Acf422 fasa1 induksi analisis penilaian js

5
Analisis Penilaian Fasa 1 (Induksi) Fasa pertama ini merupakan induksi kepada teks drama Jalan Sempit. Secara sepintas lalu, fasa ini mengandungi: 1. aktiviti permainan Traffic Jam, 2. pengisian lembaran kerja berdasarkan slaid pembentangan, dan 3. perbincangan mengenai video. Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan bagi langkah ini berbentuk formatif yang dilakukan secara informal. Memandangkan pelajaran ini merupakan pelajaran induksi bagi teks drama ini, jenis penilaian sedemikian sudah mencukupi. Lebih-lebih lagi, ini berpadanan dengan jenis aktiviti dan pelajaran yang lebih kepada tahap- tahap rendah dalam Taksonomi Bloom. Penilaian yang dilakukan ialah dalam bentuk pemerhatian, lisan dan penulisan. Melalui aktiviti permainan Traffic Jam, penilaian yang dilakukan berdasarkan perbincangan pasca permainan dan pemerhatian guru ketika permainan itu dijalankan. Melalui perbincangan setelah tamat permainan, guru mengajak para

Transcript of Acf422 fasa1 induksi analisis penilaian js

Page 1: Acf422 fasa1 induksi analisis penilaian js

Analisis Penilaian Fasa 1 (Induksi)

Fasa pertama ini merupakan induksi kepada teks drama Jalan Sempit.

Secara sepintas lalu, fasa ini mengandungi:

1. aktiviti permainan Traffic Jam,

2. pengisian lembaran kerja berdasarkan slaid pembentangan, dan

3. perbincangan mengenai video.

Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan bagi langkah ini

berbentuk formatif yang dilakukan secara informal. Memandangkan pelajaran

ini merupakan pelajaran induksi bagi teks drama ini, jenis penilaian

sedemikian sudah mencukupi. Lebih-lebih lagi, ini berpadanan dengan jenis

aktiviti dan pelajaran yang lebih kepada tahap-tahap rendah dalam

Taksonomi Bloom. Penilaian yang dilakukan ialah dalam bentuk pemerhatian,

lisan dan penulisan.

Melalui aktiviti permainan Traffic Jam, penilaian yang dilakukan

berdasarkan perbincangan pasca permainan dan pemerhatian guru ketika

permainan itu dijalankan. Melalui perbincangan setelah tamat permainan,

guru mengajak para pelajar untuk membuat penilaian kendiri ketika

permainan itu sedang berlangsung, dengan mengajukan soalan-soalan

berangsang seperti berikut:

bagaimana anda mencapai tujuan permainan?

bagaimana anda menyelesaikan masalah perbezaan pendapat rakan-

rakan sekumpulan?

Page 2: Acf422 fasa1 induksi analisis penilaian js

bagaimana anda menyelesaikan masalah perbezaan pendapat &

keputusan dengan kumpulan lain?

apakah yang telah anda pelajari melalui permainan ini?

Melalui perbincangan dan pemerhatian yang dijalankan guru bagi

aktiviti tersebut, guru dapat mengukur kebolehan para pelajar untuk

mengemukakan isu-isu yang dihadapi dengan masalah ruang yang sempit.

Guru dapat menggunakan isu-isu tersebut dan kaitkan dengan isu-isu yang

terdapat dalam teks Jalan Sempit. Ini dapat mengukuhkan pemahaman

pelajar mengenai teks dan membolehkan mereka mengupas pemikiran dan

nilai yang ingin disampaikan melalui teks tersebut. Aktiviti ini meningkatkan

apresiasi pelajar terhadap karya tersebut serta nilai-nilai yang ingin

disampaikan, di samping mengukuhkan pemahaman. Lembaran kerja yang

diedarkan juga dapat mengukuhkan pemahaman dan membolehkan pelajar

untuk mengingati jalan cerita dengan lebih baik.

Penayangan sedutan video bertujuan untuk melatih para pelajar

menggarap isu atau nilai negatif yang ingin disampaikan. Nilai-nilai tersebut

berkaitan dengan teks Jalan Sempit dan dari itu boleh dianggap sebagai

tahap pengenalan kepada aspek pemikiran teks tersebut.

Sepertimana yang difahamkan, penilaian formatif merupakan penilaian

berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bertujuan

untuk mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk memperbaiki

kelemahannya dengan serta merta. Objektif penilaian yang dilakukan ialah

untuk menilai pemahaman para pelajar mengenai teks Jalan Sempit, dari

yang tertera mahupun yang terselindung. Selain itu, ia juga untuk mereka

Page 3: Acf422 fasa1 induksi analisis penilaian js

memahami dan memetik maklumat yang relevan untuk menyokong hujah

mereka. Mereka harus membuat intepretasi dan menyatakan respons

peribadi terhadap aktiviti yang dijalankan, iaitu untuk permainan Traffic Jam

dan ketika perbincangan mengenai sedutan video yang ditayangkan.

Unsur kepelbagaian kecerdasan yang terlibat ialah spatial, kinestetik,

interpersonal, intrapersonal, dan linguistik. Berdasarkan Taksonomi Bloom,

kemahiran berfikir yang dilatih melalui pelajaran ini ialah kemahiran

mengingat, memahami, mengaplikasi dan menilai. Dari itu, meskipun

pelajaran ini hanya pada tahap induksi, hampir kesemua unsur kepelbagaian

kecerdasan digunakan untuk melatih kemahiran kognitif, afektif dan

psikomotor para pelajar. Ini selari dengan Hasil yang Diingini melalui

Pendidikan (DOE). Antara hasil yang diingini dalam setiap pelajar setelah

tamat tahap sekolah menengah yang berkaitan dengan aktiviti ini ialah:

1. mempunyai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan dan menunjuk

empati kepada orang lain,

2. dapat menghargai perbezaan pendapat dan berkomunikasi secara

efektif, dan akhir sekali, dan

3. dapat meletakkan kepercayaan ke tanahair dan memahami apa yang

penting bagi Singapura.