Asal Usul Sarawak Dan Sabah

7
ASAL USUL SARAWAK DAN SABAH NAMA: DIVYAA A/P SARAVANAN KELAS: I CEMERLANG (2015)

description

education

Transcript of Asal Usul Sarawak Dan Sabah

Page 2: Asal Usul Sarawak Dan Sabah

INDEX

Page 3: Asal Usul Sarawak Dan Sabah

BAB 10: SARAWAK

Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran ‘Bumi Kenyalang’. Sarawak merupakan salah satu daripada 14 negeri dan negeri yang terbesar di Malaysia. Keunikan negeri Sarawak dapat dilihat dari segi latar belakang sejarah, keadaan maysarakat, kegiatan sosiobudaya dan ekonominya.

Page 4: Asal Usul Sarawak Dan Sabah

LATAR BELAKANG SEJARAH

Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.

Kewujudan manusia di Sarawak bermula kira-kira 40 000 tahun dahulu. Ini dapat dibuktikan melalui penemuan beberapa peninggalan sejarah di Gua Niah seperti kapak, pisau, yang diperbuat daripada batu serta lukisan yang diconteng pada dinding gua. Penemuan ini membuktikan bahawa Sarawak merupakan salah sebuah negeri terawal di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia.

Page 5: Asal Usul Sarawak Dan Sabah

PERTALIAN SARAWAK DENGAN KESULTANAN BRUNEI DAN SULU

Negeri Sarawak ditadbir oleh Kesultanan Brunei sejak abad ke-15. Kerajaan Brunei telah mentadbir Sarawak dengan membahagikan pemerintahan Sarawak kepada beberapa unit jajahan. Setiap unit jajahan ditadbir oleh seorand pembesar yang diberi kuasa autonomi. Contohnya, Sungai Skrang ditadbir oleh Syarif Sahap manakala kawasan Sungai Sarawak (Kuching) pula ditadbir oleh Pangeran Mahkota.

Page 6: Asal Usul Sarawak Dan Sabah

MASYARAKAT SARAWAK