730513115095001_HBAE2103

9
FAKULTI : PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER / TAHUN : JANUARI / 2014 KOD KURSUS : HBAE3103 TAJUK KURSUS : KRAF TRADISIONAL NAMA : ROSLAN BIN YAAKUB NO. MATRIKULASI : 730513115095001 NO. KAD PENGNEALAN : 730513-11-5095 NO. TELEFON : 012-9551476 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN KELANTAN

Transcript of 730513115095001_HBAE2103

HBAE3103

FAKULTI : PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER / TAHUN : JANUARI / 2014KOD KURSUS : HBAE3103TAJUK KURSUS : KRAF TRADISIONALNAMA

: ROSLAN BIN YAAKUB

NO. MATRIKULASI :

730513115095001

NO. KAD PENGNEALAN: 730513-11-5095

NO. TELEFON: 012-9551476

E-MEL: [email protected] PEMBELAJARAN

: PUSAT PEMBELAJARAN KELANTAN1.0 PENGENALANSeni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses inimenyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objekyang terdapat di sekeliling mereka.Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorangguru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua danketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anakdidik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak.Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti.Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran jurutera masyarakat yang diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini.

Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan professional ( initial training ) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guruseni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar ( art of teaching ). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara(fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, dayaimaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Peranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai pengurus.Apa yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-tugas pengawasan (supervisor ) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta normahidup dalam keluarga dan masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini membawa maksud guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukan sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus kepada pelajar dalam proses P & P. Antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh seorang guru seni ialah:1) Menguruskan rutin bilik darjah.2) Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian.3) Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah.4) Mengurus keadaan fizikal bilik darjah.5) Mengurus aktiviti kumpulan.6) Mengurus karya dan hasil kerja murid.7) Mengurus sumber, alat dan bahan Pendidikan Seni Visual.8) Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik.9) Menguruskan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran seni yang menyeronokkan.10) Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif

Antara lain, guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalam pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahun baru kepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan berlaku apabila ia dijalankan di dalam kumpulan di mana peserta digalakkan mengambil tanggungjawab di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut beliau juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif dikalangan pelajar.Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlu peka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual murid dalam P & P Seni Visual. Sebagai contoh, jikaseorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya menghasilkan corak dengan menggunakan penyedut minuman, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai corak. Kemudian, guru perlu membimbing murid-murid menghasilkan corak tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut. Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru.

Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyai sikap-sikap berikut untuk membimbing murid-murid dalam P & P Pendidikan SeniVisual:1)Bersopan santun2)Menghormati pandangan murid3)Peramah4)Jujur 5)Prihatin

Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami denganlebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu pembelajaran secarabimbingan akan memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, beranidan bersemangat semasa menghasilkan karya seni visual.

Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini dikemukakan oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia pendidikan. Apakah kebolehan yang dimaksudkan oleh tokoh tersebut?Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam P & P Seni Visual, guru perlu berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi guru juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni.

Dalam proses P & P Seni Visual, guru perlulah berperanan sebagai pemudah cara. Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar murid membuat corak menggunakan penyedut minuman. Seperti yang kita ketahui, kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Bagi menyempurnakan tugasan ini, agak sukar sekiranya guru tidak memberi bantuan yang sewajarnya.Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai pemudahcara. Guru boleh menyeidakan contoh corak yang telah dihasilkan dengan menggunakan kaedah ini.Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiran asas membuat corak.Apa yang dimaksudkan dengan inisiator? Inisiator bermaksud individu yang sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-muridnya secara berkesan. Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan P & P, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.Apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh seorang guru seni?1)Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua murid.2)Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam P & P.3)Memahami dinamika kumpulan.4)Membantu murid memperkembangan ilmu seni.5)Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan muridmenjalani aktiviti P & P seni mereka.6)Menggubah dan menyesuaikan strategi P & P yang dapat menarik perhatian murid.Bagaimanapun terdapat pelbagai lagi usaha yang boleh ditonjolkan oleh para guru seni. Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secaratidak langsung akan mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha melakukan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.Penutup/kesimpulanAPENDIKSRUJUKAN / REFERENSINama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan Abdullah Hassan & Ainon Abdullah. (2003).Mendorong Kreativiti Kanak-kanak. Selangor Darul Ehsan: PTS Publications & Distributors SdnBhdChangHonWoon.1992).PanduanDinamikPMRPendidikanSeniTingkatan1&2 KBSM. Selangor Darul Ehsan: Pustak Delta Pelajaran Sdn Bhd

Mazlan Othman, Ruzitah Tapah, Hassan Mohd Ghazali, (2005), Teks LengkapPendidikan Seni Visual , Selangor: Fajar Bakti Sdn. BhdRaja Baharudin Raja Husain, (1999)

Kursus Amali PMR Pendidikan Seni ,Selangor: Pan Asia Publications Sdn. Bhd..Open University Malaysia, (2007)

HBAE1203 Perkembangan Seni san Kanak-kanak,Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.Open University Malaysia, (2007)

HBSS1103Pengenalan Pengajian Sosial,Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.Open University Malaysia, (2005)

HBEFPrinsip Teknologi Pengajaran,Selangor:Meteor Doc. Sdn. Bhd. Lampiran 1

PAGE 1

_1253083327.bin