. Dari jumlah tersebut sebanyak RM 360.54 telah dibelanjakan dengan pecahan perbelanjaan seperti berikut, 22% dibelanjakan untuk makan, 21% pula dibelanjakan untuk tujuan pembelian barangan, 14% untuk telefon dan internet, manakala 8% daripada pendapatan tersebut digunakan untuk bayaran tempat tinggal mahasiswa dan 7% dibelanjakan bagi tujuan pendidikan / pembelajaran dan 6% daripada pendapatan mereka diperuntukan untuk kenderaan serta 5% untuk pengankutan awam. Hasil kajian ini menunjukkan corak perbelanjaan mahasiswa di dalam menguruskan kewangan mereka sepanjang pengajian di UiTMPP. Pengurusan kewangan yang efisyen adalah penting bagi memastikan seseorang mahasiswa itu mampu mengimbangi perbelanjaan yang perlu diperuntukkan mengikut kepentingan. Kata kunci: Corak perbelanjaan; mahasiswa; Universiti Teknologi MARA; Pulau Pinang

1.

PENGENALAN

Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP) mula beroperasi pada 16 Jun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir dan kemudian pada Ogos 2003, UiTMPP berpindah ke kampus tetap di Jalan Permatang Pauh, Permatang Pauh di Daerah Seberang Perai Tengah. UiTMPP merupakan salah sebuah daripada 13 kampus negeri (cawangan) UiTM. Tumpuan pengkhususan UiTMPP adalah kepada bidang Kejuruteraan seperti Kejuruteraan Elektrik, Kejuteraan Mekanikal, Kejuteraan Awam dan Kejuteraan Kimia di peringkat Diploma. Selain itu terdapat juga penawaran program dalam bidang Farmasi dan Pengurusan Hotel dan Pelancongan di UiTMPP. Pada tahun 2007 sahaja UiTMPP mempunyai pelajar seramai 5,397 orang pelajar yang menuntut sepenuh masa. Kewujudan UiTMPP melebihi satu dekad dipercayai telah menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan ekonomi setempat. Kajian secara terperinci untuk mengukur peranan dan sumbangan UiTMPP terhadap ekonomi di Permatang Pauh belum pernah dilaksanakan. Menyedari akan 1

kepentingan dan sumbangan kewujudan UiTMPP sebagai pemangkin ekonomi setempat, maka satu kajian Impak Ekonomi telah dijalankan di kawasan Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah. Kajian Impak Eknomi ini boleh diukur melalui pengiraan perbelanjaan universiti, staf, pelajar dan pelawat kepada kawasan setempat menggunakan kaedah input-output (Silva & Santos, 2004). Objektif kajian tersebut adalah untuk mengetahui sumbangan ekonomi iaitu impak langsung yang dijana dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM) hasil kewujudan UiTMPP bagi tahun 2007 di kawasan Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Kehadiran pelajar yang berbelanja di kawasan sekitar kampus akan menyumbang dan menjadi pemangkin kepada ekonomi di kawasan atau daerah tersebut (Brailey et. al., 2008). Kertas kerja ini merupakan sebahagian daripada hasil kajian Impak Ekonomi UiTMPP yang akan membincang secara lebih terperinci mengenai corak perbelanjaan pelajar yang turut menyumbang kepada ekonomi setempat di Permatang Pauh.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 2. 2.1 METODOLOGI Kaedah pengumpulan maklumat 3.2 Kajian ini melibatkan pengumpulan data daripada dua sumber iaitu data primer dan data sekunder. Data primer melibatkan pengumpulan data melalui kerja lapangan dengan pengedaran borang soal selidik yang dilakukan secara edaran kepada kumpulan responden mengikut sampel yang ditetapkan. Manakala data sekunder pula melibatkan pengumpulan maklumat demografi pelajar dan juga yang berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan kewangan mereka. 2.2 Kaedah pensampelan Pendapatan pelajar sahaja (56%) meskipun bilangan pelajar sepenuh masa berjumlah 5,397 orang pada tahun 2007.

Kaedah pensampelan soal selidik dalam kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata. Manakala pemilihan responden dibuat secara rawak menggunakan Perisian Research Randomizer yang boleh diperolehi melalui internet (www.organizer.org). Responden-responden ini kemudian dikumpulkan sebelum borang soal selidik diedarkan. Bilangan pelajar UiTMPP yang berstatus aktif sehingga Julai 2007 adalah seramai 5397 orang. Daripada jumlah tersebut sampel seramai 220 orang telah dipilih di mana 50.5% daripada kumpulan responden adalah pelajar lelaki dan 49.5% pelajar perempuan. 2.3 Kaedah Analisa Data

Minimum pendapatan pelajar UiTMPP adalah RM 100 dan maksimum pendapat pelajar adalah RM 2000. Manakala purata pendapatan pelajar adalah RM 530.30. Pendapatan pelajar ini dikira berdasarkan sumber kewangan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sama ada melalui biasiswa, pinjaman pendidikan atau juga pemberian keluarga dan sanak saudara. Rajah 3.1 menunjukkan taburan jumlah pendapatan sebulan pelajar UiTMPP. Berdasarkan purata pendapatan sebulan bagi seorang pelajar dan jika diambil kira tempoh pengajian sepenuh masa berlangsung selama sembilan bulan dalam setahun (Brailey et. al., 2008), maka pendapatan setahun bagi seorang pelajar UiTMPP adalah RM 4,772.70. Jumlah pendapatan ini adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah pemberian wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) iaitu RM 5,000.00 dalam setahun bagi pelajar di peringkat pengajian Diploma (Siti Alida & Halimah, 2007). Walaubagaimana pun, jumlah pendapatan sebulan ini lebih tinggi jika dibandingkan dengan hasil kajian ringkas yang dijalankan oleh Persatuan Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia (GAMIS), yang memperolehi pendapatan pelajar yang mendapat pinjaman pindidikan adalah sebanyak RM 426.50 sebulan (Mohd Khairuddin, 2008).

Analisa kajian ini dilakukan secara deskriptif turut mengkaji latar belakang seperti umur, semester pengajian dan status tempat tinggal pelajar semasa belajar di UiTMPP. Selain dari itu, corak perbelanjaan pelajar turut dikaji. Analisa statistik (T-test dan ANOVA) juga dilaksanakan untuk melihat perbezaan perbelajaan antara jantina, semester pengajian dan lokasi penginapan. 3. PENEMUAN DAN PERBINCANGAN Latar Belakang Pelajar Kajian ini melibatkan seramai 50.5% pelajar lelaki dan 49.5% adalah pelajar perempuan daripada 220 orang responden yang terlibat. Secara purata usia responden adalah dalam lingkungan usia 20 tahun ini kerana majoriti daripada mereka merupakan pelajar di peringkat pengajian Diploma. Seramai 38.6% daripada responden ini menginap di kolej kediaman yang disediakan oleh pihak universiti, manakala 61.4% daripada responden mendapatkan penempatan sendiri di luar kawasan kampus. Situasi ini berlaku kerana pihak universiti hanya dapat menyediakan kemudahan penginapan bagi menampung seramai 3,020 pelajar 2

20.00 18.00 16.00 Peratusan, % 14.00 12.00 10.00 8.00 6.00 4.00 2.00 0.00

0

0

0

0

0

0

0

0

0 90 >

30

40

10

20

50

60

70

80

Pendapatan, RM

Rajah 3.1: Taburan Pendapatan Responden 3.3 Perbelanjaan pelajar

Purata perbelanjaan seorang pelajar yang menuntut di UiTMPP dalam sebulan ialah RM 360.50. Jumlah ini adalah rendah sebanyak RM 59.50 jika berbanding dengan hasil dapatan kajian oleh GAMIS sebanyak RM 420.00 sebulan (Mohd Khairuddin, 2008). Hasil kajian ini mendapati seorang pelajar UiTMPP secara puratanya berbelanja sebanyak RM 3244.50 dalam tempoh

10

00

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 pengajian selama setahun (sembilan bulan). Jumlah hasil perbelanjaan pelajar UiTMPP seramai 5,397 orang bagi tahun 2007 telah berjaya menjana ekonomi setempat berjumlah RM 17,510,566.50 dalam setahun. Empat belas (14) jenis perbelanjaan telah dipilih dan diubahsuai berdasarkan Jadual InputOutput Malaysia 2000 yang merangkumi penginapan, utiliti, telefon/internet, makanan/hotel, hiburan, rekreasi/sukan, perkhidmatan, pembelian barangan, pendidikan, kenderaan, kesihatan, pengangkutan awam, aktiviti sosial dan lain-lain perbelanjaan. Penggunaan Jadual Input-Output adalah bertujuan untuk mendapat maklumat komprehensif ke atas semua aktiviti ekonomi setempat. Jadual 3.1 menunjukkan purata perbelanjaan seorang pelajar UiTMPP bagi sebulan dan Rajah 3.2 pula menunjukkan taburan peratusan mengikut jenis perbelanjaan dalam sebulan. Jadual 3.1: Purata perbelanjaan seorang pelajar UiTMPP dalam sebulan bagi tahun 2007.Perkara Purata Perbelanjaan Bulanan (setiap pelajar), RM

Hasil kajian ini mendapati taburan perbelanjaan seorang pelajar mengikut peratusan adalah seperti berikut iaitu pembelian makanan 22% (RM 79.20), manakala perbelanjaan untuk pembelian barangan atau keperluan diri 21% (RM 74.25), diikuti oleh pembelian atau bayaran perkhidmatan telefon 14% (RM 48.70), bayaran atau sewaan penginapan 8% (RM 27.70), bayaran yang berkaitan dengan pendidikan atau pembelajaran 7% (RM 23.70), bayaran kenderaan atau pembelian minyak petrol 6% (RM 21.80), bayaran pengangkutan 5% (RM 19.40) dan lain-lain perbelanjaan kurang daripada 4%.

Lain-lain perbelanjaan Aktiviti perkhidmatan komuniti Pengangkutan awam Kesihatan dan pergigian J e n is P e rb e la n ja a n Kenderaan Pendidikan dan pembelajaran Pembelian barangan Perkhidmatan Rekreasi Hiburan Makanan Telefon dan Internet Utiliti Penginapan 0.0 5.0 10.0 15.0 20.0 25.0

Peratusan, %

Penginapan (Sewaan atau bayaran bulanan). Utiliti (Elektrik, air, sampah, pembentungan dan lain-lain). Telefon dan Internet (Panggilan telefon rumah atau telefon bimbit dan internet). Makanan (makan di restoran, kedai dan sebagainya). Hiburan (Majlis, konsert dan pawagam) Rekreasi (Sukan seperti futsal, bowling dan lain-lain) Perkhidmatan (Salun kecantikan dan rambut, pembersihan dan lain-lain) Pembelian barangan (Membeli pakaian, dobi, barangan rumah / apartment / perabot, computer, barangan elektronik, barangan peribadi atau hadiah dan lainlain). Pendidikan dan pembelajaran (Photocopy, buku rujukan, alat tulis, tuisyen, kelas muzik, seni pertahanan diri). Kenderaan (Bayaran kereta / motosikal, insurans, minyak, bayaran letak kereta, penyelenggaraan dan pembaikan). Kesihatan dan pergigian (Wang yang dibelanjakan kerana tidak ditanggung insurans atau UiTM). Pengangkutan Awam Aktiviti Perkhidmatan Komuniti, Sosial dan Persendirian Lain. Lain-lain Perbelanjaan (Pembaikan rumah / perbelanjaan luar jangka dan lainlain) Jumlah Keseluruhan

27.73

Rajah 3.2 : Peratusan perbelanjaan mengikut jenis perbelanjaan Perbelanjaan makanan secara purata dibelanjakan sebanyak RM 2.60 sehari atau RM 79.20 sebulan bagi seorang pelajar UiTMPP. Meskipun, perbelanjaan makanan merupakan peratusan yang tertinggi jumlah purata perbelanjaan untuk makanan dalam sehari adalah rendah. Ini disebabkan pihak pengurusan universiti menyediakan subsidi makanan sebanyak RM 4.00 sehari kepada pelajar-pelajar pengajian di peringkat Diploma. Lokasi UiTMPP berhampiran dengan bandar yang menyediakan pelbagai pusat membelibelah, mendorong pelajar untuk kerap keluar dari kampus atau rumah sewa bagi mengunjungi tempattempat tersebut untuk membeli makanan atau barangan. Justeru itu, perbelanjaan barangan mendapat purata peratusan perbelanjaan kedua yang terbesar (21%). Peratusan ketiga terbesar ialah perbelanjaan yang berkaitan dengan telefon dan internet iaitu sebanyak 11% (RM 48.70). Gaya hidup masa kini mendorong setiap pelajar memiliki dan menggunakan telefon bimbit turut menyumbang kepada corak perbelanjaan pelajar UiTMPP. Selain itu, penggunaan internet untuk tujuan komunikasi dan pembelajaran untuk mempengaruhi corak perbelanjaan ini. Pada tahun 2007, hampir 50% pelajar UiTMPP tinggal di luar kampus kerana kekurangan kolej kediaman yang disediakan. Purata perbelanjaan penginapan adalah RM 27.73 sebulan 3

6.56

48.70

79.23 18.25 12.58

7.64

74.15

23.73

21.83

4.67

19.44 4.00

12.02 360.54

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 dan nilai maksimum yang diperuntukkan untuk perbelanjaan penginapan dalam sebulan ini ialah RM200. Ini berkemungkinan pelajar tersebut menyewa rumah secara persendirian atau kumpulan yang kecil. Bagi perbelanjaan utiliti pula hanya dibelanjakan oleh pelajar yang tinggal di luar kampus sahaja, ini kerana utiliti dan penginapan bagi mereka yang tinggal di dalam kampus adalah percuma tanpa sebarang bayaran. Purata perbelanjaan utiliti pelajar adalah sebanyak RM 6.56 sebulan. Pelajar yang tinggal di luar kampus turut memperuntukan sejumlah belanjan untuk menampung kos minyak petrol bagi yang berkenderaan dan kos pengangkutan awam bagi berulang-alik dari rumah sewa ke kampus. Perbelanjaan untuk kenderaan termasuk pembelian minyak petrol, kos membaiki kenderaan dan lainlain yang berkaitan dengan kenderaan milik sendiri secara purata sebanyak RM 21.83 sebulan. Bagi perbelanjaan untuk hiburan pula termasuk apa jua perbelanjaan yang berkaitan dengan hiburan seperti perbelanjaan membeli CD, DVD, menonton wayang, dan lain-lain yang berkaitan dengan hiburan. Purata perbelanjaan keseluruhan bagi hiburan ini adalah RM 18.25 sebulan. Pelajar juga berbelanja untuk aktiviti rekreasi dengan purata sebanyak RM 12.58 sebulan. Manakala, bagi perbelanjaan perkhidmatan seperti mengunting rambut, ke salun kecantikan dan sebagainya secara purata pelajar berbelanja sebanyak RM 7.64 sebulan. Perbelanjaan yang berkaitan dengan pendidikan atau pembelajaran seperti pembelian buku rujukan, alat tulis, pendrive, fotokopi rujukan dan sebagainya telah dibelanjakan secara purata sebanyak RM 23.73 sebulan. Bagi penjagaan kesihatan di kalangan para pelajar UiTMPP perbelanjaan dilakukan sebanyak RM 4.67 sebulan. Sebanyak RM 4.00 dibelanjakan pula terhadap aktiviti khidmat komuniti atau sosial seperti menderma atau bersedekah. Bagi perbelanjaan lain-lain pula adalah apa jua perbelanjaan yang pelajar rasa tidak terdapat di mana-mana kategori yang disebut di sebelum ini. Purata perbelanjaan sebanyak RM 12.02 sebulan. 3.4 3.4.1 Perbandingan perbelanjaan Antara jantina Jadual 3.2 menunjukkan perbandingan corak perbelanjaan pelajar lelaki dan perempuan mengikut kategori. Bagi corak perbelanjaan didapati pelajar lelaki berbelanja lebih berbanding dengan pelajar perempuan bagi kategori perbelanjaan seperti penginapan, utiliti, hiburan, rekreasi, kenderaan dan komuniti. Manakala pelajar perempuan berbelanja lebih bagi kategori telefon dan internet, makanan, perkhidmatan, pembelian barangan, pembelajaran, pengangkuan awam dan lain-lain perbelanjaan. Seramai 2375 orang pelajar UiTMPP yang terdiri 26% pelajar lelaki dan 18% pelajar perempuan yang menyewa atau tinggal di luar kampus mempengaruhi kepada corak perbelanjaan di kalangan mereka. Ujian statistik menunjukkan perbezaan yang bermakna (p Pendidikan > Kenderaan > Pengangkutan Awam > Hiburan > Rekreasi > Lain-lain > Perkhidmatan > Utiliti > Kesihatan > Khidmat Komuniti.