Antibiotik

27
Antibiotik •Maksud : Ubat yang digunakan untuk membunuh atau menghalang pembiakan bakteria. •Diperoleh daripada mikroorganisma, lazimnya kulat.

description

 

Transcript of Antibiotik

Page 1: Antibiotik

Antibiotik•Maksud : Ubat yang

digunakan untuk membunuh atau menghalang pembiakan bakteria.

•Diperoleh daripada mikroorganisma, lazimnya kulat.

Page 2: Antibiotik

Contoh 1 : Penisilin • Digunakan untuk merawat

penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria seperti pneumonia, meningitis, genorea, sifilis dan antraks.

• Semasa Perang Dunia Kedua, ramai askar yang tercedera telah dapat diselamatkan setelah dirawat dengan penisilin.

Page 3: Antibiotik

•Merupakan antibiotik yang selamat digunakan.

•Terdapat sekumpulan kecil pesakit yang alah terhadap penisilin.

Page 4: Antibiotik

Contoh 2 : Streptomisin

•Merupakan contoh antibiotik yang lain.

•Berkesan merawat jangkitan urinari, penyakit tibi, pneumonia dan disenteri.

Page 5: Antibiotik

Kesan

Page 6: Antibiotik

Penisilin (antibiotik )

Pesakit mungkin mengalami alergi seperti berasa gatal, kesemut-semutan dan mengalami ruam. Kes yang serius dapat menyebabkan koma yang seterusnya membawa maut.

Page 7: Antibiotik

Ubat psikoteraputik• Maksudnya : Ubat yang digunakan untuk

merawat pesakit psikiatrik.

• Kumpulan ubat ini dapat mengubah perasaan, kelakuan serta pemikiran seseorang.

• Pesakit psikiatrik ialah orang yang kesihatan mentalnya telah terjejas.

Page 8: Antibiotik

• Pesakit sentiasa berada dalam keadaan bimbang, muram, cemas atau tidak dapat tidur.

• Pada tahap yang serius pula, pesakit boleh menjadi hilang akal.

Page 9: Antibiotik

Ubat psikoteraputik dapat dibahagikan kepada tiga

kumpulan yang utama iaitu stimulan, antidepresan dan

antipsikotik.

Page 10: Antibiotik

Stimulan Fungsinya : Meningkatkan kegiatan

otak dan badan pesakit psikiatrik supaya pesakit terasa yakin terhadap diri sendiri, bertenaga dan cergas.

Contoh : Amfetamin (Benzedrine) Dekstroamfetamin

(Dexedrine) Femetrazin (Preludin)

Page 11: Antibiotik

Antidepresan

Fungsi : Mengawal keadaan kemurungan (depresan) pesakit. Contohnya kebimbangan dan ketegangan yang berterusan, panik akibat tekanan dan punca psikologi yang lain.

Contoh : Barbiturat Trankuilizer

Page 12: Antibiotik

Antipsikotik

Fungsi : Merawat gejala penyakit psikotik yang disebut skizofrenia. Pesakit tidak dapat mentafsirkan realiti dengan tepat, mempunyai pemikiran dan pemutusan yang tidak logik, tidak mampu mangkomunikasi idea dan menyisih daripada masyarakat.

Contoh : Klozapin (Klozaril) Kloropromazine (Thorazine) Haloperidol (Haldol)

Page 13: Antibiotik

Barbiturat ialah sejenis ubat tidur yang bersifat sedatif atau hipnotik. Ubat ini membolehkan pesakit tidur dengan nyenyak dan tidak berasa resah.

Page 14: Antibiotik

Trankuilizer

• Ubat yang dapat menghilangkan perasaan bimbang dan gelisah serta menenangkan fikiran.

• Benzodiazepin, sejenis trankuilizer telah menggantikan barbiturat dalam kebanyakan tujuan perubatan.

Page 15: Antibiotik

Kesan

Page 16: Antibiotik

Amfetamin (stimulan)

Pengambilan ubat ini dalam dos tinggi atau untuk jangka masa yang panjang dapat menyebabkan ketagihan, mengalami perasaan syak wasangka, takut, berkelakuan ganas, hilang akal, tidak dapat tidur dan berat badan menurun.

Page 17: Antibiotik

Barbiturat (antidepresen)

Pengambilan ubat ini secara berterusan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan ketagihan. Pengambilan barbiturat yang berlebihan juga boleh mengakibatkan maut.

Page 18: Antibiotik

Hormon dan steriod

• Hormon ialah bahan organik yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin manusia untuk mengawal proses fisiologi dan homeostasis.

• Hormon dibawa oleh saluran darah dan dapat mengarahkan sel pada organ tertentu menjalankan fungsinya.

• Keseimbangan hormon dalam tubuh kita amat penting kerana hormon yang berlebihan atau kekurangan dalam tubuh boleh menimbulkan penyakit tertentu.

Page 19: Antibiotik

Contoh Penyakit 1

• Penyakit kencing manis (diabetes mellitus) ialah penyakit yang berpunca daripada kekurangan hormon insulin.

• Penyakit kencing manis akan rasa mengantuk, hilang berat badan, lemah badan dan boleh membawa maut.

• Rawatan untuk penyakit ini adalah mengambil suntikan insulin.

Page 20: Antibiotik

Contoh 2

• Steroid ialah sebatian lipid semula jadi.• Beberapa jenis hormon dan alkohol yang dikenal

sebagai sterol merupakan sebatian steroid.• Sebatian steroid digunakan dalam bidang

perubatan dikategorikan kepada steroid anabolik dan kortikosteroid.

• Membantu pertumbuhan dan membina tisu otot.• Kortikosteroid pula digunakan untuk merawat

gejala penyakit tertentu seperti penyakit asma dan artritis reumatoid.

Page 21: Antibiotik

Ubat steroid

• Steroid anabolik

• Kortikosteroid

Page 22: Antibiotik

Steroid anabolikContohnya : Metandrostenolone (Dianabol)

Testosteronpropionat (Testex)

Penggunaan : Digunakan sebagai ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit yang serius seperti AIDS dan kanser. Ubat ini mencegah kehilangan otot pesakit.

Page 23: Antibiotik

Kortikosteroid

Contohnya : Kortison

Prednison

Penggunaan : Bersifat antiinflamasi dan digunakan untuk merawat penyakit asma dan artritis reumatoid, iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan sendi tulang menjadi bengkak, sakit dan kejang.

Page 24: Antibiotik

Kesan

Page 25: Antibiotik

Haloperidol(antipsikotik)

Pesakit mungkin berasa sedatif, berat badan bertambah, pening, tidak boleh duduk dengan tenang, penglibatan menjadi kabur, sembelit, mulut kering dan denyutan jantung yang kencang.

Page 26: Antibiotik

Kortison(kortikosteroid)

Penyalahgunaan kortison menyebabkan berat badan bertambah, tekanan darah tinggi, lemah jantung, mata beransur-ansur menjadi buta, tulang mati, sakit sendi, kekejangan otot, sakit kepala dan pertumbuhan kanak-kanak terbantut.

Page 27: Antibiotik

Tamat