Abstrak Masalah Karangan

2
Masalah Menulis Karangan Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Meneng Abstrak Dalam kajian-kajian yang lepasmendapatibahawa pelajar lemah dalam membuat karanganbahasaArab sama ada dariaspek nahu, soraf, kekurangan perbendeharaan kata dan sebagainya. Sedangkankemahiranmenulismerupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar. Melalui ak pelajar akan dapat merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung den orang lain atau diri sendiri (Kamarudin Hj.Husin dan Siti Hajar H Kajian kes ini bertujuan melihat dan mengenal pasti punca dan fak menyebabkan pelajar lemah dalam menulis karangan sama ada faktor l bukan linguistik, faktor dalaman pelajar dan luaran pelajar itu sendiri. K dijalankan di sebuah sekolah menengah agama di Wilayah Persekutuan Kuala Lu Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Agama Majlis Agama IslamWilayah Persekutuan dipilih sebagai respondan kajian ini. Pengkaji akan menggunakan pemerhatian, soalselidik, temu bual dan buktidokumen untuk mengutip dan mengumpul data-data kajian. Keseluruhan data dianalisis dengan menggunakan berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Dengan yang demikian, untuk meningkatkan mutu penulisan karangan bahasa Arab di kalanganpelajar, pengajaran dan pembelajaran di sekolah guru perlu memfokuskan kepada aspek-aspek y punca dan faktor menyebabkan pelajar lemah semasa menulis karangan bahasa A

Transcript of Abstrak Masalah Karangan

Masalah Menulis Karangan Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

Abstrak

Dalam kajian-kajian yang lepas mendapati bahawa pelajar lemah dalam membuat karangan bahasa Arab sama ada dari aspek nahu, soraf, kekurangan perbendeharaan kata dan sebagainya. Sedangkan kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar. Melalui aktiviti menulis, pelajar akan dapat merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri (Kamarudin Hj.Husin dan Siti Hajar Hj.Abd.Aziz, 1997). Kajian kes ini bertujuan melihat dan mengenal pasti punca dan faktor-faktor yang menyebabkan pelajar lemah dalam menulis karangan sama ada faktor linguistik dan bukan linguistik, faktor dalaman pelajar dan luaran pelajar itu sendiri. Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah menengah agama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dipilih sebagai respondan kajian ini. Pengkaji akan menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual dan bukti dokumen untuk mengutip dan mengumpul data-data kajian. Keseluruhan data dianalisis dengan menggunakan teknik berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Dengan yang demikian, untuk meningkatkan mutu penulisan karangan bahasa Arab di kalangan pelajar, pengajaran dan pembelajaran di sekolah guru perlu memfokuskan kepada aspek-aspek yang menjadi punca dan faktor menyebabkan pelajar lemah semasa menulis karangan bahasa Arab.