7. es linguistik

18
Linguistik TAJUK 1 : SEJARAH PERKEMBANGAN SINOPSIS Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. HASIL PEMBELAJARAN (i) Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik. (ii) Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah, Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke- 20. 1.0 KANDUNGAN ISI

Transcript of 7. es linguistik

Page 1: 7. es linguistik

Linguistik

TAJUK 1 : SEJARAH PERKEMBANGAN

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik

yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah

pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman

Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan

(Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik

perbandingan dan zaman linguistik moden.

HASIL PEMBELAJARAN

(i)      Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu  linguistik.

(ii)     Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah,   

         Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke-20.

1.0       KANDUNGAN ISI

Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal

sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800

tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik

permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani.

Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India

Page 2: 7. es linguistik

yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-

17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan

bukti  dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang

bermula di Eropah.

1.1       Zaman Yunani,  Zaman  Iskandariah,  Zaman Rom

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam

bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani

merupakan satu tamadun  terawal yang wujud di atas muka  bumi ini.

Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa,

ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula

kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka

dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak

dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa

bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi.

Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah

yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.

Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. 

Page 3: 7. es linguistik

Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana  yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. 

Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan

linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman

Iskandariah. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai

sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan

kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa

pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut

mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada

adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana  turut

memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit

deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai

makna.

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik

zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah

tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu

bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji

perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem

bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang

Page 4: 7. es linguistik

menyumbang  kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa.

Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil

tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas

zaman itu.

1.2       Zaman Pertengahan,  Zaman Arab,  Zaman India

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik

zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada

era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa

vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa

sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan

mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu

tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal

kepada fungsi kesusasateraan.

Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan

logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang.

Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa

pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan

bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Sekarang mari kita bincangikan pula perkembangan linguistik zaman

Arab. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai

sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman

gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam

yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian

mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan

ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya

kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.

Page 5: 7. es linguistik

Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik

zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan

memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut

berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian

mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan

sintaksis.

Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa

zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu

bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut

mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal

ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki

perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.

1.3       Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan

kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula

berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan

sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut

mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang

lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui

peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.

Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada

semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan

bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi,

berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali

sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.

Page 6: 7. es linguistik

Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita

lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20.

Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic

deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan

menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut

menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu

fenomena sosial.

TAJUK 2

PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK

SINOPSIS

Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk,

iaitu pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand

de Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi

sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara

empirikal.

HASIL PEMBELAJARAN

(i)            Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman

(ii)          Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa

sejak zaman awal hingga zaman moden

(iii)         Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik

2.0       KANDUNGAN ISI

Page 7: 7. es linguistik

Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan

sebagai “Bapa Linguistik Moden”. Hasil pemikiran Bloomfield pula telah

menghasilkan teori behaviourisme

2.1       Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik

                   Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural  

dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji

hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.

                     Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam

sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa

merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia.

                     Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu

bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau

bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan

pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam

masyarakat.

                     Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna,

bahasa akan sentiasa berubah.

2.2       Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik

                     Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang

mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli

psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa

bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala

Page 8: 7. es linguistik

unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan

dikeluarkan apabila adanya rangsangan.

                     Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca

daripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasapun dapat

dilahirkan sebagai gerak balas ataurespons terhadap rangsangan itu.

                     Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku

manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu

suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian

hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau

yang popular ialah Language (1933).

2.3       Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik

                    Ferdinand de Saussure (1857 – 1913)  ialah  orang pertama  yang

mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu

Linguistik Moden’  telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan

pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden.

                    Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang

pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian

bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan

diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu.

Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh

bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa

tersebut.

                    De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan

Page 9: 7. es linguistik

konsep ‘langue’ dan ‘parole’. Langue bermaksud loghat atau dialek dan

parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh

individu dalam masyarakat.

                    Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan

buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915.

Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-

pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-

bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian

diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.

  

TAJUK 3

BIDANG LINGUISTIK

SINOPSIS

Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu

Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan

Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual.

HASIL PEMBELAJARAN

(i)             Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik

(ii)           Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik

perbandingan dan linguistik kontekstual

Page 10: 7. es linguistik

(iii)         Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan

pengajaran bahasa.

3.0       KANDUNGAN ISI

Perbincangan dalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan kepada

bidang-bidang ilmu linguistik, linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa,

perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara

bahasa serta kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu

linguistik.

3.1       Linguistik  Umum dan Linguistik Gunaan

                     Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang

yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.

                     Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.

                     Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.

        Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.

                     Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.

                     Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa.

                     Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.

Page 11: 7. es linguistik

                     Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul  ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.

                     Perkara  yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.

                     Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.

                     Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.

                     Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.

                     Dalam  meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.

3.2       Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

                     Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah

satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.

                     “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto,

dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.

                     Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan”

yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.

Page 12: 7. es linguistik

                     Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait

harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.

          Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan

tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.

                     Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang

mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.

                     Kaedah glotokronologi  mencadangkan penggunaan formula matematik untuk                  menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.

               Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagianlinguistik perbandingan:

    Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri.

                     Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik

tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman.

                     Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan

perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.

                     Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal  

usul (etimologi) sesuatu bahasa.

                     Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.

                     Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci

Page 13: 7. es linguistik

dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.

                      Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat

perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.

                     Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang

berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.

                     Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl

usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.

                     Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang

            membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya          adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara          bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada        bahasa induk.

                     Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-            aspek yang dibandingkan itu

3.3       Linguistik Kontekstual 

                     Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi        dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik         teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri,          bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa             berinteraksi dengan dunia.

                     Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik  merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.

Page 14: 7. es linguistik

                     Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik.

                     Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains   perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.