Apresisia n Refleksi Sem

10
Refleksi Saya Fatin Hanani Binti Mohamad Akhir pelajar PISMP semester 6 ambilan Januari 2014 dikehendaki menyiapkan tugasan projek bagi kursus Pendidikan Seni Visual. Kod kursus tugasan ini ialah PSV 3123 Lukisan dan Penyuburan diri. Tarikh tugasan ini saya terima ialah pada ....2015. Saya diberi masa selama dua bulan lebih untuk menyiapkan tugasan ini. Tarikh hantar tugasan ini ialah pada ....2015. Saya dikehendaki menghasilkan lukisan bertemakan Haiwan Peliharaan . Karya lukisan haiwan hendaklah mempunyai latarbelakang yang menarik. Saya perlu melukis situasi tersebut dari jarak pandangan yang dekat dengan memberikan penekanan kepada sudut pandangan yang artistik. Lukisan tersebut perlu mempunyai perincian yang jelas dari segi jalina, bentuk, pencahayaan dan kadar banding yang betul. Saya perlu mengeksploistasi media dan bahan lukisan secara bebas. Saiz karya paling minimun hendaklah berukuran 72cm x 108cm di atas permukaan yang sesuai. Bagi tugasan kedua pula saya dikehendaki menunjukkan proses kajian lakaran yang mendalam dan proses perkembangan idea yang baik. Saya juga perlu menunjukkan proses eksperimen terhadap penggunaan media lukisan yang pelbagai. Pada mulanya saya perlu memilih haiwan apakah yang akan saya lukis. Saya membuat beberapa kajian dengan mencari di internet gambar-gambar haiwan peliharaan. Mula-mulanya saya ingin melukis burung hantu kerana bagi saya burung hantu satu jenis haiwan yang unik dan sangat cantik serta comel. Lebih-lebih lagi di bahagian bulu-bulu burung hantu tersebut. Tetapi pensyarah saya tidak membenarkan kerana beliau menyatakan bahawa burun g hantu sejenis haiwan liar. Setelah berfikir beberapa kali, saya memutuskan untuk memilih kucing kerana kucing sudah menjadi kebiasaan dengan haiwan jinak dan selalu dipelihara oleh ramai orang terutamanya saya. Semasa ingin memilih kucing sebagai karya saya, saya turut berfikir bahawa saya risau jika terdapat orang lain yang melukis haiwan ini. Saya merasa risau kerana saya agak takut kucing yang saya lukis itu dibandingkan dengan kucing yang rakan lain yang lukis. Tetapi saya tetap dengan keputusan untuk melukis kucing kerana saya sukakan kucing dan saya juga agak konfiden untuk melukis bahagian bulu-bulu kucing kerana sebelum ini saya pernah melukis haiwan berbulu seperti musang dan harimau sebagai tugasan saya pada masa dahulu.

description

gbuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Transcript of Apresisia n Refleksi Sem

Page 1: Apresisia n Refleksi Sem

Refleksi

Saya Fatin Hanani Binti Mohamad Akhir pelajar PISMP semester 6 ambilan Januari 2014 dikehendaki menyiapkan tugasan

projek bagi kursus Pendidikan Seni Visual. Kod kursus tugasan ini ialah PSV 3123 Lukisan dan Penyuburan diri. Tarikh tugasan ini

saya terima ialah pada ....2015. Saya diberi masa selama dua bulan lebih untuk menyiapkan tugasan ini. Tarikh hantar tugasan ini

ialah pada ....2015. Saya dikehendaki menghasilkan lukisan bertemakan “Haiwan Peliharaan”. Karya lukisan haiwan hendaklah

mempunyai latarbelakang yang menarik. Saya perlu melukis situasi tersebut dari jarak pandangan yang dekat dengan memberikan

penekanan kepada sudut pandangan yang artistik. Lukisan tersebut perlu mempunyai perincian yang jelas dari segi jalina, bentuk,

pencahayaan dan kadar banding yang betul. Saya perlu mengeksploistasi media dan bahan lukisan secara bebas. Saiz karya paling

minimun hendaklah berukuran 72cm x 108cm di atas permukaan yang sesuai. Bagi tugasan kedua pula saya dikehendaki

menunjukkan proses kajian lakaran yang mendalam dan proses perkembangan idea yang baik. Saya juga perlu menunjukkan proses

eksperimen terhadap penggunaan media lukisan yang pelbagai.

Pada mulanya saya perlu memilih haiwan apakah yang akan saya lukis. Saya membuat beberapa kajian dengan mencari di

internet gambar-gambar haiwan peliharaan. Mula-mulanya saya ingin melukis burung hantu kerana bagi saya burung hantu satu

jenis haiwan yang unik dan sangat cantik serta comel. Lebih-lebih lagi di bahagian bulu-bulu burung hantu tersebut. Tetapi

pensyarah saya tidak membenarkan kerana beliau menyatakan bahawa burun g hantu sejenis haiwan liar. Setelah berfikir beberapa

kali, saya memutuskan untuk memilih kucing kerana kucing sudah menjadi kebiasaan dengan haiwan jinak dan selalu dipelihara oleh

ramai orang terutamanya saya. Semasa ingin memilih kucing sebagai karya saya, saya turut berfikir bahawa saya risau jika terdapat

orang lain yang melukis haiwan ini. Saya merasa risau kerana saya agak takut kucing yang saya lukis itu dibandingkan dengan

kucing yang rakan lain yang lukis. Tetapi saya tetap dengan keputusan untuk melukis kucing kerana saya sukakan kucing dan saya

juga agak konfiden untuk melukis bahagian bulu-bulu kucing kerana sebelum ini saya pernah melukis haiwan berbulu seperti musang

dan harimau sebagai tugasan saya pada masa dahulu.

Page 2: Apresisia n Refleksi Sem

Perkara pertama yang saya ingin kongsikan adalah mengenai kefahaman dan pendedahan awal mengenai tugasan ini kepada

saya. Semasa saya menerima tugasan ini saya diberikan taklimat. Penerangan yang diberikan oleh pensyarah saya sangat jelas dan

mudah difahami walaupun saya baru sahaja mempelajari subjek ini. Setiap penerangan daripada pensyarah saya catatkan agar tidak

lupa serta memudahkan saya untuk membuat tugasan. Saya berpendapat tugasan ini banyak manfaatnya kepada bakal guru di

seluruh IPG di Malaysia. Hal ni kerana dengan adanya tugasan ini, bakal guru lebih bersikap kreatif, inovatif, proaktif dan berdaya

saing. Saya juga banyak bertanya kepada pensyarah pembimbing dan kawan-kawan dari semasa ke semasa mengenai tugasan ini

agar saya tidak melakukan kesalahan atau terkeluar daripada arahan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai suka dan duka semasa

ingin menyiapkan tugasan ini. Tetapi berkat usaha saya akhirnya tugasan ini berjaya juga dilaksanakan.

Saya melakukan pemerhatian kepada kucing saya sendiri dengan meneliti setiap incin kucing saya. Saya mendapati bahawa

pergerakan bulu kucing tidak sama. Bulu kucing juga terdapat bulu-bulu yang berserabut. Kucing juga mempunyai jenis-jenis kucing.

Terdapat banyak jenis kucing di dunia ini seperti persia, toyger, american wirehair, bengal, somali, tiffanie, munchkin dan

sebagainya. Saya telah membuat kajian tentang jenis-jenis kucing kerana terdapat kucing yang berbulu panjang dan gebu, ada juga

kucing yang hidup secara liar, ada juga kucing yang terhasil dari gabungan dua jenis kucing yang berbeza, ada juga kucing yang

ganas dan pendiam, ada juga kucing yang berbulu pendek dan ada juga kucing yang menyerupai seperti anjing dan harimau.

Setelah saya membuat kajian ini saya mendapati kucing di dunia ini sangat banyak dan pelbagai. Hal ini sangat menarik perhatian

saya kerana sebelum ini saya hanya mengetahui beberapa jenis kucing sahaja seperti kucing persia. Di Malaysia juga terdapat

banyak lagi jenis kucing yang jarang saya lihat setelah saya membuat kajian ini.

Sebelum saya melukis, sudah tentu saya memilih media yang ingin digunakan terlebih dahulu kerana pemilihan media sangat

penting dan perlulah bersesuaian dengan pengkarya. Setelah saya membuat bebepa lakaran menggunakan pelbegai jenis media

seperti arang, soft pastel, marker pen, ball pen, pen gel, pensil warna dan pensil saya mendapati bahawa saya lebih kepada media

Page 3: Apresisia n Refleksi Sem

pensil. Maka saya membuat keputusan untuk memaksimumkan penggunaan pensil. Saya juga turut menggunakan media campuran

yang lain seperti pen marker, ball pen, soft pastel dan pensel warna kerana saya ingin menaikkan lagi karya saya. Sekiranya saya

hanya menggunakan satu media iaitu pensil saya takut karya saya tenggelam dengan karya rakan yag lain. kebanyakkan karya

rakan saya menggunakan pensil warna. Saya juga menggunakan teknik yang pelbagai dalam lukisan saya seperti teknik titikan,

garisan selari, garisan bersilang, gosokan, garisan beralun dan garisan petak. Saya menggunakan pelbagai jenis teknik dan media

kerana pensyarah pembimbing saya ingin kepelbagaian dalam karya. Beliau menyatakan menggunakan pelbagai jenis media dan

teknik dapat menunjukkan bahawa saya boleh menggunakan teknik dan media yang pelbagai. Hal ini sangat penting.

Kekuatan yang wujud pada tugasan yang dibuat oleh saya ialah dari segi maklumat yang saya perolehi. Hasil penjelajahan

saya di Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim, saya dapat memperoleh maklumat mengenai artis-artis seni yang

popular dan dikenali ramai peminat seni dengan mudah. Bukan itu sahaja, saya dapat membuat rujukan tambahan kerana saya

boleh meminjam lima buah buku bagi setiap satu pinjaman. Terdapat banyak buku yang boleh digunakan untuk menyiapkan kerja

kursus saya ini. Saya juga turut meminta bantuan pensyarah saya untuk membantu saya bagaimana menggunakan format yang

betul untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga meminjam buku daripada senior saya yang merupakan guru pelatih major Pendidikan

Seni Visual dari Institut Pendidikan Guru Tunku Bainun. Saya mengenali beliau kerana beliau tinggal berdekatan dengan rumah saya

di Kepala Batas, Pulau Pinang. Banyak nota seni yag beliau beri untuk dijadikan koleksi bacaan saya semasa di maktab ini. Kakak

senior saya ini baru sahaja mengajar di Sarawak.

Pensyarah kami juga pernah memberi tutorial kepada kami di kelas mengenai teknik-teknik yang betul bagaimana hendak

melukis dengan pelbagai teknik lukisan. Hal ini kerana saya tidak pernah mempelajari teknik tersebut. Bukan itu sahaja, saya juga

mengakses internet dan membaca artikel di internet yang berkaitan dengan tugasan ini. Saya juga turut membeli buku di kedai

berhampiran dengan rumah saya di Kepala Batas, Pulau Pinang yang bertajuk “Lukisan” untuk dijadikan sebagai rujukan ketika

Page 4: Apresisia n Refleksi Sem

menyiapkan tugasan. Saya bernasib baik kerana artis seni yang saya pilih ini membuat tutorial teknik yang beliau gunakan di dalam

You Tube. Teknik melukis kucing tersebut dapat dilihat dengan jelas semasa saya menonton video dari You Tube itu lebih-lebih

bahagian bulu kucing. Saya mendapati bahawa bukan mudah hendak melukis bulu-bulu kucing, bentuk-bentuk kucing, lebih-lebih

lagi pada bahagian mata, telinga, kaki, mulut dan hidung kucing. Jika tersalah kadar banding kucing sudah pasti kucing tersebut tidak

seimbang dan kelihatan pelik. Pensyarah pembimbing juga memberikan tugasan projek lebih awal dari tarikh yang sepatutnya di

mana saya mempunyai masa yang panjang untuk menyiapkan tugasan ini.

Terdapat kelemahan dari segi pengurusan masa. Saya sepatutnya sudah lama dapat menyiapkan tugasan folio dan karya ini

tetapi sikap tidak endah saya menyebabkan tugasan saya dapat disiapkan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Terdapat kecuaian

dalam pemberian tugas, iaitu saya terlepas pandang mengenai rujukan yang perlu dibuat. Perkara tersebut hanya disedari sehari

sebelum tugasan saya dihantar kepada pensyarah. Saya juga menghadapi masalah ketika ingin mencetak tugasan ini kerana mesin

cetak saya meghadapi sedikit masalah. Maka saya terpaksa meminta pertolongan rakan saya untuk mencetak tugasan folio saya ini.

Selain itu, saya juga merupakan ahli baru dalam penggunaan cat minyak kerana saya tidak pernah menggunakan cat minyak untuk

menghasilkan karya.

Penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah saya perlu memperkemaskan lagi folio tugasan yang dibina agar segala silap

atau salah tidak kelihatan dan cantik apabila pensyarah memeriksa. Malah saya juga perlu memperkembangkan lagi kemahiran saya

dengan latihan yang mencukupi sebelum saya melukis karya tersebut. Selain itu, saya juga perlulah banyakkan bertanya kepada

guru pelatih yang pernah menghasilkan tugasan ini agar saya tidak meyimpang ke arah yang lain kerana saya tidak pernah

menghasilkan tugasan seperti ini. Kekemasan sangat penting kerana ia mempamerkan bagaimana diri kita sebenarnya sekiranya

kita ingin dianggap seorang yang bersungguh-sungguh semasa menyiapkan tugasan ataupun tidak.

Page 5: Apresisia n Refleksi Sem

Sikap saya yang kelam kabut juga perlu dikawal kerana apabila saya gelisah saya boleh menyebabkan berlakunya kesalahan-

kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku semasa menyiapkan tugasan amali dan folio amali ini. Contohnya semasa kali pertama

kami semua berbincang kami tidak membaca arahan dengan betul dan membuat tugasan yang salah. Saya tidak meniru karya tetapi

telah menghasilkan karya yang menggunakan teknik yang berbeza dari Leonid Afremov. Selain itu, penambahbaikan yang lain ialah

saya perlulah mencambahkan idea yang lebih kreatif yang mana tidak pernah orang buat yang akan membuatkan sesiapa yang

melihat tugasan saya terpegun. Penambahbaikan yang melibatkan watak saya sendiri ialah saya perlu kurangkan sikap membuat

tugasan di saat-saat akhir. Sekiranya saya menghasilkan karya pada awal waktu, hasil yang akan terjadi pasti lebih menarik dan

berkualiti. Selama saya bertungkus lumus ingin menyiapkan tugasan ini saya mendapati bahawa kursus ini bukan sesuatu yang

boleh dipandang ringan. Hal ini kerana mempelajari dengan lebih mendalam mengenai mata pelajaran ini. Subjek ini juga sangat

dapat diaplikasikan semasa di dalam kelas.

Walaubagaimanapun, berkat usaha pensyarah pembimbing saya yang mendidik kami dengan bersungguh-sungguh semasa

kami ingin menyiapkan tugasan ini sangat membantu. Kami juga memperolehi banyak ilmu dan mempunyai kelayakan untuk

menyediakan rancangan perniagaan dengan cara yang betul serta format yang ditetapkan. Malah ia juga membantu sebagai

seorang bakal guru Pendidikan Seni Visual suatu hari nanti. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui

tugasan yang diberikan ini. sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Jaafar bin

Mahmud yang telah banyak membantu saya dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan

seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

Page 6: Apresisia n Refleksi Sem
Page 7: Apresisia n Refleksi Sem

Apresiasi karys

Dalam karya tersebut terdapat seekor anak kucing yang berdiri diatas dua kakinya. Seekor rama-rama sedang terbang. Saya

menggambarkan karya tersebut berada di dalam rumah. Anak kucing tersebut kelihatan manja dan comel apabila dilihat. Anak

kucing yang dilukis mempunyai bulu yang tebal, ada misai yang panjang, berkaki empat, mempunyai kuku yang mencengkam dan

ekor yang pangjang. Kucing ini diliputi dengan bulu yang tebal. Bulu kucing yang tebal ini melindungi kucing daripada cuaca sejuk.

Saya juga mendapati kucing suka berada di tempat yang sejuk seperti lantai yang tidak diliputi permaidani, marmar, bawah kereta

dan tempat yang sejuk apabila cuaca pada waktu itu panas. Misai kucing ini bertujuan mengukur sama ada laluan itu muat atau tidak

dilaluinya.

Misai kucing juga tidak boleh dipotong. Kucing ini berkaki empat dan kakinya digunakan untuk berlari, melompat dan berjalan.

Anak kucing ini merupakan haiwan pemangsa. Kuku mencengkam haiwan yang diburunya. Semua kucing mempunyai ekor

termasuklah kucing yang saya lukis ini. Anak kucing ini kelihatan cergas dan aktif. Ia dapat dilihat pada pergerkan kucing yang aktif

untuk menangkap rama-rama. Anak kucing ini juga kelihatan sihat dan gemuk kerana melihat pada bentuk badannya yang berisi.

Karya ini menggambarkan kucing saya semasa masih kecil lagi. Kini kucing saya sudah besar dan hidup sihat di rumah dan selalu

keluar bermain di hutan. Kelincahan kucing ini sangat mencuit hati saya apabila melihat karya ini. Pada pandangan saya, karya yang

saya hasilkan ini sangat comel dan menarik. Lebih-lebih pada bahagian bulu kucing itu yang seakan-akan beralun dan panjang serta

gebu.

Garisan wujud dalam karya ini. Garisan beralun, garisan tajam, garisan selari, garisan nipis dan garisan tebal jelas kelihatan

pada bahagian bulu kucing. Rupa juga wujud iaitu rupa organik yang dapat dilihat pada kepak rama-rama dan rupa badan anak

kucing. Rupa positif wujud kerana rupa objek terletak di sesuatu kawasan. Bentuk yang wujud ialah bentuk ilusi yang karua bersifat

dua dimensi sahaja yang digambarkan melalui lukisan yang saya hasilkan. Jalian yang wujud ialah jalinan tampak iaitu jalinan bulu

Page 8: Apresisia n Refleksi Sem

anak kucing, jalinan pada latar belakang lukisan, jalinan pada kepak rama-rama. Ruang yang ada ialah ruang tampak di mana kita

boleh lihat pada lukisan ini. Ruang yang saya lukis ini juga adalah ruang cetek di mana subjek matter dilukis berdekatan dengan

mata pelukis atau paling hadapan sekali. Wujud pelbagai jenis warna iaitu warna asas, sekunder dan tertier. Warna asas yang wujud

seperti merah dan kuning. Warna sekunder seperti jingga, merah jambu dan ungu.

Ulasan Seni karya “Two Sister” by Leonid Afremov

Dalam karya “Two Sister” tersebut terdapat dua orang budak perempuan, seorang budak perempuan yang berumur antara 10

hingga 12 tahun dan seorang lagi budak perempuan yang tumbuhan lalang dan pokok herba. Saya merasakan karya tersebut di

lakukan pada waktu petang ataupun senja kerana tidak terlalu panas dan berangin pokok-pokok renek di situ.

Unsur seni dan prinsip rekaan wujud pada karya ini. Jalinan tampak jelas kelihatan pada karya tersebut. Hal ini kerana teknik

calitan yang digunakan oleh Afremov yang agak bersahaja menampakkan lagi jalinan tampak tersebut lebih-lebih lagi pada pakaian

budak perempuan dan goresan pokok lalang dalam karya. Rupa organik wujud dalam karya. Antara rupa organik ialah daun-daun

renek yang tumbuh dalam karya menunjukkan rupa organik. Bentuk 2 dimensi wujud pada budak perempuan tersebut kerana bentuk

badan dan pergerakan badan menunjukkan bentuk 2 dimensi. Warna yang digunakan juga sangat pelbagai. Afremov menggunakan

warna biru muda, merah, kuning, ungu, jingga, hijau, hijau muda, hitam, coklat gelap, coklat cerah, putih, biru tua dan lain-lain lagi.

Page 9: Apresisia n Refleksi Sem

Hal ini bermakna warna dari golongan primer, sekunder dan tertier digunakan. Warna panas dapat dilihat pada warna jingga dan

merah. Warna sejuk ialah warna biru muda. Garisan yang digunakan ialah garisan tebal kerana palitan yang dibuat agak tebal.

Selain itu, garisan tebal juga dapat dilihat pada goresan-goresan untuk menghasilkan pokok lalang.

Kepelbagaian wujud dari segi teknik calitan Afremov di mana pada pakaian budak perempuan beliau menggunakan teknik

calitan yang seakan-akan memanjang dari atas ke bawah manakala pada latar belakang karya pula beliau menggunakan calitan

seakan-akan petak. Kontra wujud pada bahagian warna yang digunakan. Terdapat perlbagai jenis warna yang menyebabkan karya

tersebut menyerlah. Contohnya penggunaan warna biru kontra dengan warna kuning. Kesatuan wujud pada suasana karya di mana

karya tersebut menggambarkan musim panas. Penegasan dapat dilihat pada tubuh badan ataupun budak perempuan yang sedang

berdiri itu. Karya ini jelas ingin menfokuskan budak perempuan tersebut sebagai subjek utama. Harmoni juga wujud pada suasana

dan penggunaan warna yang digunakan.

Karya Leonid Afremov ini mengambarkan kegembiraan pada musim panas. Penggunaan warna yang terang dan beremosi

sudah pasti dapat menarik perhatian penilai kerana penggunaan warna yang menakjubkan. Karya dicat dengan cara yang sangat

menyenangkan dan cerah yang membuat anda melihat hutan tersebut sebagai hutan yang ajaib dan bukan taman biasa. Dengan

menggunakan teknik lukisan khas, Afremov mewujudkan imej yang jelas menggambarkan alam semulajadi dengan pantulan cahaya

matahari dan kegembiraan. Dia menggunakan palet warna yang luas untuk melukis latar belakang dua saudara perempuan itu.

Malah kanak-kanak perempuan menjadi sebahagian daripada kisah dongeng yang berwarna-warni ini. Kita hanya boleh meneka apa

musim digambarkan pada kanvas dengan melihat pakaian yang dipakai tanpa lengan, cat muka kemerah-merahan, kasut sandal,

bermacam-macam warna yang riang. Walaupun kita tidak boleh benar-benar melihat wajah-wajah adik-beradik, lukisan yang

mewujudkan tanggapan bagi persahabatan dan sikap acuh tak acuh. Rasa kehangatan musim panas dan ingatan masa lalu apabila

anda masih kecil diri anda terimbau kembali melihat karya ini.

Page 10: Apresisia n Refleksi Sem

Karya ini menggambarkan tentang kepercayaan adik beradik. Sebagai seorang adik beradik kandung kepercayaan sangat

penting. Ia menerangkan tentang kepercayaan kakak dan adik dalam memberitahu rahsia masing-masing dan mencurah luahan

perasaan mereka. Ia juga menggambarkan tentang adik beradik yang boleh menjadi kawan. Karya ini juga mengambarkan tentang

kakak yang akan melindungi adiknya daripada ditimpa masalah. Sekiranya kakak dan adik tidak melindungi antara satu sama lain,

masing-masing akan merasa mengkhianati diri sendiri. Apabila salah seorang daripada mereka muram dan bermasam muka kerana

masalah, mereka akan mencari jalan untuk menceriakan kembali keadaan sehingga tersenyum. Hidup berjauhan atau berdekatan

tidak menjadi penghalang untuk adik beradik ini membantu menyelesaikan masalah. Ikatan yang wujud di antara anda

melambangkan sambungan daripada dua roh kaum kerabat. Semakin meningkat dewasa adik beradik dalam karya ini semakin erat

hubungan antara mereka sehingga perasaan untuk bergaduh tiada dalam diri masing-masing. Menjadi adik beradik perempuan

bermakna untuk berkongsi banyak perkara. Dua beradik adalah seperti bunga yang berbeza dari taman yang sama.

Saya menyukai karya ini kerana saya sukakan karya yang menonjol di mana saya cepat tertarik dengan karya yang terang

dan bewarna-warni. Saya merasakan karya ini sangat sangat berkualiti tetapi karya yang saya hasilkan tidak berapa menepati karya

yang saya tiru itu.