artikel - Murid Tahun Tiga Dakwa Trauma Ditampar Guru Disiplin.docx

download artikel - Murid Tahun Tiga Dakwa Trauma Ditampar Guru Disiplin.docx

of 19

Transcript of artikel - Murid Tahun Tiga Dakwa Trauma Ditampar Guru Disiplin.docx

Murid Tahun Tiga Dakwa Trauma Ditampar Guru DisiplinNama: Chu Yee ShuenIsu :Murid Tahun Tiga Dakwa Trauma Ditampar Guru Disiplin

ARTIKEL

"Murid Tahun Tiga Dakwa Trauma Ditampar Guru Disiplin"Posted on the October 28th, 2009 under BeritaHarian

SUBANG JAYA, 27 Okt (Bernama) Seorang murid Tahun Tiga di sebuah sekolah di Pusat Bandar Puchong mendakwa trauma selepas ditampar hingga bengkak oleh seorang guru disiplin hanya kerana lewat 10 minit ke sekolah.Ibu murid itu, V. Kavitah, 29, berkata anaknya turut mendakwa saluran pendengaran kanannya sedikit terganggu dan demam akibat ditampar hingga menyebabkan dia tidak mahu ke sekolah kerana trauma dengan kejadian pukul 7.40 pagi semalam.

Kavitah berkata anaknya terlewat tiba di sekolah akibat terperangkap dalam kesesakan teruk lalu lintas.Kavitah berkata pagi ini dia membawa anaknya itu ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menjalani pemeriksaan dan anaknya disahkan mengalami kecederaan dalaman, namun dijangka sembuh dalam tempoh terdekat.

Tindakan guru itu memukul anak saya tidak sepatutnya berlaku apatah lagi anak saya seorang perempuan. Saya hanya mendapat tahu mengenai kejadian ini daripada anak saya ketika menjemputnya pulang dari sekolah selepas tengah hari semalam, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Puchong di sini.

Kavitah kesal guru besar mahupun guru disiplin enggan meminta maaf apabila beliau ke sekolah berkenaan pagi ini untuk mendapatkan penjelasan berhubung kejadian itu.Justeru saya kemudian mengambil keputusan untuk membuat laporan polis kerana mahu anak saya mendapat keadilan dan supaya guru itu tidak sewenang-wenangnya memukul pelajar. Saya tidak mahu pelajaran anak saya terjejas, katanya.

1.0PENGENALAN

Dunia pendidikan di Malaysia pada masa kini sedang melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya.Profesion perguruan merupakan profesion tertua di dunia dan kini telah memasuki satu era yang baharu.Profesion perguruan merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera penggerak negara. Guru, satu profesion yang digeruni kerana guru dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia dan dihormati dimana-mana jua seseorang guru itu berada.

Masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Maka tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Dengan kata lain, profesion perguruan merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat atau warga negara yang berperanan positif terhadap kemajuan serta masa depan negara.

Malangnya, ketika kita bersungguh-sungguh menyahut cabaran masa kini untuk merealisasikan aspirasi negara, timbul pula isu-isu yang melibatkan guru.Pepatah ada menyebut bahawa kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.Sejak kebelakangan ini, profesion perguruan ditimpa pelbagai masalah dan perkara yang negatif(Abdul Rahin Bin Hamdan...[et al]).Berita guru memukul pelajar, mendera, mencabul dan merogol anak didik sendiri sering berlaku dan menjadi topik media.Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa. Tidak kurang juga apabila ia menjadi bualan hangat di kalangan masyarakat

Kejadian sedemikian menyebabkan imej profesion keguruan kian tercalar teruk di mata masyarakat dek kesalahan yangdilakukan oleh segelintir guru. Sesungguhnya kebanyakan guru menghendaki murid-muridnya mematuhi segala arahan sekolah, tetapi pada masa yang sama, ada juga guru yang enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kementerian.Apakah sebenarnya yang sedang melanda sekolah kita? Beberapa perlakuan guru sekolah terhadap murid mereka dalam tempoh beberapa tahun ini menimbulkan persoalan mengenai tahap kualiti guru.

Antara kes-kes yang dilaporkan oleh media massa dan media elektronik berkaitan dengan guru memukul murid yang berlaku di sekolah-sekolah. Contohnyasatu kes yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran, Sabahpada 19 Julai 2008, seorang guru besar digantung kerja selama dua bulan kerana telah didakwa menampar 22 pelajar tahun empat dari sekolah berkenaan yang tidak menyiapkan kerja sekolah mereka.Sementara di Alor Setar pula, seorang guru perempuan didakwa memukul seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah dengan menggunakan pembersih habuk plastik bertangkai besi kerana murid tersebut tidak membersihkan kelas pada waktu rehat seperti yang ditetapkan dalam jadual tugasan harian.

Sementara itu di Johor pula, beberapa nota ditulis oleh seorang murid tahun dua untuk mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu sebagai bukti penderaan terhadapnya di sebuah sekolah rendah di Batu Pahat.Bukti itu semakin jelas apabila mata kiri murid itu, mengalami pendarahan beku akibat dipukul guru terbabit. Di samping itu,seorang murid tahun satu patah tulang bahagian tengah tapak tangan kanannya selepas dikatakan dipukul oleh seorang guru sebagai hukuman kerana berbuat bising dalam kelas di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau Dalam, Yan pada 31 Julai 2005,. (Utusan, 1 Ogos 2005).

Selain itu, dua murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang, Ayer Molek cedera di dagu dan kaki kerana didakwa dicubit serta dipukul oleh seorang guru lelaki pada 14 Januari 2009.(Utusan, 15 Januari 2009). Pada 21 Oktober 2009 pula, seorang pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum mengalami luka di bibir dan lebam di pipi, selepas mendakwa ditampar sebanyak lima kali oleh guru sekolahnya gara-gara dituduh ponteng kelas. (Utusan, 22 Oktober 2009).

Di antara pelbagai jenis berita yang dilaporkan ini, ada suatu berita yang menarik perhatian saya di akhbar Berita Harian. Pada 27 Oktober 2009, di sebuah sekolah di Pusat Bandar Puchong, Subang Jaya,seorang murid Tahun Tiga di sebuah sekolah di Pusat Bandar Puchong mendakwa trauma selepas ditampar hingga bengkak oleh seorang guru disiplin hanya kerana lewat 10 minit ke sekolah.

Ibu murid itu, V. Kavitah, 29, berkata anaknya turut mendakwa saluran pendengaran kanannya sedikit terganggu dan demam akibat ditampar hingga menyebabkan dia tidak mahu ke sekolah kerana trauma dengan kejadian pukul 7.40 pagi semalam. Kavitah berkata anaknya terlewat tiba di sekolah akibat terperangkap dalam kesesakan teruk lalu lintas. Kavitah berkata pagi ini dia membawa anaknya itu ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menjalani pemeriksaan dan anaknya disahkan mengalami kecederaan dalaman, namun dijangka sembuh dalam tempoh terdekat.

Apakah yang menyebabkan ramai guru bertindak ganas? Wajarkah seorang guru yang dianggap sebagai satu jawatan yang profesional bersikap sedemikian terhadap pelajar dan masyarakat? Kesemua soalan tersebut telah menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat.Apabila masyarakat mula membincangkan isu ini, sudah tentu bukan sahaja imej gurutersebut yang tercalar malahan imej profesion keguruan juga turut menerima tempias yang sama.Selaku seorang guru, kami haruslah menyedari pelanggaran etika keguruan boleh memberi kesan negatif kepada profesion perguruan dan kita haruslah cuba mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu dalam keadaan tidak rasional.

Secara ringkas, isu guru bertindak ganas terhadap murid sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa. Kes-kes sedemikian telah membawa banyak kesan negatif kepada kami semua dan masalah ini perlu diatasi secepat mungkin.

2.0PUNCA TINGKAH LAKU BAGI GURU BAGI KES/ ISU TERSEBUT

Setiap perkara yang berlaku mesti ada punca tertentu di sebaliknya.Menurut pakar pendidikan, Prof. Dr. Robiah Sidin, guru sekarang berdepan dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai karenah(Rafidahshapuan, 2008).Saya berpendapat punca bagi guru disiplin tersebut bertindak keterlaluan mungkin disebabkan oleh tekanan jiwa serta tanggungjawab yang berat di sekolah. Guru pada masa kini bukan sahaja mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam mengajar tetapi juga mengurus dan mendidik; iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui pengajaran formal, tidak formal dan melalui perlakuan diri sendiri yang baik.

Dengan pertambahan tugas tersebut, ramai guru akan mengalami tekanan jiwa. Kajian telah menunjukkan kebanyakan tekanan guru berpunca daripada tugas mereka dan persekitaran mereka. Di samping itu, Kyriacou(1987) mengenal pasti bahawa punca tekanan ialah tekanan masa, sikap buruk murid terhadap sekolah dan kurangnya motivasi di sekolah, masalah pengurusan bilik darjah, bilangan murid yang ramai di dalam bilik darjah, gaji yang rendah,dan sebagainya. Oleh itu, beban tugas yang semakin meningkat ditambah pula dengan kerenah murid yang pelbagai turut menjadi salah satu punca yang mengakibatkan kes guru bertindak ganas terhadap murid berlaku.

Ahli sosiologi UKM, Dr. Sarifa Zaleha Syed Hassan berpendapat punca guru bertindak ganas mungkin kerana hilang kesabaran.Ini adalah kerana murid-murid pada masa kini telah berubah, murid-murid pada masa kini lebih nakal dan degil. Berbanding dengan guru pada masa lalu, mereka tidak menghadapi masalah sebegini kerana murid pada masa itu lebih patuh. Saya yakin guru disiplin tersebut bukan sengaja ingin menimbulkan masalah. Mungkin guru itu tidak berniat berbuat demikian sehingga perlu mendapatkan rawatan perubatan, tetapi jika emosi turut memainkan peranan dalam menjalankan hukuman, biasanya kesan negatif yang berlebihan sebegitu akan terjadi.Setiap manusia akan mengalami perasaan marah. Namun begitu, kalau sekadar marah semua orang memilikinya dan pernah melaluinya. Tetapi kalau kadar kemarahan itu kerap dan terlalu mudah hilang kawalan, bermakna ia adalah masalah jiwa yang perlu dirawat. (Khamsiah Mohamad, 2010)

Selain daripada personaliti guru yang menjadi punca berlakunya kes-kes keganasan, malah ibu bapa juga merupakan salah satu pihak yang mengakibatkan isu ini berlaku.Kebanyakan ibu bapa pada masa kini lebih berpihak kepada anak-anak mereka. Ini menyebabkan kebanyakan muridbermaharajalela dengan bertindak sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan guru hilang kesabarannya. Kerap kali, ibu bapa ataupun penjaga tidak mengetahui perlakuan yang dilakukan oleh anak mereka di sekolah, mungkin kanak tersebut bersikap baik di rumah tetapi bertindak sebaliknya di sekolah. Ini akan menyebabkan ibu bapa tidak percaya akan kata-kata atau komen yang diberikan oleh guru.

Dahulu, guru mempunyai status yang tinggi dalam hieraki hidup masyarakat tetapi sekarang tidak lagi kerana murid hari ini dimewahkan oleh ibu bapa mereka. Fenomena yang biasa berlaku ialah guru menunggu bas manakala murid menunggu pemandu peribadi mereka untuk pulang selepas sesi sekolah. Keadaan seperti ini menyebabkan guru dipandang rendah dan seterusnya tidak dihormati murid-murid. Akibatnya, murid-murid tidak takut untuk melawan guru. selain itu, sikap ibu bapa yang menyebelahi anak-anak juga merupakan salah satu punca murid melawan guru. Murid-murid tahu bahawa ibu bapa dia akan menjadi tulang belakang dia sekiranya apa-apa sahaja yang berlaku. Oleh itu, mereka mungkin berani melakukan sesuatu yang melampau terhadap guru sehingga mengakibatkan guru memukul mereka.

Munurut seorang kaunselor Universiti Islam Antarabangsa, Asniza Mamat, salah satu andaian punca guru bertindak ganas terhadap murid ialah guru itu sendiri tidak berminat kepada profesion perguruan(Rafidahshapuan, 2008). Minat merupakan elemen yang penting dalam kerjaya seseorang terutamanya profesion perguruan kerana kita perlu mempunyai minat yang dalam supaya dapat mendidik anak murid kita ke arah yang betul. Jikalau seseorang itu tidak berminat, maka usaha dalam membentuk murid yang berkualiti juga akan menurun dan menjejaskan generasi yang seterusnya.

Disebabkan kerja tidak ikhlas, jadi peranan untuk mendidik anak bangsa dipandang ringan. Tingkah laku tidak mencirikan seorang pendidik turut berlaku. Golongan ini merupakan nila. Habis satu belanga susu dikerjakan oleh golongan ini. Bagi aku profession guru adalah kelas pertama. Sekiranya tiada guru maka tiada doktor, tiada jurutera, tiada arkitek, tiada peguam, malah tiada perdana menteri. Semua profession lain pernah mendapat didikan seorang yang bergelar guru. Jadi besar kemungkinan masalah ini adalah disebabkan oleh guru kelas kedua.

3.0KESAN JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG

Terdapat beberapa peruntukan undang-undang Kanun Keseksaan telah menyedia dan menetapkan prosedur dan tindakan terhadap mereka yang mencederakan.Contohnya,di bawah Seksyen 350 iaitu kekerasan jenayah yang menetapkan bahawa barang siapa dengan sengaja menggunakan kekerasan kepada seorang lain dengan tidak kerelaan, maka ia telah melakukan atau dikatakan telah menggunakan kekerasan jenayah (James Ang Jit Eng, 2007).Kesan jangka pendek dalam berita ini terhadap guru itu sendiri ialah ibu bapa boleh membawa anaknya berjumpa dengan doktor di hospital kerajaan untuk tujuan rawatan dan laporan kesihatan dan sekiranya telah disahkan oleh doktor, guru tersebut boleh didakwa.

Kesan jangka pendek dalam berita ini juga menyebabkan guru disiplin tersebut mengalami tanggungan peribadi di mana guru perlu membuat bayaran ganti rugi dalam bentuk kewangan seperti membayar denda yang dikenakan oleh Mahkamah atau wang pampasan di luar Mahkamah. Selain itu, guru tersebut juga mungkin dikehendaki meminta maaf secara terbuka, mengadakan jamuan, dan sebagainya sebagai tanda pendamaian supaya masalah tidak berlarutan. Selain itu, murid tersebut mungkin akan mengalami kemurungan sehingga menjauhkan diri dari rakan-rakan mahupun ahli keluarganya yang terdekat. Sekiranya murid tersebut tidak mendapatkan rawatan, keadaan ini mungkin akan bertambah serius dan menghantui murid tersebut sepanjang hidupnya.

Justeru itu, kesan jangka masa panjang dalam hal ini ialah rekod perkhidmatan guru disiplin tersebut akan tercemar kemungkinan besar disenaraikan dalam senarai nama hitam, maka habislah nama baik guru tersbut. Guru-guru yang mengambil tindakan disiplin yang keterlaluan dan tidak dibenarkan dapat dikenakan tindakan tatatertib kerana menjejaskan imej dan nama baik Perkhidmatan Awam. Rekod yang dicatatkan kekal sepanjang perkhidmatan guru itu dan keadaan ini menjejaskan peluang kenaikan pangkat, mendapat biasiswa, melanjutkan pelajaran, berkursus panjang dan sebagainya. Selain itu, profesion keguruan juga akan terbabit dalam kesalahan yang dibuat oleh seorang guru yang tidak beretika itu. Imej profesion keguruan akan tercalar akibat perbuatan sebilangan guru yang tidak beretika itu. Ekorannya, masyarakat akan hilang keyakinan terhadap para pendidik yang asalnya bertanggungjawab untuk mendidik dan melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia. Masyarakat mungkin akan menghina dan tidak akan menghormati guru-guru lagi.

Masyarakat akan beranggapan guru tidak mampumemenuhi matlamat profesion pekerjaan ini yang telah digariskan oleh kerajaan untuk memenuhi kehendak manusia dan rakyat di negara ini (Sufean Hussin, 993:446). Sekiranya keadaan masyarakat tidak mempunyai keyakinan terhadap para pendidikan berterusan, ibu bapa mungkin tidak akan berani menghantar anak-anak mereka ke sekolah lagi. Mereka mungkin lebih rela untuk mengajar anak-anak mereka di rumah jika anak mereka perlu diletakkan di tempat yang terancam, iaitu sekolah. Bah kata guru kencing berdiri, murid kencing berlari, tingkah laku guru yang tidak beretika ini mungkin akan terikut-ikut oleh murid nanti.Guru seharusnya mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekerti dan perwatakan yang baik.

Oleh itu, tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni (Rafidahshapuan, 2008). Malangnya,kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa. Ini secara langsung telah menjejaskan nama baik profesion perguruan serta guru-guru di negara kita. Sudah jatuh, ditimpa tangga, begitulah bunyinya peribahasa Melayu bagi menggambarkan kesusahan yang datang bersilih- ganti.

Ada kalanya Kementerian Pelajaran turut disaman oleh waris ataupun agen mereka apabila guru mengambil tindakan disiplin yang difikirkan tidak wajar ke atas anak mereka. Apabila hal ini berlaku, Kementerian Pelajaran dikatakan menanggungvicarious liabilityiaitu menanggung liabiliti akibat daripada tindakan stafnya. Kerajaan akan menyediakan peguam bela untuk membela guru sekiranya tindakan guru tersebut ada dalam linkungan tindakan yang dibenarkan; manakala jika guru tersebut bertindak di luar batasan, kemungkinan besar tidak dapat dipertahankan dan perlu menghadapi sendiri atas tindakan yang dikenakan.

Selain itu, tindakan guru disiplin tersebut akan memberi kesan buruk kepada murid dalam tempoh jangka panjang kerana tindakan ini lebih bersifat mendera, dan bukannya mendidik untuk memperbetulkan kesalahan murid tersebut. Walaupun murid tersebut bersalah kerana lewat 10 minit ke sekolah, dia tidak seharusnya menempuh keadaan yang akan menimbulkan perasaan trauma di sekolah. Tindakan ini jelas melanggar batas kemanusiaan kerana ia akan memberi kesan jangka panjang kepada murid yang masih berumur 9 tahun.

Tambahan lagi, tindakan disiplin ataupun hukuman yang ekstrem pada murid-murid mungkin meninggalkan harapan murni yang ada pada murid terhadap guru-guru di sekolah. Ini mungkin akan menyebabkan murid tersebut mempunyai perasaan benci dan ingin membalas dendam. Murid-murid dalam kategori ini mengalami masalah psikologi dimana mereka sentiasa berasa runsing dan tidak berpuas hati dan mempamerkan tingkah laku seperti ingkar kepada guru, perbuatan vandalisme, menconteng harta benda guru dan sekolah, memukul dan melakukan tindakan-tindakan lain yang agresif.

Kemunkinan lain yang akan berlaku pada murid ialah berubah menjadi pendiam, menyendiri dan antisosial. Murid-murid dalam kategori ini pula adalah golongan yang sudah patah semangat dan tidak mempunyai keinginan untuk berjaya kerana merasakan diri mereka selalu ditindas oleh pihak berkuasa. Maka, kesan yang berlaku di atas murid dalam hal ini akan menyebabkan seorang murid yang pada asalnya merupakan seorang kanak-kanak yang sihat telah menjadi seorang kanak yang mempunyai masalah psikologi.

4.0KOD ETIKA GURU YANG BERKAITAN

Etika ialah satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa&Pustaka, 1995). Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim,2007).Kod Etika Profesion merupakan peraturan untuk membantu para guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub supaya menjaga imej baik profesionnya. Oleh itu, setiap guru hendaklah menjalankan tugas tanpa melanggar etika ini. MenurutKod Etika Profesion Perguruankategori seperti berikut: -

1.Tanggungjawab Terhadap Pelajar,guru-guru hendaklah mempunyai tingkah laku yang merupakan tanggungjawabnya terhadap pelajar termasuk lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal lain. Tindakan guru disiplin tersebut yang menampar anak muridnya sehingga menjejaskan pendengarannya telah membahayakan kesihatan murid tersebut. Ini secara tidak langsung telah menjejaskan keselamatan murid di sekolah.

2.Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa, ia merangkumi menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Tanggungjawab utama ibu bapa adalah menjaga anak-anaknya supaya mempunyai kehidupan yang sempurna. Dalam hal ini, ibu kepada murid tersebut berasa amat kecewa atas perbuatan yang dilakukan oleh guru disiplin tersebut kerana telah menjejaskan kesihatan, pelajaran, serta mental anaknya.

3.Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara, ia menyeru guru berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. Dalam berita ini, guru disiplin tersebut telah bertindak kasar terhadap budak perempuan yang hanya berumur 9 tahun dengan menamparnya. Sebagai seorang guru, beliau perlu senantiasa mengawal emosinya dengan baik supaya tidak bertindak kasar dalam menangani masalah disiplin murid sebaliknya menggunakan cara yang lebih berkesan terutamanya dari segi psikologi seperti bimbingan dan kaunseling untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

4.Tangungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan, termaktub ciri yang menyatakan sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan. Dalam berita ini, ia telah tersebar ke seluruh pelosok di negara. Ini telah menyebabkan nama baik profesion keguruan telah terjejas dan secara tidak langsung mengakibatkan keyakinan orang ramai terhadap profesion keguruan semakin menyusut.

Ini jelas menunjukkan guru perlu senantiasa menggunakanetika perguruansebagai panduan untuk meningkatkan profesionalismenya sebagai seorang guru. (Esah Sulaiman, 2003). Ini adalah untuk memastikan pelindungan dan pembangunan diberi perhatian serius untuk menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak dan menjamin kanak-kanak dapat membesar dengan sihat dari segi fizikal dan mental. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini para guru perlu menyempurnakan profesionnya ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

5.0CADANGAN MENGATASI TINGKAH LAKU NEGATIF

Isu tentang guru yang bertingkah laku negatif semakin serius, namun saya percaya di mana kemahuan, di situ ada jalannya. Oleh itu, seluruh masyarakat perlu berganding bahu untuk menilai semula dan mencari jalan penyelesaian supaya gejala sebegini dapat dibendung dan mengelakkannya daripada melurat ke tahap yang lebih buruk.

Tokoh pendidikan, Tan Sri Prof. Dr. Awang Had Salleh mencadangkan agar Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti guru-guru yang menghadapi masalah psikologi dan mengatasinya dengan segera(Rafidahshapuan, 2008). Bengkel-bengkel boleh diadakan bukan sahaja untuk menaikkan imej dan kualiti guru, tetapi membantu mereka menghadapi situasi kerja yang semakin rumit serta mengendalikan perasaan tertekan. Pada pendapat saya, bagi guru yang menghadapi tekanan jiwa atas beban kerja yang banyak sehingga melakukan keganasan terhadap murid boleh menolak tanggungjawab tambahan sekiranya tidak mampu menghadapinya. Saya percaya pihak sekolah akan bertimbang rasa atas keadaan guru yang berkenaan.

Selain itu, bagi guru-guru yang menghadapi masalah emosi pula, mereka boleh meluahkan perasaan mereka kepada orang yang dipercayai kerana cara ini kadangkalanya merupakan cara yang paling efektif bagi menenangkan fikiran kita. Guru haruslah sentiasa mengawal emosi diri apabila menghadapi sesuatu masalah, fikir dahulu sebelum bertindak supaya tidak melakukan sesuatu yang tidak rasional. Dengan kata lain, guru haruslah sentiasa berfikir secara positif dan bijak mencari penyelesaian agar semua masalah dapat diselesaikan dengan segera tanpa kesan negatif. Satu lagi cara yang boleh membantu guru untuk mengatasi masalah emosi ialah berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan bimbingan dan mempelajari cara mengawal emosi yang baik.

Di samping itu, guru yang inginkan tali persahabatan yang baik dengan pelajarnya hendaklah cuba mengelakkan daripada mendenda atau menghukum pelajar dengan keterlaluan (Saedah Siraj...[et al], 1996). Guru boleh memberitahu penjaga atau ibu bapa murid tentang sikap anak mereka. Dengan membuat satu panggilan telefon kepada ibu bapa pelajar, guru dapat mengelakkan dirinya daripada mengenakan denda yang mungkin keterlaluan. Selain itu, untuk mendisiplinkan murid, terlebih dahulu guru sendiri perlu mendisiplinkan dirinya supaya kumpulan murid dalam kelasnya sentiasa menghormatinya. Guru boleh menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling yang bersesuaian untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Dengan ini, guru lebih mudah mengawal emosinya untuk menyelesaikan masalah murid.

Isu guru adalah masalah negara yang perlu diberi perhatian dengan menaikkan taraf profesion perguruan dengan cara yang berkesan. Kian hari, syarat-syarat pengambilan guru pelatih semakin longgar sehingga menyebabkan ramai orang yang memohon hanya kerana profesion perguruan merupakan profesion yang senang dimohon serta dijamin peluang pekerjaan. Inilah masalah kualiti guru kesan daripada pengambilan yang bertujuan hanya untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru. Ujian minat ataucareer testperlu diadakan dalam proses pengambilan guru atau semasa pengajian di institut perguruan ataupun di IPT. Ini untuk menentukan calon yang benar-benar berminat sahaja diambil sebagai guru kerana tanggungjawab yang bakal mereka pikul nanti bukan dianggap sebagai beban tetapi sebagai satu amanah besar yang wajib dilaksanakan dengan penuh keikhlasan.

Dalam usaha menyelesaikan isu-isu keganasan, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting. Ibu bapa haruslah memberi lebih perhatian tentang anak dan bukannya hanya memenuhi keperluan material mereka sahaja. Kadangkala sikap ibu bapa yang hanya menyebelahi anak mereka cuma tahumenyalahkan guru walaupun anak mereka yang telah melakukan kesalahan. Pada pendapat saya, ibu bapa haruslah mencari punca anak mereka dipukul sebelum membawa isu tersebut ke media massa. Sekiranya anak mereka didera, sudah tentu semua pihak akan bersetuju dengan tindakan mereka yang ingin membawa guru tersebut ke sisi undang-undang. Selain itu, ibu bapa juga perlu bertanggungjawab untuk mendidik anak mereka di rumah supaya mereka tidak akan melakukan sesuatu yang negatif sehingga mengakibatkan dendaan.

Justeru itu, guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila Profesion Penguruan. Guru perlu mengelakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu seperti yang digariskan dalam bukuPanduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru.Guru-guru juga perlu senantiasa memotivasikan diri sendiri dari pelbagai bidang dari semasa ke semasa supaya mempunyai pengetahuan yang luas dalam profesion yang diceburi.

6.0 Kesimpulan

Guru ibarat pelita yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Anak murid pula ibarat berlindung di bawah cahaya pelita supaya hidupnya terang benderang. Guru memainkan peranan penting dan merupakan nadi kepada pembentukan manusia. Pembangunan insan harus diseimbangkan agar nilai-nilai moral masyarakat supaya sentiasa terpelihara. Guru-guru dituntut agar mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh pelajar dan masyarakat di samping menguasai pelbagai ilmu, antara lain dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat, bahasa dan kemahiran berkomunikasi.

Usaha menangani gejala disiplin murid di sekolah bukan sahaja berfokus kepada strategi-strategi kawalan semata-mata tetapi perlu dikembangkan bagi merangkumi penggunaan strategi lain. Banyak tokoh-tokoh pendidikan mencadangkan penggunaan peneguh-peneguh positif bagi menangani masalah disiplin murid. Sebagai seorang guru, kita harus senantiasa memperkayakan pengetahuan dalam diri sendiri dengan ilmu-ilmu yang berkenaan dengan cara-cara menangani masalah murid. Pengurusan disiplin yang sistematik mungkin akan membantu murid bertingkah laku dengan lebih baik.

Menurut Abdul Shukor (1999), asuhan guru yang berkesan meninggalkan ingatan dan menjadi amalan yang berpanjangan bagi setiap murid.Seseorang guru perlu senantiasa bertindak secara rasional dan seboleh-bolehnya bertindak mengikut garis panduan tindakan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Murid yang dikenakan tindakan disiplin perlu diberi kesedaran sama ada sebelum ataupun selepas tindakan supaya mereka dapat menerima hukuman yang dikenakan secara positif dan tidak mengulanginya.

Tindakan disiplin tidak harus menimbulkan sifat marah ataupun dendam yang mendalam kerana keadaan ini menggagalkan tujuan sebenar hukuman dikenakan. Guru-guru sepatutnya memiliki sifat-sifat penyayang seorang pendidik dan sabar melayani gelagat dan kelakuan murid. Walaupun ini merupakan satu cabaran yang amat ketara di kalangan guru pada masa kini, tetapi kesabaran dan daya tahan yang tinggilah yang dapat mempamerkan erti kata profesion yang sebenar dalam diri sendiri guru tersebut.

Tindakan disiplin yang dikenakan perlulah bersifat pengajaran dan guru dapat memisahkan perbuatan salah laku dengan orang yang melakukannya. Tindakan dikenakan ke atas salah laku kerana perbuatan tersebut menyalahi peraturan sekolah tetapi guru masih menyayangi murid sebagai individu dan anak muridnya walaupun tindakan terpaksa diambil ke atas kelakuannya. Seorang guru yang berdedikasi terhadap kerjanya hanya bertindak kerana kebaikan murid. Tiada guru yang sengaja memukul atau mendera anak muridnya kerana guru yang dilatih adalah seorang guru yang menjalankan tugasnya dengan penuh amanah, iltizam dan ikhlas.

Profesion perguruan adalah salah satu profesion yang mencabar dan amat mendesak. Guru diharap mengetahui serba serbi tingkah laku manusia dan memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang pendidik yang berkesan. (Abdul Rahin Bin Hamdan...[et al]).Biar apapun bebanan tugas dan disiplin murid yang dihadapi, guru mesti berpegang pada nilai murni. Usaha mendidik dan membangunkan nilai manusia tidak semudah membina bangunan. Dengan ini guru akan disanjung kerana maruah dan disiplin keilmuan. Akhir kata, jangan nila setitik rosak susu sebelanga.

Kena tampar lewat 10 minitundefinedundefinedSUBANG JAYA: Hanya 10 minit lewat tiba ke sekolah, seorang murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2, di sini bukan saja mengalami trauma, malah pendengaran telinga kanannya turut terjejas selepas ditampar guru disiplinnya kelmarin.

Ibunya, Kavitah Vathamalai, mendakwa tindakan melampau guru itu hanya diketahuinya selepas anak perempuannya yang berusia sembilan tahun mengadu telinga kanannya sakit hingga mengalami kesukaran untuk tidur, selain demam.

Bila diperiksa, telinga kanannya didapati bengkak. Bagi mengelak keadaan lebih teruk, saya terus membawanya mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Pada mulanya, dia cuba merahsiakan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, selepas didesak berulang kali, dia akhirnya mengaku ditampar guru disiplin pada sesi perhimpunan kerana lewat hadir ke sekolah, katanya kepada pemberita semalam sambil memberitahu anaknya disahkan mengalami kecederaan dalaman di telinga kanannya.

Beliau menganggap tindakan guru terbabit sebagai tidak wajar, lebih-lebih lagi selepas anaknya menjelaskan sebab kelewatannya tiba di sekolah.

Lagipun, anak saya seorang perempuan. Saya pun tidak tahu apa yang difikirkan oleh guru terbabit ketika mengambil tindakan itu. Sedangkan, kesalahan dilakukannya cuma tiba lewat 10 minit ke sekolah, katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu sudah ke sekolah anaknya untuk mendapatkan penjelasan berhubung kejadian itu, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila tidak dilayan oleh guru besarnya, selain dihalang bertemu guru disiplin terbabit.

Sebagai ibu, saya mempunyai hak untuk mendapatkan penjelasan berhubung kejadian itu. Bagaimanapun, guru besar terbabit tidak memberi kerjasama sepatutnya, malah tidak mahu mengalah langsung dan mempertahankan tindakan guru disiplinnya, katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau membuat laporan berhubung kejadian berkenaan di Balai Polis Bukit Puchong kira-kira jam 9.30 pagi semalam.Insiden ini akan turut dimaklumkan kepada Kementerian Pelajaran. Semua tindakan ini saya buat untuk memastikan anak saya mendapat keadilan, selain sebagai peringatan kepada guru terbabit supaya tidak sewenang-wenangnya memukul pelajar mereka, katanya.

Bayangkan, hanya disebabkan kejadian ini, anak saya sekarang trauma dan enggan ke sekolah. Ini boleh menjejaskan pelajarannya, katanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Berita Harian Online: 28 Oktober 2009