Acf422 fasa3 watak perwatakan rp js

7
RANCANGAN PENGAJARAN Peringkat/ Jumlah Pelajar Menengah 3 (Ekspres) 12 orang pelajar, (3 HA), (6 MA), (3 LA) Kerencaman dari segi kebolehan menerangkan dan menjelaskan secara lisan. Terdapat pelajar yang baik dalam penulisan dan cekap secara lisan, ada yang lebih baik dari segi penulisan berbanding lisan. Juga kerencaman kemahiran pelbagai. Kebanyakan yang visual dan aural berbanding kinestetik. Tarikh/Masa 3/ # 2013, 45 minit (1 masa) Tajuk Pengajaran watak dan perwatakan. Kemahiran (Berfikir) Sepanjang pengajaran, guru juga akan menanyakan soalan jika para pelajar mempunyai soalan bukan sahaja untuk memastikan pemahaman pada masa yang sama ingin menggalakkan pemikiran. Permainan Kad Siapaitu? bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kebolehan Interpersonal pelajar sewaktu perbincangan antara ahli-ahli kumpulan. Lembaran Kerja yang berbentuk penyusun grafik di akhir pembelajaran bertujuan untuk menguji pemahaman pelajar terhadap keseluruhan pengajaran. Memahami: pelajar menjelaskan aspek watak perwatakan yang terdapat dalam teks Jalan Sempit. Menilai: pelajar mewajarkan sesuatu jawapan dan menghakimi sesuatu idea dan penerangan yang diberikan oleh rakan sebaya sewaktu aktiviti permainan kad

Transcript of Acf422 fasa3 watak perwatakan rp js

Page 1: Acf422 fasa3 watak perwatakan rp js

RANCANGAN PENGAJARANPeringkat/ Jumlah Pelajar

Menengah 3 (Ekspres)

12 orang pelajar, (3 HA), (6 MA), (3 LA)

Kerencaman dari segi kebolehan menerangkan dan menjelaskan secara lisan. Terdapat pelajar

yang baik dalam penulisan dan cekap secara lisan, ada yang lebih baik dari segi penulisan

berbanding lisan. Juga kerencaman kemahiran pelbagai. Kebanyakan yang visual dan aural

berbanding kinestetik.

Tarikh/Masa3/ # 2013, 45 minit (1 masa)

Tajuk Pengajaran watak dan perwatakan.

Kemahiran (Berfikir) Sepanjang pengajaran, guru juga akan menanyakan soalan jika para pelajar mempunyai soalan

bukan sahaja untuk memastikan pemahaman pada masa yang sama ingin menggalakkan

pemikiran.

Permainan Kad Siapaitu? bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kebolehan

Interpersonal pelajar sewaktu perbincangan antara ahli-ahli kumpulan.

Lembaran Kerja yang berbentuk penyusun grafik di akhir pembelajaran bertujuan untuk menguji

pemahaman pelajar terhadap keseluruhan pengajaran.

Memahami: pelajar menjelaskan aspek watak perwatakan yang terdapat dalam teks Jalan

Sempit.

Menilai: pelajar mewajarkan sesuatu jawapan dan menghakimi sesuatu idea dan penerangan

yang diberikan oleh rakan sebaya sewaktu aktiviti permainan kad Siapaitu?

Page 2: Acf422 fasa3 watak perwatakan rp js

Objektif Pelajaran 1. Pelajar dapat mengenal pasti aspek watak perwatakan dalam teks Jalan Sempit .

2. Pelajar dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga watak dan perwatakan dalam

teks.

3. Pelajar dapat membuat telahan atau inferens terhadap tindakan watak dan peristiwa

berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Pengetahuan Sedia Ada (Dimilki/Dikuasai)

1. Telah memiliki pengetahuan mencerakin bagi teks Jalan Sempit .

2. Telah melalui pra-aktiviti dan induksi bagi teks ini pada 2 masa sebelum ini.

3. Telah pernah melakukan kerja secara berkumpulan dan didedahkan dengan konsep

permainan kad.

Penilaian Menilai pemahaman teks melalui watak dan perwatakan.

Bahan Pengajaran 1. Kad Permainan Siapaitu?

2. Panduan Cara Permainan Siapaitu?

3. Lembaran Kerja

Andaian Guru Dua pengajaran telah dijalankan berkenaan teks ini sebelum pengajaran ini dijalankan untuk

mencerakin aspek-aspek seperti tema, persoalan dan latar.

Melalui profil dan pengetahuan sedia ada pelajar, guru boleh menentukan kerencaman pelajar

Page 3: Acf422 fasa3 watak perwatakan rp js

(tahap HA, MA dan LA) dalam kerja berkumpulan, bahan dan aktiviti yang bakal dijalankan

sewaktu pengajaran tersebut.

LangkahJangka

masaAktiviti Guru Aktiviti Pelajar Catatan

Set Induksi

Langkah 1

5 minit 1. Guru akan memberitahu pelajar bahawa aktiviti yang bakal dilakukan itu berkaitan dengan aspek watak perwatakan yang terkandung dalam teks Jalan Sempit.

a. Ini untuk memastikan bahawa pelajar mendapat gambaran secara keseluruhan tentang aktiviti yang bakal dijalankan nanti.

2. Guru akan meminta pelajar menamakan kesemua watak-watak yang terkandung dalam teks Jalan Sempit.

a. Guru akan mendapatkan respons daripada dua orang pelajar secara rambang untuk memulakan pengongsian itu.

b. Guru akan mencatatnya di papan tanda. Ini untuk memastikan pemahaman pelajar sebelum meneruskan aktiviti.

1. Pelajar akan berikan penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan.

2. Dua pelajar akan diajak untuk berkongsi.

3. Pelajar yang lain akan diingatkan bahawa mereka boleh memberi pendapat yang bernas dan membangun terhadap jawapan yang telah dikongsi oleh rakan sebaya yang lain.

Page 4: Acf422 fasa3 watak perwatakan rp js

Langkah 2

Permainan

kad

Siapaitu?

20

minit

1. Guru akan memulakan dengan memberi penjelasan tentang cara permainan kad Siapaitu? yang bakal dijalankan kepada para pelajar secara lisan dan fizikal.

2. Guru telah menyiapkan satu dek kad yang diberi nama Siapaitu?

a. Ia terdiri daripada potongan gambar-gambar yang melambangkan watak dan perwatakan dalam teks drama ‘Jalan Sempit’.

b. Secara keseluruhannya, terdapat 16 kad bergambar (termasuk 2 kad bebas yang bergambarkan jalan sempit) dan 8 kad bermisi.

3. Guru turut akan memberikan setiap kumpulan sekeping panduan bagi cara pemainan kad tersebut.

4. Guru akan mengingatkan pelajar bahawa mereka dikehendaki untuk memberi penerangan yang sesuai dan bernas. Selain memastikan bahawa semua pelajar turut serta dalam aktiviti kumpulan mereka.

5. Ketika aktiviti permainan kad Siapaitu? dijalankan, guru akan memainkan

1. Secara berkumpulan, pelajar akan diterangkan mengenai permainan kad Siapaitu?

2. Kad tersebut merupakan potongan gambar-gambar yang melambangkan watak dan perwatakan dalam teks drama ‘Jalan Sempit’.

3. Setiap kumpulan diberi masa selama 15 minit untuk menghuraikan watak perwatakan yang diberikan.

4. Pelajar akan diberikan empat kad bergambar dan mereka dikehendaki untuk membuat kaitan dengan kad bermisi (mempunyai maklumat yang berkaitan dengan watak perwatakan dalam teks drama Jalan Sempit) yang telah diberikan.

5. Pelajar harus cuba mewajarkan sesuatu

Bahan:1. Kad Permainan

Siapaitu?2. Panduan cara

permainan kad Siapaitu?

MI:

Interpersonal:

Pelajar dapat

meningkatkan

kebolehan

Interpersonal

sewaktu

perbincangan antara

ahli-ahli kumpulan.

Arif Budiman:

Aktiviti perbincangan

secara berkumpulan

juga memberi

peluang kepada

pelajar untuk

berkongsi pendapat

mereka yang

Page 5: Acf422 fasa3 watak perwatakan rp js

peranan sebagai pemudah cara dan bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain.

6. Guru akan memberikan pertolongan kepada kumpulan yang memerlukan.

jawapan dan menghakimi sesuatu idea dan penerangan yang diberikan oleh rakan sebaya sewaktu aktiviti permainan kad Siapaitu?

pelbagai. Ini selari

dengan minda

Beretika (the

Respectful Mind).

Langkah 3

Catatan

Lembaran

Kerja

15

minit

1. Guru secara sepintas lalu

merumuskan setiap watak dan

perwatakan. Jika terdapat

kemusykilan, guru akan

menjelaskannya.

2. Guru kemudiannya meminta pelajar

mengisi lembaran kerja yang

berbentuk penyusun grafik bagi

pembelajaran hari itu.

3. Guru bertindak sebagai pemudah cara

dan memastikan pelajar memahami

apa yang dikehendaki bagi aktiviti

tersebut.

1. Pelajar akan diberikan lembaran kerja yang merupakan lakaran watak dan perwatakan dalam teks drama Jalan Sempit.

a. Mereka dikehendaki mencungkil huraian dari teks untuk menyokong jawapan mereka.

2. Ini turut bertindak sebagai salah satu bahan penilaian bagi menilai perkembangan dan pemahaman mereka.

Bahan:1. Lembaran Kerja

yang berbentuk Penyusun Grafik.

Penutup

(Pelajar)

5 minit 1. Sekali lagi, guru akan mendapatkan respons dari pelajar mengenai aspek watak dan perwatakan yang telah

1. Pelajar dikehendaki merumuskan dan memberi maklum balas

Page 6: Acf422 fasa3 watak perwatakan rp js

dipelajari. a. Ini bertujuan untuk

memperkukuhkan isi dan objektif pengajaran.

2. Dengan cara ini, guru dapat menilai tahap pemahaman para pelajar dengan mendapat respons dan maklum balas daripada mereka.

mengenai kad permainan Siapaitu? dan apa yang dipelajari dalam pengajaran pada hari itu secara lisan.

Renungan

Guru

Masa bagi setiap aktiviti boleh tergegas bergantung dengan huraian yang diberikan oleh pelajar sewaktu

permainan kad Siapaitu? Jika guru tidak memainkan peranan untuk menjaga masa, aktiviti-aktiviti akan

menjadi terlalu tergegas. Pada masa yang sama, jika para pelajar menghadapi kesukaran dalam aktiviti

permainan kad Siapaitu? , guru harus meluangkan sedikit masa untuk menjelaskan cara permainan aktiviti

tersebut. Adalah penting bagi guru menjaga masa agar setiap aktiviti dijalankan dan difahami dengan baik

dan teratur.

Tahap Aktiviti Penilaian Aspek MI Taksonomi CCE

3 Set Induksi, Kad Permainan Siapaitu?, Catatan Lembaran Kerja individu dan

Penaksiran Formatif InFormal

Watak dan perwatakan

Kinestetic, Spatial, Intepersonal

Memahami, Menilai

Interpersonal

Page 7: Acf422 fasa3 watak perwatakan rp js

Penutup