Apresiasi Seni

14
APRESIASI SENI DEFINISI Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis- pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek- aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan “logical operation such as defining, valuing and explaining” Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Menurut Chapman (1978) “if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its value and character” Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar- pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Macfee (1961) menegaskan bahawa “…every culture, differences in value and belief are expressed through

Transcript of Apresiasi Seni

Page 1: Apresiasi Seni

APRESIASI SENI

DEFINISI

Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya danstail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek- aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan “logical operation such as defining, valuing and explaining”

Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja.

Menurut Chapman (1978) “if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its value and character”

Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar- pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.

Macfee (1961) menegaskan bahawa “…every culture, differences in value and belief are expressed through language an art forms such as dress, architecture an decoration…”

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

OBJEKTIF APRESIASI

a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan

Page 2: Apresiasi Seni

c) Menghasilkan karya (produk seni) d) Memahami seni dan hubungannya e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI

Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni Pendekatan apresiasi dan kritikan seni:

Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence” ada dua pendekatandalam apresiasi seni iaitu:

a) Pendekatan secara logik b) Pendekatan secara psiklogi

PENDEKATAN SECARA LOGIK

Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut: Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:

Secara penerangan - Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai- nilai estetika dan pengaruh

Secara pemerhatian - Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar- gambar

Secara perbandingan - Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran

Page 3: Apresiasi Seni

Secara penghasilan - Membuat mengikut gaya artis/stail,menimbulkan kefahaman masalah nilai- nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman.

PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.

Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:

1. Secara perbincangan dan perbandingan 2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery) 3. Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni 4. Secara menyediakansetting/set induksi 5. Secara membesarkan gambar 6. Secara mengolah bahan-bahan sebenar 7. Secara aktiviti permainan seni 8. Secara lawatan/pameran 9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran

KAEDAH MELIHAT SENI

Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah:

a) Hedonistic b) Kontekstualistik c) Organistik d) Normistik e) Elektik

a. KAEDAH HEDONISTIC

Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan

Page 4: Apresiasi Seni

perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu:

• Suka/tidak • Tertarik/tidak • Pernyataan spontan

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.

b. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK

Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya.Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

c. KAEDAH ORGANISTIK

Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.

d. KAEDAH NORMISTIK

Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristianyang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama.

e. KAEDAH ELEKTIK

Page 5: Apresiasi Seni

Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.

PROSES APRESIASI SENI Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

a) Menggambarkan b) Menganalisa c) Tafsiran d) Penilaian

A. MENGGAMBARKANMengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur

B. MENGANALISA

i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan stuktur ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana iii. Menghauraikan stail sesuatu karya

C. TAFSIRAN

i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

D. PENILAIAN

i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

Page 6: Apresiasi Seni

Aprisiasi dan kritikan seni — Presentation Transcript

1. APRESIASI DAN KRITIKAN SENI

2. OBJEKTIF Mengetahui dan meningkatkan keupayaan membuat

tanggapan dan penilaian melalui deskripsi , analisa dam interpretasi

mengenai produk seni Meningkatkan keupayaan berkomunikasi secara

lisan, pernyataan tampak dan penulisan mengenai produk Meningkatkan

kualiti sahsiah kendiri dan profesionalisma melalui aktiviti menganalisa dan

menghayati nilai dan makna yang terdapat pada rekaan serta pemikiran

para ahli, tukang atau pereka

3. KANDUNGAN Memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang

merangsang komunikasi dan tindakbalas estetik terhadap objek rekaan

dan persekitaran melalui interaksi langsung dan melalui pandangan dan

pendapat ahli/ pakar/ sejarahwan/ budayawan

4. ARAS-ARAS PENCAPAIAN APRESIASI

5. 1. PENERIMAAN Kesedaran - menyedari kewujudan seni Kesediaan

menerima - mengambil perhatian terhadap kewujudan seni Penumpuan -

memilih dan mengambil perhatian terhadap sesuatu karya yang dipilih

6. 2. TINDAK BALAS Tindak balas persetujuan - bekerja sama memberi

tindak balas terhadap seni Kesediaan dan kerelaan bertindak balas -

bersedia dan terbuka untuk menyatakan sesuatu tentang seni tanpa

paksaan atau pertanyaan Kepuasan bertindak balas - merasa kepuasan

dan seronok dengan seni

7. 3. PENILAIAN Persetujuan nilai - menerima dan menyukai walaupun

ada kemungkinan untuk berubah pada ketika lain Pemilihan nilai - menilai

dan menimbang nilai sesuatu karya Penerimaan nilai - menerima dan

menghayati sesuatu nilai dan mempengaruhi orang lain untuk turut

memberikan persetujuan/penerimaan

Page 7: Apresiasi Seni

8. 4. MENGORGANISASI Konseptualisasi nilai - mengenal pasti nilai yang

terdapat pada karya seni berkaitan dengan nilai yang dianutinya

(dipegang) Mengorganisasi sistem nilai – mengaitkan dan mengurus nilai

yang diterima ke dalam atau kepada karya lain

9. 5. PEMBINAAN PERIBADI Set umum - membina set pendirian dan

menjadi pegangan terhadap nilai yang telah diterima Pendirian/ pegangan

– membina keyakinan, pegangan dan kepercayaan serta menghayati nilai

yang telah diterima

10. PROSES DAN KAEDAH KRITIKAN SENI

11. JENIS & PENDEKATAN LOGIKAL PSIKOLOGIKAL SEJARAH

12. LOGIKAL Pendekatan ini dianggap sebagai bersifat tradisional

berlandaskan logik akal dan intelektual. Hal ini banyak bergantung kepada

sejauh mana seseorang itu memiliki: maklumat pemerhatian kajian

perbandingan penghasilan

13. Maklumat: Maklumat seni boleh didapati melalui pembacaaan, kajian

dan penerokaan mengenai masa, tempat, teknik, proses serta pengaruh

sesuatu aliran/period seni.

14. Pemerhatian: Hubungan langsung dengan karya seni melalui lawatan

ke galeri seni, menonton tayangan slaid, video, fotografi dan sebagainya,

memberikan banyak pengalaman dan pengetahuan untuk dapat berbicara

seni.

15. Kajian Perbandingan : Memberi banyak peluang untuk seseorang

berfikir secara kritis, menganalisa dan membuat sintesis antara satu karya

dengan karya yang lain, antara media, alat, proses dan teknik . Memahami

banyak pengetahuan tentang sejarah, nilai dan sebagainya antara

pelbagai kegiatan seni berasaskan bangsa dan daerah .

16. Penghasilan: Seseorang akan dapat berbicara berbicara seni dengan

lebih sempurna dan berkesan, andainya ia mempunyai pengetahuan yang

Page 8: Apresiasi Seni

tinggi dan meluas serta mempunyai pengalaman secara langsung dalam

aktiviti penghasilan karya seni

17. PSIKOLOGIKAL Berkait rapat dengan cara seseorang melihat dan

menghargai seni yang bersifat individu atau personal. Keupayaan

seseorang berbicara dan menghargai seni banyak bergantung kepada

sejauh mana ia memiliki: pengalaman kendiri pandangan orang lain

pengaruh persekitaran

18. Pengalaman Kendiri: Pengalaman lampau seseorang walaupun tidak

terlalu bersifat ilmiah, dapat membantu seseorang memahami, menghargai

dan berbicara seni. Keupayaan berbicara seni dapat diukur dengan

sebanyak mana pengalaman yang ada pada seseorang

19. Pandangan Orang Lain: Lazimnya apabila seseorang kekurangan

pengetahuan tentang sesuatu perkara, ia akan bersandar kepada

pendapat orang lain yang dianggap pakar atau ahli. Oleh itu seseoranng

itu akan dapat memahami, menghargai dan berbicara seni dengan lebih

berkesan apabila kita bersedia mendengar dan menerima “apa orang lain

kata”

20. Pengaruh Persekitaran: Persekitaran, tempat, masa dan situasi boleh

mengubah kesan dan nilai sesuatu karya seni. Impak persekitaran dapat

membantu seseorang menilai dan memperkatakan tentang seni.

21. SEJARAH Banyak bersandarkan kepada aspek sejarah sebagai cara

menilai, memahami dan menghargai seni. Aspek-aspek berikut merupakan

aspek yang paling ketara menjadi teras perbincangan: Produk seni

Tokoh/Artis Masyarakat Konsep dan Falsafah

22. Produk Seni: Penumpuan terhadap idea, motif, teknik dan proses,

bahan dan alat, aliran dan gayaan. Tumpuan tersebut akan membawa

kepada diskusi tentang aplikasi Asas-asas Seni Reka, Struktur dan

gubahan

Page 9: Apresiasi Seni

23. Tokoh/Artis: Melihat cara artis mendapatkan sumber, budaya kerja dan

pandangan mereka.

24. Masyarakat: Melihat kesan seni terhadap masyarakat dan pengaruh

masyarakat tehadap tamadun seni.

25. Konsep dan Falsafah: Kejelasan ikonografi menjelaskan manifestasi

peradaban bangsa .

26. PROSES DAN KAEDAH MELIHAT SENI

27. CARA/TAHAP MELIHAT SENI HEDONISTIK KONTEKSTUALISTIK

ORGANISTIK NORMISTIK ELEKTIK

28. HEDONISTIK Cara melihat jenis ini, akan membawa kepada

pernyataan mengenai nilai suka, gemar, menarik, benci dan sebagainya,

“Saya suka corak…………”

29. KONTEKSTUALISTIK Cara melihat jenis ini menumpukan hubungan

karya dengan aktiviti dan aspek tertentu. Juga hubungan seni dengan

pemerhati. “Dalam konteks seni catan barat…………”

30. ORGANISTIK Cara melihat jenis lebih menumpukan kepada aspek

formal penghasilan seni “Olahannya begitu harmoni, dinamis dan…………”

31. NORMISTIK Cara melihat jenis ini merujuk kepada kriteria atau norma

sesuatu “Ia pelukis yang baik kerana…………”

32. ELEKTIK Cara melihat yang bersepadu

Elektik – gabungan persepsi penilai seni ttg tangganpan positif dan negatif. Wajaran secara baik, sederhana dan kurang baik.5) Proses Apresiasia) menggambarkan sifat tampak b) menganalisa hubungan unsure seni, prinsip dan struktur c) tafsiran yg terdapat pada sifat-sifat tampak d)penilaian terhadap keaslian, gubahan, teknik dan fungsi6) Aspek nilai melalui aspresiasi seni- Seni dlm kehidupan- seni dlm komunikasi ( seni halus )- R/bentuk rumah tradisional- Perkembangan seni dlm budaya kebangsaan- Hasil seni rakyat – perlatan,tekat,tenunan,bangunan

Page 10: Apresiasi Seni

- Perkembangan seni lukis moden Malaysia.- Seni dlm budaya lain : kraf dan seni halus.

APRESIASI SENIMenurut John A. Micheal,terdapat dua pendekatan apresiasi seni iaitu,-pendekatan secara logik-pendekatan secara psikologi

Pendekatan secara logik-bermaksud penerangan terhadap sesuatu karya seni yang berasaskan kefahaman intelek-berfaktakan dengan andaian dan munasabah dalam sesuatu karya.terdapat empat proses dalam pendekatan secara logik dalam apresiasi seni iaitu, -Penerangan -Pemerhatian -Perbandingan -Penghasilan

Manakala bagi pendekatan secara psikologi pula,-memberikan penerangan berdasarkan emosi, perasaan dalam terhadap sesuatu karya seni visual-pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam.cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi - proses inkuiri - secara perbincangan dan perbandingan - lawatan/pameran - koleksi buku-buku scrap dan lakaran - mengkritik hasil karya senidsb....

KAEDAH MELIHAT SENI

(HK ONE)H - HedonistikK - Kontektualistik

O - OrganistikN - Normistik'E - Elektik

Hedonistik - spontan, menyatakan perasaan dan pandangan yang sebenarKontektualistik - menyatakan pandangan secara formalistik , mempunyai sokongan fakta atau tokoh dan sebagainya.

Organistik - pandangan yang lebih kepada tata letak, tata susun dan penataan cahaya dalam sesebuah karya seni.

Page 11: Apresiasi Seni

Normistik - pandangan lebih kepada masyarakat, budaya dan agama. Seni sepatutnya tidak melepasi batas keagamaan seperti seni moden pada masa ini.Elektif - memberikan pandangan secara rawak tidak menjurus kepada kronologi dan wajarannya baik , senderhana baik dan kurang baik.

PROSES APRESIASI SENI

Menurut Felman dan Smith (1967) apresiasi seni berdasarkan empat proses iaitu,-Menggambar-Menganalisa-Taksiran-Penilaian

*jika ada kesilapan terdapat nota-nota di atas, saya memohon kemaafan kerana saya tidak berniat untuk mengsongsangkan ilmu-ilmu diatas. Ini cuma nota-nota kefahaman selepas membuat ulangkaji terhadap subjek pendidikan seni visual. Sekian, terima kasih.