amali 1 tenaga dlm kimia.docx

download amali 1 tenaga dlm kimia.docx

of 3

Transcript of amali 1 tenaga dlm kimia.docx

Tajuk : Haba PeneutralanTujuan : untuk mengkaji haba peneutralan bagi(i) Asid hidroklorik dengan natrium hidroksida(ii) Asid sulfurik dengan natrium hidroksida(iii) Asid nitrik dengan kalium hidroksidaHipotesis : semakin tinggi kepekatan ion hidrogen, semakin tinggi kenaikan suhu bagi campuran asid dan besPemboleubah :(i) Dimanipulasi : kepekatan ion hydrogen(ii) Bergerak balas : kenaikan suhu(iii) Dimalarkan : isipadu asid dan besBahan-bahan : 1.0 mol dm-3 asid hidroklorik (EC1), 1.0 mol dm-3 larutan asid sulfurik (EC2), 1.0 mol dm-3 akuas natrium hidroksida (EC3), 1.0 mol dm-3 asid nitrik (EC4), 1.0 mol dm-3 akuas kalium hidroksida (EC5)Radas : 25 cm3 pipet, termometer 0 - 100 ( ), 100 cm3 silinder penyukat, cawan plastic, dan botol pencuci berisi air suling.Gambarajah :

Prosedur :1. Dengan menggunakan pipet, 25.0 cm3 EC1 dimasukkan ke dalam cawan plastik. Suhu bagi EC1 direkodkan sebagai suhu awal bagi campuran R di dalam jadual dibawah.2. Dengan menggunakan silinder penyukat, 60 cm3 larutan EC3 ditambahkan ke dalam cawing plastic yang mengandungi EC1.3. Larutan R dikacau dengan berhati-hati dengan menggunakan termometer dan suhu paling tinggi yang diperolehi direkodkan dalam jadual di bawah.4. Campuran R dibuang daripada cawan plastik kemudian cawan plastic tersebut dibersihkan dan dibilas dengan air suling.5. Prosedur diatas diulang dengan menggunakan i. 25.0 cm3 EC2 bagi menggantikan EC1 untuk mendapatkan campuran S, danii. 25.0 cm3 EC4 dan 60 cm3 EC5 bagi menggantikan EC1 dan EC3 bagi mendapatkan campuran T.Keputusan/ Data :CAMPURAN REC1+EC3(HCl + NaOH)CAMPURAN SEC2 + EC3(H2SO4 + NaOH)CAMPURAN TEC4 + EC5(HNO3 + KOH)

Suhu Tertinggi /313931

Suhu Awal /282928

Kenaikan Suhu /3103

Perbincangan :Berdasarkan keputusan, tindak balas antara asid dan bes dalam campuran R (asid hidroklorik dan natrium hidroksida), campuran S (asid sulfurik dan natrium hidroksida) dan campuran T (asid hidroklorik dan kalium hidroksida) telah menunjukkan peningkatan suhu daripada suhu awal. Ini menunjukkan haba dibebaskan daripada sistem (bahan tindak balas) ke persekitaran. Ini membuktikan tindak balas peneutralan merupakan tindak balas eksotermik.Keputusan eksperimen ini menunjukkan haba peneutralan bagi campuran R(HCl + NaOH) dan T(HNO3 + KOH) adalah sama iaitu 42.7 kJmol-1 manakala haba peneutralan bagi campuran S (H2SO4 + NaOH) pula adalah 142.3 kJmol-1.Haba peneutralan yang dibebaskan dipengaruhi oleh kebesan asid. Ini kerana haba peneutralan asid monobes, iaitu asid hidroklorik dan asid nitrik adalah 42.7 kJmol-1. Hal ini kerana penceraian 1 mol asid ini akan menghasilkan 1 mol ion hydrogen, H+. Ini bermakna 1 mol asid monobes akan bertindak balas dengan 1 mol ion OH- daripada alkali untuk menghasilkan 1 mol air.Haba peneutralan bagi asid dwibes, iaitu asid sulfurik adalah dua kali ganda daripada asid monobes. Ini adalah kerana 1 mol asid sulfurik dalam larutan akuesnya mengandungi 2 mol ion H+ . Ini bermakna 1 mol asid sulfurik dineutralkan dengan lengkap oleh 2 mol NaOH dan menghasilkan 2 mol air seperti yang diwakili oleh persamaan berikut :H2SO4 (ak) + 2 NaOH (ak) Na2SO4 (ak) + 2 H2O (ce)Oleh itu, daripada eksperimen ini peneutralan asid monobes menghasilkan haba peneutralan sebanyak 42.7 kJmol-1 manakala peneutralan asid dwibes menghasilkan haba peneutralan sebanyak 142.3 kJmol-1. Ini terjadi kerana sebahagian haba hilang ke persekitaran dan sebahagian haba telah diserap oleh cawan plastik. Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan kehilangan haba peneutralan ke persekitaran. Antaranya ialah haba yang dibebaskan telah diserap oleh cawan plastik. Selain itu, tingkap dan pintu makmal yang terbuka semasa eksperimen dijalankan menyebabkan kadar penyebaran haba ke persekitaran dipercepatkan. Oleh hal yang demikian, langkah berjaga-jaga perlu diambil kira bagi mengelakkan kemalangan dan mengurangkan punca selisih. Antaranya ialah :a) Suhu awal larutan haruslah diambil beberapa minit untuk memastikan larutan telah mencapai suhu sekata.b) Campuran larutan dalam cawan plastik harus sentiasa dikacau sepanjang tindak balas dijalankan untuk memastikan suhu larutan adalah sekata.c) Bacaan termometer harus diperhatikan sepanjang masa supaya suhu tertinggi yang dicapai oleh larutan campuran dapat dicatatkan.d) Larutan bes kuat hendaklah dituang dengan cepat dan cermat ke dalam larutan asid kuat bagi mengelakkan suhu terbebas ke persekitaran.e) Menggantikan cawan plastik dengan cawan polistirena kerana cawan polistirena dapat mengurangkan haba yang terbebas ke persekitaran berbanding dengan menggunakan cawan plastic.f) Cawan plastik perlu ditutup dengan penutup semasa tindak balas untuk meminimumkan kehilangan haba ke persekitaran melalui mulut cawan.Kesimpulan :Haba peneutralan bagi :(i) Asid hidroklorik dengan natrium hidroksida adalah 42.7 kJmol-1(ii) Asid sulfurik dengan natrium hidroksida adalah 142.3 kJmol-1(iii) Asid nitrik dengan kalium hidroksida adalah 42.7 kJmol-1Haba peneutralan bagi asid dwibes iaitu asid sulfurik adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada haba peneutralan asid monobes iaitu asid hidroklorik dengan asid nitrik.Soalan :