ABSTRAK(ROSNEY).docx

1
ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan membantu subjek memahami penggunaan huruf besar mengikut konsep yang betul menggunakan teknik Bulatan. Subjek akan membuat bulatan pada huruf yang terdapat di pangkal Kata Nama Khas. Kajian ini memfokuskan penggunaan huruf besar pada pangkal Kata Nama Khas. Pengkaji mengaplikasikan kaedah latih tubi dan ansur maju dalam kajian. Subjek kajian terdiri daripada 6 orang murid Tahun 5 di salah sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Pengkaji menjalankan kajian dengan bersandarkan kepada Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988). Pengkaji menggunakan kaedah ujian, pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual untuk memperoleh data. Pengkaji menganalisis data menggunakan kaedah bergabung. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan kemahiran dan prestasi bagi semua subjek selepas intervensi dilaksanakan. Subjek dapat mengetahui penggunaan huruf besar pada pangkal Kata Nama Khas mengikut konsep yang betul. Kesimpulannya teknik Bulatan dapat membantu mengurangkan kesalahan penggunaan huruf besar pada pangkal Kata Nama Khas dalam kemahiran menulis murid Tahun 5.

Transcript of ABSTRAK(ROSNEY).docx

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan membantu subjek memahami penggunaan huruf besar mengikut konsep yang betul menggunakan teknik Bulatan. Subjek akan membuat bulatan pada huruf yang terdapat di pangkal Kata Nama Khas. Kajian ini memfokuskan penggunaan huruf besar pada pangkal Kata Nama Khas. Pengkaji mengaplikasikan kaedah latih tubi dan ansur maju dalam kajian. Subjek kajian terdiri daripada 6 orang murid Tahun 5 di salah sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Pengkaji menjalankan kajian dengan bersandarkan kepada Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988). Pengkaji menggunakan kaedah ujian, pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual untuk memperoleh data. Pengkaji menganalisis data menggunakan kaedah bergabung. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan kemahiran dan prestasi bagi semua subjek selepas intervensi dilaksanakan. Subjek dapat mengetahui penggunaan huruf besar pada pangkal Kata Nama Khas mengikut konsep yang betul. Kesimpulannya teknik Bulatan dapat membantu mengurangkan kesalahan penggunaan huruf besar pada pangkal Kata Nama Khas dalam kemahiran menulis murid Tahun 5.