Aids

14

description

.

Transcript of Aids

Page 1: Aids
Page 2: Aids

Kes pertama yang dikenalpasti sebagai AIDS berlaku di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980an apabila kebanyakan lelaki homoseksual di New York dan California menunjukkan jangkitan penyakit luar biasa dan kanser yang sukar dirawat.

Pada tahun 1982, pegawai-pegawai kesihatan mula mengunakan istilah "acquired immunodeficiency syndrome" atau AIDS untuk menerangkan kejadian-kejadian jangkitan luar biasa ini seperti kanser Karposi Sarcoma dan pneumonia di kalangan masyarakat yang sebelum ini sihat.

Page 3: Aids

•Laporan dan pengesanan pesakit AIDS secara rasmi bermula pada tahun itu di Amerika Syarikat. Pada tahun 1983, para saintis menemui virus yang mengakibatkan AIDS.

•Virus ini pada mulanya dinamakan HTLV-III/LAV (human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis antarabangsa.

•Nama ini kemudian ditukar kepada HIV (human immunodeficiency virus).

Page 4: Aids

• Human Immunodeficiency Virus (HIV) menyerang sistem imuniti seseorang yang menyebabkan badan sukar menentang jangkitan dan penyakit.

• HIV menyebabkan seseorang mendapat penyakit sindrom kurang daya tahan melawan penyakit / Acquired Immunodeficiency Syndrom (AIDS).

• AIDS adalah fasa jangkitan terakhir dan paling merbahaya.

Page 5: Aids

• HIV merupakan singkatan daripada Human Immunodeficiency Virus.

• HIV adalah virus yang mengambil alih sel-sel sistem kekebalan tertentu untuk membuat banyak salinan dirinya sendiri.

• Penyebaran HIV lambat tetapi malar kerosakan pada sistem kekebalan tubuh.

• AIDS adalah singkatan daripada Acquired Immune Deficiency Syndrome.

• AIDS adalah keadaan dimana pesakit di diagnosis bila ada sekumpulan gejala berkaitan yang disebabkan oleh jangkitan HIV parah.

Page 6: Aids

AIDS akan menjadikan tubuh lemah terhadap penyakit yang mengancam jiwa yang disebut jangkitan Oportunistik.

Ia akan menyebabkan rintangan semula jadi tubuh terhadap penyakit musnah, mengakibatkannya mudah diserang oleh jangkitan-jangkitan yang membawa maut (fatal) dan kanser.

Ia sering berlaku dlm kalangan homoseksual lelaki.

Page 7: Aids

AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi jangkitan HIV. Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa:

Fasa 1: Bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu.

Fasa 2: Di mana virus tersebut membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan sebarang tanda- tanda atau gejala-gejala yang tertentu.

Fasa 3: Membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan beberapa tanda dan gejala yang memburukkan lagi mekanisme pertahanan tubuh.

Page 8: Aids

Fasa 4: Pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang berlaku yang digelar ‘jangkitan oportunistik’ seperti radang paru-paru dan kanser.

Fasa 5: Pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam fasa ini, mekanisme pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan kuman-kuman lain.

Page 9: Aids

HIV/AIDS dapat disebarkan melalui :

• Cecair badan• Penerimaan darah yang tercemar • Perkongsian jarum suntikan dadah • Dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu

HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui:

• Perciuman atau berpeluk • Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat

kerja • Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya • Berenang di kolam renang awam • Gigitan nyamuk atau serangga lain

Page 10: Aids

Enzyme : Enzyme Linked Immunosorbent Assay (ELISA)

- untuk mengesan antibodi HIV

- jika ianya positif, sistem imun seseorang telah

terdedah kepada virus ini.

HIV Viral Load Test

- untuk mengukur jumlah pembahagian virus HIV.

CBC : Complete Blood Count

- untuk mengenalpasti anemia, leukopenia,

trombositopenia.

Kiraan sel CD4

- digunakan untuk memantau perkembangan penyakit dan mengenalpasti perawatan yang sesuai.

Page 11: Aids

• Berhenti dari menderma darah bagi penghidap HIV/AIDS atau disyaki menghidapinya..

• Elak dari berkongsi jarum dengan pesakit AIDS jika anda adalah penagih dadah.

• Elak dari berkongsi barang peribadi contohnya berus gigi.

• Elak dari mengandung sekiranya anda penghidap HIV/AIDS atau disyaki menghidapinya.

• Jika terdapat luka, pakai sarung tangan.

• Basuh pakaian yang terkena darah dengan rendaman air panas.

Page 12: Aids

PENGHIDAP HIV/AIDS

› Galakkan pesakit mendapatkan kaunseling daripada pakar berkaitan pengawalan emosi.

› Ajar pesakit tentang kebersihan untuk mengurangkan risiko jangkitan.

› Galakkan pengambilan diet yang tinggi protein.

› Nasihatkan pesakit agar sentiasa mengambil ubat mengikut masa dan dos yang ditetapkan.

› Baritahu pesakit agar tidak berputus asa dalam meneruskan sisa-sisa kehidupannya.

KELUARGA DAN WARIS PENGHIDAP

› Jangan sisihkan pesakit. Sentiasa bersama-sama pesakit sehingga ke akhir hayatnya.

› Beritahu pesakit situasi-situasi yang tidak akan membawa kepada jangkitan HIV/AIDS.

Page 13: Aids

•MASYARAKAT UMUM

- Menggunakan media massa sebagai medium untuk memberitahu masyarakat tentang bahaya HIV/AIDS.

- Nasihatkan orang awam agar segera mendapatkan pemeriksaan sekiranya disyaki menghidap HIV/AIDS.

- Jangan memandang serong kepada penghidap HIV/AIDS tetapi, bantu mereka dalam meneruskan kehidupannya.

Page 14: Aids