Alatan Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah 2

12
ALATAN PENANAMAN PADI SECARA TRADISIONAL DI KEDAH BIL ALATAN FUNGSI 1 TAJAK (Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk membersihkan rumput pada batas-batas petak sawah dan juga di tapak semaian). 2 Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk menarik kapar di dalam petak sawah ke tepi dan juga untuk menarik badai batang pasang semasa penyediaan tapak semaian. 3 Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan selepas kerja-kerja menggala (bajak) sawah bertujuan untuk menghalus, merata dan memecah ketulan- ketulan tanah serta membersihkannya dari rumput rampai.

Transcript of Alatan Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah 2

ALATAN PENANAMAN PADI SECARA TRADISIONAL DI KEDAH BIL 1 ALATAN FUNGSI TAJAK (Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk membersihkan rumput pada batas-batas petak sawah dan juga di tapak semaian).

2

Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk menarik kapar di dalam petak sawah ke tepi dan juga untuk menarik badai batang pasang semasa penyediaan tapak semaian.

3

Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan selepas kerja-kerja menggala (bajak) sawah bertujuan untuk menghalus, merata dan memecah ketulanketulan tanah serta membersihkannya dari rumput rampai.

4

Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk menggala (bajak) sawah dengan ditarik oleh seekor kerbau.

5

Keri, Tajak dan Sisir Kapar Keri dan Tajak digunakan untuk menajak tanah supaya batas sawah menjadi rata. Manakala sisir kapar digunakan untuk mencakar tanah supaya menjadi lebih rata.

6

Tenggala Untuk membajak sawah Diperbuat daripada kayu halban jenis keras. Alat ini terbahagi kepada dua iaitu Tenggala Perlis dan Tenggala Cina. Tenggala-tenggala ini ditarik oleh seekor kerbau dan ada yang ditarik oleh dua ekor kerbau atau lembu.

7

Penyediaan Petak Semaian (Bekas Semai) Kerja-kerja penyediaan petak semaian (bekas semai) sedang dijalankan.Petak semai merupakan tempat pembiakan benih padi untuk dijadikan semai (anak padi) sebelum dipindahkan ke petak sawah yang disediakan.

8

Sabit Untuk memotong rumputrumput yang tumbuh di atas batas sawah. Sabit ini diperbuat daripada besi.

9

Penimba Air Diperbuat daripada tong minyak dan berhulukan kayu panjang serta berkaki tiga. Ia akan digunakan untuk menimba air masuk ke dalam petak semaian.

10 Bakul Mengkuang Digunakan untuk membawa biji benih padi ke tapak semaian semasa hendak menabur. Ia diperbuat daripada mengkuang yang dianyam rapi. Bagi peladangpeladang, bekas-bekas lain seperti tin tidak boleh digunakan untuk mengisi benih oleh kerana dipercayai boleh menghilangkan semangat padi.

11

Menggala (Membajak Sawah) Kerja-kerja mengggala (bajak) sawah sedang dilakukan oleh seorang petani dengan menggunakan tenggala yang ditarik oleh seekor kerbau.

12

13

Kerbau Boleh dianggap sebagai jentera dalam proses membajak sawah. Ia akan bertindak sebagai penarik tenggala

14

Sisir Besi Peranan dan fungsinya seperti sisir kayu iaitu untuk menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai

15

16

Sisir Kapar Untuk menarik kapar di dalam petak sawah. Kebiasaannya, peralatan ini digunakan untuk menarik kapar di tempat-tempat yang tidak boleh dimasuki oleh kerbau. Tempat-tempat tersebut ialah kawasan dalam dan penjuru petak sawah. Sisir kapar lebih kecil daripada sisir besar. Selain membuang kapar ia juga dapat meratakan tanah sawah

17 Tenggiling Untuk memecahkan tanah yang berketul dan meratakan tanah selepas disisir. Proses meratakan tanah belum begitu baik tanpa menggunakan tenggiling

18

Diperbuat daripada kayu yang berbentuk seperti belimbing segi. Panjangnya antara 5 hingga 7 kaki dan bergaris pusatnya 6 inci. Kerbau diperlukan untuk menjalankan Tenggiling.

19 Mencabut Semai Kerja-kerja mencabut semai sedang dilakukan oleh kaum wanita

20

Semai-semai Semai-semai yang telah diketulkan di himpun, kemudian diangkat ke petakpetak sawah yang disediakan untuk proses menanam padi

21 22 23

ALATAN PENANGKAPAN IKAN TRADISIONAL BIL 1 JENIS ALATAN PENERANGAN/FUNGSI Sejenis alat penangkapan yang bersaiz sederhana dan mudah dibawa. Kegunaannya dilabuh di dasar-dasar sungai selalunya di kawasan yg mempunyai reba di mana ikan atau udang galah suka berkumpul. Tempat diletak "bubu" akan ditanda untuk mengecam kedudukannya. Biasanya "bubu" akan dibawa dengan perahu. Umpan seperti isi kelapa dibubuh untuk menarik perhatian ikan masuk. Sebuah "bubu" dibentuk daripada satu tapak berbentuk bulat yang diperbuat daripada rotan dan buluh. Dibentuk besar di bahagian hadapan dan mengecil ke belakang. Di bahagian hadapan "bubu" dibuat satu pintu masuk yang dipangil injap. Injap ini berbentuk seperti kon. Ia membenarkan ikan masuk tetapi menghalang mereka daripada keluar. Satu lagi pintu yang boleh dibuka dan ditutup disediakan di bahagian belakang bagi mengeluarkan ikan yang terperangkap. "Bubu" biasanya ditahan begitu saja semalaman atau dua hingga tiga hari di dalam air sebelum ia ditarik naik untuk melihat hasil tangkapannya.

-Bubu jenis ini ditahan di gelung air2 Tangkul Terdapat dua jenis "tangkul" yang sering digunakan iaitu "tangkul tarik" dan "tangkul angkat". "Tangkul" biasanya digunakan di kalangan penduduk yang tinggal di pinggir-pinggir sungai dan parit tali air terutama pada musim hujan di waktu air melimpah. Tangkul Tarik Diperbuat daripada buluh beting. Dua batang buluh panjang digunakan untuk dipacak di kiri dan kanan parit tali air. Dua buah takal diikat di hujung buluh yang dipacak untuk dimasukkan ke dalam batang buluh dan hujung "tangkul" diikat di relang tersebut supaya senang untuk mengelilingi "tangkul" dan tali panjang untuk menaikkan tangkul. "Tangkul" biasanya ditahan dan diangkat pada satu jangka masa yang tidak ditetapkan. Lama dan cepat masa bergantung pada jenuhnya ikan yang terperangkap masuk.

Tangkul Angkat (Sungai)

Tangkul Angkat Diperbuat daripada buluh beting. Empat ranting diperlukan dimasukkan ke dalam dua biji gelenggang (buluh yang dikerat pendek) untuk dijadikan empat penjuru. Di keempat-empat penjuru ini "tangkul" diikat. "Tangkul" yang besar menggunakan tuas untuk mengangkat naik ke atas. Untuk menahan "tangkul" ianya direndamkan ke dalam air sungai. Apabila sampai waktu yang ditetapkan barulah ianya diangkat. Adakalanya ditahan dari waktu malam dan diangkat pada waktu pagi. Sekiranya ikan banyak, "tangkul" akan diangkat dengan begitu kerap. "Tangkul" yang bersaiz kecil digunakan di alor. Belat "Belat" ditahan di parit, anak sungai dan alor. Buluh-buluh yang dibelah halus dan dijalin dipacak merentangi tempat tersebut bagi menyekat arus aliran air. Secara tidak langsung, ia menyekat pergerakan ikan yang lalu bagi memerangkap mereka di dalam bubu yang dipasang di mulut "belat"

Tangkul Tarik (Parit Tali air)

3

4 5 6 7