Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)

17
1.0 PENGENALAN anatomi fisiologi Rajah 1.0: Definisi anatomi dan fisiologi Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomikasar an mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yangdapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. 1 ANATOMI DAN FISIOLOGI Bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia mengkaji fungsi struktur tubuh badan.

description

Esei Pendek (Keberkesanan Penggunaan Bahan Produk dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Pada Zaman Teknologi Komputer)

Transcript of Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)

Page 1: Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)

1.0 PENGENALAN

anatomi

fisiologi

Rajah 1.0: Definisi anatomi dan fisiologi

Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi

juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300

tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal

daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan

untuk melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin

seperti anatomikasar an mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh

yangdapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot.

Anatomimikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop. Fisiologi

Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan.

Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan

fibula dapat menyokong berat badan kita

1

ANATOMI DAN FISIOLOGI

Bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia

mengkaji fungsi struktur tubuh badan.

Page 2: Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)

2.0 TUGASAN 1

2.1 Esei Pendek (Keberkesanan Penggunaan Bahan Produk dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Pada Zaman

Teknologi Komputer)

Pendidikan di Malaysia terus berkembang dari sehari ke sehari. Dalam era

pembangunan yang semakin canggih dengan teknologi terkini, sistem pendidikan

dijadikan sebagai jalan yang terbaik bagi melahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi

dan berpendidikan. Seiring dengan kepesatan teknologi masa kini, tidak hairanlah

bahan pengajaran berunsurkan teknologi menjadi pilihan utama yang digunakan oleh

guru. Namun, pernahkah guru menyedari bahawa bahan bukan elektronik adalah sama

pentingnya dengan bahan elektronik?

Penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran mampu

meninggalkan kesan yang mendalam dalam memahami suatu matapelajaran itu.

Tetapi, bagaimana pula dengan matapelajaran yang menekankan kecergasan yang

sesuai dengan ciri dan keperluan murid seperti Pendidikan Jasmani? Pendekatan yang

dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui aktiviti, eksperimen dan

amalan rutin. Oleh itu, penggunaan bahan produk adalah kaedah yang lebih berkesan

berbanding dengan penggunaan bahan elektronik di mana penyertaan aktif dalam

matapelajaran Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan.

Bagi memenuhi cita - cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dan menyediakan rakyat menghadapi arus globalisasi serta eknomi berasaskan

pengetahuan pada abad ke - 21, guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk

memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Penggunaan

bahan produk dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu memberi penekanan

kepada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kecerdasan pelbagai,

2

Page 3: Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)

pembelajaran masteri dan pembelajaran kendiri. Bahan produk yang difokuskan di sini

ialah album peta bergambar bagi proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Jasmani. Menurut Objektif pembelajaran dan pengajaran individu yang dipaparkan

dalam Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (Jilid 5), Pengurusan Bilik

Darjah, DBP 1992, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam

merancang pembelajaran dan pengajaran individu. Faktor ini meliputi faktor murid –

murid, aktiviti, masa, bahan dan ruang.

Perbezaan dari segi fizikal dan mental dalam kalangan murid - murid akan

mempengaruhi kemahiran asas dalam proses pembelajaran. Di sini, keberkesanan

bahan produk album peta bergambar dapat dilihat melalui penggunaannya sebagai

medium pengenalan terhadap suatu topik yang baru dalam Pendidikan Jasmani, iaitu

sebelum menjalankan amali di luar bilik darjah. Penggunaan gambar dan grafik sebagai

bahan pengajaran adalah lebih berkesan di mana ia mampu mengurangkan rasa bosan

murid - murid terhadap pengajaran guru. Atan Long (1980:174) berpendapat semakin

banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Biasanya,

penggunaan warna dan rajah yang menarik minat pelajar untuk terus mengikuti proses

pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, bahan produk album peta bergambar mampu memberi peluang

kepada pelajar untuk memperkembangkan kecenderungan mereka secara menyeluruh

sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid – murid di dalam sebuah kelas,

biasanya terdiri daripada pelbagai tahap kebolehan dan kecerdasan. Apabila guru

menggunakan bahan produk dalam pengajarannya, guru mampu melihat sendiri tahap

kecerdasan dan kecergasan murid – murid yang berada di hadapannya. Permasalahan

yang dikesan oleh guru dalam kalangan murid – muridnya akan menyumbang kepada

penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Penggunaan bahan produk adalah lebih berkesan di mana guru akan menyelami satu

persatu anak muridnya dalam penyampaiannya dia dalam bilik darjah.

3

Page 4: Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)

Kemudian, album peta bergambar bukan sahaja dapat menyerlahkan bakat dan

kreativiti guru tetapi juga memperkembangkan kemahiran murid – murid agar berfikir

secara kreatif dan kritis. Pendidikan Jasmani merupakan suatu matapelajaran yang

perlu membawa murid - murid ke arah pemahamanan yang mendalam tentang tubuh

badan manusia. Contohnya tajuk – tajuk dalam Pendidikan Jasmani yang boleh

menggunakan bahan produk album peta bergambar ialah sistem rangka, sistem otot,

sistem saraf, sistem respirasi dan juga sistem jantung. Apabila pelajar melihat sendiri

album bergambar bagi sistem respirasi contohnya, mereka dapat melihatnya dengan

lebih teliti sekaligus sifat inkuiri dalam diri pelajar timbul. Penggunaan “slide show” di

dalam bilik darjah adalah kurang sesuai di mana, pelajar tidak sempat melihat gambar –

gambar yang ditayangkan dalam masa yang lama.

Pembelajaran yang menggunakan album peta bergambar dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani merupakan hasil penggabungan konsep bermain

dan belajar. Dalam proses pembelajaran bagi kanak – kanak, unsur permainan amat

penting. Hal ini demikian kerana otak kanak – kanak akan mengalami pertumbuhan

dalam setiap proses bermain. Pertumbuhan otak pada anak yang jarang bermain 20 –

30 % lebih kecil dari otak normal anak seusia mereka. Pendekatan guru dalam

menyampaikan bahan produk mereka dalam pelaksanaan aktiviti mampu

menggerakkan lagi pemahaman kanak – kanak dalam proses pembelajaran mereka.

Album ini boleh digunakan dalam pelbagai aktiviti berkumpulan , berdua dan juga

individu. Semua pelajar berpeluang menggunakan bahan produk itu.

Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahan produk

juga meningkatkan keyakinan diri dan motivasi belajar dalam diri murid – murid. Guru

harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang boleh

melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif. Misalnya, guru

harus bijak menyampaikan proses yang berlaku dalam sistem pernafasan melalui

penggunaan bahasa yang sesuai. Persoalan yang timbul dalam diri murid – murid akan

4

Page 5: Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)

meningkatkan kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan

kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri

dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses

interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi.

Penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Jasmani mampu meningkatkan daya ingatan murid – murid. Lagipun, istilah – istilah

dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani adalah bebeza dengan matapelajaran yang

lain. Kanak – kanak lebih senang mengingati suatu pembelajaran yang berunsurkan

gambar kerana unsur warna dan bentuk grafik adalah lebih ringkas dan berkesan. Jika

dibandingkan, buku yang bergambar dan buku yang tidak bergambar, murid – murid

akan memilih buku yang bergambar. Menurut Jean Piaget, kanak – kanak mengenali

simbol terlebih dahulu dalam setiap penemuaannya. Oleh yang demikian, penggunaan

peta bergambar adalah patut dalam Pendidikan Jasmani.

Penggunaan bahan produk juga meningkatkan kemahiran guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebelum membentangkan dna

menjalankan pengajaran menggunakan bahan produk yang dihasilkan, guru hendaklah

memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajar.

Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Jasmani. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak

sepatutnya hanya menekankan kepada jantung dan penggunaannya, contohnya tetapi

harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar dalam memahami tajuk yang

dipelajari. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan

biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap

menukar strategi dari semasa ke semasa.

5

Page 6: Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)

Penggunaan bahan produk dalam Pendidikan Jasmani mampu memenuhi keperluan

pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologi. Dari segi luaran, bahan-bahan itu

haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar pelajar-pelajar. Ini bermakna,

bahan produk itu boleh dirasai sendiri oleh murid – murid bagi menjawab persoalan –

persoalan yang mereka cipta di sepanjang pengajaran yang diadakan oleh guru. Dari

segi psikologi pula, bahan produk itu haruslah dapat memenuhi keperluan murid - murid

terutama dari segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya. Di

sini, keberkesanan bahan produk adalah lebih kekal jika dibandingkan dengan bahan

elektronik.

Bahan produk juga lebih tahan, mudah alih dan memenuhi aspek – aspek

teknikal. Aspek teknikal yang dimaksudkan ini ialah album peta bergambar ini boleh

dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid –

murid belajar sendiri. Penggunaan bahan produk adalah lebih bererti jika bahan

tersebut digunakan oleh pelajar itu sendiri meskipun sesi pengajaran itu tamat. Album

ini sesuai dengan kemudahan bilik darjah kerana boleh didirikan di atas meja atau

digantungkan pada dinding. Jangka masa pengajaran atau aktiviti yang menggunakan

bahan produk boleh digunakan semaksimum yang mungkin. Jika dibandingkan dengan

bahan elektronik, bahan produk adalah lebih dikendalikan dan tidak membazirkan masa

pengajaran guru itu. Hal ini dapat dilihat apabila pemasangan bahan elektronik sebelum

pengajaran dilakukan men

Penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran juga

mendedahkan kepada para pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara

meluas dalam masyarakat. Pengetahuan murid – murid terhadap variasi – variasi

bahan membolehkan mereka memilih variasi – variasi yang sesuai untuk digunakan

dalam konteks dan situasi tertentu. Lagipun, menurut Jean Piaget perkembangan

kognitif kanak – kanak adalah lebih kuat jika menggunakan bahan pengajaran yang

6

Page 7: Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)

berasaskan grafik dan gambar kerana ianya lebih mudah diingati jika dibandingkan

dengan bahan bacaan yang hanya mengandungi ayat – ayat panjang.

Penggunaan bahan produk dalam pengajaran dan pembelajaran meningkatkan

kemahiran bahasa dalam diri guru dan juga murid – murid. Apabila berlakunya proses

pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan eletronik, hanya komunikasi sehala

berlaku di dalam bilik darjah. Malah, hanya kemahiran pada aras penerimaan seperti

kemahiran membaca dan mendengar terjadi. Penggunaan bahan produk pula akan

melibatkan kemahiran pada aras penerimaan dan juga aras penglahiran seperti

kemahiran membaca, mendengar, menulis dan bertutur. Aspek-aspek bahasa ini harus

dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya.

Oleh yang demikian, kemahiran-kemahiran ini harus digabungjalinkan untuk

mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna.

Penyerapan nilai dan pengetahuan juga mampu dilaksanakan melalui

pengajaran menggunakan bahan produk. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja

sekadar dapat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan

memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri,

masyarakat dan negara. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang

mendokong semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur yang

bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan

pengajaran yang digunakan.

Di sekolah-sekolah kini, bahan-bahan pengajaran yang lazim digunakan oleh

guru-guru adalah diambil daripada bahan-bahan yang terdapat daripada buku-buku

teks, bahan-bahan tambahan daripada jabatan-jabatan tertentu dalam Kementerian

Pendidikan Negeri, Daerah dan lain-lain. Anggapan bahawa penggunaan buku teks

sudah mencukupi adalah sebenarnya kurang wajar kerana seperti yang kita semua

7

Page 8: Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)

sedari, buku-buku teks itu sendiri mempunyai kelemahan-kelemahannya yang

tersendiri. Perbuatan terlalu bergantung kepada teks kadangkala boleh menjejaskan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Dengan itu, pengajaran menggunakan

produk yang kita hasilkan akan memberi kesan yang lebih baik, menarik hati pelajar

dan dapat mengurangkan masalah yang timbul.

Jika melihat kepada situasi sebenar pendidikan di Malaysia ini, masih ada lagi

sekolah – sekolah di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai sumber elektrik.

Maka, penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran elektronik tidak dapat

digunakan sama sekali. Di sini, bahan produk memainkan peranan yang penting dalam

proses penyampaian ilmu. Tidak dapat kita nafikan, penggunaan bahan produk dalam

pengajaran dan pembelajaran masih lagi mendapat tempat di hati murid – murid. Sifat

bahan produk yang menarik, realistik dan teknikal membawa kepada pembelajaran

yang secara menyeluruh, berbeza dengan pengguanan bahan elektronik.

Kesimpulannya, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala

dianggap sebagai media pengajaran atau ‘ media’ yang boleh membantu guru dan

membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta

membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang

diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini

melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif

pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan

Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya. Penggunaan bahan

produk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah masih lagi

berkesan pada zaman teknologi komputer ini.

8

Page 9: Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)

3.0RUMUSAN

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu

pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara – perkara seperti aktiviti

perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Tetapi, hanya

berlandaskan satu tujuan, iaitu utnuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran

kepada murid – murid secara berkesan.

Pada umumnya, pengajaran merupakan suatu aktiviti yang meliputi seseorang

pengajar, disertai oleh aktiviti pembelajaran murid. Bagaimanapun, kini terdapat

pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.

Walaupbagaimanapun, dalam proses pengajaran, pengajar wajib menimbulkan minat

pembelajaran murid, membimbing mereka dengan cara belajar yang berkesan,

menjelaskan keraguan, membantu mereka menyelesaikan masalah, membekalkan

bahan pelajaran dan memupuk nilai – nilai murni di dalam diri.

Kini, pengajaran dan pembelajaran ditaksirkan sebagai :

i) Suatu proses

ii) Suatu bidang komunikasi

iii) Suatu bidang sains

iv) Suatu bidang seni

9

Page 10: Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)

4.0 REFLEKSI

Sebagai guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

Semester 3, kami telah diwajibkan untuk mengikuti Kursus Anatomi dan Fisiologi

(PJM3106) yang melibatkan penjelasan jenis – jenis penaksiran dan prosedur yang

berkaitan dengan anatomi dan fisiologi. Kerja kursus pendek ini sememangnya

memberi impak yang besar dalam pengetahuan saya tentang tentang anatomi dan

fisiologi. Sebagai seorang bakal guru yang mengajar Pendidikan Jasmani di sekolah

nanti, sememangnya penting untuk mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada

pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori dan

amalan yang ada dalam kursus ini.

Kerja kursus ini telah memberi peluang kepada saya dan juga rakan sekelas

saya, PISMP Muzik Semester Tiga untuk berfikir secara lebih kreatif dalam mencapai

matlamat dalam melaksanakan amali anatomi dan fisiologi dengan berkesan di mana

kami harus melihat ke hadapan dengan menghasilkan bahan produk yang boleh

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah kelak.

Melalui tugasan ini, saya harus meneliti dan meneroka sendiri keberkesanan bahan

produk yang kumpulan saya hasilkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Jasmani pada zaman teknologi komputer. Sememangnya, tajuk ini agak membebankan

kerana seacra realitinya, gruu – guru zaman moden ini lebih banyak menggunakan

bahan elektronik di dalam proses pengajarannya di dalam bilik darjah.

Secara tidak langsung, saya meneroka sendiri kelebihan menggunakan bahan

produk di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.

Tugasan ini sememangnya berbentuk penerokaan seseorang individu dan menekankan

kebebasan individu dalam membawa diri sendiri ke dalam situasi seorang guru

Pendidikan Jasmani pada masa hadapan. Segala perkara yang diberi fokus ini

10

Page 11: Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)

bukanlah perkara yang asing lagi bagi pelajar PISMP Semester 2. Hal ini demikian,

kami pernah didedahkan dengan tajuk yang berkaitan dengan peta bergambar (visual

map album) pada semester yang lalu. Kini, kami hanya perlu mengaplikasikan semua

pengetahuan yang diperoleh dari bilik kuliah untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Secara jujurnya, pada ketika saya mendapat tajuk kerja kursus ini, saya terpinga

– pinga dan tertanya – tanya apakah yang perlu saya lakukan untuk memulakan kerja

kursus ini. Selama ini, saya tidak pernah membuat sendiri bahan produk bagi proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di bangku sekolah, saya hanya

berperanan sebagai pelajar dan melihat sendiri kewujudan bahan produk yang

dihasilkan sendiri oleh guru saya. Oleh itu, pada awal perbincangan saya, rakan

sekelas bersama pensyarah, saya hanya berdiam diri kerana saya kurang pasti dengan

tajuk kerja kursus ini. Bagi mengatasi masalah ini, saya berusaha mencari sebanyak

maklumat yang diperlukan bagi memberi pemahaman yang lebih tentang kehendak

kerja kursus ini.

Sesungguhnya, proses pencarian maklumat ini, bukanlah suatu yang mudah

seperti yang disangka. Ketika mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk kerja

kursus ini, iaitu sistem respirasi, saya telah meminjam beberapa buah buku di

perpustakaan kampus dan juga mencari maklumat di internet. Hampir keseluruhannya

adalah sumber yang berbentuk Bahasa Inggeris dan halangan pertama bagi saya

adalah, penukaran ayat – ayat Bahasa Inggeris tersebut kepada ayat Bahasa Melayu.

Di sini, saya meminta bantuan daripada rakan – rakan saya yang fasih dalam Bahasa

Inggeris untuk membantu saya memahami sesetengah ayat atau perkataan.

Halangan seterusnya ialah, saya mengalami mengalami kesukaran dalam

mencipta bahan produk album peta bergambar yang sesuai dengan sasaran

pengajaran saya iaitu, pelajar sekolah rendah. Namun begitu, saya bersyukur kerana

11

Page 12: Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)

mempunyai rakan – rakan sekelas yang sudi berkongsi idea dalam mempelbagaikan

hasil kerja bahan produk ini. Pada masa ini, saya mendapati bahawa kaedah

komunikasi yang digunakan sewaktu perbincangan adalah lebih memudahkan proses

pembelajaran sekaligus membantu secara langsung dalam menyempurnakan kerja

kursus.

Di samping itu, kami membuat perbincangan bersama pensyarah berkenaan

kerja kursus ini. Pada saat ini, dapat dilihat perbezaan pendapat daripada setiap

individu yang ada. Saya dapat belajar melalui pendapat dan ilmu rakan – rakan

berkenaan dengan tajuk kursus ini. Saya juga dapat memberi ruang kepada diri saya

untuk mendengar pendapat orang lain bagi mengembangkan aspek-aspek yang perlu

di dalam kerja kursus ini.

Kesimpulannya, saya berasa amat bertuah mendapat kerja kursus ini dan akan

menggunakan pengalaman ini dengan sebaik yang mungkin. Pengalaman di sepanjang

penyempurnaan kerja kursus ini serba sedikit memberi saya suatu perspektif yang

positif terhadap gaya pembelajaran yang berkesan, bekerja secara kumpulan dan

sebagainya.

12