Asal Usul Melayu

download Asal Usul Melayu

of 5

Transcript of Asal Usul Melayu

  • 7/29/2019 Asal Usul Melayu

    1/5

    Pengenalan

    Melayu ( ) merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu ( ) dan

    mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripadanama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari,

    Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau

    semasa adanya Kerajaan Srivijaya.

    Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada

    perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga

    sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai

    Melayu" di Jambi.

    Etimologi

    Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa

    Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.

    Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepa-

    da seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan katayang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu

    adalah orang Melayu.

    Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkem-

    bangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Mela-

    ka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang

    merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah

    "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.

    Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam

    karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E.

    Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom

    atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia.

    Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung

    Penyabung.

  • 7/29/2019 Asal Usul Melayu

    2/5

    Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis

    sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang

    dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para

    pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.

    Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina padasekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependap-

    at bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di

    Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

    Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut pe-

    nakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan

    ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian dari negeri

    Thai dan Filipina. Tetapi, di Indonesia moden, orang Melayu ditakrifkan hanya sebagai

    salah satu daripada beratus-ratus kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga In-

    donesia yang dilahirkan selepas kewujudan negara Indonesia lebih suka mengenali diri

    mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa In-

    donesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk

    menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu, Iaitu:

    Penakrifan undang-undang

    Penakrifan antropologi

    Penakrifan undang-undang

    Di Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2).

    Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

    Seorang yang beragama Islam

    Bertutur bahasa Melayu

    Mengamalkan adat istiadat Melayu

    Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di

    Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

    Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara

    Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terda-

    pat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di

    selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu

    dan mengamalkan budaya orang Melayu. Penakfifan ini tidak sesuai untuk takrifan

  • 7/29/2019 Asal Usul Melayu

    3/5

    kaum Cina yang berbeza pertuturannya sebaliknya berkongsi tulisan dan adab resam

    yang sama dikalangan suku kaum-suku kaum yang berlainan.

    Penakrifan antropologi

    Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang

    Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana be-

    sar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi etnologi,

    Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan

    dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid.

    Asal usul bangsa MelayuAsal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar di-

    tentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini,

    tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori

    mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

    Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)

    Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)

    Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu be-

    rasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai

    Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih

    belum mendapat bukti yang kukuh.

    Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster,J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-

    alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

    Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu.

    Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan

    Melayu.

    Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran

    dengan sempadan India dengan Myanmar).

    Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi,

    penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai

    Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan

    pertaliannya dengan dataran Yunan.

  • 7/29/2019 Asal Usul Melayu

    4/5

    Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku

    Teks Pengajian Malaysia,[15] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu

    berasal dari Yunan.

    Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu

    menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negri-to, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.

    Orang Negrito

    Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperki-

    rakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelan-

    tan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-

    ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir

    penuh, serta saiz badan yang pendek.

    Melayu Proto

    Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500

    SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai

    dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto

    dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pu-

    lau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan

    tetapi tidak pandai berenang.

    Melayu Deutro

    Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu

    kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup

    di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.

    Teori Nusantara

    Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alis-

    jahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti

    di bawah:

    Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.

    Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini me-

    nunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang

    di Nusantara.

  • 7/29/2019 Asal Usul Melayu

    5/5

    K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu

    serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua

    bahasa adalah satu fenomena "ambilan".

    Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Pene-

    muan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orangMelayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan

    mewujudkan tamadun bersendirian.

    Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan

    bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

    Sumber: "Jabatan" Wikipedia